Anda di halaman 1dari 13

GURINDAM BARIS HADAPAN (Rahman Shaari ) Tidak berbuat walaupun tahu, diambil pengayuh dibuang perahu.

Tidak tahu tapi berbuat, kayuh perahu di atas darat. Banyak bercakap tak baca buku, macam membawa duit tak laku. Kurang berfikir rajin membangkang, bila-bila pun di baris belakang. Jika ilmu dikaji teliti, di sungai cabaran tersedia titi. Ilmu dituntut dengan tabah, yakin diri bertambah-tambah. Membaca buku karangan tokoh, bagai berpaut di dahan kukuh. Kembang ilmu tegap wibawa, seluruh rakyat tidak kecewa. Gurindam ini sememangnya mampu membuatkan seseorang itu berfikir tentang kehidupannya. Ayatayat yang digunakan dalam gurindam ini biasa sahaja tetapi terus ke arah sasarannya. Pelajar pasti akan mendapat banyak pengajaran daripada gurindam ini. Gurindam ini cuba memberi penekanan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia. Ilmu mampu membantu manusia menjalani kehidupan yang baik. Isi dan persoalan yang cuba diungkapkan oleh gurindam ini ialah: Kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia kini Ilmu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang itu Ilmu dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang dengan begitu mudah Bentuk dan ciri-ciri gurindam ini ialah: Terdiri daripada lapan rangkap Mempunyai dua baris serangkap Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris Mempunyai sembilan hingga sebelas suku kata sebaris Rima akhirnya aa Bentuknya terikat Rangkap 1 menerangkan seseorang yang sengaja berpura-pura tidak tahu melakukan sesuatu perkara itu. Perkataan pengayuh ialah dayung atau alat untuk mengayuh sampan. Rangkap 2 pula menghuraikan seseorang yang tidak tahu tetapi berpura-pura mengaku dia tahu melakukan sesuatu itu.

Rangkap 3 menjelaskan seseorang yang suka bercakap besar atau tanpa bukti tidak akan dipercayai oleh sesiapa pun. Ungkapan tak laku bermaksud tidak mampu dijual atau tiada sesiapa yang ingin membelinya. Rangkap 4 menjelaskan bahawa seseorang yang suka menentang sesuatu atau tidak bersetuju tanpa alasan akan ketinggalan dalam hidupnya. Ungkapan membangkang ialah menentang atau tidak bersetuju. Rangkap 5 pula menerangkan bahawa ilmu jika seseorang itu tahu menggunakannya mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia. Rangkap 6 memberitahu bahawa ilmu yang diperoleh mampu memberi keyakinan diri kepada seseorang itu. Ungkapan dituntut ialah dicari atau dipelajari. Rangkap 7 pula memberi amaran supaya mencari ilmu berdasarkan sumber atau guru yang betul untuk memastikan ilmu yang diperoleh itu ilmu sebenarnya. Ungkapan karangan tokoh ialah hasil penulisan seseorang yang berpengetahuan atau berkaliber atau mahir dalam bidang tersebut. Rangkap 8 pula menjelaskan bahawa rakyat akan mendapat banyak manfaat jika ilmu diberi penekanan dalam kehidupan seseorang itu. Gaya bahasa dan keindahan bunyi yang boleh ditemukan ialah: Simile. Contoh: macam membawa duit tak laku Bahasa kiasan. Contoh: diambil pengayuh dibuang perahu Asonansi (pengulangan vokal i jika ilmu dikaji teliti) Aliterasi (pengulangan konsonan t Tidak tahu tapi berbuat) Nilai murni yang ada ialah: Tabah. Usaha mencari ilmu bukanlah mudah. Yakin. Sikap yakin membantu manusia dalam hidupnya. Berilmu. Memiliki ilmu menjadikan diri seseorang itu berguna Pengajaran yang wujud dalam gurindam ini: Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang diperoleh Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup Kita hendaklah berfikir sebelum membangkang sesuatu pendapat Kita hendaklah rajin membaca buku Kita hendaklah mengembangkan ilmu yang kita ada Satu soalan yang sering ditanya ialah bagaimanakah seseorang itu boleh memperoleh ilmu? Berdasarkan teks sudah pasti seseorang itu harus mempunyai seorang guru tetapi pelajara juga boleh menjawab bahawa ilmu boleh diperoleh dengan banyak membaca buku, menerusi pemerhatian yang tepat dan juga pengalaman yang dialami oleh orang lain.

Latihan Pengukuhan GURINDAM BARIS HADAPAN Tidak berbuat walaupun tahu, diambil pengayuh dibuang perahu. Tidak tahu tapi berbuat, kayuh perahu di atas darat. Banyak bercakap tak baca buku, macam membawa duit tak laku. Kurang berfikir rajin membangkang, bila-bila pun di baris belakang. Jika ilmu dikaji teliti, yakin diri bertambah-tambah. Membaca buku karangan tokoh, bagai berpaut di dahan kukuh. Kembang ilmu tegap wibawa, seluruh rakyat tidak kecewa. (i) Apakah maksud membaca buku karangan tokoh, bagai berpaut di dahan kukuh? (2 markah) (ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menguasai ilmu dengan bersungguh-sungguh? (3 markah) (iii)Huraikan bentuk Gurindam Baris Hadapan. (4 markah)

Latihan Pengukuhan GURINDAM BARIS HADAPAN Tidak berbuat walaupun tahu, diambil pengayuh dibuang perahu. Tidak tahu tapi berbuat, kayuh perahu di atas darat. Banyak bercakap tak baca buku, macam membawa duit tak laku. Kurang berfikir rajin membangkang, bila-bila pun di baris belakang. Jika ilmu dikaji teliti, yakin diri bertambah-tambah. Membaca buku karangan tokoh, bagai berpaut di dahan kukuh. Kembang ilmu tegap wibawa, seluruh rakyat tidak kecewa. (i) Apakah maksud membaca buku karangan tokoh, bagai berpaut di dahan kukuh? (2 markah) (ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menguasai ilmu dengan bersungguh-sungguh? (3 markah) (iii)Huraikan bentuk Gurindam Baris Hadapan. (4 markah) (i) Meriam dan loceng berbunyi secara sendiri lalu menghasilkan bunyi yang kuat Kejadian banjir atau air bah bersama-sama bunga berkembang kemudiannya Nobat dan nafiri berbunyi sendiri (ii) Untuk membuktikan bahawa putera itu seorang bakal raja yang berkemampuan besar Untuk membuktikan perbezaan darjat antara rakyat dengan keturunan sultan Untuk mendapatkan sokongan rakyat (iii) Kebesaran dan kemuliaan golongan raja Suasana aneh sewaktu kelahiran seorang putera raja perbezaan yang wujud antara rakyat dan raja

(3 markah)

(3 markah)

(3 markah)

Latihan 1 Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri GURINDAM BARIS HADAPAN Tidak berbuat walaupun tahu, diambil pengayuh dibuang perahu. Tidak tahu tapi berbuat, kayuh perahu di atas darat. Banyak bercakap tak baca buku, macam membawa duit tak laku. Kurang berfikir rajin membangkang, bila-bila pun di baris belakang. Jika ilmu dikaji teliti, di sungai cabaran tersedia titi. Ilmu dituntut dengan tabah, yakin diri bertambah-tambah. Membaca buku karangan tokoh, bagai berpaut di dahan kukuh. Kembang ilmu tegap wibawa, seluruh rakyat tidak kecewa RAHMAN SHAARI (i) Mengapakah orang yang kurang berfikir akan berada di baris belakang? (ii) Apakah yang dimaksudkan dengan: Membaca buku karangan tokoh bagai berpaut di dahan kukuh (2 markah)

(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah setiap lapisan rakyat digalakkan menuntut ilmu? (4 markah)

Latihan 1 Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri GURINDAM BARIS HADAPAN Tidak berbuat walaupun tahu, diambil pengayuh dibuang perahu. Tidak tahu tapi berbuat, kayuh perahu di atas darat. Banyak bercakap tak baca buku, macam membawa duit tak laku. Kurang berfikir rajin membangkang, bila-bila pun di baris belakang. Jika ilmu dikaji teliti, di sungai cabaran tersedia titi. Ilmu dituntut dengan tabah, yakin diri bertambah-tambah. Membaca buku karangan tokoh, bagai berpaut di dahan kukuh. Kembang ilmu tegap wibawa, seluruh rakyat tidak kecewa (RAHMAN SHAARI)

(i) Mengapakah orang yang kurang berfikir akan berada di baris belakang? (ii) Apakah yang dimaksudkan dengan: Membaca buku karangan tokoh bagai berpaut di dahan kukuh

(2 markah)

(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah setiap lapisan rakyat digalakkan menuntut ilmu? (4 markah) (i) Mengapakah orang yang kurang berfikir akan berada di baris belakang? Kerana mereka tidak akan mengalami perubahan atau kemajuan Kerana tidak mahu melakukan sesuatu yang belum pasti hasilnya (ii) Apakah yang dimaksudkan dengan: Membaca buku karangan tokoh bagai berpaut di dahan kukuh semua ilmu mestilah diperoleh daripada sumber yang benar bahan yang diperoleh itu pastinya ilmu yang sebenarnya untuk elakkan seseorang mendapatkan ajaran yang salah

(2 markah)

(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah setiap lapisan rakyat digalakkan menuntut ilmu? Untuk memastikan setiap rakyat mempunyai ilmu yang secukupnya Untuk memastikan ilmu yang diperoleh digunakan kea rah kemajuan negara Untuk memastikan rakyat mempunyai kemahiran mengenalpasti sesuatu yang salah dan benar Untuk memiliki satu generasi yang berdaya saing tinggi selaras dengan peredaran zaman

Latihan 2 Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri. PANTUN KIASAN Tikar pucuk, tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Buah bacang masak serangkai, Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang. Tebang gelam, tebang kenanga, Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung. Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu. Limau Bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung. (Dipetik daripada antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Huraikan maksud rangkap keempat pantun tersebut. (2 markah) (ii) Berdasarkan rangkap keempat pantun tersebut, mengapakah kita disarankan jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti? (4 markah) (iii) Nyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut. (3 markah)

Latihan 3 Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri. SYAIR KELEBIHAN ILMU Ilmu itulah gemala sakti Sinarnya cerah cahaya sejati Asal puncanya lamun didapati Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat dinilaikan Sebuah dunia belinya bukan Kuasanya besar sukar digunakan Di laut di darat di rimba di pekan. Masa seorang ialah taulan Teman berbeku suluh berjalan Masa berhimpun ia pengenalan Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur Ia penerang bagi yang kabur Ialah kandil di dalam kubur Lamun dengannya beramal subur Ia penerang jalan ke syurga Ia pemuas tekak yang dahaga Ialah sungai ialah telaga Laut yang luas ialah juga Ialah alat sangat berguna Idaman orang yang bijaksana Hamparnya luas amat saujana Tepinya ajal sempadannya fana (i) Huraikan maksud rangkap pertama syair di atas (3 markah) (ii) Mengapakah agaknya Zaba menyatakan judul Syair Kelebihan Ilmu pada syairnya? (3 markah) (iii) Nyatakan pengajaran-pengajaran yang terkandung dalam syair tersebut (3 markah)

Latihan 4 Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri. PANTUN LAPAN KERAT Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa, Tampak dari tanah sebeang; Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang. Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Korek perigi di parit seberang, Tepi parit tumbuh mengkudu, Berselang dengan pohon puding, Hidup subur kanan dan kiri; Tuan pergi dagang seorang, Tiada saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding, Pandai-pandailah membawa diri. (i) Berikan maksud rangkap ketiga pantun di atas. (2 markah) (ii) Pada pendapat anda, perlukah kita menuruti pesanan yang disampaikan dalam rangkap ketiga pantun itu? Mengapa? (3 markah) (iii) Nyatakan pengajaran yang anda peroleh daripada pantun ini. (4 markah)

Latihan Pengukuhan Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri. PANTUN KIASAN Tikar pucuk, tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Buah bacang masak serangkai, Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang. Tebang gelam, tebang kenanga, Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung. Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu. Limau Bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung. (Dipetik daripada antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Huraikan maksud rangkap keempat pantun tersebut. Sikap tidak menggunakan akal dalam melakukan sesuatu tindakan Sikap terburu-buru bertindak (2 markah) (ii) Berdasarkan rangkap keempat pantun tersebut, mengapakah kita disarankan jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti? Supaya kita tidak kecewa Supaya kita tidak mengalami kerugian kewangan dan sebagainya Supaya kehidupan kita tidak menemukan masalah berpanjangan Supaya kita tidak mudah tertipu oleh orang lain yang suka mengambil kesempatan (4 markah) (iii) Nyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut. Nilai berfikir sebelum bertindak Nilai menyedari kedudukan diri sendiri Kita perlulah pandai menyesuaikan diri dengan suasana tempat dan masa

(3 markah)

Latihan Pengukuhan Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri. SYAIR KELEBIHAN ILMU Ilmu itulah gemala sakti Sinarnya cerah cahaya sejati Asal puncanya lamun didapati Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat dinilaikan Sebuah dunia belinya bukan Kuasanya besar sukar digunakan Di laut di darat di rimba di pekan. Masa seorang ialah taulan Teman berbeku suluh berjalan Masa berhimpun ia pengenalan Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur Ia penerang bagi yang kabur Ialah kandil di dalam kubur Lamun dengannya beramal subur Ia penerang jalan ke syurga Ia pemuas tekak yang dahaga Ialah sungai ialah telaga Laut yang luas ialah juga Ialah alat sangat berguna Idaman orang yang bijaksana Hamparnya luas amat saujana Tepinya ajal sempadannya fana (i) Huraikan maksud rangkap pertama syair di atas. Ilmu itu amat penting dalam kehidupan Ilmu itu sukar untuk diambil daripada pemiliknya Ilmu boleh diperoleh dengan sikap suka merenung sesuatu perkara itu secara mendalam (3 markah) (ii) Mengapakah agaknya Zaba menyatakan judul Syair Kelebihan Ilmu pada syairnya? Untuk menyeru rakyat supaya menghargai kepentingan ilmu Untuk menyedarkan rakyat bahawa ilmu mampu mengubah kehidupan seseorang Untuk memastikan semua rakyat menerima ilmu yang sebenarnya (3 markah) (iii) Nyatakan pengajaran-pengajaran yang terkandung dalam syair tersebut Manusia perlulah mengutamakan pencarian ilmu dalam kehidupan mereka. Kita perlulah mencari ilmu yang benar melalui sumber yang betul Seseorang itu mestilah menggunakan ilmu untuk mendidik orang lain pula (3 markah)

Latihan Pengukuhan Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri. PANTUN LAPAN KERAT Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa, Tampak dari tanah sebeang; Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang. Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Korek perigi di parit seberang, Tepi parit tumbuh mengkudu, Berselang dengan pohon puding, Hidup subur kanan dan kiri; Tuan pergi dagang seorang, Tiada saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding, Pandai-pandailah membawa diri. (i) Berikan maksud rangkap ketiga pantun di atas. Kehidupan perantau penuh dengan cabaran Perantau bersendirian tanpa ada sesiapa yang boleh dirujuk untuk mendapatkan bantuan (2 markah) (ii) Pada pendapat anda, perlukah kita menuruti pesanan yang disampaikan dalam rangkap ketiga pantun itu? Mengapa? Ya kita perlu mengikuti Kerana perantau yang bersendirian perlu bijak sesuaikan diri Supaya tidak menemukan sebarang masalah kelak (iii) Nyatakan pengajaran yang anda peroleh daripada pantun ini. Manusia perlulah tabah untuk menghadapi sebarang cabaran hidup Seseorang itu perlulah mengutamakan kesopanan dalam kehidupannya Kita hendaklah mampu hidup berdikari Seseorang itu mestilah bersyukur dengan semua yang diterimanya (4 markah)

(3 markah)

Anda mungkin juga menyukai