Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA DAN CADANGAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK


(KmR)
TRANSFORMASI SEKOLAH 25 SK STOH 2022

PROGRAM

Program ini dianjurkan oleh Unit Transformasi Sekolah 25 SK Stoh 2022..

LATAR BELAKANG

Program Pembelajaran Berasaskan Projek ini akan diadakan pada 13 hingga 18 Oktober
2022 dengan tema Kemerdekaan Tanah Air ku . Ia diadakan bagi membantu pelajar menguasai
pengetahuan dan kemahiran dalam PdPC. Pelbagai aktiviti yang dicadangkan akan dijalankan
secara berkumpulan yang melibatkan aktiviti hands on. Semua guru Sejarah, Bahasa Melayu,
Matematik dan Pendidikan Visual akan terlibat dalam program ini.

JUSTIFIKASI

Program Pembelajaran Berasaskan Projek ini dipilih sebagai salah satu program penting
dalam Projek Transformasi Sekolah dan akan diteruskan pada tahun-tahun hadapan. Ini adalah
kerana ia memberi banyak manfaat kepada murid-murid kerana ia bertujuan untuk menanam
minat murid untuk sessi PdPc yang menarik dan menambah pengetahuan keempat-empat mata
pelajaran teras dalam diri murid. Di samping itu, kami juga berharap dengan adanya program
ini, ia dapat mencungkil dan mengasah bakat dan kemahiran murid yang berpotensi besar dalam
bidang akademik serta menjana idea mereka untuk menghasilkan sesuatu inovasi yang baru.

MATLAMAT

1. Meningkatkan kolaborasi dalam kumpulan.


2. Melibatkan banyak Need to Knows pada pihak guru dan murid.
3. Menggalakkan penggunaan pelbagai kemahiran dan pengetahuan.
4. Menyediakan peluang yang luas kepada murid untuk membuat pilihan sepanjang projek.
5. Memupuk sikap berdaya saing di kalangan murid untuk mencapai pembelajaran ke
peringkat yang lebih maju.
6. Menggalakkan perbincangan secara aktif dan kolabaratif di antara murid.
7. Menyediakan proses pembelajaran sebenar yang dilalui oleh murid dan
menyerupai pekerjaan dalam dunia yang sebenar

JANGKAMASA

13 hingga 18 Okotober 2022

SASARAN

Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 (Sekolah Kebangsaan Stoh)


IMPLIKASI KEWANGAN

Program ini dijalankan untuk semua murid Tahun 4

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


Pertandingan Inovasi
1. Peralatan PBL
i)Bahan-bahan projek
- kertas A4 berwarna
- mounting board, impra plastic board
- parmanet and whiteboard marker
- Double sided tape
- Hot glue gun RM 500
- UHU gam
- Sticker
2.
iii)Hadiah Tempat pertama = RM 70 RM 7 0
Tempat kedua = RM 55 RM 5 5
Tempat ketiga = RM 45 RM 4 5
Saguhati RM 30 RM 30

RM700

TENTATIF PROGRAM

Program ini dijalankan pada hari persekolahan sahaja iaitu selama 4 hari seperti jadual di
bawah :
Tarikh Tentatif Program
13/10/2022  Taklimat kepada semua guru dan murid
 Pembahagian kumpulan
 Perbincangan projek mengikut kumpulan
 Mencari maklumat
 Membentangkan draf projek

14/10/2022  Pembinaan projek


17/10/2022  Pembinaan projek
 Persediaan tempat pameran
18/10/2022  Membentangkan hasil projek
AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM PEMBELAJARAN BERASAKAN PROJEK
TRANSFORMASI SEKOLAH SK STOH 2022

PENGERUSI : En Harunoor Bin Ismail


(Guru Besar SKSTOH)
NAIB PENGERUSI I : En Noornikman Bin Medahi
(GPK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI II : 1. Pn. Eviana Farisha Binti Abdullah
(GPK HEM)
2. En. Zulkifli Bin Halip (GPK KO)
PENYELARAS : En Noornikman Bin Medahi
SETIAUSAHA : Cik Nur Hidayah Binti Mostaffa
BENDEHARI : Sharifah Dahliana Binti Wan Alik

AHLI JAWATANKUASA

Guru Sejarah
1) En Harunoor Bin Ismail
2) Cik Nur Hidayah Binti Mostaffa
Guru Bahasa Melayu
1) En Zulkifli Bin Halip
2) En Mohd Faizan Bin Che Abd Ghani

Guru Matematik
1) Faridah Binti Lee
2) Pn Juliantie Binti Sepawi

Guru Pendidikan Seni dan Visual


1) En Mohamad Hamizan Bin Abdullah
2) Pn. Eviana Farisha Binti Abdullah

PELAN KONTIGENSI

Program ini melibatkan aktiviti berkumpulan di mana setiap kumpulan wajib terdiri daripada murid
pelbagai kecerdasan atau berlainan kelas. Jika kelas tidak dapat digabung atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan, maka program ini boleh dijalankan di dalam kelas masing-masing. Murid cemerlang
boleh bergabung membentuk kumpulan dengan murid lemah. Senarai nama kumpulan terdapat dalam
lampiran 1.
JUSTIFIKASI PERMOHONAN

Semoga program pembelajaran berasakan projek dengan tema kemerdekaan tanah airku di
peringkat sekolah kita dapat memupuk kemahiran berfikian secara kritis dan inovatif. Sehubungan
dengan itu diharapkan permohonan kertas kerja ini mendapat kelulusan dari pihak tuan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………….. ………......................................................
(Nur Hidayah Binti Mostaffa) (Harunoor Bin Ismail )
SU Sekolah Transformasi Guru Besar SK Stoh

Disemak oleh,

………………………….
(Noornikman Bin Medahi)
Penyelaras Sekolah Transformasi
SK STOH
94000 LUNDU, SARAWAK

KERTAS KERJA
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
TRANSFORMASI SEKOLAH

13 HINGGA 18 OKTOBER 2022

ANJURAN

UNIT TRANSFORMASI SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai