Anda di halaman 1dari 21

1

CHAPTER 3: TEORI-TEORI PERUBAHAN BAHASA

Di akhir Bab ini, anda akan dapat:

Mengenalpasti perubahan-perubahan yang berlaku di dalam bahasa


Menerangkan perubahan leksikal di dalam bahasa
Menjelaskan perubahan ejaan dan sintaksis di dalam bahasa
Mengenalpasti perubahan fonetik di dalam bahasa

3.1 Pengenalan
3.2 Perubahan Leksikal
3.3 Konteks dalam Leksikal
3.4 Perubahan Ejaan
3.5 Perubahan Sintaksis
3.6 Perubahan Fonetik
3.7 Perubahan Semantik
3.8 Perubahan Budaya
3.9 Penyeragaman Bahasa
PERKATAAN PENTING
RINGKASAN
RUJUKAN

3.1 PENGENALAN

suatu

Tahukah kita bagaimana cara nenek moyang kita dahulu


bertutur kata? Bagaimanakah kata yang dipertuturkan
diberikan makna?Bagaimanakah bunyi bahasa Melayu
ketika dahulu? Bagaimanakah proses perubahan sintaksis
atau pembentukan kata berlaku?

Kebanyakan kajian yang telah dijalankan berhubung dengan perubahan bahasa melibatkan
aspek-aspek leksikal dan nahu. Sesetengah bahasa di dunia telah mengalami proses evolusi
sehingga akhirnya menjadi suatu bahasa yang baru serta moden. Cuba kita lihat evolusi
bahasa yang telah membawa perubahan besar kepada bahasa-bahasa utama di dunia. Hal
yang sama terjadi kepada bahasa Latin yang telah berubah menjadi bahasa Itali. Begitu
juga dengan bahasa Sanskrit menjadi akar utama kepada bahasa Hindi, bahasa Cina lama
kepada bahasa Cina baru serta bahasa Mesir purba bertukar menjadi Coptic.
Sekiranya kita melihat jauh ke dalam bahasa Melayu, jelas sekali bahasa Melayu sendiri
mengalami proses perubahannya yang sangat ketara. Bermula dengan bahasa Melayu
Purba, kemudian bahasa ini mengalami proses evolusi menjadi bahasa Melayu Kuno dan
seterusnya menjadi bahasa Melayu Klasik sebelum wujud bahasa Melayu seperti mana yang
dipertuturkan pada hari ini [Seperti kita telah membincang di Bab 1]
Pengkaji bahasa seperti Weinreich, Labov dan Herzog (1968) melihat perubahan bahasa
perubahan dari segi fonologi dalam linguistik(Lihat Rajah 3.1). Pengkaji bahasa lain
menyifatkan perubahan bahasa berkaitan dengan faktor sosiolinguistik atau faktor sosial.
Bahasa berubah bagi memenuhi keperluan berbahasa untuk peringkat strata masyarakat
tertentu.

Perubahan
Bahasa

Perubahan dari segi Fonologi


Perubahan dari Lnguistik.

Rajah 3.1 Perubahan Bahasa dari segi Fonologi & Linguistik


Menurut Hudson (2000), faktor-faktor lain seperti ciri-ciri komposisi penduduk (umur,
jantina, status sosioekonomi), bilingualisme, geografi (negeri, daerah), ekonomi dan media

masa juga memainkan peranan penting dalam perubahan sesuatu bahasa (Lihat Rajah 3.2).
Contohnya, tatacara pertuturan akan berubah daripada yang lebih formal kepada bahasa yang
biasa tertakluk kepada situasi atau status sosioekonomi. Ia melibatkan penyebaran leksikal
dan gaya dari golongan atasan kepada golongan di bawah.
Faktor demografi (umur, jantina, status)
Faktor Geografi (daerah, negeri)
Faktor Ekonomi
Faktor Media Masa

Sesuatu bahasa berubah daripada segi gaya. Bagaimana pun, perubahan bahasa yang paling
ketara ialah perubahan daripada segi perkataan; iaitu PERUBAHAN LEKSIKAL dalam
sebuah bahasa.

a) Berikan contoh perubahan Bahasa Melayu disebabkan daerah


b) Berikan contoh perubahan Bahasa Melyau disebabkan umur
c) Berikan contoh perubahan Bahasa Melayu disebabkan media masa

3.2 PERUBAHAN LEKSIKAL

Apakah yang dimaksudkan Leksikal? Leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam
kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain
dalam ayat. Contohnya, perkataan LARI, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari
dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan
huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna
leksikal melainkan memiliki makna gramatis.
Perubahan leksikal atau makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu
berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia. Oleh kerana sifat kedinamikannya,
evolusinya dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan
bahasa-bahasa lain, kemasukan idea-idea baru dan perkembangan ilmu-ilmu baru seperti
sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.

Pada umumnya, bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting manusia.
Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan
menggunakan berbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat
digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna.

Menurut Stern (1965), perubahan makna bagi sesuatu kata ialah apabila sesuatu kata
digunakan untuk menyatakan suatu makna yang belum pernah dinyatakan. Bidang
perkamusan merupakan cara yang digunakan untuk berhadapan dengan
perubahan leksikal.
Menurut S. Nathesan (2001), bahasa yang digunakan oleh masyarakat pada
satu-satu ketika, terutamanya kosa kata, dirakam didalam kamus.

Untuk tujuan tersebut, sejak zaman dahulu lagi, bermacammacam kamus telah disusun dan diterbitkan. Antara
kamus terawal yang disusun dalam Bahasa Melayu
adalah A Dictionary of the Malay Language oleh Frank
Swettenham yang diusahakan pada abad ke-19.
Namun, beberapa kata yang terdapat dalam kamus
Swettenham ini telah mengalami perubahan makna. Ini
lantaran kerana mengalami penyempitan makna,
perluasan makna atau pertambahan makna. turut
melibatkan salah satu cabang leksikal iaitu istilah
leksikon yang merujuk kepada kamus atau
perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu bidang.
Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi
sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal
yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa
tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.
Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata
makna memberi erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna boleh
diberi bermacam-macam pergertian lagi. Ogden dan Richard dalam buku The Meaning
of Meaning (1956) pernah pengertian dan erti bagi makna, antaranya makna adalah
suatu yang intrinsik, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan
demikian, kita dapat membayangkan betapa rumitnya maksud bagi perkataan makna.

Banyak faktor yang boleh mendorong ke arah perubahan makna dalam bahasa.
Ullman (1957), telah menyenaraikan enam sebab bagi perubahan makna.
Antaranya termasuk sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, sosial, psikologi,
pengaruh luar dan keperluan untuk kata baharu.
Bloomfield (1992), pula telah menyenaraikan beberapa jenis perubahan yang
berlaku dalam bahasa dan antaranya ialah perluasan makna, penyempitan
makna, metafora, metonimi dan lain-lain.
Didapati sejak zaman dahulu lagi bahasa Melayu sebagai bahasa dinamik telah
mengalami perubahan dari segi struktur dan kosa katanya. Dalam kajian semantik
leksikal ini, kosa kata Bahasa Melayu ini ditinjau dari segi diakronik, iaitu
perkembangan leksikal dan makna kata tersebut dalam bahasa Melayu.

Selain itu, semantik leksikal menurut Ullman (1957), merupakan domain kajian makna
perkataan akan meneliti makna perkataan, kesignifikan imbuhan, perbezaan antara
makna kata majmuk dengan komponennya dan lain-lain. Kajian ini berusaha untuk
meneliti perubahan dalam semantik yang dialami oleh Bahasa Melayu. Justeru, untuk
tujuan ini, kosa kata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris disusun oleh Frank
Swettenham pada tahun 1881 dijadikan asas kosa kata Bahasa Melayu. Untuk melihat
perubahan makna pada kosa kata tersebut, diteliti pula Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi
Ringkas yang diterbitkan pada tahun 1995.
Terdapat kata yang telah berubah bentuk dan maknanya sekali gus daripada
bentuk kamus Swettenham. Jadual 3.1 menunjukkan sebahagian kata yang telah berubah
bentuk dari makna pada masa sekarang berbanding dengan bentuk dan makna kata
seperti yang telah diterterakan dalam kamus Swettenham; iaitu mengalamai perluasan makna.
Daftar kata
bahasa Inggeris
accident

Daftar dalam Kamus


Swettenham
Bencana

accountant
Bag
belch
bruice
certificate
Cholera
Cunning
Dawn
Desert
Engine
Grandfather
Forbidden
Goverment

tukang mengira
Karong, saku
Blahak
Pipis
Surat Keterangan
Penyakit hawar
Cerdik, berakal
Dinihari
Padang Belantara
Jentera, pesawat
Nenek
Haram
Perintahan

Daftar dalam kamus


Dewan
Kemalangan, secara
kebetulan
Akauntan
Beg. kampit
Sendawa/sedawa
Lebam/lemar
Sijil/Surat
Kolera/taun
Licik
Subuh
Gurun/Padang Pasir
Enjin
Datuk
Dilarang
Kerajaan

Jadual 3.1 Contoh kata yang mengalami perluasan makna

Jadual 3.2 menunjukkan sebahagian kata yang telah berubah bentuk dari makna pada
masa sekarang berbanding dengan bentuk dan makna kata seperti yang telah diterterakan
dalam kamus Swettenham oleh kerana mengalami penyimpatan makna.

Daftar kata bahasa


Inggeris
Affair

Daftar dalam
Kamus
Swettenham
Hal

Ankle
Book
Cage
Flood
Invade
Mist
Ocean
Plough

Mata kaki
Kitab
Sangkar
Air bah
Langgar
Kabut
Laut besar
Tenggala

Daftar dalam kamus Dewan

Hal, urutan. peristiwa dan


asmara
Mata kaki, buku lali
Kitab, buku
Sangkar, kurungan
bah, banjir
Melanggar, menyerang
Kabut, kabus
Laut, samudera
Tenggala, bajak, luku

Jadual 3.1 Contoh kata yang mengalami penyempitan makna

Hiponim ialah perkataan mempunyai makna yang boleh mencakupi manka perkataanlain, di
samping mempunyai hiraki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi
sesuatu perkataan yang superordinat. Hiponim berasal dari perkataan Greek yang bermaksud
nama yang di bawah. Ia dapat dilihat terutamanya apabila kita menjalankan klasifikasi dalam
bidang tertentu.

Rajah 3.1 Contoh Hiponim Warna

Lihat Rajah 3.1 yang menunjukkan perkataan warna yang wujud sebagai nama kelas bagi
segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006).

3.3 PERUBAHAN LEKSIKAL DALAM KONTEKS


Wittgenstein (1953) dalam bukunya Philosophical Investigations menyatakan bahawa
makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam
konteks penggunaannya. Demikian juga, Ullmann (1957) telah berhujah bahawa, makna
perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya
sahaja.
Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna.
Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu-satu ujaran atau
tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna, seperti
dalam kata bilas (basuh / cuci) sebagai kata kerja dan bilas (kabur) sebagai kata
adjektif, konteks amat perlu.
Homonim dalam bidang linguistik ialah sekumpulan perkataan yang berkongsi ejaan serta
sebutan yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza, biasanya kerana perkataanperkataan itu tidak berasal daripada punca yang sama. Konteks juga menjadi amat
mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk membezakan antara haus sebagai
rasa dahaga atau kurangannya tebal sesuatu permukaan kerana tergosok, kita perlu lihat
pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Contohnya, dalam ayat ini Kami semua
rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah maknanya ialah rasa dahaga.
Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai
makna yang sam atau hampir sama. Contohnya, perkataan jemput dan undang banyak
digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya jemput digunakan dalam konteks lisan,
manakala undang dalam konteks tulisan. Konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.
CONTOH:
Perktaan-perkataan yang digunakan dalam sesuatu situasi biasanya dipengaruhi oleh
keadaan konteks berkenaan, sama ada ianya formal atau tidak formal. Terdapat perkataan
yang hanya digunakan dalam konteks formal, ada yang hanya digunakan dalam konteks
tidak formal, dan ada yang boleh digunakan dalam kedua-dua konteks
Jika anda membaca rencana majalah Impiana yang merupakan majalah berkenaan
perhiasaan rumah. Untuk memahami penggunaan konteks, perhatikan bagaimana cara di
mana makna sinonim boleh dibezakan. Sinonim boleh dibezakan berdasarkan tahap
penggunaan formal atau tidak formal, kegunaan dalam konteks teknikal atau daftar
kegunaan, dan konotasi. Majalah perhiasan Impiana disasarkan kepada golongan kelas
pertengahan dan oleh itu bahasa yang digunakan adalah lebih formal, berbanding majalah
hiburan
Jadual 3.3 adalah contoh pasangan sinonim yang mana satunya digunakan dalam konteks
formal dan lagi satunya digunakan dalam konteks kurang atau tidak formal,

Konteks formal

Konteks tidak formal

dekor
kontemporari
aksesori
rimba
natural
premis
eksklusif
kamar

perhiasan
terkini
perhiasan tambahan
hutan
semula jadi
bangunan
khusus
bilik

Jadual 3.3 Beberapa contoh pasangan sinonim dalam konteks formal


dan tidak formal

a) Apakah maksud leksikal?


b) Bagaimana makna berubah menurut konteks?
c) Berikan contoh homonim dan sinonim yang berbeza tertakluk kepada konteks.

3.4 PERUBAHAN EJAAN


Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yang menyusun
aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi pada pertengahan
abad ke-19. Sistem transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi menurut kaedah bahasa
Inggeris yang diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan
Malaya pada masa itu antaranya termasuklah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat
(dilaksanakan pada tahun 1878), Ejaan Rumi Maxwell (dilaksanakan padatahun 1882) dan
Ejaan Rumi Swettenham (1881).
Terdapat dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu, iaitu
Tulisan Jawi
Tulisan Rumi.
Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta, dan tulisan Rumi berasaskan huruf Roman ab-c. Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam Bahasa Melayu sekarang
ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya bermula pada
tahun 1996. Anda boleh melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam beberapa dokumen rasmi
yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Aturan ejaan bagi Tulisan
Rumi yang digunakan dalam Bahasa Melayu mutakhir pula ialah SistemEjaan Rumi
Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini
merupakan aturan ejaan Rumi bersama bagi Bahasa Melayu di Malaysia dan Bahasa

Indonesia, iaitu sistem yang berasaskan aturan ejaan yang


dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama
pada tahun 1967. Perkembangan dalam sistem ejaan adalah
sebahagian daripada perkembangan dalam bahasa Melayu
di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda.
Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal
abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem
bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat
memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila
Nahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam
sistem sekolah rendah atau sekolah dasar. Oleh
itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan
lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi
pada masa itu. Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering
dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau
huruf- huruf yang berbagai- bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam
Bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskrit, Arab
dan Parsi yang digunakan dalam tulisan-t u l i s a n o l e h o r a n g - o r a n g I n g g e r i s .
Pengembara pertama yang menghasilkan penggunaan ejaan Rumi dalam penulisan ialah
pengembara Itali, Antonio Pigafetta, pada abad ke-15. Sejak itu pengembara lain dari Eropah,
seperti Inggeris dan Belanda menulis perkataan dan ayat dalam bahasa Melayu dengan
menggunakan huruf Rumi, berdasarkan sistem tulisan dan ejaan lazim bagi bahasa mereka
sendiri. Beberapa kaedah atau sistem ejaan rumi telah dihasilkan dan di antaranya ialah:
istem Ejaan Wilkinson
Sistem Ejaan Latin Pegafetta
Sistem Ejaan rumi Swettenham (1881)
Sistem Ejaan Rumi Howison (1800)
Sistem Ejaan Rumi Thomas Bowrey (1701)
Sistem Ejaan Maxwell (1882)
Sistem Ejaan Kongres (1956)
Sistem Ejaan Negeri-Negeri Selat (1878)
Sistem Ejaan Rumi Zaaba (1924)
Sistem Ejaan Rumi Baru (ERB)
Untuk Bab ini, kita akan bertumpu kepada DUA sistem ejaan terkenal:
Sistem Ejaan Wilkinson
Dalam bulan Oktober 1904, terbit Ejaan Wilkinson yang dikenal sebagai Romanised Malay
Spelling yang digunakan secara rasmi di semua sekolah umum di Tanah Melayu. Ejaan ini
digunakan dalam kamus bahasa Melayu karangan Wilkinson. Ejaan Wilkinson (1901-1904)
adalah ejaan yang digunakan dalam pendidikan sekolah Melayu di seluruh Malaya pada
ketika itu. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang digunakan secara rasmi di semua sekolahsekolah umum adalah sama dan seragam dengan yang digunakan dalam semua kamus
dan penerbitan karya Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir
1940-an.

10

Pedoman ejaan Rumi Wilkinsonadalah berdasarkan kamus


Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau pada tahun
1903. Wilkinson mengambil pendekatan terjemahan daripada
Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi
Melayu. Wilkinson menyebut bahawa ada dua sistem
yang logik bagi perumian bahasa Melayu. Sistem
yang pertama ialah perumian secara harapiah menurut
ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah perumian secara
fonetik menurut sebutan sesuatu kata. Yang dimaksudkan
secara harapiah ialah pengambilan huruf-huruf Jawi yang
membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan hurufhuruf Rumi tertentu yang diterima.
Kebaikan kaedah harapiah adalah kerana ia dapat menjurus kepada
keseragaman d e n g a n m a k s u d m e n g u r a n gk a n k a e d a h
t e r s e n d i r i s e s e o r a n g p e n u l i s m a n a k a l a kelemahannya adalah kerana sistem
vokal bahasa Arab tidak cukup untuk disamakan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu.
Kelemahan sistem ini adalah wujudnya kelemahan fonetik dengan suatu tempat dalam
bahasa Melayu terdapat dialek. Mengikut kaedah fonetik semua perkataan Inggeris yang
diserapkan ke dalam bahasa Melayu akan dieja mengikut sebutan Melayu. Selain
daripada itu, perkataan Arab juga mengalami perubahan apabila digunakan dalam bahasa
Melayu. Sebagai contoh perkataan Arab yang belum diserap sepenuhnya, proses
untuk transliterasi dicadangkan untuk tidak membezakan antara huruf yang hampir
serupa seperti perkataan yang membawa hampir sama bunyinya. Seperti tho dan ta,
sin dan sod dan kaf dan qof (Hashim Musa, 1997).
Menurut Hashim Musa (1997) perkataan bahasa Melayu sebenarnya
menunjukan makna atau pembentukan katanya yang lebih jelas dan terang
seperti perkataan kemudian (bukannya kemedian) dan demikian (bukannya demekian).
Perkataan kata dasar yang mempunyai imbuhan adalah sama maksudnya dengan
kata dasarnya walaupun ada perbezan bunyi. Misalnya menyabelah dari perkataan sabelah dan bukan menyebelah seperti ejaan yang kita gunakan sekarang.
Sistem Ejaan Zaba
Sistem ejaan yang terkenal selepas ejaan Wilkinson ialah
sistem ejaan rumi Zaba yang dihasilkan olehnya di
Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, pada
1924. Sistem ejaan ini telah diperkemas dalam beberapa
tahun, dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman
bahasa terbitan Pejabat Karangan Mengarang maktab
berkenaan. Antara beberapa buah buku yang menggunakan
ejaan ini termasuklah buku Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1
(1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), Daftar
Ejaan (Jawi - Rumi) 1949 dengan judul Petua-Petua Ejaan
Rumi. Semua buku yang tersenarai itu terkarang oleh
pendeta Zaba.

Zaba 1895 - 1973

Harus diingat, Sistem Ejaan Zaba digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu dan Brunei. Oleh sebab ejaan ini merupakan satu-satunya ejaan

11

yang digunakan di sekolah sejak tahun 1924, ejaan ini dikenal juga sebagai Ejaan Sekolah
sehingga tahun 1972 apabila perisytiharan Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia dibuat.
Selain Sistem Ejaan Zaba, terdapat juga beberapa sistem ejaanrRumi yang lain, iaitu Ejaan
Fajar Asia, Ejaan Kongres, Ejaan Melindo dan Sistem Ejaan Rumi Baru. Sistem Ejaan Fajar
Asia ini muncul dan digunakan dalam masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ejaan ini
digunakan untuk tujuan propaganda pemerintah Jepun di Tanah Melayu. Ejaan Rumi ini
digunakan dalam majalah dwimingguan, Fajar Asia (1943). Selepas berakhirnya
pendudukan Jepun pada tahun 1945, ejaan ini terhenti penggunaannya dan ejaan Zaba
digunakan semula.

a) Kaji dengan lebih teliti sistem ejaan Wilkinson dengan memberi contohcontoh tertentu
b) Nyatakan ciri-ciri sistem ejaan Zaba dan bandingkan dengan sistem ejaan
kini

3.5 PERUBAHAN SINTAKSIS


Sintaksis merujuk kepada perubahan struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang
lain kecuali menyerupai ayat dasar. Ia wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud
dalam bentuk yang serupa. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang
berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Proses
transformasi tersebut mengakibatkan pengguguran, penyusunan dan perluasan. Mari kita
lihat perubahan-perubahan tersebut.
A) PROSES PENGGUGURAN: Ia bermaksud pengguguran unsur-unsur daripada
binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.

Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek.

Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.


Contoh: Awak semua pergi dari sini = Pergi dari sini.
Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk.

Contoh: Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = Dia sangat pandai kerana rajin
belajar.

12
Pengguguran frasa predikat.

Frasa Kerja yang serupa.


Contoh: Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England = Adik Ali dan
sepupunya belajar di England.
Frasa Nama yang serupa.
Contoh: Bendera Malaysia lambing negara dan lagu kebangsaan lambang Negara =
Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang Negara.
Frasa Am yang serupa.
Contoh: Adik saya sangat rajin.Adik Ali sangat rajin = Adik saya dan adik Ali sangat rajin.
Frasa Sendi Nama yang serupa.
Contoh: Dua masih di kampung dan isterinya masih di kampung = Dia dan isterinya masih
di kampung.
Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat.

Pengguguran oleh Frasa Nama dalam ayat pasif.


Contoh: Dia dipukul oleh bapanya = Dia dipukul.

Pengguguran kata bantu yang serupa.


Contoh: Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari = Dia boleh menyanyi dan menari.

Penggunaan Frasa Nama sebagai objek yang serupa.


Contoh: Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul
dan menumbuh penjahat itu.

Penggunaan Frasa Nama sebagai objek selepas Kata Kerja yang membawa makna adjektif.
Contoh: Kejadian itu sunguh menakjubkan kami = Kejadian itu sunguh menakjubkan

Pengguguran Frasa Nama yang menduduki frasa relatif.


Contoh: Orang tua itu bapa saya. Orang tua itu memakai serban = Orang tua yang
memakai serban itu bapa saya.

Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam Frasa Nama. Frasa Nama
penerangan bukan daripada kelas Kata Nama. Kata Nama boleh digugurkan.
Contoh: Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan
badan.

13

B) PROSES PENYUSUNAN SEMULA - Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan


semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Ia akan mengakibatkan perubahan
kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Ia juga tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Penyusunan semula. Ia berlaku melalui proses transformasi pasif.


Contoh: Ali memendang bola itu = Bola itu di tendang oleh Ali.
Penyusunan semula Frasa Nama sebagai objek. Ia mengandungi objek tepat dan objek
sipi.
Contoh: Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku = Ali menghadiahkan sebuah buku kepada
Ahmad.
Penyusunan semula juga berlaku melalui ayat songsang. Ia mengandungi keterangan
tempat, masa, syarat dan musabab.
Contoh: Orang tua itu pergi ke sungai = Ke sungai orang tua itu pergi.

B) PROSES PERLUASAN - Ia merupakan penambahan unsur-unsur dalam ayat yang


baharu disebut peluasan ayat.

Peluasan Frasa Nama sebagai subjek. Ia diperluaskan melalui pemancangan ayat relatif.
Contoh: Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku = Budak yang membaca buku itu
adik saya.
Peluasan frasa predikat. Frasa Nama direlativisasikan berfungsi sebagai subjek. Ayat
tersebut akan dipancangkan.
Contoh: Ali mengusik budak itu. Budak itu cantik = Ali mengusik budak yang cantik itu.
Peluasan dengan kata hubung. Ia melibatkan proses pengabungan ayat yang melibatkan 2
konstituen yang sama. Aspek ini menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika
dan walaupun. Ia akan menghasilkan ayat terbitan bersifat peluasan.
Contoh: Ali pergi ke sekolah. Osman pergi ke sekolah = Ali dan Osman pergi ke sekolah.
Peluasan melalui proses komplementasi. Ia melibatkan proses pengubahan ayat menjadi
Frasa Nama dan memancang pada ayat yang lain menghasilkan peluasan kepada ayat.
Contoh: Dia melaporkan sesuatu. Ali sakit tenat = Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

14

Jelaskan bagaimana proses penguguran, proses penyusunan semula dan proses


perluasan telah membawa perubahan sintaksis Bahasa Melayu.

3.5 PERUBAHAN FONETIK

Perubahan sesuatu bahasa juga dapat dilihat dari aspek sebutan atau fonologinya. Tujuan
perubahan tersebut adalah untuk memudahkan penyebutannya (ease of articulation). Hal ini
dapat ditemui sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam perubahan fonem. Terdapat dua
bentuk perubahan fonem iaitu:

proses kehilangan fonem yang disebut sebagai deletion (pemotongan)


proses asimilasi fonem.

Kedua-dua proses ini memberi penekanan dalam perubahan bahasa dari segi perkataan dan
juga frasa. Misalnya, dalam bahasa Inggeris bunyi dihentikan selepas sengauan. Oleh itu
perkataan akhir /b/ yang dilafazkan pada zaman Shakespeare telah mengalami deletion
(pembatalan), dan penyebutannya adalah tidak sama lagi seperti sekarang ini. Keduanya,
untuk menyatakan makna-makna baru (expression of new meanings).

Oleh yang demikian, bahasa harus berubah untuk disesuaikan dengan kehendak-kehendak
baru, idea-idea baru mahupun peristiwa-peristiwa baru. Kebanyakan perkataan yang bermula
daripada akronim menjadi lebih mantap dan disebut ramai berbanding perkataan asalnya.
Sebagai contoh pawagam (panggung wayang gambar), flu yang dipetik dari influenza, fax

15

(faks dalam Bahasa Melayu) singkatan kepada facsimile dan summits pula datangnya dari
frasa summits meeting. Selain itu perkataan seperti email, laser, scuba, dan radar menjadi
lebih popular daripada perkataan asalnya. Seratus tahun yang lalu, Bahasa Inggeris juga telah
meniru pakai perkataan Perancis seperti amateur, envelope dan unique. Akhirnya perkataanperkataan itu terus kekal sebagai perkataan Inggeris sehingga hari ini.
Dalam masyarakat Malaysia akhir-akhir ini sudah wujud kecenderungan untuk
memendekkan perkataan Inggeris dan kemudian menjadikannya sebagai bahasa lisan Melayu
seperti ori kependekan daripada original yang membawa maksud tulen dan kata ori itu
telah digunakan secara meluasnya. Malahan, kamus Dewan Bahasa dan Pustaka terbitan
terbaru (Edisi Keempat) memuatkan kata ini sebagai entrinya yang terbaru.
Lagi satu fenomena yang membawa perubahan kepada bahasa ialah ialah keinginan untuk
mencuba perkataan-perkataan baru. Perkataan baru kebiasaannya akan membawa kepada dua
pendekatan sosial iaitu slanga dan jargon. Justeru, penggunaan slanga dan jargon ini akan
dapat menonjolkan prestij di samping untuk menunjukkan yang peserta komunikasi itu
mempunyai tanda pengenalan kumpulan komunikasinya yang tersendiri. Sesetengah
perkataan memang telah merujuk dari mana asal datangnya ilmu pengetahuan itu.
Sebagai contoh, apabila penutur Inggeris bercakap tentang muzik, mereka tidak dapat lari
daripada meminjam pakai istilah-istilah Itali dan apabila bercakap perihal bidang linguistik
pula mereka juga tidak dapat menafikan sumbangan bahasa Perancis. Apabila berbicara
tentang kerjaya perubatan; sekali lagi pengetahuan dalam bahasa Jerman terpaksa dinobatkan
dalam menyumbang istilah-istilahnya kepada penutur-penutur bahasa Inggeris. Penggunaan
bahasa dalam domain-domain yang begini secara langsung menunjukkan keinginan penutur
untuk mencuba perkataan-perkataan baru, lalu ini telah mendorong kenapa bahasa itu harus
berubah.
Di Malaysia slanga dan jargon yang datangnya dari bahasa Indonesia telah merebak dengan
pantas dalam media massa terutamanya dalam novel dan filem. Di antara penggunaan bahasa
slanga yang dapat dilihat di dalam pertuturan masyarakat Malaysia ialah seperti berikut
Fulamak, lagu baru Ramli Sarip mantaplah brader. Dia punya
goreng sikit punya garing, gua tangkap lentuk, gua cakap lu.
(Berita Minggu, 8 April 1990 ).
Tangkap relaksla brader. Cintan-cintan ni gua tak mainlah.
Gua saje lepak kat sini. Bukan ada hal lain. Habis lu bikin apa
dengan gua? Lu mau sekeh gua punya kepala ?

Di antara punca kewujudan bahasa slanga ini ialah untuk menunjukkan identiti kumpulan.
Umpamanya bagi perkataan saya dan awak, perkataan yang kerap digunakan ialah gua dan lu
bagi negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur. Bagi Kedah dan Pulau Pinang
ialah aku dan hang. Di Kelantan pula kawe dan demo. Bagi golongan yang berpendidikan
pula, istilah yang selalu digunakan ialah I dan you.
Di samping itu juga bahasa slanga digunakan untuk menghilangkan stress/tekanan. Sebagai
contohnya perkataan 'kacang je' (mudah sahaja), 'ayam' (gadis) dan 'jambu'(cantik) sudah
menjadi mainan mulut para mahasiswa. Malah bahasa slanga juga bertujuan mewujudkan

16

kerahsiaan dalam kumpulan. Ia sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial
tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.

KESAN BAHASA SLANGA


Menjejaskan kedaulatan bahasa
Pengunaan bahasa slanga yang meluas dalam kalangan remaja menyebabkan wujudnya
bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan.
Penulisan-penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutama dalam bacaan ringan
seperti komik telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Penggunaan bahasa slanga dalam
penulisan sesebuah buku atau karya dan diterbitkan boleh menjejaskan kedaulatan bahasa.
Wujud istilah baru
Kesan penggunaan bahasa yang serba mudah dan meluas ini banyak istilah baru yang muncul
bagi memudah ekspresi. Contoh istilah-istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan
bahasa slanga ialah caye(percaya), camni(macam ini) dan teypon(telefon). Istilah-istilah ini
pada peringkat awal digunakan hanya untuk memerihkan suasana sahaja, namun demikian
lama kelamaan istilah ini menjadi budaya dalam percakapan
Lenyap bahasa Melayu yang gramatis
Sekiranya kita menerima kebiasaan pengunaan bahasa slanga bagi penggunaan di alam realiti
maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Penggunaan bahasa slanga yang
berleluasa pada masa kini akan menyebabkan bahasa melayu yang asal akan terhakis sedikit
demi sedikit.

a) Jelaskan bagaimana proses kehilangan fonem dan asimilasi fonem telah


membawa perubahan fonetik Bahasa Melayu.
b) Bincangan kesan slanga kepada Bahasa Melayu
c) Pada pendapat anda, sejauh manakah perkembangan slanga dapat
dihentikan?

17

3.7 PERUBAHAN SEMANTIK

Perubahan semantik (perbendaharaan kata/kosa kata) juga perlu difahami dalam konteks
perkembangan bahasa. Kita perlu memahami makna-makna yang usang atau kuno
(obsolescence of meanings). Dalam perancangan Bahasa Melayu misalnya, perkataanperkataan yang sudah kuno atau usang telah dihidupkan kembali dan perubahan bahasa ini
telah menambah perbendaharaan kata dalam bahasa tersebut. Perkataan seperti Tun, Tan Sri,
Datuk, Datin, cerakin, dermaga dan limbungan serta darjat, telah digunakan dengan meluas
serta berjaya pula menggantikan perkataan-perkataan yang sebelum ini berbau bahasa
penjajah.
Bagaimanapun kadang-kadang makna-makna usang atau kuno begini cuba dicantas dan
akhirnya wujud pula fenomena penyusutan bahasa. Ini juga dapat dikategorikan dalam
perubahan bahasa. Hal ini dapat dibuktikan iaitu sejak zaman kedatangan Columbus, bahasa
kaum Red Indian telah dilenyapkan dan hal ini berterusan sehingga kini [Rujuk kepada Bab
2 yang menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan keupupusan sesuatu bahasa].
Bahasa lisan penduduk asli kaum Red Indian seperti Navojo, Hualapai, Crow dan Tohono
Oodham juga dijangka akan menghadapi masalah yang sama walaupun masih terdapat
sejumlah penutur asli dalam bahasa tersebut. Kajian Crawford (1995) juga merujuk kepada
kajian yang telah dibuat oleh Michael Krauss (1992) di mana Krauss telah berjaya mengesan;
bahawa hanya 45 daripada 175 bahasa-bahasa asli ini akan terus dikekalkan sehingga tahun
2000. Sedangkan keadaan ini berbeza sekali di New Zealand di mana bahasa Inggeris sedia
menerima serap perbendaharaan kata asli Moari dalam perubahan bahasanya (Holmes, 2001).
Dalam kajian kosa kata, peminjaman kata merupakan antara sumber yang terpenting. Kajian
tentang peminjaman kata dimasukkan dalam pertembungan bahasa dan kontak bahasa di
dalam ilmu linguistik. Komunikasi antara penutur bahasa yang berbeza adalah antara faktor
mengapa bahasa itu mempengaruhi antara satu sama lain. Pertembungan bahasa ini dicirikan
oleh kedwibahasaan, peminjaman dan perubahan bahasa. Peminjaman kata dipengaruhi
oleh beberapa faktor struktural yang dapat dilihat dari sudut kebersamaan struktural, tingkat
ikatan butir-butir linguistik, kekerapan kata, homonim, keusangan kata dan kekurangan
perbezaan semantik dan faktor bukan struktural (sosiobudaya). Pertembungan adat Melayu
dengan adat asing pada beberapa adat yang lalu sedikit sebanyak mengakibatkan berlakunya
beberapa perubahan dalam cara hidup orang Melayu. Peminjaman kata juga mudah berlaku
sekiranya sesuatu masyarakat itu dipandang tinggi dari segi kemajuan tamadunnya.
Peminjaman juga terjadi kerana kewujudannya sebagai unsur semula jadi dalam
perkembangan sesuatu bahasa.
Perkembangan sesuatu bahasa dalam sesuatu masyarakat juga dipengaruhi oleh perhubungan
mereka dan pertembungan kebudayaan mereka dengan kebudayaan lain. Sebagai contoh
kaum Baba dan Nyonya di Melaka yang menyaksikan pertembungan antara dua budaya Cina
dan Melayu yang akhirnya mewujudkan suatu hasil asimilasi yang positif dalam
perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Dalam situasi beginilah berlakunya peminjaman
kata sama ada secara bulat-bulat atau secara penyesuaian.

18

3.8 PERUBAHAN BUDAYA


Crawford (1995) telah mengemukakan beberapa petanda untuk mengenal pasti jika sesuatu
bahasa itu telah berubah dengan sepenuhnya. Dalam hal ini, beliau telah membuat tiga
andaian iaitu:

Kefasihan sesuatu bahasa meningkat selaras dengan peningkatan usia sesebuah


komuniti. Bagaimanapun pada peringkat generasi muda, mereka lebih gemar
bertutur dalam bahasa kumpulan sendiri (slanga).
Penggunaan bahasa asal hanya digunakan dalam domain-domain tertentu sahaja.
Misalnya, dalam domain agama dan domain kegiatan kebudayaan.
Peningkatan jumlah ibu bapa yang gagal mengajar anak mereka bertutur dalam
bahasa yang lebih formal.

Jika ditinjau, bagaimana dan apakah elemen-elemen yang menyebabkan perubahan bahasa
dalam kalangan masyarakat Melayu; persoalan sosiolinguistik menjadi aspek yang paling
penting. Perubahan bahasa ini berkait rapat dengan perubahan budaya bahasa Melayu itu
sendiri. Masyarakat terus berubah, penggunaan bahasa halus dan bahasa diraja yang dianggap
susah dan tidak lagi digunakan orang kecuali dalam upacara-upacara rasmi sahaja. Hal ini
dapat dilihat yang bahasa diraja hanya digunakan untuk adat istiadat pertabalan, perkahwinan
diraja, anugerah pingat-pingat kebesaran ataupun sambutan hari keputeraan diraja sahaja
serta dalam penulisan surat-surat menyurat diraja sahaja. Situasi yang berlaku dalam
masyarakat bahasa juga turut mempengaruhi masyarakat di sekelilingnya. Misalnya,
wujudnya juga perubahan dalam bahasa filem Melayu, misalnya, penggunaan tuan hamba
diubah menjadi encik, awak atau mak cik dan sebagainya. Bagaimanapun perubahan
begini tidak wujud secara drastik dalam penulisan warkah sosial diraja.

3.9 PENYERAGAMAN BAHASA

Punca perubahan sintaksis di atas adalah kerana penyeragaman kepada penambahan bahasa
(regularization or rule extension). Perubahan bahasa di atas hanya berlaku dalam morfologi,
leksikal dan juga sintaksis. Kebiasaannya, bahasa kanak-kanak banyak memberi sumbangan
terhadap perubahan bahasa terutamanya dalam aspek morfologi. Di dalam situasi ini, kita
dapat lihat dengan jelas yang mutakhir ini wujudnya kecenderungan penutur menggunakan
bahasa lisan kanak-kanak atau pelat kanak-kanak untuk e-mel, chatting atau mengirim SMS
(Short Messages Service). Justeru, bentuk bahasa yang digunakan itu secara tidak langsung
telah mengubah morfologi perkataan-perkataan dan sangat mirip sekali kepada bahasa kanakkanak.
Perubahan bahasa ini juga telah menular kepada golongan profesional yang memberi alasan,
kaedah menggunakan bahasa kanak-kanak ini lebih praktikal kerana ia ringkas dan bersifat
mesra serta ini secara tidak langsung juga memudahkan penyeragaman berbahasa. Keadaan
ini pernah dinyatakan oleh Fasold (1993) yang diterjemahkan sebagai; perubahan bahasa
melibatkan keupayaan sesuatu bahasa menjadi semakin ringkas dan semakin mudah untuk
dituturkan. Malah sejak dulu lagi, Bloomfield (1992) menyifatkan kenapa bahasa harus

19

menjadi semakin mudah dan ringkas ini sebagai tiada jawapan yang memuaskan dan
munasabah untuk menjawabnya.

d) Jelaskan bagaimana peminjaman kata telah membawa perubahan semantik


Bahasa Melayu.
e) Bincangan tanda-tanda sesuatu bahasa itu telah berubah.
f) Bagaimana teknologi telah membawa perubahan kepada Bahasa Melayu?
Berikan contoh-contoh spesifik

PERKATAAN PENTING

Perubahan bahasa
Leksikal
Perubahan leksikal
Sosiolinguistik
Perluasan makna
Slanga

Penyimpatan makna
Sistem ejaan Wilkinson
Sistem ejaan Zaba
Perubahan sintaksi
Perubahan fonetik
Perubahan semantik

Bahasa Melayu sendiri mengalami proses perubahannya yang sangat ketara.

Leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang
terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Perubahan leksikal atau makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang
selalu berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia.

Hiponim ialah perkataan mempunyai makna yang boleh mencakupi manka


perkataanlain, di samping mempunyai hiraki dengan sesuatu perkataan yang
merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat.

20

Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yang
menyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi
pada pertengahan abad ke-19.

Homonim dalam bidang linguistik ialah sekumpulan perkataan yang berkongsi ejaan
serta sebutan yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza, biasanya kerana
perkataan-perkataan itu tidak berasal daripada punca yang sama.

Dalam bulan Oktober 1904, terbit Ejaan Wilkinson yang dikenal sebagai Romanised
Malay Spelling yang digunakan secara rasmi di semua sekolah umum di Tanah
Melayu.

Sistem ejaan yang terkenal selepas ejaan Wilkinson ialah sistem ejaan rumi Zaba
yang dihasilkan olehnya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, pada
1924.

Perubahan sesuatu bahasa juga dapat dilihat dari aspek sebutan atau fonologinya.
Tujuan perubahan tersebut adalah untuk memudahkan penyebutannya (ease of
articulation).

Perkataan baru kebiasaannya akan membawa kepada dua pendekatan sosial iaitu
slanga dan jargon.

Kebiasaannya, bahasa kanak-kanak banyak memberi sumbangan terhadap perubahan


bahasa terutamanya dalam aspek morfologi.

Masyarakat terus berubah, penggunaan bahasa halus dan bahasa diraja yang dianggap
susah dan tidak lagi digunakan orang kecuali dalam upacara-upacara rasmi sahaja.

Abdullah Hassan (2006). Lingustik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.

Crawford, James. (1995). Bilingual education: History, politics, theory, and practice.
3rd ed. Los Angeles, CA: Bilingual Educational Services.
Hudson, R A. (2000). Sociolinguistics. Second Edition, Foreign Languages Teaching
and Research Press.

S. Nathesan (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

21

Hashim Musa (1997). Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

Weinreich, U, Labov, W. & Herzog, M. (1968). Empirical foundations for a theory of


language change. In W. Lehmann and Y. Malkiel (eds.), Directions for Historical
Linguistics. Austin: U. of Texas Press. Pp. 97-195.

Anda mungkin juga menyukai