Anda di halaman 1dari 10

Topik

Amalan

Kebersihan
Sekolah

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Mendefinisi amalan kebersihan sekolah;

2.

Menghuraikan objektif serta konsep amalan kebersihan sekolah;

3.

Menjelaskan piawaian yang dikehendaki, ciri-ciri kebersihan di


samping pengurusan dan pelaksanaan yang harus dititikberatkan; dan

4.

Mengenal pasti tugas dan tanggungjawab serta peranan sekolah


dalam menjaga kebersihan dan standard amalan yang merangkumi
kebersihan bangunan, kawasan berumput dan bersimen serta
saliran dan perparitan.

PENGENALAN

Kebersihan merupakan satu amalan yang utama dalam kehidupan harian dan juga
merupakan tuntutan masyarakat pada hari ini. Amalan kebersihan menerusi
aktiviti yang dijalankan secara teratur dan terancang serta mencapai tahap
piawaian yang ditetapkan dapat menjamin tahap kebersihan sesebuah sekolah.
Kita mulakan dahulu dengan perbincangan tentang konsep dan objektif amalan
kebersihan sekolah dengan melihat pelbagai definisi yang dikemukakan.
Kemudian, tumpuan kita ialah kepada piawaian amalan kebersihan sekolah yang
dikehendaki serta pelaksanaan dan pengurusan dalam merealisasikan konsep
amalan kebersihan sekolah. Di samping itu, kita juga akan membincangkan tugas
dan peranan sesebuah sekolah dalam menjaga kebersihan dan sekali gus
menerapkan amalan penjagaan kebersihan sekolah. Standard amalan yang
merangkumi kebersihan bangunan, kawasan berumput dan bersimen serta saliran
dan perparitan turut dibincangkan pada akhir topik ini.

TOPIK 2

2.1

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

19

DEFINISI AMALAN KEBERSIHAN


SEKOLAH

Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk sejak awal lagi, dari rumah dan
diperkukuh serta diperkembangkan di sekolah agar dapat menjadi amalan
sepanjang hayat.
Amalan kebersihan sekolah merangkumi usaha-usaha pelaksanaan dan
penyeliaan amalan kebersihan dalam mewujudkan persekitaran yang selesa,
aman, tenteram, riang, mesra, ceria serta merangsang pembelajaran.

Rajah 2.1: Salah satu contoh persekitaran sekolah yang bersih


Sumber: http://apps.emoe.gov.my/bs/spi/1998/6-1998.pdf

Rajah 2.1 menunjukkan salah satu contoh persekitaran sekolah yang dapat
membantu murid-murid memperkembangkan sahsiah yang sihat dan seimbang
dari segi intelek, rohani, jasmani serta emosi.
Secara umumnya, amalan kebersihan sekolah perlu dilihat dari pelbagai aspek
seperti penjagaan kebersihan bilik darjah, kantin, tandas, parit, longkang,
padang permainan, taman bunga serta kawasan persekitaran sekolah. Oleh itu
amalan kebersihan sekolah perlu dilaksanakan dan direalisasikan di setiap
sekolah pada setiap masa. Semua pihak terutamanya pihak pentadbir dan warga
sekolah harus berusaha untuk benar-benar memahami dan menghayati serta
mengamalkan kebersihan sebagai satu budaya hidup. Secara tidak langsung,
amalan ini dapat memupuk dan menimbulkan kesedaran dalam minda dan diri
para pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

20

2.2

TOPIK 2 AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

OBJEKTIF AMALAN KEBERSIHAN


SEKOLAH

Antara objektif amalan kebersihan sekolah adalah seperti yang dinyatakan di


bawah:
(a)

Memupuk perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang


berterusan dalam menjalani kehidupan harian;

(b)

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap


kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang
disediakan;

(c)

Memupuk semangat kepunyaan dan kesediaan bekerja sebagai satu


pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah;

(d)

Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan


maksimum; dan

(e)

Mewujudkan suasana yang menjadi identiti sekolah sebagai institusi yang


sihat, bersih, indah serta ceria.

Dalam merealisasikan objektif amalan kebersihan sekolah ini, peranan daripada


pelbagai pihak amat diharapkan. Amalan menerapkan budaya kerja berpasukan
yang dapat membawa kepada amalan keceriaan, kebersihan, keselamatan serta
kesihatan akan terlaksana sekiranya amalan ini diamalkan secara berterusan. Di
samping itu, kita juga hendaklah memupuk kerjasama dengan semua pihak
sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah dalam membentuk sebuah
masyarakat yang dapat mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan
serta kesihatan sepanjang masa. Justeru itu, kesedaran perlu dipupuk dalam
kalangan murid-murid, warga sekolah serta ibu bapa melalui publisiti yang
meluas tentang pentingnya persekitaran sihat di sekolah di samping melatih
murid-murid untuk menyayangi dan menghargai alam sekitar.

SEMAK KENDIRI 2.1


1.

Apakah definisi amalan kebersihan sekolah?

2.

Ceritakan tentang kebaikan yang diperolehi sekiranya amalan


kebersihan sekolah ini dipraktikkan secara berterusan.

TOPIK 2

2.3

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

21

KONSEP AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

Dalam melahirkan insan yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap


penjagaan kebersihan, kita perlu mengamalkan konsep amalan kebersihan dalam
kehidupan harian kita. Antara konsep amalan kebersihan sekolah ialah semangat
dan sikap yang perlu disemai, dibaja serta dipupuk bermula dari rumah
individu itu sendiri. Apabila sikap dan rasa tanggungjawab ini sudah sebati
dalam dirinya, ini secara tidak langsung dapat diperkukuhkan sekali gus amalan
murni ini dapat diperkembangkan di peringkat sekolah. Sekiranya amalan ini
diamalkan secara berterusan sepanjang hayat, maka istilah insan yang bersih
dapat dilahirkan seperti yang ditunjukkan di Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Kelahiran insan yang bersih

22

2.4

TOPIK 2 AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

PIAWAIAN AMALAN KEBERSIHAN


SEKOLAH

Piawaian amalan kebersihan meliputi tiga ciri iaitu bersih, berfungsi dan selamat
seperti yang ditunjukkan di Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Piawaian amalan kebersihan

(a)

Bersih
Berikut adalah beberapa ciri yang menerangkan konsep bersih:
(i)

Tiada contengan;

(ii)

Tiada goresan;

(iii) Tiada sampah;


(iv) Tiada sawang;
(v)

Tidak berhabuk atau berdebu;

(vi) Tidak berlumut;


(vii) Tidak terdapat bau yang kurang menyenangkan;
(viii) Sentiasa dinyahkuman untuk mengelakkan bakteria; dan
(ix) Dalam warna asal

TOPIK 2

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

23

Rajah 2.4 menggambarkan contoh kawasan sekolah yang bersih.

Rajah 2.4: Contoh kawasan sekolah yang bersih


Sumber :En. Muhammad Yunus bin Hj. Ilias.
Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak, Melaka.

(b)

(c)

Berfungsi
Berfungsi membawa maksud:
(i)

Dijaga dan disenggarakan dengan baik; dan

(ii)

Boleh digunakan dengan sempurna pada bila-bila masa.

Selamat
(i)

Tidak berbahaya; dan

(ii)

Tidak menjadi tempat pembiakan serangga atau haiwan perosak.

SEMAK KENDIRI 2.2


1.

Apakah objektif amalan kebersihan sekolah?

2.

Huraikan serta terangkan konsep amalan kebersihan sekolah.

3.

Jelaskan piawaian amalan kebersihan yang dikehendaki serta


yang telah ditetapkan.

24

TOPIK 2 AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

2.5

CIRI-CIRI KEBERSIHAN

Ciri-ciri kebersihan merangkumi tiga elemen iaitu ceria, indah dan wangi
seperti yang ditunjukkan di Rajah 2.5.
(a)

Ceria

memberi maksud bersih dan cantik dengan dekorasi, susun


atur dan suasana persekitaran yang riang, selesa, suci, murni,
menarik dan pelbagai.

(b)

Indah

pula memberikan maksud suasana yang cantik, permai,


bagus, elok dan molek. Ia juga menyumbang kepada keadaan
dan perasaan segar, senang, enak dan tenang.

(c)

Wangi

menerangkan tentang keadaan yang berbau harum serta


menyenangkan sama ada berbau asli atau menggunakan bahan
pewangi yang menyegarkan.

Ciri persekitaran sekolah yang bersih juga harus bebas daripada masalah LILATI
(Lipas, Lalat dan Tikus). Masalah LILATI boleh membawa pelbagai penyakit
berjangkit seperti keracunan makanan, kolera dan leptospirosis (dibawa oleh
tikus). Persekitaran yang bersih secara tidak langsung dapat mengurangkan
populasi LILATI.

Rajah 2.5: Ciri-ciri kebersihan

2.6

PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

Pengurusan dan pelaksanaan amalan kebersihan sekolah adalah satu perkara


yang harus dititikberatkan oleh semua pihak kerana ia merupakan satu langkah
penting dalam memastikan amalan kebersihan sekolah ini berjaya diamalkan. Ia

TOPIK 2

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

25

perlu dilaksanakan dengan berpandukan perancangan yang sistematik supaya ia


dapat meningkatkan kualiti keceriaan, kebersihan, keselamatan serta kesihatan.
Di samping itu, kita hendaklah mewujudkan dan menilai mekanisme yang dapat
mempertingkatkan aspek-aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan serta
kesihatan dari semasa ke semasa. Menjaga keceriaan, kebersihan, keselamatan
dan kesihatan adalah amalan warga sekolah setiap hari. Cekap dan cepat
menangani masalah yang berkaitan dengan keceriaan dan kebersihan
merupakan satu langkah yang bijak. Maka, kita sebagai masyarakat Malaysia
seharusnya prihatin agar pengurusan dan pelaksanaan amalan kebersihan
sekolah ini dapat direalisasikan dengan sempurna. Kerjasama daripada ibu bapa,
murid-murid mahupun guru-guru juga merupakan elemen penting dalam
menggerakkan pengurusan dan pelaksanaan amalan kebersihan ini.

2.7

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SERTA


PERANAN SEKOLAH

Di sekolah, kebersihan membawa keselesaan kepada murid dan guru di mana ia


akan menolong pengajaran dan penyerapan ilmu dengan lebih sempurna. Maka
dengan ini tugas serta tanggungjawab pihak sekolah dalam memastikan keadaan
ini berterusan amatlah diharapkan. Keadaan yang kotor dengan sampah sarap
dan bau busuk bukan sahaja menimbulkan pemandangan yang jelik dan rasa
jijik bahkan membawa keburukan dan menjejaskan kesihatan kita. Sebaliknya
kebersihan membawa kesempurnaan hidup kepada semua orang.
Sebagai warga sekolah iaitu murid-murid, guru-guru dan pihak pentadbiran
sekolah seharusnya mengambil langkah bijak dalam menjaga kebersihan
kawasan sekolah agar semua pihak dapat menikmati pemandangan dan suasana
yang bersih, indah dan ceria sepanjang masa.
Antara langkah yang perlu diambil ialah:
(a)

Menjaga kebersihan kantin, bilik darjah serta bilik guru;

(b)

Mencuci tandas sekerap mungkin dan menyelenggarakan ia secara


berjadual;

(c)

Memotong rumput secara kerap;

(d)

Membuang sampah sarap ke dalam tong sampah yang disediakan;

(e)

Memastikan beg-beg sampah sarap dikutip secara berjadual oleh pihak


berkenaan;

(f)

Mengenal pasti dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk


Aedes;

26

TOPIK 2 AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

(g)

Mewujudkan suasana ceria di sekolah dengan menanam pokok bunga


untuk mengindahkan dan menghijaukan persekitaran sekolah;

(h)

Menggalakkan amalan pembuangan sampah dan penggunaan tandas


secara betul dalam kalangan murid-murid, warga sekolah dan pihak
pentadbiran;

(i)

Memeriksa kebersihan sekolah dan kawasan sekitarnya (kantin, tandas,


bilik darjah, padang);

Rajah 2.6: Aktiviti rondaan kelas yang bertugas

(j)

Mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan persekitaran


sekolah berserta aktiviti rondaan kelas yang bertugas;

(k)

Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan melalui


pengadilan yang dibuat berpandukan Borang Penilaian Kebersihan;

(l)

Menceriakan kawasan sekolah dengan aktiviti membina taman-taman,


tapak semaian serta menjalankan kerja-kerja keceriaan;

(m) Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual


bertugas untuk murid-murid, para guru serta pekerja;
(n)

Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan; dan

(o)

Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan


iaitu melalui penekanan dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

TOPIK 2

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

27

AKTIVITI 2.1
Setiap warga sekolah mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam
menjamin persekitaran yang bersih lagi ceria. Pada pendapat anda,
apakah program atau kempen yang sesuai dijalankan untuk memberi
kesedaran kepada semua pihak? Sejauh manakah keberkesanan
program atau kempen sebegini atau adakah anda mempunyai
cadangan yang lebih baik? Bincangkan dengan rakan sekelas anda.

Tugas, tanggunggjawab serta peranan sekolah itu penting dalam


mewujudkan persekitaran yang ceria di sekolah di samping dapat
memainkan peranan dalam melatih murid-murid menyayangi dan
memahami erti kebersihan yang sebenar.

Dengan adanya kesedaran ini maka amalan kebersihan di sekolah dapat


berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kerjasama daripada semua pihak merupakan elemen yang terpenting dalam


merealisasikan amalan kebersihan di sesebuah sekolah.

Berfungsi

Kebersihan

Bersih

Piawaian kebersihan

Ceria

Selamat

Indah

Wangi

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Amalan kebersihan sekolah panduan


aktiviti. Kuala Lumpur: Percetakan Haji Jantan Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai