Anda di halaman 1dari 21

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


UNIT 1

TEMA KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

TAJUK SELOKA PAK KADUK

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i. Membaca dan mentafsir maklumat daripada bahan yang dilihat,
OBJEKTIF
dibaca dan ditonton.
ii. Mengintegrasi maklumat

i. Teknik Bacaan : 5W1H

ii. KBAT : Mengingat, memahami dan mencipta

iii. Nilai : Rasional


STRATEGI /
PENDEKATAN
iv. Strategi PdP Abad ke-21 :
a. Pembelajaran Koperatif dan Kontekstual
b. Round Table
c. Pembentangan

i. Audio / Komputer / Internet – Laman Web


ii. Peta / Grafik,
iii. Petikan Cerita,
MEDIA
iv. Gambar
v. Video dari Youtube
* mengikut kesesuaian
SITUASI Peribadi
FORMAT TEKS Teks berurutan
JENIS TEKS Penceritaan
PROSES i. Mengimbas dan mengenal pasti
KOGNITIF ii. Memahami isi tersurat
iii. Mengintegrasi & Menjana Inferen

1
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

AKTIVITI CATATAN

a. Menunjukkan gambar beberapa contoh cerita LAMPIRAN 1


rakyat
* Kad bergambar /*
a. Bersoal jawab tentang gambar dan contoh Persembahan Power Point
cerita rakyat negara lain. * Mengimbas & mengenal pasti
* Sumbang saran

LANGKAH 1 (Mendengar Seloka Pak Kaduk)


* Rakaman Seloka Pak Kaduk
a. Menonton dan mendengar tayangan video (MP4)
Seloka Pak Kaduk
* Youtube
b. Membaca seloka tersebut dengan nada, gaya https://www.youtube.com/watch
dan intonasi yang betul. ?v=giMz4tElg5Y
c. Berdasarkan video dan seni kata seloka Pak
Kaduk, murid dikehendaki:
* Seni kata Seloka Pak Kaduk
i. Bersoal jawab tentang maksud seloka
ii. Membuat pengukuhan tentang maksud LAMPIRAN 2
seloka dengan tepat.
* Pembelajaran koperatif dan
iii. Mengenal pasti isi-isi penting, idea dan
Kolaboratif
maklumat dalam Seloka Pak Kaduk
iv. Memindahkan maksud/ isi penting dari * Pengurusan grafik
seloka ke bentuk pengurusan grafik.

LANGKAH 2 (Kerja Kumpulan)


a. Menghubungkan idea untuk menilai sifat * Pembelajaran koperatif dan
dan bukti yang terdapat dalam Seloka Pak Kolaboratif
Kaduk bagi menghuraikan empat
perwatakan Pak Kadok. Huraian watak * Pengurusan grafik – PETA
dibuat menggunakan peta buih. BUIH (Lampiran 3)

b. Ketua kumpulan melaporkan hasil kerja/


perbincangan kumpulan.

LANGKAH 3
a. Mengaitkan watak Pak Kaduk dengan *pengurusan grafik-
watak masyarakat pada hari ini.
b. Pembentangan kumpulan.

2
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

LAMPIRAN 1

PAK KADUK BAWANG PUTIH BAWANG PAK PANDIR


MERAH BERNIAGA GARAM

SI LUNCAI MALIM KUNDANG BATU BELAH BATU


BERTANGKUP

3
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

LAMPIRAN 2

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk


Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Aduhai malang Pak Kaduk

LAMPIRAN 3
PETA BULATAN

4
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

LAMPIRAN 4

MENGHURAIKAN EMPAT PERWATAKAN PAK KADUK

PETA
BUIH

PAK
KADUK

5
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

LAMPIRAN 5

PERSAMAAN SIKAP PAK KADUK DENGAN MASYARAKAT HARI INI

PAK KADUK MASYARAKAT HARI INI

6
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 2

TEMA KEBUDAYAAN DAN KESENIAN


TAJUK SELOKA PAK KADUK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Mencatat maklumat yang diperoleh daripada bahan yang
OBJEKTIF ditonton/ dibaca.
ii. Merumus idea keseluruhan

Teknik Bacaan : SQ3R


STRATEGI / KBAT : Memahami, menganalisis, mengaplikasi dan mencipta
PENDEKATAN
ABAD KE 21 Nilai: Rasional
Strategi P&P : Penyoalan Penerokaan
i. Audio / Komputer / Internet – Laman Web
ii. Peta / Grafik,
iii. Petikan Rencana,
MEDIA
iv. Gambar
v. Video daripada Youtube

SITUASI Peribadi
FORMAT TEKS Teks
JENIS TEKS Penceritaan

7
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

PROSES Mengintegrasikan dan menjana inferens


KOGNITIF

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
* Youtube
a. Menonton Video. https://www.youtube.com/
watch?v=giMz4tElg5Y
b. Soal jawab tentang maksud seloka

LANGKAH 2 * Mengimbas, mengenal


pasti dan menganalisis
a. Pandangan murid tentang watak Pak Kaduk
berdasarkan cerita Pak Kaduk LAMPIRAN 1
Sumber:
b. Idea murid dibincangkan dengan pengukuhan/ http://mannsgor.blogspot.c
justifikasi. om/2009/03/cerita-pak-
kaduk.html

LAMPIRAN 2
* Pengurusan grafik

LANGKAH 3
a. Membuat refleksi terhadap perwatakan Pak Kaduk dan * Kajian masa depan
mencadangkan kemungkinan yang akan berlaku (KMD) terhadap
sekiranya Pak Kaduk berfikir dengan lebih rasional perwatakan Pak Kaduk.
sebelum melakukan sesuatu tindakan.
* Membina papan cerita
b. Pindahkan idea tersebut dalam bentuk pemetaan berdasarkan idea KMD.
cerita.

LANGKAH 4
* teknik bacaan
8
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2
a. Membuat penilaian sama ada cerita Pak Kaduk SQ3R
merupakan cerita dongeng atau sebaliknya.
http://karyaku-
b. Merujuk sumber bacaan untuk mengukuhkan paridahishak.blogspot.my/
justifikasi. 2016/01/pak-kadok-dan-
ikan-tapah.html
c. Pembentangan pendapat

LAMPIRAN 1
CERITA PAK KADUK

Kisah ini bermula di dalam sebuah negeri yang diberi nama Cempaka Seri.
Rajanya bernama Indera Seri. Raja Indera Seri ini terkenal dengan sikap sombong
dan suka berjudi. Disebabkan keasyikannya menjadikan judi sebagai amalan
seharian telah mendorong kebanyakan rakyat di negerinya leka dengan berjudi.
Mereka terlalu asyik hingga melupakan syariat yang sepatutnya diikuti oleh mereka
kerana pada ketika itu raja-raja dan orang-orang besarnya memang amat suka
melakukan pemaksiatan tersebut.

Di tepi hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua dalam umur
pertengahan bernama Pak Kadok. Pak Kadok seorang yang lurus bendul dan
kurang daya pemikirannya. Pada suatu hari Pak Kadok berkata pada isterinya Siti,
"Aku ingin pergi menyabung di gelanggang baginda Raja kerana aku amat suka
melihat keadaan orang yang ramai menyabung di situ". "Kita bawa si Kunani ayam
kita sebab ayam ni amat bertuah, kita pertaruhkan kampung kita kepada Raja, kalau
kita menang tentulah kita akan mendapat duit daripada Raja" sambung Pak Kadok
lagi.

Isteri Pak Kadok berkata,"jika begitu baiklah, pergilah awak menyabung bawa
ayam kita.,” Sahut Pak Kadok," jahitkan baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang
baru kubeli ini. Lekaslah menjahitnya. Kata isteri Pak Kadok, "bagaimana hendak
membuat baju dan seluar ini?, kalau dipakai tentu akan koyak. Tak mengapa
buatkan juga aku nak pergi" rungut Pak Kadok.

9
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2
Isteri Pak Kadok tidak berdaya lagi melayan percakapan Pak Kadok, lalu ia
mengambil gunting dan mula mengunting kertas tersebut untuk dibuat seluar dan
baju. Pak Kadok menyuruh isterinya supaya tidak menjahit seluar dan baju tersebut
hanya perlu guna pelekat sahaja supaya cepat siap.

Apabila siap, Pak Kadok dengan berasa bangga memakainya dan pergilah
dia ke gelanggang tersebut. Selang tiada berapa lamanya Pak Kadok sampai di
gelanggang tersebut. Baginda Raja kenal dengan Pak Kadok, apabila baginda
terlihat Pak Kadok lalu disapanya, "hai Pak Kadok apa khabar? menyabung kita?".

Maka Pak Kadok pun segeralah menyembahkan ayam sabungannya kepada


baginda. Setelah diamati baginda berasakan ayam sabungan Pak Kadok amat
berpontensi untuk menang. Lalu baginda mencadangkan agar ayam sabung Pak
kadok ditukar dengan ayam sabungannya. Baginda berkata " Pak kadok ambillah
ayam sabung beta yang amat bertuah ni berbanding dengan ayam Pak Kadok yang
kurang tuahnya".Setelah mendengar titah Raja tersebut, Pak Kaduk dengan suka
citanya bersetuju untuk menukar ayam sabungannya dengan Raja. Setelah
pertukaran dibuat, baginda Raja bertanya pada Pak Kadok "apakah pertaruhannya
kita kali ini?". Maka sembah Pak Kadok, "Ampun tuanku, patik ini tiada harta hanya
kampung tempat tinggal patik yang ada, jadi kampung tersebut patik pertaruhkan".
Baginda Raja bersetuju dengan apa yang Pak Kadok persembahkan.

Pak Kadok menggadaikan kampung halamannya sebanyak 100 Rial atas


persetujuan bersama baginda Raja. Tetapi baginda Raja telah menyorok sebahagian
wang gadaian tersebut. Setelah persetujuan pertaruhan selesai penyabungan pun
bermula.

Dalam pertempuran tersebut ayam sabungan Pak Kadok Si Kunani telah


berjaya mengalahkan ayam sabungan Baginda Raja Si Jalak. Setelah melihat Si
Jalak sudah mati, Pak Kadok melompat kegembiraan sehingga terlupa bahawa Si
Kunani telah menjadi milik Raja. Oleh kerana terlalu asyik melompat kegembiraan
seluar dan baju kertasnya tadi habis terkoyak dan bertaburan, bertelanjang bulatlah
Pak Kadok di khalayak ramai.

10
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2
Semua orang termasuk baginda Raja tertawa terbahak-bahak melihat telatah
Pak Kadok. Baru Pak Kadok perasan bahawa pakaiannya sudah koyak semuanya.
Pak Kadok berasa amat malu lalu terus melarikan dirinya tanpa menoleh kiri dan
kanan.

Baginda Raja berkata, "malang sungguh Pak Kadok ayam sabungnya menang tapi
kampung tergadai.

LAMPIRAN 2

(PETA BULATAN)

11
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

LAMPIRAN 3

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan Pandak Logam Pandak
Demat, seorang daripada keturunan Pak Kaduk yang terbabit sepenuhnya
menyimpan dan menjaga emas kerongsang ikan tapah.Pandak Logam dilahirkan
pada 1873 dan meninggal dunia pada 1963 pada usia 90 tahun.
Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas yang ditemui dalam perut ikan
tapah yang masih ada, berbentuk empat segi iris wajik digunakan sebagai
keronsang baju wanita.
Jumlah yang ada sekarang sebanyak tiga keping dan inilah yang digunakan sebagai
penawar kepada cucu atau keturunan Pak Kaduk yang kebanyakannya tinggal di
sekitar Sungai Perak, jika terkena sumpahan bisa ikan tapah.
Kini emas kerongsang ikan tapah itu dijaga oleh seorang keturunan Pak Kaduk yang
kesembilan bernama Hasmah Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua,
Batu 16, Lambor Kanan.
Hasmah, 87, atau lebih dikenali sebagai opah, berkata kisah Pak Kaduk bermula
ketika zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur
Shah.
Beliau berkata, pada zaman kesultanan itu permainan menyabung ayam amat
disukai ramai. Permainan ini menjadi seolah-olah satu temasya hiburan di samping
menonton dan berjudi, Permainan itu membabitkan semua golongan daripada rakyat
jelata, bangsawan sehinggalah sultan.
Hasmah berkata, Pak Kaduk berasal daripada keturunan raja yang berasal dari
Negeri Siak, Sumatera merantau ke Tanah Melayu.

12
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2
Pak Kaduk memulakan pelayaran ke Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya
sampai di tepi Sungai Perak bernama Lambor (menurut cerita mulut Pandak Logam)
di Kampung Pulau, Lambor Kiri.Pak Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung
dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis tempatan dan menetap beberapa
lama di Kampung Pulau, Lambor Kiri.
Pak Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung
ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.
Hasmah berkata, pada suatu hari Pak Kaduk ternampak seekor ular sedang
menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran
rumahnya, kemudian ular itu berundur dan menghilangkan diri. Pak Kaduk pun
mengambil telur itu dan dieramkan oleh ayamnya.
Telur itu akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal, dinamakan
Biring Si Kunani. Ayam sabungnya sentiasa menang dalam semua pertandingan
sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar istana takut dan tidak mahu
menyabung dengan ayam Pak Kaduk.
Pak Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Pak Kaduk
menerima apa-aoa juga syarat yang dikenakan asalkan dapat menyabung ayam.
Berita kehebatan ayam sabungan Pak Kaduk turut mendapat perhatian sultan, lalu
baginda mencabar Pak Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang
ditetapkan.
Syaratnya – ayam Pak Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam sultan yang
bernama Si Jalak Putih Mata. Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi
rumahnya dan syarat di pihak sultan pula, Pak Kaduk akan diberikan sebahagian
kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam sultan kalah.Tanpa berfikir
panjang Pak Kaduk menerima syarat berkenaan kerana sudah lama tidak
menyabung ayam.
Hasmah berkata, seperti yang dijangkakan ayam Pak Kaduk yang ditukarkan
dengan sultan menang. Pak Kaduk bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia
lupa bahawa ayam itu sudah menjadi milik sultan. Selepas pengumuman dibuat
barulah Pak Kaduk sedar bahawa dia sudah dipermainkan sultan.
Dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Pak Kaduk terpaksa
menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada sultan,
hanya yang tinggal pada Pak Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana
masa sultan mengambil pertaruhan kucing itu tiada di rumah, kalau tidak semuanya
akan menjadi milik sultan.
Pak Kaduk pun membawa diri ke sebuah pulau (satu tempat di tepi tebing Sungai
Perak tempat orang menanam padi huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah
dangau. Sambil Pak Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil
mengiau-ngiau dan mengigit kaki Pak Kaduk seakan ingin memberitahunya sesuatu.
Puas juga beliau menghalau kucing itu tetapi tetap juga begitu.
Pak Kaduk pun mengikut kucing itu ke tepi tebing sungai. Apa yang didapatinya
ialah seekor ikan tapah yang besar. Pak Kaduk pun berlari ke dangau dan
mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah itu
keluarlah emas dengan banyaknya. Pak Kaduk bersyukur dan beranggapan itu
adalah rezeki daripada Tuhan.

13
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2
Maka Pak Kaduk pun menjahit perut ikan tapah itu dengan menggunakan jarum
patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke
dalam sungai. Ketika inilah Pak Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi;
“Mulai hari ini dan ke hadapan, aku tidak menyabung lagi, dan aku, anak isteri aku,
cucu-cicit aku, piat-piut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan
tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan ikan tapah. Barang siapa
melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak,
kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.
Ikan tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah-olah mengucap selamat
tinggal dan kemudian hilang.
Selepas itu, Pak Kaduk pun pergilah mengadap sultan dan menebus kampung
halamannya dan anak isterinya, dan sebahagian bakinya disimpan untuk menyara
hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar, Sumatera untuk dijadikan
barangan perhiasan, kerana pada zaman itu tukang emas hanya berada di wilayah
itu saja.
Kepada anak cucu Pak Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya jika
terkena air dari ikan tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air
yang direndam kerongsang emas tapah sebagai penawar bisa sumpahan.
Difahamkan ada keturunan Pak Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan
isteri jika yang dimasak itu adalah ikan tapah.
Selepas segalanya selesai Pak Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Pak
Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah
serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku beberapa perkara
luar biasa.
Antaranya Sultan Perak melantik Pak Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang
membawa gelaran Tok Tua Sakti .
Seorang daripada waris Pak Kaduk, Azizah Mat lodin, 67, berkata beliau yakin
bahawa cerita lagenda Pak Kaduk adalah cerita benar kerana ada beberapa bukti
kukuh yang diwarisi sehingga kini.
Beliau berkata, walaupun cerita Pak Kaduk ditokok tambah hingga menjadi cerita
humour, namun bagi keturunannya mereka menyifatkan ia sebagai sumber sejarah
yang perlu diperhalusi.
“Saya tidak pernah malu dengan cerita Pak Kaduk, malah berbangga bahawa Pak
Kaduk pernah menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri pada masa lalu.
“Saya yakin, cerita Pak Kaduk adalah cerita benar, kerana bukti yang wujud dan
beberapa barangan kemas lain yang masih disimpan oleh generasi Pak Kaduk
sehingga kini,” katanya.
Seorang lagi keturunan Pak Kaduk, Maimunah Idrus, 58, berkata, beliau pernah
mengalami sakit seperti kulit terbakar kerana tersentuh air ikan tapah kira-kira 30
tahun lalu.

14
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 3

TEMA KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

TAJUK WAYANG KULIT

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


HASIL
I. Menilai, menaakul dan merumus maklumat yang diberi
PEMBELAJARAN

Teknik Bacaan : 5WIH

KBAT : menganalisis, menilai, KMD


STRATEGI /
(meluaskan pandangan mengenai sesuatu idea, membuat
PENDEKATAN
keputusan dan membuat kajian masa depan)
ABAD 21
Nilai: Rasional

Strategi P&P: Pembelajaran Kontekstual

i. Internet – Laman web/ blog


MEDIA
ii. Grafik

SITUASI Peribadi

FORMAT TEKS Teks Tunggal Dinamik

JENIS TEKS Pendedahan

PROSES Mengintegrasikan dan menjana inferens


KOGNITIF Membuat refleksi dan menilai

15
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

AKTIVITI
CATATAN

Sumbang saran
a. Bersoal jawab tentang perbezaan seni wayang kulit
*Gambar wayang kulit dan
dan persembahan puppet di Jepun. persembahan puppet

LANGKAH 2
Teknik Bacaan
5W1H
a. Baca dan fahami petikan yang diubah suai daripada
Rujukan Blog:
blog yang bertajuk “ Pengenalan Wayang Kulit”
http://wayangkulitsmp2252.blog
spot.my/2010/10/pengenalan-
b. Mencari maklumat berdasarkan petikan dan wayang-kulit.html
pindahkan dalam bentuk pengurusan grafik.
*Aktiviti 1 Stay 3 Stray
c. Pembentangan kumpulan

LANGKAH 3

a. Jika anda seorang pegawai di Kementerian


Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Kebudayaan, *Pengurusan grafik
terangkan langkah-langkah yang boleh dilaksana
untuk mempopularkan seni wayang kulit dalam * Membentuk eviden-eviden
kalangan rakyat Malaysia dan mengetengahkan bagi asas kemungkinan
wayang kulit ke peringkat antarabangsa. ramalan yang dicipta.

b. Bentangkan hasil kerja.

16
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2

LAMPIRAN 1

WAYANG KULIT

PERSEMBAHAN PUPPET

17
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2
LAMPIRAN 2
Pengenalan Wayang Kulit

Wayang Kulit merupakan sejenis teater tradisional yang popular dalam kalangan
masyarakat Asia Tenggara sebelum kedatangan pelbagai seni hiburan dan
persembahan moden yang kebanyakannya berasaskan media elektronik. Ia
merupakan satu bentuk persembahan teater yang menggunakan prinsip cahaya dan
bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai
watak methologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Dalang. Persembahan
wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan
juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Wayang Kulit dipersembahkan
dalam upacara atau perayaan tertentu. Fungsi Wayang Kulit ini adalah sebagai
medium hiburan dan kadangkala dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapat dalam
sesuatu masyarakat. Seni persembahan ini tersebar dan membentuk satu identiti
tersendiri dalam sesebuah masyarakat.

Selain di Jawa dan Malaysia, wayang kulit juga terdapat di Bali, Kemboja dan China.
Nama yang diberi kepada wayang kulit ini berbeza mengikut budaya dan bahasa
setempat, walaupun fungsi dan asas persembahannya adalah sama. Di Thailand,
wayang kulit dikenali sebagai Nang Yai, di Kemboja disebut dengan nama Nang
Sbek manakal di Jawa digelar Wayang Purwa.

INCLUDEPICTURE
"http://3.bp.blogspot.com/_8zPyxK05OM4/TMORfbRhK7I/AAAAAAAAACo/l4qzV3l5tIc/s320/
172089225_bf5760a8b9.jpg" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://3.bp.blogspot.com/_8zPyxK05OM4/TMORfbRhK7I/AAAAAAAAACo/l4qzV3l5tIc/s320/
172089225_bf5760a8b9.jpg" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://3.bp.blogspot.com/_8zPyxK05OM4/TMORfbRhK7I/AAAAAAAAACo/l4qzV3l5tIc/s320/
172089225_bf5760a8b9.jpg" \* MERGEFORMATINET

Dipercayai tradisi persembahan wayang kulit bermula sejak lebih 3000 tahun di
Indonesia. Di Semenanjung Malaysia pula wayang kulit dianggarkan bermula sejak
beberapa ratus tahun lalu. Wayang Kulit Melayu dipercayai dibawa dari Tanah Jawa
ke Kemboja oleh seorang putera raja Kemboja yang bergelar Jaya Verman II.
Semua watak dan cerita wayang kulit Kemboja diasaskan kepada cerita Ramayana.
Kemungkinan di sinilah bermulanya asas bagi wayang kulit Siam dan wayang kulit
Melayu kemudiannya.

Kita mungkin tertanya-tanya, kenapakah wayang kulit masih kekal hingga sekarang?
18
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2
Sebabnya ialah wayang kulit mempunyai nilai-nilai yang diperlukan oelh kehidupan
manusia, baik dari segi material mahupun spiritual. Wayang kulit didapati mampu
menggerakkan hati seseorang. Semakin tinggi jiwa seseorang pendukung, semakin
tinggi pula perhatiannya terhadap wayang kulit. Semakin mendalam pengkajian dan
pemahaman terhadapnya semakin takjub pula dirasakan.

Pada awal abad ke-9, wayang kulit Melayu yang berasaskan cerita Ramayana kerap
dimainkan di Patani, Kelantan, Kedah dan Perak. Dalang wayang kulit dari utara
Semenanjung mengembara dan mengadakan persembahan di Pahang, Selangor,
Negeri Sembilan dan di kawasan-kawasan pantai timur negeri Johor.
INCLUDEPICTURE
"http://3.bp.blogspot.com/_8zPyxK05OM4/TMOSCA4IRrI/AAAAAAAAACs/UqgltR_uMkI/s32
0/images+(2).jpg" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://3.bp.blogspot.com/_8zPyxK05OM4/TMOSCA4IRrI/AAAAAAAAACs/UqgltR_uMkI/s32
0/images+(2).jpg" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://3.bp.blogspot.com/_8zPyxK05OM4/TMOSCA4IRrI/AAAAAAAAACs/UqgltR_uMkI/s32
0/images+(2).jpg" \* MERGEFORMATINET

Peranan "Dalang" sebagai dukun atau bomoh dalam masyarakat merupakan salah
satu asas pengekalan tradisi ini di Kelantan. Dipercayai kekuatan spiritual dalam
penyelenggaraan wayang kulit dapat menimbulkan malapetaka atau bahaya. Dialog
persembahan wayang kulit juga telah diadun dan diubah suai ke dalam longhat
setempat (loghat Kelantan dan Patani). Kemungkinan inilah juga sebabnya
persembahan wayang kulit tidak kekal dan sesetengahnya diubahsuai mengikut
kehendak dan selera masyarakat setempat.

Dalam proses perkembangannya wayang kulit telah banyak melalui perubahan.


Setelah melalui pelbagai zaman, wayang kulit dapat menyesuaikan dirinya secara
bebas dan kreatif. Wayang kulit bermula sebagai alat yang ada kaitannya dengan
upacara penyebaran agama, tetapi kemudiannya digunakan sebagai alat pendidikan
dan penerangan. Pada kesempatan inilah nilai-nilai pendidikan dan pembangunan
keluarga disampaikan. Nilai-nilai pembangunan masyarakat sebenarnya didasarkan
pada hakikat bahawa keluarga menjadi agen pembentukan masyarakat. Inilah
antara faktor yang menyebabkan wayang kulit sehingga kini menjadi salah satu
tradisi kesenian negara.

INCLUDEPICTURE
"http://3.bp.blogspot.com/_8zPyxK05OM4/TMORJqLMpwI/AAAAAAAAACg/S35R27Jqhzw/s
320/images+(1).jpg" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
19
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2
"http://3.bp.blogspot.com/_8zPyxK05OM4/TMORJqLMpwI/AAAAAAAAACg/S35R27Jqhzw/s
320/images+(1).jpg" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://3.bp.blogspot.com/_8zPyxK05OM4/TMORJqLMpwI/AAAAAAAAACg/S35R27Jqhzw/s
320/images+(1).jpg" \* MERGEFORMATINET

PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN


Tajuk Tugasan: TRADISI DI PUNCAK DUNIA

Dalam satu kumpulan (2-3 orang) hasilkan sebuah buku skrap berkaitan SATU
permainan tradisional yang telah terkenal di peringkat antarabangsa. Sertakan
beberapa contoh pertandingan / kolokium / seminar / bengkel / karnival di peringkat
antarabangsa berkisarkan permainan tersebut. Pada pendapat anda mengapakah
permainan tersebut boleh mencapai tahap tersebut?

Format Buku Skrap

1. Kulit / Muka Depan


2. Kandungan
3. Profil Individu
4. Isi
4.1. Dapatan
4.2. Ulasan / Refleksi
5. Penutup
6. Apresiasi
7. Rujukan (hendaklah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi
kehendak tugasan – sekurang-kurangnya daripada buku, jurnal, internet atau
bahan bercetak)

Perincian 3.1 Dapatan

- Sejarah
- Teknik Permainan
- Foto-foto Permainan
- Senarai Pertandingan / Kolokium / Seminar / Bengkel / Karnival Di Peringkat
Antarabangsa
20
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 9: KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 2
- Foto Program
- Keratan Akhbar
- Bahan Internet

Perincian 3.2 Ulasan / Refleksi

- Kelebihan / Keistemewaan
- Inovasi
- Kesesuaian Budaya
- Kesesuaian Faktor Geografi
- Bahan

21

Anda mungkin juga menyukai