Anda di halaman 1dari 7

马鲁帝中华学校

SJK (C) CHUNG HUA MARUDI

PERTANDINGAN KREATIF
MEREKA CIPTA MODEL
ANJURAN PANITIA SAINS/TMK/RBT
TAHUN 2021

“KAPAL TERBANG
KERTAS”

TEMPAT:
TEMPAT KEDIAMAN MASING-MASING
1.0 PENDAHULUAN:
Pertandingan kreatif mereka model merupakan satu program yang dapat mencungkil
bakat dalam kalangan murid terutamanya dalam bidang STEM iaitu Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik. Pembelajaran yang berasaskan “Chalk and Talk”,
tayangan video atau slaid powerpoint yang kita aplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran seharian masih tidak cukup untuk mengukukkan pemahaman murid
terhadap kemahiran yang telah dipelajari. Oleh itu, program yang berunsur “Mind’s On,
Hand’s On and Heart’s On” dapat meningkatkan pembelajaran dan pemudahcara
(PdPc) guru. Maka, program inovasi sebegini amat diperlukan untuk meningkatkan
keberkesanan PdPc murid mencapai tahap penguasaan yang lebih tinggi iaitu TP6
dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Selain itu pertandingan ini juga dapat meningkatkan daya pemikiran dan kreativiti murid
untuk menghasilkan produk yang menarik dan dapat menerapkan budaya mereka
bentuk yang melambangkan ciri-ciri keunikan tersendiri SJK (C) Chung Hua Marudi.
Justeru menerapkan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Berkomunikasi, dan Reka
Bentuk dan Teknologi. Tambahan pula, program ini turut memberi peluang kepada guru-
guru sains, TMK dan RBT untuk menghargai murid-murid yang lemah dalam mata
pelajaran. Murid yang lemah dalam pembelajaran tidak semestinya lemah dalam inovasi
membina objek.

Di samping itu, pembinaan model kapal terbang kertas merupakan salah satu inovasi
daripada Standard Pembelajaran Sains Tahun 2 dalam DSKP KSSR SEMAKAN 2017
iaitu
1. 9.2.5: Mencipta alat atau model dengan mengaplikasikan pengetahuan yang
menunjukkan kegunaan udara yang bergerak.
2. 9.2.6: Menjelaskan pemerhatian tentang udara melalui lakaran, TMK, penulisan
atau lisan.
Standard Prestasi TP6: Mereka cipta model yang menggunakan pengetahuan udara
yang bergerak.
Oleh itu, idea membina model kapal terbang kertas dijana. Program ini senang dan
sesuai dengan tahap pencapaian murid bagi sekolah rendah. Justeru penularan covid-
19 menyebabkan murid tidak dapat mengadakan kelas bersemuka, maka program ini
paling sesuai pada masa ini. Melalui program ini murid akan lebih memahami konsep-
konsep udara.
1.1 KONSEP
1. Kreatif adalah mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
2. Inovasi membawa maksud hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif
dalam mana-mana aspek yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
organisasi.
3. Udara ialah campuran beberapa jenis gas. Udara bukanlah sebatian kerana gas-
gas di dalamnya tidak berpadu secara kimia dan boleh dipisahkan secara fizikal.
Gas-gas dalam udara terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap
air, 0.03% karbon dioksida, 0.97% gas nadir, habuk, mikroorganisma (gas-gas
lain).

 2.0 MATLAMAT
Pertandingan kreatif mereka cipta model adalah bertujuan mencungkil bakat kreatif dan
inovatif yang ada dalam minda murid dan diterjemahkan ke dalam bentuk atau objek
yang berunsur Sains, TMK dan RBT. Justeru meningkatkan pencapaian tahap
penguasaan yang tertinggi dalam mata pelajaran Sains yang berunsur KBAT dan PAK-
21 selaras dengan KRA TS25, iaitu Kecemerlangan Akademik.

3.0 OBJEKTIF:
1. Mengcungkil bakat murid dalam daya kreativiti berfikir aras tinggi yang berunsur
KBAT dan PAK-21 selaras dengan KRA TS25, iaitu Kecemerlangan Akademik.
2. Mentaksir Tahap PBD yang tertinggi iaitu TP6 dalam mata pelajaran Sains, TMK dan
RBT yang berunsur KBAT dan PAK-21 selaras dengan KRA TS25, iaitu
Kecemerlangan Akademik.
3. Menyemaikan sifat mengaplikasikan ilmu pengetahuan Sains dalam jiwa murid yang
berunsur KBAT dan PAK-21 selaras dengan KRA TS25, iaitu Kecemerlangan
Akademik.

 4.0 TARIKH PELAKSANAAN:


15 Jun 2021-12 Julai 2021

5.0 TEMPAT
Tempat kediaman masing-masing.

6.0 KUMPULAN SASARAN


1. Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SJK (C) Chung Hua Marudi.
2. Semua guru mata pelajaran Sains TMK dan RBT.
 
7.0 KAEDAH PELAKSANA
Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Disebabkan
penularan penyakit Covid-19 murid-murid tidak dapat membuat kapal terbang kertas di
sekolah. Oleh itu, murid-murid perlu menyiapkan model kapal terbang kertas di rumah
dan hantar rakaman video pada atau sebelum 12 Julai 2021 kepada guru Sains kelas
masing-masing. Murid perlu membuat rakaman video proses pembinaan model kapal
terbang kertas dan proses memainkan kapal terbang kertas. Guru kelas perlu memuat
naik rakaman video murid ke dalam Google Classroom Panitia Sains. Pemenang akan
ditentukan oleh para hakim. Keputusan hakim adalah muktamad. Kriteria yang dinilai
adalah kreativiti (40%), video proses membina model (30%), video memainkan model
(30%). Hakim akan menilai markah melalui Google Classroom. Keputusan akan
diumumkan secara talian melalui Facebook sekolah.

7.1 Jawatankuasa Pelaksanaan Pertandingan


Pengerusi : En. Tie Wei Hieng (GB)
Pn. Choung Lin Lin (GPK 1)
Penyelaras : En. Tiong Chiong Suang (Ketua Panitia Sains/TMK & RBT)
Setiausaha : En. Yeo Yit Juan
Bendahari : En. Tonny Wong Ping Leong
Hakim : En. Tiong Chiong Suang
En. Kevin Wong Chii Chiew
En. Ting Sze Xuan
Cik. Yeo Yit Juan
AJK Hadiah/ : Cik. Yeo Yit Juan
AJK MC : En. Kevin Wong Chii Chiew
Jurugambar : En. Ting Sze Xuan

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA JUMLAH SEUNIT JUMLAH

Piala Set (Johan, Naib Johan,


1 2 x RM 49.00 RM 98.00
Tempat Ketiga)

2. Piala Saguhati 4 x RM 9.00 RM 36.00

JUMLAH BESAR RM 134.00

Jumlah Besar – RM 134.00

9.0 SUMBER KEWANGAN:


1. PCG Panitia Sains/TMK/RBT
2. Sumbangan Lembaga Pengurusan Sekolah / PIBG / Ibu bapa
 
10.0 PENUTUP:
Ucapan jutaan terima kasih disampaikan sebagai tanda penghargaan kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebagai penghargaan. Segala yang
dirancang adalah diharapkan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Daun keladi di
tepi perigi, jika sudi boleh tolong lagi.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

______________________ ________________ ______________


(TIONG CHIONG SUANG) (CHOUNG LIN LIN) (TIE WEI HIENG)
Ketua Panitia Sains/TMK/RBT PK1 Guru Besar

Jawatankuasa Pelaksanaan
Pertandingan Kreatif Reka Model Payung Terjun
Anjuran Panitia Sains, TMK dan RBT Tahun 2020

Pengerusi : En. Tie Wei Hieng (GB)


Pn. Choung Lin Lin (GPK 1)
Penyelaras : En. Tiong Chiong Suang (Ketua Panitia Sains/TMK & RBT)
Setiausaha : En. Yeo Yit Juan
Bendahari : En. Tonny Wong Ping Leong
Hakim : En. Tiong Chiong Suang
En. Kevin Wong Chii Chiew
En. Ting Sze Xuan
Cik. Yeo Yit Juan
AJK Hadiah/ : Cik. Yeo Yit Juan
AJK MC : En. Kevin Wong Chii Chiew
Jurugambar : En. Ting Sze Xuan

Pertandingan K reatif Reka Model


Anjuran Panitia Sains, TMK dan RBT Tahun 2021
BORANG PEMARKAHAN

BIL VIDEO VIDEO


KREATIVITI PROSES PROSES JUMLAH
(40%) MEMBINA MEMAINKAN (100%) KEDUDUKAN
MODEL MODEL
(30%) (30%)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
TANDATANGAN HAKIM

_________________________

( )

Anda mungkin juga menyukai