Anda di halaman 1dari 23

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

B
Ba
ab
b3
3::
P
PE
EM
MB
BE
EL
LA
AJJA
AR
RA
AN
NK
KO
OL
LA
AB
BO
OR
RA
AT
TIIF
F

Di akhir bab ini, anda harus boleh:

Mentakrif pembelajaran kolaboratif


Menjelaskan cara-cara pembelajaran kolaboratif digunakan
Mendemonstrasi bagaimana pembelajaran kolaboratif diaplikasi dalam mata
pelajaran anda
Membandingkan jenis-jenis teknik pembelajaran kolaboratif
Membincangkan kekuatan dan kelemahan pembelajaran kolaboratif

Garis Latar Bab

3.1 Apakah pembelajaran kolaboratif?


3.2 Ciri-ciri asas pembelajaran kolaboratif
3.3 Kenapa pembelajaran kolaboratif tidak digunakan
dengan meluas dalam pengajian tinggi?
3.4 Teknik-teknik pembelajaran kolaboratif
3.5 Kekuatan teknik-teknik kollaboratif
3.6 Kelemahan menggunakan teknik-teknik kolaboratif
Ringkasan
Istilah Penting
Rujukan

Dalam bab ini kita akan membincangkan dengan terperinci tentang pembelajaran
kolaboratif di mana pelajar bekerja dalam kumpulan kecil. Pembelajaran kolaboratif
bermatlamat untuk mencapai berbagai objektif pengajaran di pengajian tinggi yang
mungkin tidak dapat dicapai melalui kaedah syarahan. Walaupun tidak ada kesepakatan
tentang apa itu pembelajaran kolaboratif, terdapat beberapa ciri asas yang akan dikenal
pasti. Yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah berbagai jenis pembelajaran
kolaboratif yang guru mungkin pilih untuk digunapakai dalam kursus masing-masing.

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

3.1 APAKAH PEMBELAJARAN KOLABORATIF?

Semakin banyak sekolah, university dan kolef menyedari perlunya pendidikan


menjadi lebih selaras dengan kerja kumpulan, pembelajaran berasaskan projek dan
pendekatan penyelesaian masalah yang diperlukan dalam suasana kerja sebenar dalam
era global dan maklumat. Dengan itu, minat semakin bertambah dalam kalangan
guru-guru sekolah, universiti dan kolej tentang pembelajaran kolaboratif. Namun
begitu, tidak terdapat takrif yang dipersetujui tentang apa itu pembelajaran
kolaboratif. Istilah ini telah digunakan dalam berbagai cara merentas berbagai disiplin
dan bidang, dan dengan itu terdapat kurang kesepakatan tentang takrifnya. Salah satu
cara untuk memahami apa itu pembelajaran kolaboratif adalah untuk merujuk kepada
apa pakar dalam bidang katakan.

Menurut Gerlach, pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pemikiran


bahawa pembelajaran adalah semulajadi suatu aksi sosial di mana peserta
bercakap di antara satu sama lain (Gerlach, 1994, p.12, diterjemah).

Menurut Smith dan MacGregor (1992), pembelajaran kolaboratif merupakan


istilah umum untuk berbagai pendekatan pendidikan yang melibatkan usaha
intelek bersama oleh pelajar, atau pelajar dengan guru. Selalunya pelajar
bekerja dalam kumpulan dua atau lebih orang, secara bersama mencari
pemahaman, penyelesaian, atau makna, ataupun menghasilkan produk.
Aktiviti pembelajaran kolaboratif berbeza dengan meluas, tetapi semua
tertumpu kepada pelajar mengeksplorasi atau aplikasi bahan kursus, bukan
sekadar guru mempersembahkan atau eksplikasikannya.

Dillenbourg (1999) mentakrifkan pembelajaran kolaboratif sebagai situasi di


mana dua atau lebih orang belajar atau cuba untuk mempelajari sesuatu secara
bersama. Dua atau lebih mungkin diinterpretasi sebagai sepasang, sebuah
kumpulan (3-5 orang) atau sebuah kelas (20-30 orang). Mempelajari sesuatu
mungkin diinterpretasi sebagai mengikuti sebuah kursus, melaksanakan
aktiviti pembelajaran seperti menyelesaikan masalah. Bersama mungkin
diinterpretasi sebagai berbagai interaksi yang mungkin bersemuka atau
bermediakab komputer.

Golub (1988) menekankan bahawa pembelajaran kolaboratif membolehkan


pelajar bercakap di mana pelajar harus bercakap dengan pelajar lain, dan
dalam percakapan inilah pembelajaran berlaku.

Pengajaran dan pembelajaran kolaboratif adalah sebuah pendekatan yang


melibatkan kumpulan pelajar bekerja untuk menyelesaikan masalah,
menyudahkan sebuah tugasan ataupun menghasilkan sebuah produk
(MacGregor, 1990).

Walau bagaimanapun, penggunaan teknik pembelajaran kolaboratif tidak


bermatlamat untuk menolak syarahan, tetapi menggunakan teknik pembelajaran aktif
2

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

untuk melengkapkan syarahan. "Pembelajaran aktif" pendeknya, apa juga di mana


pelajar buat dalam bilik darjah selain daripada sekadar mendengar sebuah syarahan
dengan pasif. Ini termasuk semua daripada latihan mendengar yang membantu pelajar
menerima apa yang mereka dengar, kepada latihan menulis pendek di mana pelajar
bertindakbalas dengan bahan syarahan, kepada latihan kumpulan yang kompleks di
mana pelajar mengaplikasi bahan kursus dalam situasi "kehidupan sebenar" dan/atau
masalah yang baru. Istilah "pembelajaran kolaboratif" termasuk pembelajaran aktif di
mana pelajar melakukan sebagai kumpulan dan bukan berseorangan. Dalam teknik
pembelajaran kolaboratif pelajar bekerja dalam kumpulan dan diberi tugasan yang
kompleks.

3.2 CIRI-CIRI ASAS PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Walaupun pembelajaran kolaboratif mempunyai berbagai bentuk dan diamalkan oleh


guru dalam berbagai disiplin dan bidang, terdapat beberapa ciri-ciri asas tentang
pelajar dan proses pembelajaran. Berikut adalah beberapa ciri-ciri pembelajaran
kolaboratif:

Pembelajaran adalah proses aktif di mana pelajar mengasimilasi maklumat


dan menghubungkan pengetahuan baru kepada sebuah kerangka pengetahuan
sedia ada.
Pembelajaran adalah suatu proses konstruktif. Untuk memperlajari
pengetahuan, idea atau kemahiran baru, pelajar terpaksa bekerja dengan aktif
dengannya dengan suatu cara yang bermakna. Mereka perlu menggabungkan
bahan baru ini dengan apa yang mereka sudahpun tahu atau menggunakannya
untuk mengenali apa yang mereka sangka mereka telahpun tahu. Pelajar tidak
sahaja menerima maklumat atau idea baru. Mereka menghasilkan sesuatu yang
baru dengan maklumat dan idea tersebut. Perlakuan memproses intellek ini
membina makna atau menghasilkan sesuatu yang baru adalah penting untuk
pembelajaran.
Pembelajaran memerlukan suatu cabaran yang membuka pintu kepada pelajar
untuk berinteraksi secara aktif dengan rakan-rakannya, dan memproses serta
mensintes maklumat dan bukan sekadar mengingat dan meluahkannya
kembali.

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Pelajar mendapat manafaat apabila terdedah kepada pelbagai pandangan


daripada orang daripada berbagai latarbelakang.
o Pelajar dicabar secara sosial dan emosi apabila mereka mendengar
berbagai perspektif, dan dikehendaki meluahkan dan mempertahankan
idea mereka. Dalam berbuat demikian, pelajar memulakan dengan
mencipta kerangka konsep mereka sendiri yang unik dan tidak
bergantung semata-mata kepada kerangka pakar atau teks.
o Pelajar mempunyai peluang untuk bercakap dengan rakan-rakan,
membuat persembahan dan mempertahankan idea, bertukar pandangan
yang pelbagai, mempersoalkan kerangka konsepyag lain dan terlibat
dengan aktif.

Pembelajaran akan mekar dalam suatu persekitaran sosial di mana perbualan


di antara pelajar-pelajar berlaku. Semasa gymnastik intelektual ini, pelajar
mencipta sebuah kerangka dan makna dalam wacana ini.

Aktiviti pembelajaran kolaboratif melibatkan pelajar dalam tugasan atau


soalan yang mencabar. Mereka tidak bermula dengan fakta dan idea dan bergerak
kepada aplikasi, aktiviti pembelajaran kolaboratif selalunya bermula dengan masalah,
dan pelajar menggunakan fakta dan idea untuk menyelesaikannya. Mereka tidak
menjadi pemerhati soalan dan jawaban atau masalah dan penyelesaian daripada jauh,
pelajar menjadi pengamal. Kadungan yang kaya mencabar pelajar untuk berlatih dan
mengembangkan pertimbangan tahap tinggi serta kemahiran menyelesaikan masalah.

3.3 KENAPA TEKNIK PEMBELAJARAN KOLABORATIF TIDAK


DIGUNAKAN DENGAN MELUAS DALAM PENDIDIKAN?

Pertama, ramai orang masih belum biasa dengan peralatan kolaborasi kerana
kebanyakan peralatan ini tidak bergantung kepada intuisi dan dengan itu tidak
mudah digunakan.
Kedua, cara teknik-teknik ini digunakan tidak sama dengan cara kebanyakan
orang berbual dan berkolaborasi, i.e. mereka canggung.
Ketiga, ramai orang mempunyai kemahiran pendengaran, komunikasi dan
kolaborasi yang lemah, dan peralatan ini tidak menyelesaikan (dan boleh
menambahkan) masalah kemahiran interpersonal yang lemah ini.
Keempat, pelajar mungkin kurang biasa belajar dengan orang lain kerana
persekolahan tradisional memberi ganjaran kepada usaha individu (e.g. anda
mengambil ujian sendirian).
Kelima, pelajar tidak kenal orang yang mereka perlu berkolaborasi. Mereka
perlu melalui sebuah proses mengenali orang-orang itu terlebih dahulu.

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

a) Apakah pembelajaran kolaboratif?


b) Apakah beberapa ciri-ciri asas pembelajaran kolaboratif?
c) Cadangkan aspek-aspek lain pembelajaran kolaboratif yang ungkin
unik kepada kursus anda.
d) Kenapa anda berpendapat teknik pembelajaran kolaboratif tidak
digunakan dengan meluas?

3.4 TEKNIK-TEKNIK KOLABORASI

Teknik pembelajaran kolaboratif, walaupun bukanlah cara yang paling mudah


diguna pakai, boleh mencergaskan semula pelajar dan pengajar dengan memberikan
suasana yang terkaedah untuk perkongsian tanggungjawab terhadap pembelajaran.
Dengan bekerja bersama untuk mempelajari maklumat konseptual yang kompleks dan
menguasai pengetahuan dan kemahiran, pelajar belajar lebih, lebih gembira, dan dapat
mengembangkan banyak kemahiran lain seperti belajar untuk bekerja dengan orang
lain. Pengajar, sementara itu, mesti memberikan asas dan kaedah pembelajaran untuk
memandu pelajar mereka dalam pengalaman pembelajaran baru ini.
1) Seminar
Seminar merupakan suatu teknik strategi
pengajaran-pembelajaran
kolaboratif
dalam mana pelajar mempersembahkan
sebuah kertas dan yang lain dalam
kumpulannya
termasuk
pengajar
memberikan komen tentang kertas
tersebut.
Langkah 1: Seorang pelajar
diberikan sebuah tugasan untuk
menyediakan sebuah kertas. Dia
boleh berunding dengan pengajar
tentang cakupan, keseimbangan dan kandungan untuk dimuatkan dalam kertas
tersebut.
Langkah 2: Pelajar tersebut mempersembahkan kertasnya yang mungkin
diiringi dengan slaid powerpoint dan kertas edaran yang diedarkan kepada
kumpulan.
Langkah 3: Pengajar mennerima komen dan pandangan tentang kertas yang
dibentangkan. Sekiranya komen atau soalan tidak diterima, pembimbing
mungkin bertanya individu untuk membuat pemerhatian yang khusus. Pada
5

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

berbagai peringkat pengajar boleh membuat perbincangan bersama. Pengajar


boleh memberikan pandangannya sendiri, tetapi tidak memberikannya sebagai
suatu ajaran.
Langkah 4: Pengajar meringkaskan hujah utama yang dibincangkan dengan
masukan tambahan. Pelajar boleh juga memberikan komen tambahan tentang
ringkasan tersebut.
2) Sindiket (Syndicate)
Dalam teknik ini kumpulan 20 hingga 25 orang pelajar dipecahkan kepada kumpulan
kecil atau sindiket 4-5 orang pelajar. Setiapp sindiket mungkin diberikan tugasan yang
berlainan ataupun tugasan yang sama.
Langkah 1: Perjumpaan awal diadakan untuk menerangkan prosedur, untuk
mengagihkan tugas dan membina sindiket tersebut. Bergantung kepada
tugasan, perjumpaan ini mungkin digunakan untuk, contohnya, menyaksikan
klip video, memerhati sebuah eksperimen atau demonstrasi yang bertujuan
untuk menjadi suatu stimulus kepada tugasan yang akan dijalankan oleh setiap
kumpulan kecil.
Langkah 2: Setiap sindiket bekerja bersendirian dalam mana mereka
berbincang, membentuk pandangan dan membentuk prinsip untuk diri mereka
daripada pembacaan dan membuat penyelidikan. Adalah diharapkan agar
bilangan individu yang sedikit dalam kumpulan-kumpulan ini akan bermakna
semua orang dapat mengambil peranan sepenuhnya dan secara aktif dalam
kerja yang diberikan. Setiap sindiket menyiapkan tugasan mereka dengan
menulis sebuah laporan bersama atau menyediakan nota untuk laporan lisan.
Langkah 3: Terdapat beberapa pilihan tersedia:
Kertas daripada setiap sindiket diserahkan kepada pengajar yang
mungkin meringkaskan rumusan mereka dan mempersembahkannya
dalam sebuah syarahan. Pengajar akan membetulkan salah anggap dan
melebarkan subjek tersebut menjangkau apa yang pelajar telah
persembahkan. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan apa yang
pelajar telah pelajari.

Selain daripada itu, setiap sindiket membuat sebuah persembahan lisan


kepada sebuah kumpulan penuh. Pelajar daripada sindiket lain akan
membuat komen tentang persembahan tersebut dan mungkin bertanya
soalan untuk mendapatkan penjelasan. Pengajar memberikan
komennya tentang laporan-laporan dan memberikan pandangannya.
Pengajar akan mencari persamaan dan membuat generalisasi
berdasarkan laporan-laporan tersebut. Kadang kala dia akan
menjemput pakar untuk memberikan komen tentang kerja pelajar.

3) Temubual Tiga-Langkah (Three-Step Interview)


Teknik ini selalunya digunakan sebagai aktiviti ice-breaker atau latihan pembentukan
kumpulan yang dikembangkan oleh Kagan (1989). Ia bertujuan untuk membantu
pelajar memperkukuhkan dan menyerap maklumat penting berkaitan konsep
berdasarkan kepada syarahan atau bahan buku teks.
6

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Proses Temubual Tiga-Langkah:


Langkah 1: Seorang pelajar
menemubual seorang lagi dalam
masa yang ditentukan.
Langkah 2: Peranan masing-masing
diterbalikkan
dan
mereka
menjalankan temubual sekali lagi.
Langkah 3: Pelajar kemudian
berkongsi maklumat penting atau
dapatan yang didapati daripada
temubual berpasangan tersebut.
Teknik ini memperkukuhkan kemahiran
mendengar dan membungkam, membantu pelajar memproses dan mengulang
maklumat, dan menghasilkan pemerhatian terkongsi. Soalan yang ditanya berkait
dengan pembacaan yang diberikan. Guru akan memantau sejauhmana pelajar telah
merespon kepada pembacaan dengan baik dan kemungkinan memasukkan idea dalam
syarahan atau perbincangan selanjutnya. Teknik ini boleh dimodifikasi sebagai sesi
main peranan. Seorang pelajar akan memainkan peranan sebagai orang ternama, atau
seorang Ketua Eksekutif ataupun seorang pengurus sumber manusia dan sebagainya.
Seorang lagi pelajar akan menemubual personaliti tersebut.

a) Bincangkan bagaimana anda menggunakan seminar dalam kursus


anda.
b) Terangkan bagaimana anda menggunakan teknik sindiket dalam
kursus
c) Adakah anda akan dapat menggunakan temubual tiga-langkah
dalam kursus anda?

4) Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share)
Aktiviti ini telah digubal oleh Frank Lyman (1981).
Guru bertanya soalan, sebaiknya sebuah soalan yang
memerlukan pemikiran tahap tinggi (analisis, penilaian,
atau sintesis).
Langkah 1: Fikir Pelajar diberi 30 saat atau
lebih untuk berfikir suatu respon kepada soalan

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

tersebut. Masa tersebut boleh juga digunakan untuk menulis respon tersebut.
Langkah 2: Pasang - Selepas "waktu menunggu tersebut, pelajar kemudian
berpaling kepada pasangannya dan berkongsi responnya, dengan itu memberi
waktu kepada keduanya berlatih dan mendapat maklumbalas segera untuk idea
mereka.
Langkah 3: Kongsi Respon pelajar boleh dikongsi dalam kumpulan
pembelajaran mereka, dalam kumpulan besar, atau dengan seluruh kelas
semasa perbincangan lanjutan. Teknik ini memberikan semua pelajar peluang
untuk mengekspresi diri mereka dan membuat refleksi tentang jawaban
mereka. Ia juga mengelak daripada pelajar yang suka bercakap mendominasi
perbincangan. .

Pelajar mungkin menggunakan Fikir - Pasang - Kongsi untuk mendapatkan


kesepakatan; Walau bagaimanapun, teknik yang serba boleh ini boleh digunakan
dengan cara-cara lain:
Penyelesaian masalah dalam pasangan: dua orang pelajar bekerja bersama
untuk menyelesaikan sebuah masalah matematik, sebagai contoh;
Berfikir kuat menyelesai masalah dalam pasangan: suatu variasi di mana
seorang pelajar dalam pasangan mendengar yang seorang lagi sambil dia
bercakap dan mencari penyelesaian kepada masalah; dan
Pengajaran rakan: pelajar mengajarkan bahan antara satu sama lain.
5) Fikir-Pasang-Petak (Think-Pair-Square)
Sama dengan teknik Fikir- Pasang- Kongsi,
Fikir-Pasang-Petak
meminta
pelajar,
setelah selesai tugasan berpasangan mereka,
bergabung dengan satu pasangan lain untuk
membandingkan rumusan mereka. Arahan
kepada "petak" yang baru terbentuk
mungkin untuk mencapai kesepakatan dalam
kumpulan mereka atau untuk menjelaskan
rumusan mereka kepada pasangan yang satu
lagi yang baru bergabung dengan mereka.
6) Konfrontasi Esei Diadik (Dyadic-Essay-Confrontation)
Teknik ini telah dikembangkan oleh Sherman (1991) untuk membolehkan guru
membuat sesetengah pelajar bekerja secara berdikari di luar kelas untuk menguasai
bahan yang diberi. Pelajar kemudian memanjangkan dan mengesahkan pembelajaran
individu mereka melalui sebuah latihan pembelajaran kooperatif bertulis/berfikir.

Langkah 1: Pelajar membaca bahan yang diberi, seperti suatu bab dalam buku
teks, dan menyediakan sebuah soalan esei. Mereka dating ke kelas dengan
soalan esei mereka pada sekeping kertas, bersama sekeping kertas lagi, yang

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

termasuk soalan tadi dengan jawaban mereka yang telah difikirkan dengan
cermat.
Langkah 2: Pelajar yang dipasangkan secara rawak bertukar soalan,
mengambil masa selama 20 minit menulis jawaban samada secara tertutup
atau terbuka bergantung kepada sejauhmana kompleks bahan berkenaan
soalan esei pasangan mereka.
Langkah 3: Kedua-duanya kemudian membaca, membandingkan, dan
berbincang keempat-empat jawaban tadi, sambil mencari perbezaan di antara
respon-respon tersebut yang disediakan sebelum kelas dan respon dalam kelas
yang dihasilkan secara spontan.

Teknik ini menggalakkan pemikiran kritis dengan memerlukan pelajar


mengkonfrontasi pelbagai idea, menawarkan peluang untuk tulis-untuk-belajar, dan
memberikan maklumbalas yang kukuh dan segera kepada pelajar tentang respon
intelektual mereka terhadap bahan khusu kepada disiplin.

a) Apakah perbezaan di antara teknik fikir-pasang-kongsidan teknik


konfrontasi esei dyadik?
b) Jelaskan bagaimana anda menggunakan kedua-dua teknik ini
dalam kursus anda.

7) Susun Suai Gambar (Jigsaw)


Susun
Suai
Gambar
yang
dipopularkan oleh Elliot Aronson (1960) telah
digunapakai sebagai suatu teknik untuk
mengurangkan ketegangan kaum di sekolahsekolah di Amerika Syarikat dalam tahun
60an. Kepercayaan asas teknik ini adalah
bahawa tidak ada orang boleh tahu sesuatu
dengan baik tanpa bantuan setiap orang dalam
kumpulan dan setiap ahli mempunyai
sumbangan yang unik dan penting. Teknik ini
boleh digunakan dalam pendidikan tinggi dalam disiplin di mana pelajar
mengkonfrontasi masalah yang kompleks dan mencabar, serta melibatkan berbagai
maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan suatu penyelesaian akhir. Berikut
adalah langkah-langkah menggunakan teknik Susun Suai Gambar:

Langkah 1: Bahagikan pelajar kepada kumpulan Susun Suai Gambar seramai


5 atau 6 orang. Kumpulan harus berbagai daripada segi jantina, kaum dan
keupayaan. Lantik seorang pelajar dalam setiap kumpulan sebagai ketua.

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Adalah penting, orang ini haruslah pelajar yang paling matang dalam
kumpulan tersebut.
o Pilih sebuah topik atau isu yang boleh dipecahkan kepada segment.
Sebagai contoh, Sekiranya anda inginkan agar pelajar membina sebuah
laman web tentang Tunku Abdul Rahman; anda boleh membahagikan
masalah tersebut kepada: Zaman kanak-kanaknya; Perjalanannya ke
arah menjadi Perdana Menteri; Dasar ekonomi semasa beliau menjadi
Perdana Menteri, Dasar Sosial semasa beliau menjadi Perdana Menteri,
Politik semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan hidup beliau
selepas menjadi Perdana Menteri sehingga pemergiannya.
o Berikan setiap kumpulan suatu segmen, dengan memastikan setiap
pelajar mempunyai akses hanya kepada segmennya sahaja.

Langkah 2: Setiap ahli kumpulan menerima tanggungjawab terhadap satu


bahagian masalah tersebut. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab membuat
kajian tentang segmen yang diberi; mereka juga mesti boleh mengajar bahan
tersebut kepada ahli kumpulannya. Dengan itu, mereka bekerjasama, dan
kumpulan tersebut mencantumkan bahagian-bahagian tadi untuk
menyelesaikan "teka-teki" tersebut.

Langkah 3: Seorang pelajar daripada setiap kumpulan meninggalkan


kumpulan untuk membentuk sebuah kumpulan sementara yang dipanggil
"kumpulan pakar". Pelajar dalam kumpulan pakar akan membincangkan
hujah-hujah dalam segmen dan berlatih untuk persembahan yang mereka
bakal buat kepada kumpulan Susun Suai Gambar mereka.

Langkah 4: Setiap pelajar membuat persembahan tentang segmennya kepada


kumpulannya. Galakkan ahli kumpulan lain untuk bertanya soalan untuk
mendapatkan penjelasan.

Langkah 5: Di akhir sesi, berikan sebuah kuiz tentang bahan supaya pelajar
akan segera sedar bahawa sesi-sesi ini bukan sahaja menyeronokkan dan
adalah suatu permainan, tetapi adalah penting.

Guru akan pergi daripada kumpulan ke kumpulan, memerhati proses pembelajaran.


Sekiranya terdapat kumpulan yang menghadapi masalah (e.g., Seorang ahli
mendominasi atau mengganggu), guru akan membuat suatu intervensi yang
bersesuaian. Akhirnya, adalah terbaik bagi ketua kumpulan menangani tugasan ini.
Ketua kumpulan boleh dilatih dengan membisikkan arahan tentang bagaimana
membuat intervensi, sehinggalah ketua kumpulan menjadi biasa melakukannya.

10

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

8) Kumpulan Buzz (Buzz Group)


Istilah buzz datang daripada suatu
sarang aktiviti verbal. Ia terdiri
daripada
sebuah
kumpulan
perbincangan yang kecil untuk suatu
tugasan
yang
khusus
seperti
menghasilkan idea, menyelesaikan
masalah, atau mencapai suatu
pandangan bersama tentang suatu
topik dalam masa yang ditetapkan.
Kumpulan mungkin dibahagikan
kepada kumpulan buzz seramai 2-3
orang selepas persembahan awal bagi
mencakupi berbagai aspek topik tersebut atau bagi memaksima penyertaan.
Kumpulan kecil ini bertemu untuk masa yang singkat (sehingga tiga minit) tanppa
masa untuk persediaan atau refleksi bagi memikirkan suatu masalah atau soalan yang
mudah. Setiap kumpulan melantik seorang jurucakap untuk melaporkan keputusan
perbincangan mereka kepada kumpulan besar. Kumpulan buzz merupakan sejenis
sumbangsaran dan adalah baik untuk menyelesaikan masalah pelajar yang malu untuk
bercakap.
9) Snowball
Snowball merupakan suatu variasi kumpulan
buzz di mana pelajar diminta untuk menubuhkan
kumpulan kecil untuk bertukar idea atau
menangani sebuah soalan yang diberi ataupun
untuk memperjelaskan kefahaman, mengenal pasti
salah faham dan sebagainya. Pelajar samada
bermula dengan sebuah tugasan individu (e.g.
refleksi) atau dalam pasangan untuk berkongsi
idea awalan. Pasangan ini kemudiannya
bergabung dengan yang lain untuk membentuk
sekumpulan empat orang di mana pelajar mula
mencari corak, aliran,dan hujah yang diterima atau
disangkal. Ini boleh dikembangkan lagi dengan
membentuk kumpulan lapan orang yang kemudian
mula mengembangkan prinsip atau panduan atau
pelan tindakan.

a) Jelaskan bagaimana anda menggunakan teknik Susun Suai


gambar dalam kursus anda.
b) Apakah perbezaan di antara kumpulan buzz dan teknik
snowball?

11

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

9. Anotasi Berpasang (Paired Annotation)


Aktiviti ini memotivasi pelajar untuk membaca bab-bab atau rencana penting sebelum
kelas. Selain pentingnya "memuatkan dahulu" bahan kursus, suatu lagi objektif utama
adalah untuk membina pemikiran kritis dan kemahiran menulis dengan menyuruh
pelajar membandingkan dan kemudian membandingkan respon mereka dengan
penulisan yang sama.
Langkah 1: Guru mengenal pasti sekumpulan rencana tentang sebuah topik
yang khusus untuk dipertimbangkan ataupun pelajar sendiri boleh mengenal
pasti rujukan penting. Pelajar, bekerja secara individu, menyediakan suatu
komentari reflektif tentang salah satu rencana atau bab. Mereka menggunakan
format dua-lajur, di mana mereka menyebut hujah utama yang diambil
daripada sumber asal dalam lajur sebelah kiri dan reaksi, soalan, komentari,
dan hubungan dengan pembacaan lain di sebelah kanan (lajur tidak akan sama
panjang).
Langkah 2: Apabila pelajar datang ke kelas, guru mempasangkan mereka
secara rawak dengan seorang pelajar yang telah membaca dan menganalisis
rencana atau bab yang sama. Pasangan tersebut kemudiannya membaca
komentari reflektif masing-masing, dan membandingkan hujah utama yang
mereka telah kenal pasti serta respon khusus terhadap setiap satunya. Mereka
berbincang sebab pilihan mereka.
Langkah 3: Kemudian, dengan bekerja bersama, mereka menyediakan anotasi
komposit yang meringkaskan rencana tersebut. Sekiranya ada masa, beberapa
pelajar boleh mempersembahkan kepada kelas anotasi bersama mereka.
Langkah ini menawarkan lebih lagi pengukuhan rakan sebaya dan
mempertingkatkan kemahiran bertutur/persembahan pelajar.
Aktiviti ini harus diulang beberapa kali sepanjang semester, dengan mempasangkan
pelajar-pelajar berlainan. Ia membolehkan pelajar membuat refleksi tentang
kemahiran berfikir (metacognisi) mereka sendiri dan membandingkan pemikiran
mereka dengan pelajar lain. Lebih banyak anotasi berpasangan yang mereka
selesaikan, lebih mahirlah pelajar dalam mengenal pasti hujah utama dalam rencana.
Mereka juga lebih berkemungkinan mengingat bahan sebab mereka berpeluang bukan
sahaja memberikan respon peribadi, tetapi juga berbincang respon mereka dengan
individu lain. Aktiviti ini memotivasi pelajar untuk sampai ke kelas dalam keadaan
bersedia walaupun sekadar kerana tekanan rakan sebaya. Komen bertulis yang tidak
formal tentang rencana tersebut akan memperkukuhkan pemikiran pelajar dan
memberikan maklumbalas yang membawa kepada penulisan yang lebih canggih pada
masa hadapan. Adalah baik untuk berkongsi model-model baik dengan kelas.
Sekiranya kekurangan masa, langkah akhir menyediakan anotasi bersama boleh
ditinggalkan, memberi lebih masa kepada pelajar untuk membincangkan reaksi
mereka, iaitu suatu alat pembelajaran yang berguna. Langkah persembahan akhir juga
boleh ditinggalkan.

12

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

10. Fishbowl

Teknik fishbowl merupakan suatu teknik yang digunapakai untuk perbincangan ilmiah
tentang suatu soalan yang penting di mana pendapat pelajar dikongsikan, dibuktikan,
ditolak, dan dimurnikan melalui suatu dialog dengan pelajar lain. Teknik ini
membahagikan pelajar kepada dua kumpulan;
Bulatan luar terdiri daripada pelajar yang bertindak sebagai pemerhati dan
jurulatih.
Bulatan dalam terdiri daripada pelajar yang membentuk suatu panel yang
membincangkan soalan atau topik.
Terdapat banyak cara teknik fishbowl boleh dilaksanakan dan dibincangkan di sini
adalah salah satu format.
Persediaan:
Guru memberi panel fishbowl yang terdiri daripada 3 hingga 5 pelajar, soalan
tentang sebuah topik untuk dibincangkan. Pelajar ini menjadi pakar untuk
topik tersebut untuk dibincangkan dan mempersembahkan dan
membincangkan pandangan mereka kepada penonton.
Soalan juga diberi kepada pelajar dalam bulatan luar supaya mereka
menyedari tentang tema dan titik analisis yang menjadi fokus perbincangan
akhir.
Pelajar dalam bulatan dalam atau panel fishbowl harus diingatkan supaya
mengelak daripada membincangkan soalan masing-masing dengan ahli panel
lain kerana mereka harus berbincang secara spontan dan tanpa persediaan.
Sebagai contoh sekiranya perbincangan adalah tentang suatu cerita baru atau
cerita pendek, pelajar harus bersedia untuk memberikan petikan daripada
rangkap-rangkap daripada cerita pendek atau baru itu untuk menyokong
pernyataan terancang mereka.

Pelaksanaan:
13

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Sambil panel fishbowl didengar, tidak ada moderator dan guru tidak menyertai
perbincangan. Perbincangan dan perjalanannya seluruhnya terpulang kepada
panel fishbowl atau bulatan dalam sementara bulatan luar atau pelajar lain
dalam kelas memerhati dan mengambil nota.
Nota kelas boleh dikutip dan digred untuk markah penyertaan. Nota ini
kemudiannya diberikan kepada panel untuk maklumbalas daripada kelas.
Kiraan markah untuk setiap ahli panel adalah berkesan. Dengan pemerhati
diminta membuat komen yang khusus akan membantu ahli panel menilai
penampilan mereka kepada penonton. Tambahan lagi, kaedah ini bertujuan
membuat penonton tekun mendengar perbincangan tersebut.
Guru juga menyimpan hujah yang dibuat oleh setiap jurucakap. Komen
tentang setiap jurucakap dan gred boleh ditaksirkan disitu juga.
Sambil panel fishbowl mengakhiri perbincangan, hujah yang menjadi fokus
boleh dibuka kepada seluruh kelas.
Jangka masa adalah terpulang kepada guru.
Apabila panel sudah kehabisan hujah baru untuk dibincangkan atau mula
mengulang hujah-hujah, lebih baik guru beralih kepada kumpulan atau soalan
lain. Pelajar perlu faham bahawa mereka mesti menyertai perbincangan kalau
tidak mereka tidak akan mendapat gred yang baik.

11. Penyelesaian Masalah Berkaedah (Structured Problem


Solving)

Langkah 1: Ahli kumpulan pembelajaran, selalunya terdiri daripada empat


orang, mengira: 1, 2, 3, dan 4. Guru bertanya soalan atau memberikan masalah
yang memerlukan kemahiran berfikir tahap tinggi.
Langkah 2: Pelajar berbincang soalan atau menyelesai masalah, dengan
memastikan setiap ahli kumpulan boleh meringkaskan perbincangan
kumpulan atau boleh menerangkan masalah tersebut.
Langkah 3: Guru memilih satu nomor dan ahli kumpulan berkenaan (1, 2, 3,
atau 4) untuk merespon sebagai jurucakap kumpulan. Untuk mengelakkan
pengulangan, guru selalunya akan meminta respon daripada hanya tiga
sehingga enam kumpulan. Pembelajaran yang diinginkan akan telah berlaku.

Dalam aktiviti ini, pelajar mendapat manafaat daripada verbalisasi, daripada peluang
untuk bertukar pandangan, dan daripada latihan rakan sebaya yang membantu pelajar
pintar dan juga yang lemah. Waktu kelas kurang dibazirkan ke atas respon kurang
sesuai, dan prinsip kebersamaan beroperasi sebab pada setiap masa 25% pelajar
bercakap dalam kumpulan mereka. Pelajar menjadi terlibat secara aktif dengan bahan
dan, oleh kerana tidak ada orang tahu nombor mana yang guru akan pilih, setiap orang
mempunyai kepentingan untuk memberi respon yang sesuai. Mereka yang dipilih
secara rawak sebagai jurucakap (selalunya pelajar yang tidak sukarela semasa
perbincangan seluruh kelas) akan merasa kurang terancam memberi jawaban
kumpulan, berbanding jawaban individu.

14

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

a) Jelaskan bagaimana anda menggunakan teknik fishbowl dalam


kursus anda.
b) Apakah perbezaan di antara anotasi berpasangan dan penyelesaian
masalah berstruktur?

12. Meja Bulat (Round Table)


Meja Bulat adalah suatu
teknik
yang
berguna
untuk
sumbangsaran, menyemak, atau
melatih suatu kemahiran. Pelajar
menggunakan satu helai kertas dan
pena untuk setiap kumpulan. Pelajar
dalam kumpulan merespon kepada
suatu soalan atau masalah secara
bergilir dengan menyatakan idea
mereka secara kuat sambil mereka
menulisnya atas kertas.
Adalah penting supaya idea
disuarakan untuk beberapa sebab: (a)
diam dalam suasana seperti ini
adalah membosankan; (b) ahli kumpulan yang lain harus membuat refleksi terhadap
pendapat; (c) kepelbagaian terhasil kerana ahli kumpulan belajar dengan segera
bahawa orang lain telah menghasilkan suatu idea dan mereka tidak harus
mengulangnya; dan (d) mendengar respon yang disampaikan secara kuat bermakna
pelajar tidak membuang masa sumbangsaran untuk membaca idea-idea lain atas
kertas tadi.
Ahli kumpulan digalakkan untuk tidak melepaskan gilirannya, tetapi sekiranya
mereka tidak dapat berfikir, mereka dibenarkan untuk "Lepaskan" giliran mereka
supaya tidak menjadikan sumbangsaran tersebut lesu. Dengan itu, aka nada
penyertaan yang menyeluruh dalam Meja Bulat.
Meja Bulat adalah sangat berkesan sekiranya digunakan dalam suatu siri aktiviti.
Sumbangsaran boleh mengukuhkan idea daripada pembacaan atau boleh digunakan
sebagai persediaan untuk perbincangan yang akan dijalankan. Pelajar, contohnya,
boleh mengenal pasti ciri-ciri seorang pemimpin yang berkesan ataupun ciri-ciri
seorang yang jujur sebelum topik itu diperkenalkan secara formal. Membandingkan
suatu senarai keluaran pelajar dengan senarai daripada "pakar" akan menimbulkan
minat. Banyak kegunaan yang kreatif boleh dibuat daripada idea yang terhasil,
bergantung kepada suasana.
Dalam Meja Bulat, jawaban yang pelbagai menggalakkan kreativiti dan
pemikiran mendalam. Aktiviti ini membina kebergantungan yang positif dalam
kalangan ahli kumpulan disebabkan penulisan terkongsi yang terhasil, tetapi lebih
penting lagi, ia membina kesefahaman kumpulan dan memperkukuhkan kekuatan
kerja kumpulan sebab pelajar melihat nilai kepelbagaian pandangan dan idea.
15

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

13. Berdiri dan Kongsi (Stand-up dan Share)


Teknik melapor ini harus pantas dan bertenaga. Ia menjadi bagus apabila
pelajar telah menyelesaikan suatu aktiviti, seperti Roundtable, yang mengundang
ringkasan dalam bentuk satu pernyataan. Ia bergantung kepada pelajar diberikan suatu
identity yang mudah dikenal pasti dalam setiap kumpulan supaya anda boleh
menjemput pelajar "Nombor Dua" untuk menjadi jurucakap.
Pelajar yang dikenal pasti kemudiannya bangun, bersedia memberi respon
bagi pihak kumpulannya. Setiap kumpulan merespond mengikut giliran, dengan
memberikan hanya satu respon, dengan cara yang pantas secara bergiliran.
Bergantung kepada bilangan jawaban dan bilangan kumpulan yang terlibat, anda
mungkin boleh membuat satu lagi pusingan, menjemput seorang lagi ahli kumpulan
untuk berkongsi idea kumpulan mereka (pelajar "Nombor Empat" pula kali ini).
Semua pelajar mesti memberi tumpuan kepada perkongsian tersebut kerana
mereka mungkin menjadi jurucakap seterusnya. Tiada idea harus diulangi. Sekiranya
seorang jurucakap mendapati bahawa semua topik dalam senarai kumpulan mereka
telah disampaikan, mereka terus duduk dan pusingan akan berterusan. Selain daripada
menggalakkan pertukaran pantas (Kadang kala aktiviti ini menjadi "Berdiri dan
Jerit"), nilai kebergantungan positif (kerja kumpulan) ditekankan.
14. Tiga-Tinggal Satu-Merayau (Three-Stay One-Stray)
Seperti "Berdiri dan Kongsi," teknik ini memerlukan pengenal pastian mudah
ahli kumpulan yang akan menjadi jurucakap kumpulan. Ia juga terbina daripada
kaedah yang lain, seperti Penyelesaian Masalah Berkaedah, tetapi dalam kes ini topik
boleg jadi jauh lebih kompleks. Selepas perbincangan menyelesaikan masalah selesai
dan semua ahli kumpulan memberi indikasi bahawa mereka boleh memberi laporan
kumpulan, anda boleh memilih seorang pelajar daripada setiap kumpulan yang akan
"merayau." Iaitu, seorang pelajar daripada setiap kumpulan (seperti semua "Nombor
Satu") meninggalkan kumpulan dan bergabung dengan kumpulan sebelah untuk
memberi laporan.
Dalam sebuah kelas yang besar, adalah penting agar urutan pusingan jelas.
Pelajar yang dipilih, yang merupakan pelawat yang dialu-alukan, berkongsi dengan
kumpulan barunya keputusan perbincangan kumpulan asalnya, dengan memberikan
cadangan penyelesaian kepada masalah atau memberi ringkasan kepada perbincangan
tersebut. Pusingan kedua mungkin baik sekiranya topik tersebut mengundang
pemikiran dan penyelesaian bercambah.
Tiga-Tinggal Satu-Merayau menawarkan suatu forum yang rendah-ancaman
di mana pelajar boleh bertukar idea dan membina kemahiran sosial seperti bertanya
soalan mencungkil. Ia juga menawarkan pelajar peluang untuk belajar dengan
mengajar. Meletakkan tanggungjawab memberi laporan di atas bahu pelajar
mengukuhkan konsepsi yang berharga bahawa pengetahuan terdapat dalam komuniti
pelajar, bukan sahaja pada "pihak berkuasa" atau guru. Mungkin nilai yang terbesar
teknik ini adalah pada kecekapannya. Selain daripada, misalnya, sepuluh laporan
lima-minit berurutan diberikan kepada seluruh kelas (lima puluh minit, tambah masa
peralihan), individu pelajar secara serentak memberi laporan lima-minit.

16

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

15. Galeri Jalanan (Galley Walk)


Galeri Jalanan memerlukan laporan dapat dilihat secara visual, sebaiknya pada
kertas cantik. Ianya mungkin suatu garis latar, suatu konsep atau peta minda, ataupun
apa-apa produk bertulis yang lain. Dalam kes ini seorang pelajar yang dipilih duduk di
tepi meja sebelah kertas cantik tersebut sekiranya ia dilekatkan pada dinding dan dia
menjadi jurucakap kumpulan.
Pelajar lain berputar mengelilingi bilik sambil memeriksa produk pemikiran
kumpulan lain, bertanya soalan kepada jurucakap tadi. (Peranan jurucakap harus
digilirkan supaya tidak ada orang yang tercicir tanpa stimulasi mengembara ciptaan
pelajar lain.)
Keaedah atau kaedah ini juga cekap dan menghasilkan perasaan kesefahaman
kumpulan sambil setiap kumpulan mempamirkan produk "pemikiran kumpulan"
mereka. Kepelbagaian hasil atau produk menekankan nilai pemikiran kritis/kreatif.
Anda boleh menggunakan berbagai variasi "Galeri Jalanan" sekiranya anda
mengkehendaki produk individu atau kumpulan yang berjangkamasa panjang. Anda
tidak memerlukan laporan yang mengambil masa yang lama, tetapi sebaliknya setiap
pelajar mengedarkan kepada rakan sekelas mereka suatu ringkasan projeknya. Setiap
produk, misalnya suatu kertas pembentangan atau portfolio pelajar, diperuntukkan
suatu kawasan yang khusus, seperti dalam sebuah sesi poster konferens. Dengan itu
masa kelas boleh digunakan untuk pelajar memeriksa kerja pelajar lain. Bagi
memberikan peluang untuk maklumbalas, setiap pelajar meninggalkan kertas komen
di sebelah produk, dan pelajar yang melawat akan memberikan respon ringkas.
16. Menghantar Suatu Masalah (Send a Problem)
Teknik ini sangat berkesan untuk penyelesaian masalah. Titik permulaannya
adalah suatu senarai masalah atau isu, yang boleh dihasilkan oleh pelajar melalui
sebuah aktiviti seperti Meja Bulat atau boleh juga dipilih oleh guru.
Setiap kumpulan mengenal pasti suatu masalah atau isu yang khusus yang
mereka ingin tumpukan dan merekod
pilihan mereka pada depan sebuah fail
atau sampul surat. Setiap kumpulan
harus memilih masalah yang berbeza.
Kumpulan
tersebut
kemudiannya membuat sumbangsaran
untuk mendapatkan penyelesaian yang
berkesan kepada masalah tersebut dan mencatatkan pada sekeping kertas. Pada suatu
masa yang ditetapkan terlebih dahulu, idea-idea mereka diletakkan dalam fail atau
sampul surat tadi dan dihantar kepada sebuah kumpulan lain.
Ahli kumpulan kedua, tanpa melihat idea-idea yang telah dihasilkan,
menghimpun senarai mereka sendiri. Himpunan idea kedua dihantar kepada
kumpulan ketiga yang akan melihat cadangan-cadangan yang diberikan oleh
kumpulan-kumpulan lain, menambahkan dengan idea-idea mereka, dan seterusnya
memutuskan dua penyelesaian yang paling berkesan.
Selain daripada menggalakkan kemahiran berfikir tahap tinggi secara
kolaboratif, kaedah atau kaedah ini menghasilkan pertimbangan reflektif pelajar yang
merupakan tahap kognitif tertinggi dalam taksonomi Bloom yang masyhur.
Laporan kepada seluruh kumpulan besar dilakukan sekiranya ada masa dan ia
mungkin dilakukan dalam berbagai bentuk, termasuk laporan bertulis apabila bahan
17

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

adalah agak kompleks. Ada guru yang menggunakan kaedah ini untuk sesi menyemak
peperiksaan dengan meletakkan soalan peperiksaan yang lazim dalam fail untuk
kumpulan menyelesaikan masalah.

a) Jelaskan bagaimana anda akan gunakan teknik Meja Bulat,


Tiga-tinggal & Satu Merayau dalam kursus anda.
b) Adakah anda berpendapar teknik Perbandingan Nota akan dapat
mempertingkatkan kebolehan mengambil nota pelajar?
Jelaskan.

17. Pelajar Meringkaskan Jawapan yang Diberikan Oleh


Pelajar Lain
Bagi mempromosi pendengaran aktif, setelah pelajar memberikan jawapan kepada
soalan anda secara sukarela, Minta seorang pelajar lain meringkaskan respon pelajar
pertama. Ramai pelajar kurang mendengar apa yang rakan sekelas mereka katakan,
sebaliknya menunggu guru samada membetulkan atau mengulang jawaban tersebut.
Dengan meminta pelajar meringkaskan atau mengulang sumbangan masing-masing
kepada kursus akan memupuk penyertaan aktif oleh semua pelajar dan mempromosi
pembelajaran sebagai suatu usaha bersama. Kerana ada kemungkinan diminta
meringkaskan jawaban rakan sekelas, ramai pelajar akan mendengar pelajar lain
dengan lebih tekun.
18. Perbandingan Nota atau Perkongsian Nota
Satu sebab mengapa pelajar berprestasi rendah dalam kelas adalah kerana mereka
selalunya tidak mempunyai kemahiran mengambil nota yang baik. Dalam erti kata
lain, walaupun mereka mungkin mendengar dengan tekun, pelajar tidak semestinya
tahu apa yang hendak ditulis, atau mereka mungkin mempunyai senggang dalam nota
mereka yang menyebabkan mereka terpinga-pinga apabila membaca kembali nota
tersebut untuk mentelaah atau menulis suatu kertas. Salah satu cara untuk
mengelakkan kelemahan dan membuatkan pelajar memberi contoh pengambilan nota
yang baik adalah dengan menyuruh mereka membandingkan nota secara berkala.
Guru menyuruh pelajar membaca nota pelajar lain, isikan ruang kosong dalam
pengambilan nota mereka sendiri. Ini sangat berguna dalam kursus pengenalan atau
dalam kursus yang direkabentuk untuk pelajar bukan major ataupun kemasukan
istimewa. Apabila pelajar menyedari nilai menyokong pengambilan nota mereka
dengan nota orang lain, mereka mungkin akan meneruskan amalan ini di luar waktu
kelas.

18

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

3. 5 KELEBIHAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF

1) Lebih banyak dibuat dalam masa yang singkat.


Satu kelebihan bekerja dalam kumpulan adalah suatu masalah dapat
diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah
Pada suatu masa lebih daripada satu orang bekerja bersama untuk
menyelesaikan masalah dan ini adalah lebih berkesan.
Apabila bekerja dalam kumpulan kecil, ia membolehkan orang berfikir
sebagai satu dan membantu yang lain menjadi "tidak tersekat".
Penyelesaian masalah menjadi lebih mudah bila orang bekerjasama.
2) Setiap ahli kumpulan mempunyai sumbangan yang unik.
Orang selalunya tersekat dalam cara berfikir mereka yang unik;
Mendengar idea orang lain membantu mereka meluaskan pandangan
mereka.
Pepatah "tiga kepala lebih baik daripada satu" tentunya benar.
3) Pelajar dimotivasi oleh orang lain dalam kumpulan
Pengukuhan oleh orang lain dan menjadi yakin dengan pemikiran mereka
sendiri
Disebabkan kumpulan, pelajar tidak menyerah kalah membuat tugasan mereka
Kumpulan membantu antara satu sama lain
Rakan menerangkan sesuatu yang tak mudah difahami
4) Pelajar memahami antara satu sama lain lebih daripada guru.
Pelajar lebih selesa bertanya soalan kepada rakan kerana mereka adalah pada
tahap yang sama
Kumpulan membentuk zon selesa;
Menjadikan projek atau tugasan lebih menyeronokkan
5) Manafaat Jangka Panjang
Mengajar kemahiran sosial seperti kerjasama, kerja kumpulan, dan kemahiran
komunikasi yang berguna untuk kehidupan.
Belajar bekerja bersama untuk mencapai matlamat bersama dan untuk
menyelesaikan masalah bersama yang diperlukan dalam pekerjaan

19

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

3. 6 KELEMAHAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF

1) Orang perlukan kelajuan berbeza.


Ada pelajar memerlukan masa yang lebih berbanding yang lain untuk
memahami dan menyerap maklumat.
Dalam kumpulan, pelajar lemah perlu mengikut rentak yang lain, yang
mungkin menyebabkan tekanan kerana pelajar lain dikekang atau
diperlambatkan.
2) Ada pelajar mungkin cuba mengatasi kumpulan.
Bukan semua orang mempunyai hak bersuara yang sama dalam kumpulan.
Seorang pelajar mungkin mendominasi kumpulan sementara yang lain berasa
tercicir.
Ada pelajar tidak yakin dengan kebolehan pelajar lain dalam kumpulan yang
menyebabkan ketegangan dan mereka tidak mahu bekerjasama.
3) Pelajar yang senyap mungkin tidak selesa.
Ada pelajar pemalu atau senyap dan berasa canggung apabila bekerja dengan
pelajar lain.
Tidak pasti samada pelajar lain akan menghargai kepercayaan dan nilai orang
lain.
4) Kadang kala orang sememangnya tidak sebulu.
Kadang kala orang sememangnya tidak sebulu walaupun mereka mencuba
kerana perbezaan personaliti.
Perbezaan personaliti membawa kepada pertelingkahan, membuang masa dan
kerja kumpulan yang tidak produktif.
5) Bukan semua orang menyerlah.
Adalah mengecewakan apabila semua pelajar bekerja kuat dan segelintir
pelajar tidak membuat kerja mereka.
Satu atau dua orang akhirnya membuat semua kerja dan semua orang dalam
kumpulan mungkin mendapat gred yang mereka tidak seharusnya.
6) Tidak memahami dengan sepenuhnya.
Adak ala mungkin boleh terjadi seseorang terlepas pandang perkara yang
mereka tidak akan terlepas pandang sekiranya bekerja secara individu.
7) Masa digunakan untuk perkara yang tidak relevan.
Kadang kala tidak ada yang disiapkan kerana semua orang bercakap tentang
perkara lain melainkan apa yang sepatutnya dilakukan.

20

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

a) Apakah kelebihan menggunakan teknik pembelajaran


kolaboratif?.
b) Adakah kelemahan teknik pembelajaran kolaboratif mungkin
berlaku dalam kursus anda?

ISTILAH PENTING

Pembelajaran kolaboratif Fishbowl Bangun dan Kongsi


Pembelajaran aktif
Snowball Penyelesaian masalah
berstruktur
Seminar
Susun Suai Gambar
Perbandingan Nota
Sindiket
Kumpulan Buzz
Anotasi Berkumpulan
Meja Bulat Fikir-pasang-kongsi
Tiga-Tinggal-Satu-Merayau

Semakin banyak sekolah, university dan kolej menyedari perlunya pendidikan


diselaraskan dengan bekerja dalam kumpulan, pembelajaran berasaskan
projek dan pendekatan penyelesaian masalah yang diperlukan dalam alam
pekerjaan dalam zaman global dan maklumat.

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan idea bahawa pembelajaran adalah


suatu perbuatan sosial yang lazim di mana perseta bercakap dalam kalangan
mereka.

Walau bagaimana pun, penggunaan teknik pembelajaran kolaboratif tidak


bermatlamat meninggalkan syarahan, sebaliknya menggunakan teknik
pembelajaran aktif untuk mencukupkan syarahan.
21

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran adalah suatu proses aktif di mana pelajar mengasimilasi


maklumat dan menghubungkan pengetahuan baru dengan suatu kerangka
pengetahuan sedia ada.

Pembelajaran mekar dalam suatu persekitaran sosial di mana perbualan di


antara pelajar berlaku.

Ramai orang masih tidak biasa dengan alat kolaborasi kerana kebanyakan alat
ini tidak intuitif dan dengan itu tidak mudah digunakan.

Seminar adalah suatu strategi pengajaran-pembelajaran kolaboratif yang


popular di mana seorang pelajar mempersembahkan sebuah kertas dan pelajar
lain dalam kumpulan termasuk guru memberi komen tentang kertas tersebut.

Sindiket merupakan suatu teknik di mana kumpulan 20 hingga 25 orang


pelajar dipecahkan kepada kumpulan kecil atau sindiket seramai 4-5 orang
pelajar.

Kepercayaan asas teknik Susun Suai Gambar adalah bahawa tidak ada orang
yang tahu sesuatu dengan baik tanpa bantuan orang lain dalam kumpulan dan
setiap ahli mempunyai sumbangan yang unik dan penting untuk diberikan.

Teknik fishbowl telah digunakan untuk perbincangan ilmiah tentang suatu soalan
penting di mana pendapat pelajar dikongsikan, dibuktikan, disangkal, dan
dimurnikan melalui suatu dialog dengan pelajar lain. Ia terdiri daripada suatu
bulatan pelajar dalam dan luar.

Dalam teknik Bangun dan Kongsi, pelajar yang dipilih bangun dan memberi
respon bagi pihak kumpulan.

Terdapat kekuatan dan kelemahan menggunakan teknik pembelajaran


kolaboratif dalam pengajian tinggi.

22

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Dillenbourg P. (1999) What do you mean by collaborative learning?. In P.


Dillenbourg (Ed). Collaborative-learning: Cognitive and Computational Approaches.
(1-19). Oxford: Elsevier
Gerlach, J. M. (1994). Is this collaboration? In Bosworth, K. and Hamilton, S. J.
(Eds.), Collaborative Learning: Underlying Processes and Effective Techniques, New
Directions for Teaching and Learning No. 59. 12-19.
Kagan, S. 1992. Cooperative Learning. San Juan Capistrano, CA: Resources for
Teachers, Inc.
Lyman, F. T. (1981). The responsive classroom discussion: The inclusion of all students.
In A. Anderson (Ed.), Mainstreaming Digest (pp. 109-113). College Park: University of
Maryland Press.

MacGregor, J. (1990). Collaborative learning: Shared inquiry as a process of reform.


In Svinicki, M. D. (Ed.), The changing face of college teaching, New Directions for
Teaching and Learning No. 42.
Sherman, L.W. (1991l). Cooperative learning in post-secondary education:
Implications from social psychology for active learning experiences. Paper presented
at the American Educational Research Association Annual Conference, Chicago, IL.

23

Anda mungkin juga menyukai