Anda di halaman 1dari 31

Bab 2: Model Umum Pengajaran

Bab 2
MODEL UMUM PENGAJARAN

Setelah menyelesaikan modul ini, anda harus boleh:


Mentakrifkan model umum pengajaran
Menjelaskan komponen-komponen utama model umum pengajaran
Mengenal pasti empat ciri-ciri objektif pengajaran yang baik
Membincangkan jenis-jenis objektif pengajaran ataupun hasil
pembelajaran yang pendidik ingin capai

GARIS LATAR BAB


2.1 Model Umum Pengajaran
a) APAKAH YANG HARUS SAYA AJAR?
b) SIAPAKAH YANG SAYA AJAR?
c) BAGAIMANAKAH SAYA MENGAJAR?
d) BAGAIMANAKAH SAYA TAHU SAYA
BERKESAN?
2.2. ABCD Objektif Pengajaran
2.3 Keselarian di antara pengajaran dan pentaksiran
2.4 Menentukan perlakuan untuk diajar
2.5 Hasil Pembelajaran Kognitif
2.6 Hasil Pembelajaran Afektif
2.7 Hasil Pembelajaran Psikomotor
Istilah Penting
Ringkasan
Rujukan

Dalam bab ini kita akan bincangkan tentang Model Umum Pengajaran yang boleh
diaplikasi dalam mengajar mana-mana bidang ilmu pada mana-mana peringkat
daripada pra-sekolah sehingga ke pengajian tinggi. Fokus akan diberi kepada empat
fasa utama proses pengajaran. Yang paling penting adalah mengetahui apa yang harus
diajar, bagaimana untuk mengajar, mengenali pelajar yang kita ajar dan menentukan
samada kita telah membuat perkara yang betul; i.e. samada kita telah mencapai
objektif pengajaran kita.

Bab 2: Model Umum Pengajaran

Kurikulum [Kandungan]

Objektif Pengajaran
Kognitif
Afektif
Psikomotor

1. APA YANG SAYA


HARUS AJAR?

Pengetahuan Terdahulu
Keupayaan
Kecenderungan
Sikap
Nilai
Minat

2. SIAPA YANG SAYA AJAR?

Maklumbalas

Maklumbalas

Maklumbalas
BAGAIMANAKAH
SAYA TAHU SAYA
BERKESAN?

Peperiksaan
Ujian
Kuiz
Amali
Pemerhatian
Portfolio

Rajah 2.1 Model Umum


Pengajaran

3.BAGAIMANAKAH HARUS
SAYA AJAR?

Pemilihan
Strategi Pengajaran

Syarahan
Pembelajaran Kolaboratif
Main Peranan
Simulasi
Pembelajaran Berasaskan
Masalah

Pemilihan Bahan
Pengajaran

Papan tulis
Klip video
Aparatus
Realiti virtual

Reka bentuk &


Pembinaan
Urutan Pengajaran

Pengenalan
Set induksi
Langkah/ Prosedur
Aktiviti
Penutup

Bab 2: Model Umum Pengajaran

2.1 Model Umum Pengajaran

Model Pengajaran Umum merupakan sebuah panduan prosedural untuk rekabentuk,


pelaksanaan, penilaian, dan pembaikan pengajaran. Model ini dianggap boleh
diaplikasi kepada semua peringkat pendidikan, semua mata pelajaran, dan panjang
manapun unit pengajaran (Miles and Robinson, 1971). Ia terdiri daripada empat
komponen asas: (lihat Rajah 2.1).
1)
2)
3)
4)

objektif pengajaran [Apakah yang saya harus ajar?]


pra-pentaksiran [Siapakah yang saya ajar?]
prosedur pengajaran [Bagaimanakah harus saya ajar?]
penilaian [Bagaimanakah saya tahu saya berkesan?]

Pemilihan dan spesifikasi objektif pengajaran mungkin langkah yang paling


penting dalam model ini. Apabila suatu objektif pengajaran dipilih, mengikut
salah satu model, ia harus ditentukan dalam bentuk perlakuan yang menjelaskan
apa yang pelajar boleh buat setelah menyelesaikan unit pengajaran.
Pra-pentaksiran mungkin paling penting apabila seorang pengajar memulakan
sebuah unit pengajaran dan tidak biasa dengan kemampuan, pengetahuan dan
sikap pelajarnya.
Rekabentuk prosedur pengajaran melibatkan pemilihan mod pengajaran yang
nampaknya paling cekap, memilih bahan pengajaran, menyediakan bahan
pengajaran baru apabila perlu, dan membentuk suatu rancangan berurutan.
Perkara yang paling penting dalam mereka bentuk ukuran penilaian adalah agar
alat ukuran mengukur perlakuan yang sama yang ditentukan dalam objektif.

Rujuk kepada Model Umum Pengajaran


a) Sejauhmanakah anda telah menggunakan Model Umum
Pengajaran dalam pengajaran anda?
b) Jenis pra-pentaksiran apakah yang telah anda lakukan untuk
memahami pelajar anda?
c) Bagaimanakah anda menggunakan keputusan pentaksiran untuk
memperbaiki pengajaran anda?

a) APA YANG SAYA HARUS AJAR?


Bila pendidik ditanya apa harus mereka ajar, kebanyakan akan merujuk
kepada kurikulum atau lebih khusus lagi sukatan pelajaran yang menetapkan fakta,
konsep, prinsip, prosedur dan kaedah suatu bidang. Ada yang berketatapan bahawa
kemahiran harus diajar khususnya dalam mata pelajaran seperti pendidikan jasmani,
3

Bab 2: Model Umum Pengajaran


seni, drama, muzik, lukisan teknikal, pertukangan kayu, kejuruteraan otomobil dan
sebagainya. Kemungkinan, ada pendidik mencadangkan bahawa perlakuan sosioemosi harus juga diajar.

Falsafah Kebangsaan Pendidikan di Malaysia


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
mengembangkan lagi potensi individual secara menyeluruh dan bersepadu,
untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmoni daripada segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha sedemikian direkabentuk untuk melahirkan warga Malaysia
yang berpengetahuan dan kompeten, yang mempunyai standard moral yang
tinggi dan bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri yang tinggi serta berkeupayaan menyumbang kepada keharmonian dan
penambahbaikan keluarga, masyarakat dan negara keseluruhannya.
[Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988]

Rujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia yang mempunyai implikasio


yang penting kepada pengajaran dan pentaksiran. Secara teori, sebuah sistem
pendidikan yang menyeluruh cuba mengembangkan individu secara menyeluruh
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam erti kata lain,
pengajaran dan pembelajaran di sekolah harus cuba:
mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ,
membentuk pelajar daripada segi intelek, rohani, emosi dan fizikal
memastikan agar pelajar berpengetahuan dan kompeten dan
mempunyai standard moral yang tinggi,
memastikan agar pelajar mempunyai tahap kesejahteraan diri yang
tinggi,
memastikan agar pelajar dibekalkan dengan keupayaan dan sikap yang
akan membolehkan mereka menyumbang kepada keharmonian dan
penambahbaikan keluarga, masyarakat dan negara keseluruhannya.
Namun begitu, secara amalannya pengajaran dan pentaksiran selalunya terlalu
menekankan kemahiran intelek yang dijelmakan dalam pengajaran dan pengukuran
hasil pembelajaran kognitif dalam bidang yang khusus. Aspek-aspek lain individu
menyeluruh hanya diberi perhatian yang sedikit kerana beberapa sebab. Sebagai
contoh, guru mendapati sukar untuk mempertingkatkan perkembangan rohani dan
emosi pelajar. Konstruk-konstruk ini sukar untuk diajar dan ditaksir serta sangat
subjektif.
Dengan itu, tidak hairanlah sekiranya pengajaran dan pentaksiran hasil
pembelajaran kognitif terus menjadi tumpuan kebanyakan sistem-sistem pengajaran
dan pentaksiran di serata dunia disebabkan ia secara bandingan lebih mudah di
perhatikan dan diukur. Walau bagaimanapun, dalam modul ini kira akan cuba
mempersembahkan suatu sistem pengajaran yang lebih menyeluruh, dengan
4

Bab 2: Model Umum Pengajaran


menumpukan kepada tiga jenis perlakuan manusia. Perlakuan ini telah cuba
dikembangkan oleh para pendidik dan adalah selaras dengan merealisasi matlamat
kebanyakan sistem.
2.2 ABCD OBJEKTIF PENGAJARAN

Sebelum membincangkan APA YANG HARUS SAYA AJAR? dengan


menumpukan kepada TIGA JENIS PERLAKUAN, kita akan menghuraikan
pembinaan OBJEKTIF PENGAJARAN ataupun Hasil Pembelajaran yang merupakan
fasa pertama Model Pengajaran Umum. Menurut Heinich, Molenda, Russell, dan
Smaldino (2001), objektif yang ditulis dengan baik harus mempunyai empat bahagian.
Mereka memanggil bahagian-bahagian ini ABCD objektif pengajaran. A adalah untuk
Audience (penonton/penerima), B mewakili Behavior (Perlakuan), C adalah untuk
Condition (Keadaan) dan D untuk Degree of Accuracy (Darjah Ketepatan). Setiap
objektif pengajaran ditulis dalam format ayat dan harus mengandungi A, B, C dan D
(lihat Rajah 2.2). Mari kita perincikan setiap satu daripadanya.
PENONTON/PENERIMA (AUDIENCE)
Penonton/penerima merupakan kumpulan pelajar yang mana objektif ditujukan
kepada mereka. Selalunya ia dituliskan sebagai pelajar atau penuntut harus boleh
Ia juga harus ditulis dengan khusus. Contohnya, "Pelajar tahun tiga sekolah
rendah" ataupun pelajar tahun empat sekolah menengah harus boleh Ingat
supaya membuatnya mudah agar objektif tidak menjadi terlalu panjang.

PERLAKUAN

ENONTON/
PENERIMA

KEADAAN

DARJAH

Rajah 2.2 ABCD untuk Objektif

PERLAKUAN (BEHAVIOUR)
Perlakuan merupakan kata kerja yang menjelaskan suatu aktiviti yang dapat
diperhatikan apa yang pelajar akan harus boleh buat. Perlakuan adalah secara
umumnya dinyatakan sebagai suatu kata kerja yang aktif, seperti: menyelesaikan,
membandingkan, menyenaraikan, menjelaskan, menilai, mengenal pasti atau
mentakrifkan (Ingat kata kerja yang disenaraikan untuk taksonomi kognitif, afektif
dan psikomotor yang dibincangkan terlebih dahulu). Perlakuan merupakan kata kerja

Bab 2: Model Umum Pengajaran


yang menjelaskan apa yang pelajar (penonton/penerima) akan boleh buat selepas
pengajaran. Ini merupakan jantung kepada objektif dan MESTI boleh diukur DAN
boleh diperhatikan. Tambahan lagi, kata kerja ini MESTI khusus. Kata kerja seperti
tahu, faham, mendalami, menyedari adalah sukar untuk diukur dan dengan itu
bukanlah pilihan yang baik untuk objektif-objektif yang khusus.

KEADAAN (CONDITION)
Keadaan mentakrifkan bahan-bahan yang akan disediakan (atau sebaliknya) semasa
objektif ditaksir. Secara umumnya ia menyatakan apa yang pelajar akan diberikan
atau tidak diberikan. Contoh keadaan untuk objektif mungkin termasuk:
o Dengan menggunakan kalkulator...
o Dengan diberi sebuah peta Malaysia...
o Dengan diberikan apparatus yang berkenaan...
Keadaan adalah suasana dalam mana objektif mesti diselesaikan. Adakah pengajar
akan membenarkan pelajar menggunakan sebuah kalkulator? Sebuah peta? nota
kelas? Dan sebagainya. Sudah tentunya akan lebih sukar untuk membuat perkiraan
tanpa sebuah kalkulator berbanding dengan menggunakannya!
DARJAH (DEGREE)
Darjah mengenal pasti standard atau kriteria yang pelajar mesti penuhi untuk
mencapai prestasi yang boleh diterima. Dalam erti kata lain, pada darjah ketepatan
manakah pelajar mesti penuhi untuk prestasinya dikatakan cekap? Darjah ketepatan
harus dikaitkan dengan jangkaan sebenar. Darjah adalah standard yang digunakan
untuk mengukur samada objektif telah dicapai. Kriteria tersebut mungkin dinyatakan
dalam peratusan (80% betul), had masa (dalam 30 minit), atau mana-mana ukuran lain
tentang penguasaan.
Sebagai contoh, suatu objektif mungkin seperti berikut:
"Dengan diberikan suatu senarai dua puluh negara-negara di Asia (keadaan),
pelajar akan mengenal pasti (perlakuan) sekurang-kurangnya lima belas (kriteria)
ibu negara yang berkenaan."
2.3 KESELARIAN DI ANTARA PENGAJARAN DAN
PENTAKSIRAN
Setelah objektif ditulis, adalah lebih mudah untuk membina item pentaksiran
yang berkaitan. Sebagai contoh, sekiranya objektif yang akan diajar adalah berkenaan
Undang-undang Pergerakan Newton (Newtons Laws of Motion), item-item ujian
harus direkabentuk untuk mengukur khususnya jenis pembelajaran yang ditetapkan
dalam objektif dan diajarkan kepada kelas (Dwyer, 1991). Setelah menulis objektif
pembelajaran, anda harus fikirkan tentang bagaimana untuk mentaksir pencapaian
pelajar untuk setiap objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran mentakrifkan
cakupan dan kaedah pentaksiran.
Pelajar perlu tahu apa yang mereka perlu buat untuk Berjaya dalam sesuatu
bidang. Apakah tugasan atau esei yang mereka perlu tulis? Projek apakah yang
mereka perlu jalankan? Bagaimana mereka akan ditaksir dan digred? Apa yang anda
6

Bab 2: Model Umum Pengajaran


ajar harus menentukan bagaimana anda harus mentaksir pembelajaran. Anda harus
kaitkan objektif dengan pentaksiran anda untuk mendapatkan keputusan yang
diharapkan. Rajah 2.3 yang merupakan adaptasi daripada Dwyer (1991) menunjukkan
suatu ketidak selarasan di antara objektif, pengajaran dan pentaksiran. Dalam situasi
ini:
o Objektif: Objektif ditetapkan kepada penyelesaian masalah menggunakan
analogi (pemikiran kritikal),
o Pengajaran: pembelajaran tahap rendah diajar kepada pelajar seperti
pentakrifan konsep dan prinsip
o Pentaksiran: Pelajar ditaksir dengan tugasan yang mengkehendaki mereka
menyelesaikan masalah menggunakan analogi.
Tidak hairanlah apabila pelajar mendapat pencapaian yang rendah apabila ditaksir
menggunakan tugasan penyelesaian masalah.

Rajah 2.3 Ketidakselarasan di antara Pengajaran dan


Pentaksiran

Situasi yang diinginkan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4.
o Objektif: Guru menetapkan objektif untuk mengajar penyelesaian masalah.
o Pengajaran: Pengajaran direka bentuk untuk pengajaran penyelesaian
masalah. Aktiviti pembelajaran yang diberikan adalah untuk membolehkan
pelajar berlatih kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan analogi.
o Pentaksiran: Guru mereka bentuk alat pentaksiran untuk mengukur
kemahiran pelajar menyelesaikan masalah menggunakan analogi.

Bab 2: Model Umum Pengajaran

Rajah 2.4 Keselarasan di antara Pengajaran dan Pentaksiran

CONTOH KESELARASAN DI ANTARA OBJEKTIF DAN KAEDAH


PENTAKSIRAN UNTUK SUATU BIDANG
Jadual 2.1 menunjukkan strategi pentaksiran yang sesuai untuk beberapa
objektif (King, 1976). Seperti yang dapat dilihat, 'kontinum kognitif ' bermula dengan
menghafal dan mengingat kembali maklumat berupa fakta yang sesuai ditaksir dengan
sebuah ujian objektif, di mana pelajar secara umumnya mengambil peranan yang
pasif. Suatu siri tahap-tahap yang semakin tinggi seterusnya dikenal pasti sehingga di
mana pelajar dikehendaki menunjukkan pemikiran mandiri dan kreatif, seperti dalam
kerja-kerja berkaitan projek penyelidikan.
Objektif

Kaedah Pentaksiran yang Sesuai

Menghafal fakta
Memahami konsep dan prinsip asas
Keupayaan berfikir secara kritis
Kemandirian, kreativiti dan
menyelesaikan masalah
Orientasi dan sikap

Ujian Objektif
Esei pendek
Esei sederhana dan panjang
Projek atau dissertasi

Kemahiran amali
Kemahiran lisan

Projek individu dan kumpulan, dissertasi, esei


panjang
Kerja amali yang ditaksir secara berterusan
Viva, persembahan dalam bilik darjah,
permainan dan simulasi yang ditaksir

Jadual 2.1 Objektif dan Kaedah Pentaksiran


Pengujian sikap dan orientasi dipertimbangkan semasa pelajar menjalankan
projek atau esei panjang samada secara individu atau berkumpulan. Kemahiran amali
(motor), iaitu suatu tajuk besar untuk sekumpulan kemahiran yang penting dalam

Bab 2: Model Umum Pengajaran


mata pelajaran seperti sains, sains komputer, geologi, geografi, pendidikan jasmani,
muzik dan lain-lain yang memerlukan pengujian kecekapan teknikal paling sesuai
ditaksir denngan pentaksiran kerja amali secara berterusan. Secara bandingan,
kemahiran lisan, diperiksa secara formal melalui viva, tetapi lebih baik ditaksir
melalui pemerhatian persembahan dalam bilik darjah, permainan bertaksir dan
simulasi serta bentuk pembelajaran kumpulan yang lain.

a) Apakah kesan ketidak selarian di antara pengajaran danpentaksiran?


b) Sejauhmanakah ia berlaku?

2.4 Menentukan Perlakuan untuk Diajar

TIGA JENIS OBJEKTIF PEMBELAJARAN ATAU HASIL PEMBELAJARAN


Tidak ramai akan menolak bahawa matlamat persekolahan adalah untuk
mengembangkan individu secara menyeluruh.Dalam akhir tahun 50an dan awal tahun
60an, sekumpulan ahli psikologi dan psikometri mencadangkan agar sekolah cuba
mengembangkan TIGA domain hasil pembelajaran (lihat Rajah 2.5):

Hasil pembelajaran kognitif (pengetahuan atau kemahiran mental),


Hasil pembelajaran afektif (perkembangan dalam perasaan atau emosi)
dan,
Hasil pembelajaran psikomotor (kemahiran manual atau fizikal).

KOGNITIF

Pengetahuan
Knowledge (K)

PSIKOMOTOR

Kemahiran
Skills (S)

AFEKTIF

Sikap/Nilai
Attitude (A) / Values

Rajah 2.5 Pentaksiran Menyeluruh Pelajar


Domain boleh dianggap sebagai kategori-kategori. Pendidik selalu merujuk
kepada tiga domain tersebut sebagai KSA (Knowledge, Skills, and Attitude) iaitu

Bab 2: Model Umum Pengajaran


Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap. Setiap domain terdiri daripada bahagian kecil,
bermula dengan perlakuan yang paling mudah kepada yang paling kompleks, dan
membentuk sebuah taksonomi hasil pembelajaran. Setiap taksonomi perlakuan
pembelajaran boleh dianggap sebagai "matlamat proses persekolahan." Iaitu,
selepas selesai persekolahan, pelajar harus telah memperoleh kemahiran,
pengetahuan, dan/atau sikap baru. Walau bagaimanapun, tahap bagi setiap bahagian
yang digariskan tidaklah tetap. Terdapat sistem-sistem atau hierarki lain yang telah
diperkenalkan dalam pendidikan, tetapi ketiga-tiga taksonomi ini mungkin yang
paling digunakan dengan meluas pada hari ini.
Untuk mengajar mengikut domain-domain kognitif, psikomotor dan afektif,
anda perlu mengenal pasti dan mengasingkan perlakuan-perlakuan yang mewakili
domain-domain tersebut. Apabila kita mengajar kita cuba membina suatu aspek
tertentu perlakuan pelajar; e.g. keupayaannya untuk membuat perbandingan, memberi
penjelasan, menganalisis, menyelesaikan masalah, melakar, menyebut, merasa,
membuat refleksi dan sebagainya. Istilah perlakuan digunakan secara umum untuk
memasukkan keupayaan pelajar berfikir (kognitif), merasa (afektif) dan melaksanakan
suatu kemahiran (psikomotor). Sebagai contoh, semasa mengajar tentang Hutan
Hujan Tropika di Malaysia anda ingin agar pelajar dapat:
menyenaraikan ciri-ciri hutan hujan tropika di Malaysia dan
membandingkannya dengan hutan coniferous di Kanada.
mempunyai perasaan (emosio, sikap), tentang hutan tersebut dan mereka
dapat menyumbang kepada pengekalan hutan hujan tersebut.
mempunyai kemahiran, membaca peta satelit tentang perubahan hutan
hujan tropika di Malaysia menggunakan laman web daripada internet.

Rujuk kepada Rajah 2.5.


Sejauhmanakah
perlakuan
atau
hasil
pembelajaran
afektif
dan psikomotor ditaksir di dalam sistem persekolahan anda?
Jelaskan mengapa.

2.5 Hasil Pembelajaran atau Perlakuan KOGNITIF

Apabila kita mengajar seorang manusia, kita cuba membentuk suatu


perlakuan khusus pada orang itu. Ini mungkin mengelirukan kepada sesetengah
orang. Bukankah kita mengajar untuk pemahaman fakta, konsep dan prinsip tentang
suatu bidang? Setiap mata pelajaran, baik sejarah, sains, geografi, ekonomi, ataupun
matematik mempunyai himpunan fakta, konsep, prinsip, andaian, teori, undangundang, prosedur dan kaedah yang unik yang disampaikan kepada pelajar. Lihat
Rajah 2.6.

10

Bab 2: Model Umum Pengajaran

CONTOH KANDUNGAN SEBUAH MATA PELAJARAN:

Fakta
Nombor Formula
Konsep
Prinsip
Generalisasi
Geraf
Jadual
Peta
Gambarajah Gambar
Peralatan
Artefak
Prosedur Bunyi
Pergerakan Lukisan Animasi
Teori
Undang-undang Kaedah

Sejarah, Sains, Ekonomi,


Matematik,
Geografi, Perniagaan,
Biologi, Fizik, Sivik, Seni,
Muzik, Pendidikan Jasmani
dan sebagainya

APA PELAJAR
BOLEH
BUAT DENGAN KANDUNGAN
SEBUAH MATA PELAJARAN

Membandingkan
Menjelaskan
Menilai
Menyelesaikan

Menganalisis
Mengaplikasi
Melukis
Interpretasi

Meramal
Merefleksi
Merasa

Rajah 2.6 Kandungan sebuah Mata Pelajaran


yang Diajar
Walau bagaimanapun, apabila kita mengajar kita mengajar bukan sahaja fakta,
konsep atau prinsip mata pelajaran itu, tetapi juga apa pelajar boleh buat dengan
fakta, konsep atau prinsip dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, mengajar pelajar
membandingkan fakta, menjelaskan konsep, menganalisis suatu generalisasi (atau
pernyataan) atau menyelesaikan suatu masalah berdasarkan prinsip yang diberi.
Dalam erti kata lain, kita mengajar pemahaman atau penguasaan sebuah gagasan ilmu
berdasarkan apa yang pelajar boleh buat dengan kandungan mata pelajaran tersebut.
Dalam tahun 1956, Benjamin Bloom mengetuai sekumpulan ahli psikologi
pendidikan dan pendidik yang membina sebuah klasifikasi tahap perlakuan intelek
yang penting untuk pembelajaran. Mereka mendapati bahawa lebih 95% daripada
pengajaran dan soalan ujian yang pelajar temui memerlukan mereka berfikir hanya
pada tahap terendah, i.e. mengingat semula maklumat. Bloom dan rakan-rakannya
membina sebuah taksonomi yang diterima dengan meluas (kaedah mengklasifikasi
pada tahap berlainan) untuk objektif kognitif. Ini dikenali sebagai Taksonomi Bloom
(lihat Rajah 2.7). Terdapat enam tahap dalam klasifikasi Bloom dengan tahap yang
paling rendah dinamakan pengetahuan. Tahap pengetahuan diikuti dengan lima
tahap keupayaan mental yang semakin payah: pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis
dan penilaian.

11

Bab 2: Model Umum Pengajaran

TAKSONOMI BLOOM
PENILAIAN

Hasil Pembelajaran Tahap Tinggi

SINTESIS

ANALISIS

APLIKASI

PEMAHAMAN

PENGETAHUAN

Hasil Pembelajaran Tahap Rendah

Rajah 2.7 Taksonomi Hasil Pembelajaran Kognitif Bloom

Pengetahuan: Perlakuan pada tahap pengetahuan mengkehendaki pelajar


mengingat semula maklumat yang khusus. Tahap pengetahuan adalah tahap
kognitif yang paling rendah. Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan
pada tahap pengetahuan termasuk kebolehan untuk menyenarai, mentakrif,
menamakan, menyatakan, mengingat kembali, memadankan, mengenal pasti,
memberitahu, melabel, menggariskan, mencari lokasi, mengenali, memilih,
dan sebagainya. Sebagai contoh kebolehan pelajar membacakan faktor-faktor
yang membawa kepada Perang Dunia Ke-II, mengungkap formula untuk
kepadatan dan daya, menyenaraikan peraturan keselamatan makmal.

Pemahaman: Perlakuan pada tahap pemahaman yang merupakan kebolehan


mental satu tahap lebih tinggi daripada tahap pengetahuan memerlukan
pemahaman maksud konsep-konsep dan prinsip-prinsip, menterjemahkan
perkataan dan frasa dalam perkataan sendiri, membuat interpolasi yang
melibatkan mengisi maklumat yang tiada, dan membuat interpretasi yang
melibatkan membuat inferensi dan menjangkau maklumat yang diberi.
Contoh-contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan pada tahap
pemahaman adalah menerangkan, membezakan, membuat inferensi,
menginterpretasi, mengalihkan, membuat generalisasi, mempertahankan,
menganggar, memanjangkan, parafrasa, memberitahu dengan perkataan
sendiri, meramal, menulis semula, meringkaskan, menterjemah dan
sebagainya. Contohnya, pelajar boleh menerangkan dengan perkataan sendiri
maksud sebuah puisi, menginterpretasi geraf dan jadual, boleh menganggar
harga sebuah iklan.

12

Bab 2: Model Umum Pengajaran

Aplikasi: Perlakuan pada tahap aplikasi memerlukan pelajar mengaplikasi


suatu peraturan atau prinsip yang dipelajari dalam bilik darjah kepada suatu
situasi sebenar yang baru atau berlainan. Contoh kata kerja yang menerangkan
perlakuan pada tahap aplikasi adalah mengaplikasi, mengubah, menghitung,
menunjukkan, menjumpai, memanipulasi, memodifikasi, memberi contoh,
mengoperasi, meramal, menyediakan, menghasilkan, menghubungkan,
mempamirkan, menyelesaikan, menggunakan dan sebagainya. Contohnya,
pelajar boleh menggunakan formula untuk tonjolan untuk mengira jarak
maksimum seorang pelompat jauh boleh melompat; mengaplikasi undangundang statistik untuk menilai keutuhan sebuah ujian bertulis, meramal kesan
subsidi kerajaan.

Analisis: Perlakuan pada tahap analisis memerlukan pelajar mengenal pasti


komponen dan menerangkan hubungan diantaranya; menghuraikan bahan atau
konsep kepada komponen-komponennya, membezakan di antara fakta dan
inferensi. Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan pada tahap analisis
adalah
menganalisis,
menghuraikan,
membandingkan,
membezakan, melakarkan,
meleraikan,
memeriksa,
memisahkan,
mengasingkan, mendiskriminasi, mengenal pasti, mengilustrasi, membuat
inferensi, menggariskan, menghubungkan, memilih, menceraikan. Sebagai
contoh, pelajar boleh menyelesaikan masalah tentang sebuah peralatan dengan
menggunakan deduksi logikal, mengenali kesalahan logikal dalam
pertimbangan, mengumpul maklumat daripada sebuah syarikat dan
menentukan keperluan latihan.

Sintesis: Perlakuan pada tahap sintesis memerlukan pelajar membina suatu


struktur atau corak daripada elemen-elemen berlainan, mencantumkan
bahagian-bahagian untuk membentuk suatu yang menyeluruh dengan
penekanan kepada mencipta suatu makna, struktur, objek atau prosedur yang
baru. Contoh kata kerja yang menjelaskan perlakuan pada tahap sintesis
adalah mengkategori, mencantum, mengumpul, mengkomposisi, mencipta,
membina, mereka bentuk, menjelaskan, menghasilkan,mengubah, menyusun,
merancang, menyusun semula, membina semula, menghubungkan, mencari
suatu cara yang lain, memformulasi, menyemak, menulis semula,
meringkaskan, memberitahu, menulis dan sebagainya. Sebagai contoh, pelajar
boleh menulis sebuah cerita pendek yang kreatif, mereka bentuk sebuah
kaedah untuk melaksanakan suatu tugasan yang khusus, menggabungkan ideaidea daripada beberapa sumber untuk menyelesaikan sebuah masalah,
menyemak suatu proses untuk memperbaiki hasilnya.

Penilaian: Perlakuan pada tahap penilaian memerlukan pelajar untuk menilai


suatu kejadian, bahan dan kaedah; dan membuat pertimbangan tentang nilai
idea-idea atau bahan-bahan tersebut. Contoh kata kerja yang menerangkan
perlakuan pada tahap penilaian adalah menimbang, membandingkan, membuat
kesimpulan, membezakan, mengkritik, menghakimi, mempertahankan,
menerangkan, menyusun mengikut darjat, memberikan pendapat sendiri,
mendiskriminasi, menilai, menjelaskan, membuat interpretasi, menilaikan,
menjustifikasi, menghubungkan, meringkaskan, menyokong dan sebagainya.

13

Bab 2: Model Umum Pengajaran


Sebagai contoh, pelajar boleh menilai dan membuat keputusan tentang
penyelesaian yang terbaik kepada suatu masalah, menjustifikasi pemilihan
suatu prosedur atau rancangan yang baru.
SERATUS YANG MEMBANTU
Heinich, Molenda, Russell, dan Smaldino (2001) mencadangkan 100 kata kerja yang
menekankan perlakuan atau tingkah laku yang mungkin diajar. Ini bukanlah
bermakna bahawa kesemua 100 kata-kata kerja ini sahaja yang boleh digunakan tetapi
mereka tentunya menjadi rujukan yang berguna kepada para pendidik. Jadual 2.2 di
bawah menunjukkan kata-kata kerja yang sesuai digunakan semasa anda menulis
objektif pengajaran pada setiap tahap taksonomi Bloom.

tambah
abjadkan
analisis
aplikasikan
susun
pasang
hadir
bahagikan
bina
lepaskan
kategorikan
pilih
klasifikasi
warnakan
banding
sudahkan
komposisi

kira
jalankan
bina
bandingkan
alihkan
betulkan
potong
deduksi
pertahan
takrifkan
demonstrasi
dapatkan
jelaskan
rekabentuk
tentukan
lukis
bezakan

latih tubi
anggar
nilai
jelaskan
extrapolasi
masukkan
hasilkan
geraf
faham
gerudi
kenakan
pertahan
kenal pasti
illustrasi
indicasi
pasang
tendang

labelkan
tempatkan
buat
manipulasi
padan
ukur
ubah
kali
namakan
operasi
susunkan
Rancang
Gariskan
Kemaskan
Warnakan
Plot
kedudukan

ramal
sediakan
persembah
hasilkan
sebut
baca
bina semula
kurangkan
tiadakan
semak
pilih
lakar
luncur
selesaikan
asingkan
khususkan
Petakkan

nyatakan
tolak
cadang
hayunkan
tabulasi
baling
hadkan
terjemah
taip
gariskan
Sebutkan
verifikasi
sulam
timbang
tulis

Jadual 2.2 Seratus yang Membantu

a) Adakah anda setuju bahawa taksonomi Bloom adalah suatu hierarki


kebolehan kognitif yang mana satu tahap akan mengikut tahap yang lain?
b) Sejauhmanakah seratus yang membantu benar-benar membantu
menjelaskan hasil pembelajaran dalam bidang anda?

14

Bab 2: Model Umum Pengajaran

VERSI BARU TAKSONOMI BLOOM


Dalam tahun 2001, Krathwohl dan Anderson telah mengubah taksonomi
Bloom (1956) yang asal dan telah mengenal pasti serta mengasingkan senarai
perlakuan berikut yang sebuah sistem pengajaran harus tangani (lihat Jadual 2.3).

Kategori dan Proses


Kognitif

Nama-nama Alternatif

1. Mengingat
1.1 Kenali
1.2 Ingat kembali

Kenal pasti
Keluarkan

2. Memahami
2.1 Interpretasi
2.2 Beri contoh
2.3 Klasifikasi
2.4 Ringkaskan
2.5 Buat inferensi
2.6 Banding
2.7 Jelaskan

Jelaskan, parafrasa, wakilkan, terjemahkan


Illustrasi, beri contoh
Kategorikan, masukkan
Abstrakkan, buat generalisasi
Simpulkan, extrapolasikan, interpolasikan, ramal
Bandingkan, lakarkan, padankan
Membina model

3. Aplikasi
3.1 Jalankan
3.2 Laksanakan

Jalankan
Gunakan

4. Analisis
4.1 Bezakan
4.2 Susun
4.3 Beri sebab

Mendiskriminasi, mengasingkan, memfokus, memilih


Mencari koherens, gabungkan, gariskan, menstruktur
Meleraikan

5. Menilai
5.1 Semak
5.2 Pertimbangkan
6. Mencipta
6.1 Hasilkan
6.2 Rancang
6.3 Keluarkan

Mengkoordinasi, cari, pantau, uji


Hakimi

Buat hypotesis
Reka bentuk
Bina

Jadual 2.3 Versi Semakan Taksonomi Bloom


Perhatikan bahawa susunan beberapa tahap telah disusun semula dan juga
diberi nama lain. Dua tahap asal iaitu pengetahuan dan pemahaman telah
digantikan dengan ingat dan faham. Tahap sintesis telah dinamakan semula
dengan istilah Cipta. Perhatikan bahawa dalam taksonomi yang asal susunan adalah

15

Bab 2: Model Umum Pengajaran


sintesis diikuti dengan menilai. Dalam taksonomi yang telah diubah, susunan telah
diubah kepada menilai diikuti dengan mencipta.

a) Jelaskan perbezaan di antara analisis dan sintesis menurut Taksonomi


Bloom.
b) Bagaimanakah versi semakan Taksonomi Bloom berbeza dengan versi
yang asal tahun 1956?

2.6 Hasil atau Perlakuan AFEKTIF

Ciri-ciri afektif melibatkan perasaan ataupun emosi seseorang. Sikap, nilai,


harga diri, lokus kawalan, efikasi diri, minat, aspirasi dan keresahan adalah contohcontoh ciri-ciri afektif. Namun begitu, hasil afektif tidak pernah menjadi sebahagian
penting pengajaran dan pentaksiran di sekolah, walaupun I boleh dikatakan penting,
mungkin lebih penting daripada hasil pembelajaran kognitif atau psikomotor.
Beberapa sebab kurangnya penekanan terhadap hasil afektif termasuk:

Kepercayaan bahawa pembinaan perasaan


yang sesuai adalah tugas keluarga dan
agama.
Kepercayaan bahawa perasaan, emosi dan
nilai dibina secara otomatis daripada
pengetahuan dan pengalaman dengan
kandungan dan dengan itu tidak
memerlukan fokus pedagogi yang khusus.
Pengajaran sikap dan orientasi nilai sukar
dibina dan ditaksir sebab:
1. objektif dan hasil afektif tidak
dapat dilihat.
2. objektif dan hasil afektif tidak
boleh dicapai dalam jangkamasa
pengajaran
yang
biasanya
ditawarkan di sekolah.
3. Perlakuan afektif dianggap peribadi
dan tidak harus diwarwarkan.
4. Kaedah
untuk
mendapatkan
maklumat tentang perlakuan afektif
kurang
berkeboleh
percayaan
berbanding alat ukuran kognitif.

Rajah 2.8 Tingkahlaku afektif boleh


diperkembangkan dalam bilik darjah

16

Bab 2: Model Umum Pengajaran

Walau bagaimanapun, sesetengah pendidik, ahli psikologi dan ahli psikometri


telah menyatakan bahawa matlamat afektif tidak kurang dapat dilihat
berbanding matlamat kognitif. Daripada segi mengembangkan perlakuan afektif, ada
yang menyatakan bahawa perlakuan afektif boleh dikembangkan secara otomatik
apabila pengetahuan yang tertentu diajar (lihat Rajah 2.8). Ada juga yang menyatakan
bahawa perlakuan afektif harus dikembangkan secara terang-terangan melalui
program yang khusus. Matlamat afektif tidak semestinya mengambil masa yang lebih
lama untuk dicapai dalam bilik darjah berbanding matlamat kognitif. Apa yang
diperlukan adalah untuk menyatakan suatu matlamat dengan lebih nyata dan
berorientasikan perlakuan agar ia boleh ditaksir dan dipantau.
Ada juga yang percaya bahawa ciri-ciri afektif adalah peribadi dan tidak harus
diwarwarkan. Terdapat percanggahan di antara keperibadian dan hak mendapatkan
maklumat. Sekiranya maklumat yang dikumpul itu diperlukan untuk membuat
keputusan, maka mengumpul maklumat itu tidak dianggap melanggar hak peribadi.
Sebagai contoh, sekiranya pentaksiran digunakan untuk menentukan samada pelajar
memerlukan perhatian khusus seperti pendidikan khas, maka mengumpul maklumat
seperti itu tidak dianggap melanggar hak peribadi. Sebaliknya, sekiranya maklumat
yang dikumpul tidak relevan dengan matlamat yang dinyatakan, maka mengumpul
maklumat tersebut kemungkinan adalah melanggar hak peribadi.
Sama juga, maklumat tentang perasaan untuk kebaikan dan keburukan.
Contohnya, sekiranya seorang guru matematik mendapati bahawa seorang pelajar
mempunyai tahap keresahan yang tinggi terhadap matematik, dan dia mengutuk
pelajar itu di hadapan kelas, maka maklumat tersebut telah disalah gunakan. Tetapi
sekiranya guru itu menggunakan maklumat tersebut untuk mengubah kaedah
pengajarannya supaya dapat membantu pelajar membina sikap yang positif terhadap
matematik, maka maklumat tersebut telah digunakan dengan bijak. Krathwohl, Bloom
dan Bertram serta rakan-rakannya telah membina domain afektif dalam tahun 1973
yang menangani perkara berkaitan emosi seperti perasaan, nilai, appresiasi,
kecenderungan, motivasi, dan sikap. Lima kategori utama yang disenaraikan daripada
perlakuan paling mudah kepada yang paling kompleks: menerima, merespon, menilai,
menyusun dan karakterisasi (lihat Rajah 2.9).

17

Bab 2: Model Umum Pengajaran

DOMAIN AFEKTIF

KARAKTERISASI

Kompleks - Perlakuan menjadi


sebahagian daripada sistem nilai
seseorang

MENYUSUN

MENILAI

MERESPON

MENERIMA

Paling senang Seseorang menjadi


sedar tentang suatu perlakuan.

Rajah 2.9 Taksonomi Afektif Krathwohl, Bloom & Bertram

Menerima: Perlakuan pada tahap menerima memerlukan pelajar sedar,


sanggup mendengar dan member tumpuan. Contoh kata kerja yang
menerangkan perlakuan pada tahap menerima adalah bertanya, memilih,
menjelaskan, mengikut, memberi, memegang, meletakkan, menamakan,
menunjukkan, memilih, menjawab, dan sebagainya.
Sebagai contoh, pelajar
o mendengar orang lain dengan hormat,
o mendengar dan menghafal nama-nama pelajar lain.

Merespon: Perlakuan pada tahap merespon memerlukan pelajar menjadi


peserta aktif, memperhatikan dan bertindakbalas terhadap suatu
fenomena, bersedia merespon dan mendapatkan kepuasan dalam member
respon (motivasi). Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan pada tahap
merespon adalah menjawab, membantu, menolong, mematuhi, menurut,
berbincang, menyapa, member bantuan, melabel, melaksanakan, berlatih,
mempersembahkan, membaca, membacakan, melapor, memilih, memberitahu,
menulis.
Sebagai contoh, pelajar
o Menyertai perbincangan kelas,
o Membuat persembahan,
o Menyoal idea, konsep, model, etc. baru untuk memahaminya
sepenuhnya.
18

Bab 2: Model Umum Pengajaran

Menilai: Tahap ini berkaitan dengan nilai atau harga yang seseorang letakkan
pada sesuatu objek, fenomena, atau perlakuan. Ini mungkin daripada hanya
menerima kepada suatu keadaan komitmen yang lebih kompleks. Menilai
adalah berdasarkan kepada internalisasi suatu set nilai yang khusus, sementara
petanda kepada nilai diluahkan dalam pelajar sebagai perlakuan yang nampak
dan selalunya dapat dilihat. Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan
pada tahap menilai adalah mendemonstrasi, membezakan, menerangkan,
mengikut, membentuk, memulakan, menjemput, menyertai, menjustifikasi,
mencadangkan, membaca, melaporkan, memilih, berkongsi, mengkaji,
mengerjakan.
Sebagai contoh, pelajar
o mendemonstrasi kepercayaan terhadap proses demokrasi,
o adalah sensitive terhadap perbezaan individu dan
(kepelbagaian nilai),
o menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah,
o mencadangkan rancangan untuk penambahbaikan sosial
o meneruskan dengan komitmen.

budaya

Penyusunan: Pada tahap ini seseorang menyusun, nilai mengikut keutamaan


dengan membandingkan berbagai nilai, menyelesaikan konflik antaranya, dan
mencipta suatu sistem nilai yang unik. Penekanan diberi kepada membanding,
menghubungkan, dan mensintesis nilai. Contoh kata kerja yang menerangkan
perlakuan pada tahap penyusunan adalah mematuhi, mengubah, menyusun
atur, menggabungkan, membandingkan, menyudahkan, mempertahankan,
menjelaskan, memformulasi, membuat generalisasi, mengenal pasti,
menggabungkan, memodifikasi, menyusun, mengemas, menyediakan,
menghubung, mensintesis.
Sebagai contoh, pelajar
o Menyedari perlunya keseimbangan di antara perlakuan kebebasan dan
kebertanggungjawaban,
o Menerima tanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri,
o Menjelaskan peranan perancangan sistematik dalam menyelesaikan
masalah,
o Menerima standard etika profesional,
o Mencipta sebuah rancangan hidup yang harmonis dengan kebolehan,
minat dan kepercayaan,
o Mengutamakan masa dengan berkesan bagi memenuhi keperluan
organisasi, keluarga dan diri sendiri.

Karakterisasi: Pada tahap ini, sistem nilai seseorang mengawal


perlakuannya. Perlakuan itu merebak, konsisten, boleh diramal, dan yang
paling penting, bercirikan pelajar. Contoh kata kerja yang menjelaskan
perlakuan pada tahap ini adalah melakukan, mendiskriminasi, mempamirkan,
mempengaruhi, mendengar, memodifikasi, melaksanakan, berlatih,
mencadangkan,
menjelaskan,
menyoal,
menyemak,
menyediakan,
menyelesaikan, mengesahkan.

19

Bab 2: Model Umum Pengajaran


Sebagai contoh, pelajar
o menunjukkan kebergantungan kepada diri semasa bekerja secara
berdikari,
o bekerjasama dalam aktiviti kumpulan (mempamirkan semangat kerja
kumpulan)
o menggunakan pendekatan objektif dalam menyelesaikan masalah
o mempamirkan komitmen profesional terhadap amalan etika seharian
o menyemak penghakiman dan mengubah perlakuan berdasarkan bukti
baru.
o menghargai orang lain atas diri mereka dan bukan penampilan mereka.

a) Sejauhmanakah hasil pembelajaran afektif ditaksir di dalam sistem


persekolahan anda?
b) Adakah anda berpendapat bahawa perkembangan domain afektif
harus diberi keutamaan?

SEBUAH CONTOH APLIKASI DOMAIN AFEKTIF


Jadual 2.4 menunjukkan bagaimana taksonomi afektif mungkin diaplikasi
kepada sesuatu nilai seperti kejujuran. Ia mengikuti perkembangan suatu ciri afektif
seperti kejujuran daripada tahapmenerima sehingga kepada tahap karakterisasi di
mana nilai tersebut menjadi sebahagian daripada ciri-ciri individu. Pada tahap
menerima, seorang individu sedar bahawa sesetengah tindakan adalah jujur
sementara yang lainnya adalah tidak jujur. Ini diikuti dengan tahap merespon di
mana seorang individu mengakui dan memberitahu yang lain apa dikatakan jujur dan
apa yang dikatakan tidak jujur. Pada tahap menilai, individu cuba untuk
menunjukkan perlakuan jujur tetapi mungkin tidak konsisten. Pada tahap
penyusunan, individu mempamirkan perlakuan jujur dalam berbagai situasi
berbeza. Pada tahap yang terakhir, iaitu karakterisasi, kejujuran menjadi sebahagian
daripada sistem nilainya dan adalah jujur dalam semua situasi serta mengharapkan
orang lain berlaku jujur.

20

Bab 2: Model Umum Pengajaran

Taksonomi Afektif untuk Kejujuran


Menerima (memberi perhatian)
o Sedar bahawa sesetengah perkara adalah jujur/tidak jujur
Merespon
o Menyatakan kejujuran adalah lebih baik & berkelakuan
secara bersesuaian
Menilai
o Bercakap jujur dengan konsisten (tetapi tidak sentiasa)
Menyusun
o Berlaku jujur dalam situasi berbeza
Karakterisasi melalui suatu Nilai atau Nilai Kompleks
o Jujur dalam kebanyakan situasi mengharapkan orang lain
jujur berinteraksi dengan orang lain dengan jujur
sepenuhnya

Jadual 2.4 Taksonomi Afektif untuk Kejujuran

a) Apakah yang dimaksudkan apabila seorang pelajar beroperasi pada tahap


merespon dan menilai?
b) Pilih satu nilai dan reka bentuk suatu taksonomi menggunakan taksonomi
hasil afektif Krathwohl, Bloom dan Bertram.

2.7 Hasil atau Perlakuan PSIKOMOTOR

Domain psikomotor termasuk pergerakan fizikal, koordinasi, dan penggunaan


kemahiran motor. Perkembangan kemahiran ini memerlukan latihan dan diajar
daripada segi kelajuan, ketepatan, jarak, prosedur, atau teknik dalam pelaksanaannya.
Tujuh kategori utama yang disenaraikan daripada perlakuan yang paling mudah
kepada yang paling kompleks ditunjukkan dalam Rajah 2.10. Taksonomi Perlakuan
Psikomotor telah diperkenalkan oleh Simpson dalam tahun 1972.

21

Bab 2: Model Umum Pengajaran

ORIGINATION
Perlakuan Kompleks
ADAPTASI

RESPON OVERT

MEKANISMA

RESPON TERBIMBING

SET

PERSEPSI

Perlakuan Termudah

Rajah 2.10 Taksonomi Hasil Pembelajaran Psikomotor

DOMAIN PSIKOMOTOR

Persepsi: Kebolehan menggunakan petanda sensori untuk memandu aktiviti


motor. Ini termasuk daripada stimulasi sensori, melalui pemilihan petanda,
kepada penterjemahan. Contoh kata kerja yang menerangkan perlakuan ini
adalah memilih, menerangkan, mengesan, membezakan, membandingkan,
mengenal pasti, mengasingkan, menghubungkan, memilih.

Sebagai contoh, pelajar:


o Mengesan tanda komunikasi non-verbal daripada juru latih.
o menganggar mana sebuah bola akan sampai selepas ia dibaling dan
kemudian bergerak ke lokasi yang betul untuk menangkap bola itu
o menyesuaikan kepanasan ketuhar untuk membetulkan suhu melalui
bau dan rasa makanan.
o menyesuaikan ketinggian tangga bersesuaian dengan titik pada
dinding.

22

Bab 2: Model Umum Pengajaran

Set: Ia termasuk set mental, fizikal, dan emosi. Ketiga-tiga set ini adalah
disposisi yang menentukan respon seseorang untuk situasi berbeza
(kadangkala dipanggil mindset). Contoh kata kerja yang menerangkan set
adalah memulakan, mempamirkan, menjelaskan, bergerak, meneruskan,
bertindakbalas, menunjukkan, menyatakan, bersukarela.
Sebagai contoh, pelajar:
o Mengetahui dan bertindak kepada urutan langkah-langkah dalam
proses pembuatan
o Menyedari kebolehan dan batasannya sendiri
o Menunjukkan keinginan untuk belajar sebuah proses baru (motivasi).
PERHATIAN: Bahagian kecil domain Psikomotor adalah berkait rapat
dengan bahagian kecil "Merespon" domain Afektif.

Respon Terpandu: Tahap-tahap terawal dalam mempelajari kemahiran yang


kompleks termasuk mengajuk dan cuba-cuba. Kecukupan perlakuan dicapai
melalui latihan. Contoh kata kerja yang menerangkan respon terpandu adalah
meniru, menyurih, mengikut, bertindakbalas, menghasilkan semula, merespon.
Sebagai contoh, pelajar:
o Melaksanakan persamaan matematik seperti yang didemonstrasikan
o Mengikut arahan semasa membina sebuah model rumah kampung
o Merespon kepada isyarat tangan jurulatih semasa belajar gymnastik.

Mekanisma: Ini merupakan tahap yang pertengahan dalam mempelajari


kemahiran yang kompleks. Respon yang dipelajari telah menjadi tabiat dan
pergerakan boleh dilaksanakan dengan yakin dan lancar. Contoh kata kerja
yang menerangkan mekanisma termasuk memasang, mengkalibrasi,
membina, meleraikan, mempamirkan, melekatkan, membaiki, menggerudi,
memanaskan, memanipulasi, mengukur, membetulkan, mencampurkan,
menyusun.

Sebagai contoh, pelajar:


o Menggunakan komputer
o Membaiki paip bocor,
o Membetulkan plag tiga pin,
o Menunggang motosikal.
Respon Overt Komplex: Perlakuan penuh kemahiran dalam aksi motor yang
melibatkan
corak pergerakan kompleks. Kelancaran diindikasi oleh perlakuan yang
pantas, tepat, dan sangat berkoordinasi, memerlukan tenaga yang
minimum. Kategori ini termasuk melaksanakan tanpa teragak-agak, dan
perlakuan yang otomatik. Sebagai contoh, pemain selalunya mengeluarkan
bunyi kepuasan atau makian sejurus selepas mereka memukul bola tenis
(seperti Maria Sharpova dan Serena Williams!) atau memukul bola golf

23

Bab 2: Model Umum Pengajaran


(Pemail golf tahu sejurus selepas memukul sekiranya dia telah membuat
pukulan yang lemah!), kerana mereka tahu hasilnya melalui rasa aksi tersebut.
Contoh kata kerja yang menerangkan respon overt kompleks adalah
memasang, membina, mengkalibrasi, meleraikan, mempamirkan, melekatkan,
membetulkan, menggerudi, memanaskan, memanipulasi, mengukur, membaiki,
mencampurkan, menyusun, melakarkan.
Sebagai contoh, pelajar:
o Memandu kereta ke dalam petak parkir yang ketat,
o mengoperasi sebuah komputer dengan pantas dan tepat,
o mempamirkan kecekapan semasa bermain piano.
PERHATIKAN bahawa kebanyakan kata kerja adalah sama dengan mekanisma,
tetapi akan mempunyai kata keterangan atau kata sifat yang menunjukkan bahawa
perlakuan tersebut adalah lebih pantas, lebih baik, lebih tepat, dan sebagainya.

Adaptasi: Kemahiran telah dikembangkan lagi dan individu tersebut boleh


memodifikasi corak pergerakan untuk sesuai dengan keperluan khusus.
Contoh kata kerja yang menerangkan tahap adaptasi adalah mengadaptasi,
mengubah, menyusun semula, mengenali, menyemak, memberi kelainan.

Sebagai contoh, pelajar:


o Merespon dengan berkesan terhadap pengalaman luar jangkaan,
o memodifikasi arahan bagi memenuhi keperluan pelajar,
o melaksanakan tugasan dengan mesin yang pada asalnya bukan untuk
kegunaan tersebut (mesin tersebut tidak rosak dan melaksanakan tugasan
baru itu tidak berbahaya).

Originasi: Mencipta pergerakan atau corak baru untuk menyesuaikan dengan


suatu situasi atau menyelesaikan masalah yang khusus. Hasil pembelajaran ini
menekankan daya kreativiti berdasarkan kemahiran yang telah dikembangkan.
Contoh kata kerja yang menerangkan originasi adalah: menyusun, membina,
menggabungkan, mengkomposisi, membina, mencipta, merekabentuk, memulakan,
membuat, mengoriginasi.

Sebagai contoh, pelajar:


o Membina sebuah teori baru,
o Mengembangkan suatu teknik baru untuk menjaga gol,
o Mencipta suatu rutin gymnastik yang baru.

24

Bab 2: Model Umum Pengajaran

a) Jelaskan berbezaan di antara adaptasi dan respon


terpandumenurut Taksonomi Hasil Pembelajaran Psikomotor.
b) Pelajar beroperasi pada peringkat originasi. Jelaskan daripada
versi asal tahun 1956.

Contoh Objektif Pengajaran

Pada akhir pengajaran pelajar akan


boleh menjelaskan jarak gelombang
cahaya, belauan, penyerapan, pantulan,
transmisi, refraksi dan kepadatan
cahaya, serta menerangkan bagaimana
setiap konsep adalah penting untuk
penglihatan manusia.
Pada akhir pengajaran pelajar akan
boleh mentakrifkan sinaps,
neurotransmiter dan potensi aksi serta
menjelaskan bagaimana neuron
berkomunikasi di antara satu sama lain.
Pada akhir pengajaran pelajar akan
boleh membincangkan bukti cahaya
sebagai gelombang dan sebagai zarah.
Pada akhir pengajaran pelajar akan
boleh melakar dan membuat interpretasi
ciri-ciri geraf untuk konduktor metalik
pada suhu yang konstan serta untuk
lampu filamen
Pada akhir pengajaran pelajar akan
boleh mengenal pasti keadaan fizikal
suatu benda atau perubahan fizikal yang
berlaku dalam sampel sesuatu benda
Pada akhir pengajaran pelajar akan
boleh memahami keseimbangan di
antara manafaat dan risiko bahan kimia
dalam dunia kita
Pada akhir pengajaran pelajar akan
boleh analisis maklumat geografi yang
didapati daripada peta, geraf, dan data
tabular
Pada akhir pengajaran pelajar akan
boleh membandingkan taburan ruang di
serata dunia daripada segi ciri-ciri
demografi, budaya, politik, dan

Mata
Pelajaran

Klasifikasi
Domain

Tahap
Domain

Sebab/
Rasional

Biologi

Biologi

Fizik

Fizik

Kimia

Kimia

Geografi

Geografi

25

Bab 2: Model Umum Pengajaran


ekonomi
Pada akhir pengajaran pelajar akan
boleh membezakan di antara kata kerja
regular dan irregular.

Bahasa
Inggeris

Pada akhir pengajaran pelajar akan


boleh mengenal pasti dan menggunakan
prepositions dengan betul.

Bahasa
Inggeris

Pada akhir pengajaran pelajar akan


boleh mengenal pasti tarikh, kejadian,
tempat, dan orang yang penting, yang
membawa kepada Kemerdekaan
Malaysia.

Sejarah

Pada akhir pengajaran pelajar akan


boleh menghubungkan tentang Perang
Dunia Kedua dengan sebab-sebabnya.

Sejarah

Pada akhir pengajaran pelajar akan


boleh mengaplikasi membulatkan
algorithms kepada nombor bulat, dan
perpuluhan termasuk wang.
Di akhir pengajaran, dengan diberi
beberapa komputasi bertulis dan
masalah dalam bentuk ayat
membabitkan nombor bulat, pelajar
akan boleh menyiapkannya dengan
ketepatan 80 peratus sebagaimana
diukur oleh ujian disediakan oleh guru.
Komputasi bertulis tersebut akan
termasuk:
1. Menambah tiga digit dengan
himpunan semula,
2. Menolak tiga digit
dengan himpunan semula
3. Mengkalikan tiga digit
dengan himpunan semula
4. Membahagikan dengan dua
digit

Matematik

Mathematik

Dalam jadual di bawah, objektif pengajaran untuk beberapa mata pelajaran


diberi. Klasifikasikannya mengikut Tiga Domain, iaitu Kognitif, Afektif dan
Psikomotor (dan tahap-tahap masing-masing).
Nyatakan sebab dan rasional untuk jawapan anda.

26

Bab 2: Model Umum Pengajaran

b) SIAPAKAH YANG DIAJAR?


Fasa kedua Model Umum Pengajaran adalah menentukan ciri-ciri pelajar yang
akan diajar ataupun pra-pentaksiran. Pra-pentaksiran berkait rapat dengan
pengetahuan lampau. Suatu pre-pentaksiran ringkas tentang pengetahuan kandungan
pelajar dapat membantu menentukan samada mereka sudahpun mempunyai
pengetahuan lampau untuk membuat hubungan intelektual yang diharapkan.
Sekiranya pra-pentaksiran menunjukkan bahawa pelajar tidak mempunyai kandungan
yang penting, maka kursus tersebut boleh dimodifikasi untuk memenuhi keperluan
akademik pelajar. Pra-pentaksiran tidak perlu panjang dan selalunya tidak di berikan
gred; ia bertugas sebagai suatu alat untuk refleksi pelajar dan guru. Ringkasnya prapentaksiran digunakan sebelum pengajaran formal bermula untuk sesebuah topik dan
ia membantu guru membuat keputusan di mana pengajaran harus dimulakan. Prapentaksiran boleh dijalankan sebelum setiap topik dan juga pada awal sebuah kursus
atau tahun persekolahan untuk sebuah mata pelajaran.
Teknik untuk pra-pentaksiran mungkin berbeza. Sebagai contoh, menentukan
kemahiran apa yang pelajar telah perolehi sebelumnya tentang penggunaan mikroskop
boleh dilakukan dengan hanya memerhati pelajar. Untuk menentukan banyak mana
pelajar tahu tentang sebuah topik tentang mendarab, guru boleh memberikan sebuah
ujian lisan atau kuiz bertulis yang pendek. Teknik-teknik lain seperti esei pendek,
ujian aneka pilihan yang pendek juga boleh digunakan.
Salah satu pemboleh ubah yang penting dalam pembelajaran adalah
pengetahuan sedia ada pelajar. Dengan mencedok apa yang pelajar
sudahpun tahu, guru membantu dengan proses pembelajaran. Ini kerana
pembelajaran adalah berkaitan dengan maklumat, atau konsep baru,
dengan apa yang kita sudah ketahui. Dengan menggerakkan pengetahuan
sedia ada adalah seperti membajak tanah sebelum menanam benih
pengetahuan. (MOE, New Zealand, 2008)

Pelajar datang ke bilik darjah dengan berbagai pengetahuan dalam minda masingmasing. Ini kerana pengalaman seharian mereka sambil mereka membesar. Pelajar
juga memasuki bilik darjah dengan kepercayaan, sikap dan kemahiran mereka sendiri
yang unik yang mereka telah terima daripada kecil. Pengetahuan sedia ada ini sangat
penting untuk pembelajaran berterusan. Teori pembelajaran menunjukkan bahawa
pengetahuan sedia ada pelajar memberi kesan kepada pembelajaran yang baru.
Kenapakah begitu?
Pengetahuan adalah suatu jaringan idea, fakta, prinsip, aksi dan
senario yang kompleks. Dengan itu, pengetahuan sedia ada adalah
lebih daripada blok binaan maklumat. Ia boleh membantu,
mengekang atau mentransformasi tugasan pembelajaran yang biasa.
Apa jenis dan jumlah pengetahuan yang seseorang telah peroleh
sebelum memasuki sebuah topik yang khusus dalam suatu disiplin
mempengaruhi bagaimana dia membina maksud. (CDTL, Singapore,
2008)

27

Bab 2: Model Umum Pengajaran


Dengan itu, adalah penting untuk guru mentaksir dan menentukan apakah
pengetahuan sedia ada dalam proses pengajaran.
Mengapakah penting untuk membantu pelajar mengaktifkan pengetahuan sedia
ada mereka dan menghubungkannya dengan bahan bacaan mereka?
Secara umumnya, lebih banyak pelajar mengetahui tentang sebuah topik, mereka akan
memahami dan belajar lebih daripada pembacaannya. Oleh kerana pengetahuan sedia
ada dan kebolehan untuk memahami mempunyai korelasi yang tinggi, pengajaran
yang memfokus kepada mengaktifkan pengetahuan sedia ada pelajar dan membantu
mereka menghubungkannya dengan pengetahuan sedia ada dengan teks yang mereka
akan baca memperbaiki pemahaman.
Bagaimanakah kita membantu pelajar mengaktifkan pengetahuan sedia ada
mereka?
Bantu ingat pelajar dengan membuat mereka berfikir tentang apa yang mereka
tahu tentang sebuah topik sebelum membaca.
Minta pelajar meramal apa yang mungkin berkaitan dengan teks tersebut
berdasarkan tajuk.
Minta pelajar meramal apa yang mungkin berkaitan dengan teks tersebut
berdasarkan ilustrasi.
c) BAGAIMANAKAH SAYA MENGAJAR?
Pemilihan kaedah mengajar bergantung kepada objektif pengajaran atau pembelajaran
yang diinginkan.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin pelajar memahami konsep asas tertentu,
Kaedah Pengajaran Terus (yang dibincangkan dalam Modul 1) mungkin
sesuai, terutamanya sekiranya anda mempunyai kelas yang besar.
Walau bagaimanapun sekiranya anda ingin menggalakkan pelajar membina
pengetahuan mereka sendiri dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran
mereka sendiri, maka Pembelajaran Berasaskan Masalah (yang dibincangkan
dalam Babl 7) mungkin lebih sesuai.
Sekiranya anda ingin pelajar mengembangkan kemahiran bekerja dalam
kumpulan dan belajar menghormati pendapat orang lain, mungkin teknik
pembelajaran kolaboratif lebih sesuai (yang dibincangkan dalam Modul 3).
Sekiranya anda ingin pelajar mendapat pengalaman dunia sebenar danboleh
mengaplikasikan konsep dan prinsip yang dipelajari dalam mata pelajaran itu,
mungkin Internship (yang dibincangkan dalam Modul 6) adalah relevan.
d) BAGAIMANAKAH SAYA TAHU SAYA BERKESAN?
Di akhir mana-mana pengajaran, anda ingin tahu bagaimana prestasi anda.
Anda tentu tidak mahu membiarkannya tergantung, walaupun pendidik berpuas hati
sekadar mengajar dan membiarkan pembelajaran kepada pelajar mereka. Saya
telahpun membuat bahagian saya dan terpulang kepada pelajar menentukan samada
mereka telah menerima apa yang telah diajar! Seorang guru yang baik akan ingin tahu
prestasinya. Adakah konsep-konsep telah difahami dengan baik? Bolehkah pelajar
mengaplikasi prinsip-prinsip yang dipelajari? Adakah kaedah pengajaran bersesuaian?
Adakah bahan pengajaran yang saya gunakan membantu pelajar belajar?
28

Bab 2: Model Umum Pengajaran


Bagi menjawab soalan-soalan ini, Guru harus berusaha untuk menilai
pembelajaran pelajar. Lebih khusus lagi, dia harus mentaksir samada objektif
pengajaran atau hasil pembelajaran telah dicapai. Hanya melalui proses penilaian guru
dapat menentukan, contohnya, samada pelajar boleh mengaplikasikan prinsip-prinsip
yang dipelajari dalam situasi sebenar.
Di antara kaedah penilaian yang biasa digunakan adalah peperiksaan, ujian,
kuiz, esei, projek, portfolio dan lain-lain. Data yang diperolehi daripada alat penilaian
ini dianalisis dan maklumat yang didapati memberikan maklumbalas kepada yang
berikut (lihat Rajah 2.1: Model Umum Pengajaran):
Sejauhmana objektif pengajaran telah dicapai. Objektif pengajaran
yang mana telah dicapai? Objektif pengajaran mana belum dicapai?
Ia memberi gambaran tentang persepsi awal guru tentang pegetahuan
sedia ada pelajar, kebolehan mereka, minat serta kemahiran mereka.
Sebagai contoh, adalah disedari bahawa pelajar tidak mempunyai
pengetahuan asas tentang sebuah topik yang diajar atau pelajar telah
mengetahui topik tersebut dan telah mendapat markah tinggi dalam
sebuah ujian tentangnya.
Ia memberikan maklumat tentang sejauhmana kaedah pengajaran yang
digunakan berkesan. Sebagai contoh, guru menggunakan teknik
perbincangan dalam kumpulan kecil tetapi ia didapati tidak berkesan
sebab kebanyakan pelajar tidak mempunyai pengetahuan yang cukup
tentang topik tersebut untuk dapat berbincang dalam kumpulan kecil.
Kemungkinan, kaedah pengajaran terus lebih sesuai digunakan untuk
menjelaskan konsep dan prinsip asas.
Maklumat daripada penilaian juga memberikan gambaran tentang
bahan pengajaran yang digunakan. Adakah bahan pengajaran yang
digunakan terlalu susah? Adakah makalah yang pelajar diberi terlalu
terkehadapan untuk mereka?

ISTILAH PENTING
Model umum pengajaran
Pra-pentaksiran
Objektif pengajaran
Hasil pembelajaran
Strategi pengajaran

Domain kognitif
Domain Afektif
Domain Psikomotor
Pengetahuan sedia ada
Seratus yang membantu

Analisis
Sinthesis
Karakterisasi
Menilai
Originasi

29

Bab 2: Model Umum Pengajaran

Model Umum Pengajaran adalah sebuah panduan prosedural untuk mereka


bentuk, melaksanakan, menilai, dan memperbaiki pengajaran.

Dalam amalan, pengajaran dan pentaksiran selalunya terlalu menekankan


kecekapan intelek yang diterjemahkan ke dalam pengajaran dan pengukuran
hasil pembelajaran kognitif tentang bidang yang khusus.

Setiap bidang mempunyai himpunan fakta, konsep, prinsip, generalisasi, teori,


undang-undang, prosedur dan kaedah yang unik yang disampaikan kepada
pelajar.

Terdapat enam tahap dalam Taksonomi Hasil Pembelajaran Kognitif Bloom


dengan tahap yang paling asas digelar pengetahuan diikuti dengan lima tahap
kebolehan mental yang semakin sukar: pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis
dan penilaian.

Ciri-ciri afektif melibatkan perasaan atau emosi seseorang. Sikap, nilai, harga
diri, lokus kawalan, efikasi diri, minat, aspirasi dan keresahan adalah contohcontoh ciri-ciri afektif.

Lima kategori utama Domain Afektif daripada perlakuan yang paling mudah
kepada yang paling kompleks adalah menerima, merespon, menilai, menyusun
dan karakterisasi.

Domain Psikomotor termasuk pergerakan fizikal, koordinasi, dan penggunaan


kemahiran motor.

Tujuh kategori utama Domain Psikomotor daripada perlakuan yang paling


mudah kepada yang paling kompleks adalah persepsi, set, respon terpandu,
mekanisma, respon overt kompleks, adaptasi dan originasi.

Objektif yang ditulis dengan baik harus mempunyai empat bahagian:


Penonton/penerima, Perlakuan, Keadaan dan Darjah ketepatan.

Situasi yang ideal adalah terdapat keselarian di antara objektif, pengajaran dan
pentaksiran.

30

Bab 2: Model Umum Pengajaran

Bengamin S. Bloom, Bertram B. Mesia, and David R. Krathwohl (1964).


Taxonomy of Educational Objectives (two vols: The Affective Domain & The
Cognitive
Domain).
New
York.
David
McKay.

Bloom B. S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook I: The


Cognitive Domain. New York: David McKay Co Inc.

Dave, R. H. (1975). Developing and Writing Behavioural Objectives. New


York: Educational Innovators Press.

Dwyer, F. M. (1991). A paradigm for generating curriculum design oriented


research questions in distance education. Second American Symposium
Research in Distance Education, University Park, PA: Pennsylvania State
University.

King, R. L. (1976) Assessment in geography: approaches to the formulation of


objectives, Studies in Higher Education, 1: 223-32.

Krathwohl, D. R., Bloom, B. S., & Bertram, B. M. (1973). Taxonomy of


Educational Objectives, the Classification of Educational Goals. Handbook II:
Affective Domain. New York: David McKay Co., Inc.

Harrow, A. (1972) A taxonomy of psychomotor domain -- a guide for


developing behavioral objectives. New York: David McKay.

Heinich, R., M. Molenda, J. Russell, S. Smaldino (2001). Instructional Media


and Technologies for Learning, 7th Edition. Englewood Cliffs: Prentice Hall,
Inc

Simpson E. J. (1972). The Classification of Educational Objectives in the


Psychomotor Domain. Washington, DC: Gryphon House

31

Anda mungkin juga menyukai