Anda di halaman 1dari 23

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Bab 3: Bab 3: PEMBELAJARAN KOLABORATIF PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Di akhir bab ini, anda harus boleh:


Mentakrif pembelajaran kolaboratif Menjelaskan cara-cara pembelajaran kolaboratif digunakan Mendemonstrasi bagaimana pembelajaran kolaboratif diaplikasi dalam mata pelajaran anda Membandingkan jenis-jenis teknik pembelajaran kolaboratif Membincangkan kekuatan dan kelemahan pembelajaran kolaboratif

Garis Latar Bab

3.1 Apakah pembelajaran kolaboratif? 3.2 Ciri-ciri asas pembelajaran kolaboratif 3.3 Kenapa pembelajaran kolaboratif tidak digunakan dengan meluas dalam pengajian tinggi? 3.4 Teknik-teknik pembelajaran kolaboratif 3.5 Kekuatan teknik-teknik kollaboratif 3.6 Kelemahan menggunakan teknik-teknik kolaboratif Ringkasan Istilah Penting Rujukan

Dalam bab ini kita akan membincangkan dengan terperinci tentang pembelajaran kolaboratif di mana pelajar bekerja dalam kumpulan kecil. Pembelajaran kolaboratif bermatlamat untuk mencapai berbagai objektif pengajaran di pengajian tinggi yang mungkin tidak dapat dicapai melalui kaedah syarahan. Walaupun tidak ada kesepakatan tentang apa itu pembelajaran kolaboratif, terdapat beberapa ciri asas yang akan dikenal pasti. Yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah berbagai jenis pembelajaran kolaboratif yang guru mungkin pilih untuk digunapakai dalam kursus masing-masing.

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

3.1 APAKAH PEMBELAJARAN KOLABORATIF?

Semakin banyak sekolah, university dan kolef menyedari perlunya pendidikan menjadi lebih selaras dengan kerja kumpulan, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan penyelesaian masalah yang diperlukan dalam suasana kerja sebenar dalam era global dan maklumat. Dengan itu, minat semakin bertambah dalam kalangan guru-guru sekolah, universiti dan kolej tentang pembelajaran kolaboratif. Namun begitu, tidak terdapat takrif yang dipersetujui tentang apa itu pembelajaran kolaboratif. Istilah ini telah digunakan dalam berbagai cara merentas berbagai disiplin dan bidang, dan dengan itu terdapat kurang kesepakatan tentang takrifnya. Salah satu cara untuk memahami apa itu pembelajaran kolaboratif adalah untuk merujuk kepada apa pakar dalam bidang katakan. Menurut Gerlach, pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pemikiran bahawa pembelajaran adalah semulajadi suatu aksi sosial di mana peserta bercakap di antara satu sama lain (Gerlach, 1994, p.12, diterjemah). Menurut Smith dan MacGregor (1992), pembelajaran kolaboratif merupakan istilah umum untuk berbagai pendekatan pendidikan yang melibatkan usaha intelek bersama oleh pelajar, atau pelajar dengan guru. Selalunya pelajar bekerja dalam kumpulan dua atau lebih orang, secara bersama mencari pemahaman, penyelesaian, atau makna, ataupun menghasilkan produk. Aktiviti pembelajaran kolaboratif berbeza dengan meluas, tetapi semua tertumpu kepada pelajar mengeksplorasi atau aplikasi bahan kursus, bukan sekadar guru mempersembahkan atau eksplikasikannya. Dillenbourg (1999) mentakrifkan pembelajaran kolaboratif sebagai situasi di mana dua atau lebih orang belajar atau cuba untuk mempelajari sesuatu secara bersama. Dua atau lebih mungkin diinterpretasi sebagai sepasang, sebuah kumpulan (3-5 orang) atau sebuah kelas (20-30 orang). Mempelajari sesuatu mungkin diinterpretasi sebagai mengikuti sebuah kursus, melaksanakan aktiviti pembelajaran seperti menyelesaikan masalah. Bersama mungkin diinterpretasi sebagai berbagai interaksi yang mungkin bersemuka atau bermediakab komputer. Golub (1988) menekankan bahawa pembelajaran kolaboratif membolehkan pelajar bercakap di mana pelajar harus bercakap dengan pelajar lain, dan dalam percakapan inilah pembelajaran berlaku. Pengajaran dan pembelajaran kolaboratif adalah sebuah pendekatan yang melibatkan kumpulan pelajar bekerja untuk menyelesaikan masalah, menyudahkan sebuah tugasan ataupun menghasilkan sebuah produk (MacGregor, 1990).

Walau bagaimanapun, penggunaan teknik pembelajaran kolaboratif tidak bermatlamat untuk menolak syarahan, tetapi menggunakan teknik pembelajaran aktif 2

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

untuk melengkapkan syarahan. "Pembelajaran aktif" pendeknya, apa juga di mana pelajar buat dalam bilik darjah selain daripada sekadar mendengar sebuah syarahan dengan pasif. Ini termasuk semua daripada latihan mendengar yang membantu pelajar menerima apa yang mereka dengar, kepada latihan menulis pendek di mana pelajar bertindakbalas dengan bahan syarahan, kepada latihan kumpulan yang kompleks di mana pelajar mengaplikasi bahan kursus dalam situasi "kehidupan sebenar" dan/atau masalah yang baru. Istilah "pembelajaran kolaboratif" termasuk pembelajaran aktif di mana pelajar melakukan sebagai kumpulan dan bukan berseorangan. Dalam teknik pembelajaran kolaboratif pelajar bekerja dalam kumpulan dan diberi tugasan yang kompleks.

3.2 CIRI-CIRI ASAS PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Walaupun pembelajaran kolaboratif mempunyai berbagai bentuk dan diamalkan oleh guru dalam berbagai disiplin dan bidang, terdapat beberapa ciri-ciri asas tentang pelajar dan proses pembelajaran. Berikut adalah beberapa ciri-ciri pembelajaran kolaboratif: Pembelajaran adalah proses aktif di mana pelajar mengasimilasi maklumat dan menghubungkan pengetahuan baru kepada sebuah kerangka pengetahuan sedia ada. Pembelajaran adalah suatu proses konstruktif. Untuk memperlajari pengetahuan, idea atau kemahiran baru, pelajar terpaksa bekerja dengan aktif dengannya dengan suatu cara yang bermakna. Mereka perlu menggabungkan bahan baru ini dengan apa yang mereka sudahpun tahu atau menggunakannya untuk mengenali apa yang mereka sangka mereka telahpun tahu. Pelajar tidak sahaja menerima maklumat atau idea baru. Mereka menghasilkan sesuatu yang baru dengan maklumat dan idea tersebut. Perlakuan memproses intellek ini membina makna atau menghasilkan sesuatu yang baru adalah penting untuk pembelajaran. Pembelajaran memerlukan suatu cabaran yang membuka pintu kepada pelajar untuk berinteraksi secara aktif dengan rakan-rakannya, dan memproses serta mensintes maklumat dan bukan sekadar mengingat dan meluahkannya kembali.

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Pelajar mendapat manafaat apabila terdedah kepada pelbagai pandangan daripada orang daripada berbagai latarbelakang. o Pelajar dicabar secara sosial dan emosi apabila mereka mendengar berbagai perspektif, dan dikehendaki meluahkan dan mempertahankan idea mereka. Dalam berbuat demikian, pelajar memulakan dengan mencipta kerangka konsep mereka sendiri yang unik dan tidak bergantung semata-mata kepada kerangka pakar atau teks. o Pelajar mempunyai peluang untuk bercakap dengan rakan-rakan, membuat persembahan dan mempertahankan idea, bertukar pandangan yang pelbagai, mempersoalkan kerangka konsepyag lain dan terlibat dengan aktif. Pembelajaran akan mekar dalam suatu persekitaran sosial di mana perbualan di antara pelajar-pelajar berlaku. Semasa gymnastik intelektual ini, pelajar mencipta sebuah kerangka dan makna dalam wacana ini.

Aktiviti pembelajaran kolaboratif melibatkan pelajar dalam tugasan atau soalan yang mencabar. Mereka tidak bermula dengan fakta dan idea dan bergerak kepada aplikasi, aktiviti pembelajaran kolaboratif selalunya bermula dengan masalah, dan pelajar menggunakan fakta dan idea untuk menyelesaikannya. Mereka tidak menjadi pemerhati soalan dan jawaban atau masalah dan penyelesaian daripada jauh, pelajar menjadi pengamal. Kadungan yang kaya mencabar pelajar untuk berlatih dan mengembangkan pertimbangan tahap tinggi serta kemahiran menyelesaikan masalah.

3.3 KENAPA TEKNIK PEMBELAJARAN KOLABORATIF TIDAK DIGUNAKAN DENGAN MELUAS DALAM PENDIDIKAN?

Pertama, ramai orang masih belum biasa dengan peralatan kolaborasi kerana kebanyakan peralatan ini tidak bergantung kepada intuisi dan dengan itu tidak mudah digunakan. Kedua, cara teknik-teknik ini digunakan tidak sama dengan cara kebanyakan orang berbual dan berkolaborasi, i.e. mereka canggung. Ketiga, ramai orang mempunyai kemahiran pendengaran, komunikasi dan kolaborasi yang lemah, dan peralatan ini tidak menyelesaikan (dan boleh menambahkan) masalah kemahiran interpersonal yang lemah ini. Keempat, pelajar mungkin kurang biasa belajar dengan orang lain kerana persekolahan tradisional memberi ganjaran kepada usaha individu (e.g. anda mengambil ujian sendirian). Kelima, pelajar tidak kenal orang yang mereka perlu berkolaborasi. Mereka perlu melalui sebuah proses mengenali orang-orang itu terlebih dahulu.

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

a) Apakah pembelajaran kolaboratif? b) Apakah beberapa ciri-ciri asas pembelajaran kolaboratif? c) Cadangkan aspek-aspek lain pembelajaran kolaboratif yang ungkin unik kepada kursus anda. d) Kenapa anda berpendapat teknik pembelajaran kolaboratif tidak digunakan dengan meluas?

3.4 TEKNIK-TEKNIK KOLABORASI

Teknik pembelajaran kolaboratif, walaupun bukanlah cara yang paling mudah diguna pakai, boleh mencergaskan semula pelajar dan pengajar dengan memberikan suasana yang terkaedah untuk perkongsian tanggungjawab terhadap pembelajaran. Dengan bekerja bersama untuk mempelajari maklumat konseptual yang kompleks dan menguasai pengetahuan dan kemahiran, pelajar belajar lebih, lebih gembira, dan dapat mengembangkan banyak kemahiran lain seperti belajar untuk bekerja dengan orang lain. Pengajar, sementara itu, mesti memberikan asas dan kaedah pembelajaran untuk memandu pelajar mereka dalam pengalaman pembelajaran baru ini. 1) Seminar Seminar merupakan suatu teknik strategi pengajaran-pembelajaran kolaboratif dalam mana pelajar mempersembahkan sebuah kertas dan yang lain dalam kumpulannya termasuk pengajar memberikan komen tentang kertas tersebut. Langkah 1: Seorang pelajar diberikan sebuah tugasan untuk menyediakan sebuah kertas. Dia boleh berunding dengan pengajar tentang cakupan, keseimbangan dan kandungan untuk dimuatkan dalam kertas tersebut. Langkah 2: Pelajar tersebut mempersembahkan kertasnya yang mungkin diiringi dengan slaid powerpoint dan kertas edaran yang diedarkan kepada kumpulan. Langkah 3: Pengajar mennerima komen dan pandangan tentang kertas yang dibentangkan. Sekiranya komen atau soalan tidak diterima, pembimbing mungkin bertanya individu untuk membuat pemerhatian yang khusus. Pada 5

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

berbagai peringkat pengajar boleh membuat perbincangan bersama. Pengajar boleh memberikan pandangannya sendiri, tetapi tidak memberikannya sebagai suatu ajaran. Langkah 4: Pengajar meringkaskan hujah utama yang dibincangkan dengan masukan tambahan. Pelajar boleh juga memberikan komen tambahan tentang ringkasan tersebut. 2) Sindiket (Syndicate) Dalam teknik ini kumpulan 20 hingga 25 orang pelajar dipecahkan kepada kumpulan kecil atau sindiket 4-5 orang pelajar. Setiapp sindiket mungkin diberikan tugasan yang berlainan ataupun tugasan yang sama. Langkah 1: Perjumpaan awal diadakan untuk menerangkan prosedur, untuk mengagihkan tugas dan membina sindiket tersebut. Bergantung kepada tugasan, perjumpaan ini mungkin digunakan untuk, contohnya, menyaksikan klip video, memerhati sebuah eksperimen atau demonstrasi yang bertujuan untuk menjadi suatu stimulus kepada tugasan yang akan dijalankan oleh setiap kumpulan kecil. Langkah 2: Setiap sindiket bekerja bersendirian dalam mana mereka berbincang, membentuk pandangan dan membentuk prinsip untuk diri mereka daripada pembacaan dan membuat penyelidikan. Adalah diharapkan agar bilangan individu yang sedikit dalam kumpulan-kumpulan ini akan bermakna semua orang dapat mengambil peranan sepenuhnya dan secara aktif dalam kerja yang diberikan. Setiap sindiket menyiapkan tugasan mereka dengan menulis sebuah laporan bersama atau menyediakan nota untuk laporan lisan. Langkah 3: Terdapat beberapa pilihan tersedia: Kertas daripada setiap sindiket diserahkan kepada pengajar yang mungkin meringkaskan rumusan mereka dan mempersembahkannya dalam sebuah syarahan. Pengajar akan membetulkan salah anggap dan melebarkan subjek tersebut menjangkau apa yang pelajar telah persembahkan. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan apa yang pelajar telah pelajari. Selain daripada itu, setiap sindiket membuat sebuah persembahan lisan kepada sebuah kumpulan penuh. Pelajar daripada sindiket lain akan membuat komen tentang persembahan tersebut dan mungkin bertanya soalan untuk mendapatkan penjelasan. Pengajar memberikan komennya tentang laporan-laporan dan memberikan pandangannya. Pengajar akan mencari persamaan dan membuat generalisasi berdasarkan laporan-laporan tersebut. Kadang kala dia akan menjemput pakar untuk memberikan komen tentang kerja pelajar.

3) Temubual Tiga-Langkah (Three-Step Interview) Teknik ini selalunya digunakan sebagai aktiviti ice-breaker atau latihan pembentukan kumpulan yang dikembangkan oleh Kagan (1989). Ia bertujuan untuk membantu pelajar memperkukuhkan dan menyerap maklumat penting berkaitan konsep berdasarkan kepada syarahan atau bahan buku teks. 6

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Proses Temubual Tiga-Langkah: Langkah 1: Seorang pelajar menemubual seorang lagi dalam masa yang ditentukan. Langkah 2: Peranan masing-masing diterbalikkan dan mereka menjalankan temubual sekali lagi. Langkah 3: Pelajar kemudian berkongsi maklumat penting atau dapatan yang didapati daripada temubual berpasangan tersebut. Teknik ini memperkukuhkan kemahiran mendengar dan membungkam, membantu pelajar memproses dan mengulang maklumat, dan menghasilkan pemerhatian terkongsi. Soalan yang ditanya berkait dengan pembacaan yang diberikan. Guru akan memantau sejauhmana pelajar telah merespon kepada pembacaan dengan baik dan kemungkinan memasukkan idea dalam syarahan atau perbincangan selanjutnya. Teknik ini boleh dimodifikasi sebagai sesi main peranan. Seorang pelajar akan memainkan peranan sebagai orang ternama, atau seorang Ketua Eksekutif ataupun seorang pengurus sumber manusia dan sebagainya. Seorang lagi pelajar akan menemubual personaliti tersebut.

a) Bincangkan bagaimana anda menggunakan seminar dalam kursus anda. b) Terangkan bagaimana anda menggunakan teknik sindiket dalam kursus c) Adakah anda akan dapat menggunakan temubual tiga-langkah dalam kursus anda?

4) Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share) Aktiviti ini telah digubal oleh Frank Lyman (1981). Guru bertanya soalan, sebaiknya sebuah soalan yang memerlukan pemikiran tahap tinggi (analisis, penilaian, atau sintesis). Langkah 1: Fikir Pelajar diberi 30 saat atau lebih untuk berfikir suatu respon kepada soalan

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

tersebut. Masa tersebut boleh juga digunakan untuk menulis respon tersebut. Langkah 2: Pasang - Selepas "waktu menunggu tersebut, pelajar kemudian berpaling kepada pasangannya dan berkongsi responnya, dengan itu memberi waktu kepada keduanya berlatih dan mendapat maklumbalas segera untuk idea mereka. Langkah 3: Kongsi Respon pelajar boleh dikongsi dalam kumpulan pembelajaran mereka, dalam kumpulan besar, atau dengan seluruh kelas semasa perbincangan lanjutan. Teknik ini memberikan semua pelajar peluang untuk mengekspresi diri mereka dan membuat refleksi tentang jawaban mereka. Ia juga mengelak daripada pelajar yang suka bercakap mendominasi perbincangan. .

Pelajar mungkin menggunakan Fikir - Pasang - Kongsi untuk mendapatkan kesepakatan; Walau bagaimanapun, teknik yang serba boleh ini boleh digunakan dengan cara-cara lain: Penyelesaian masalah dalam pasangan: dua orang pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan sebuah masalah matematik, sebagai contoh; Berfikir kuat menyelesai masalah dalam pasangan: suatu variasi di mana seorang pelajar dalam pasangan mendengar yang seorang lagi sambil dia bercakap dan mencari penyelesaian kepada masalah; dan Pengajaran rakan: pelajar mengajarkan bahan antara satu sama lain. 5) Fikir-Pasang-Petak (Think-Pair-Square) Sama dengan teknik Fikir- Pasang- Kongsi, Fikir-Pasang-Petak meminta pelajar, setelah selesai tugasan berpasangan mereka, bergabung dengan satu pasangan lain untuk membandingkan rumusan mereka. Arahan kepada "petak" yang baru terbentuk mungkin untuk mencapai kesepakatan dalam kumpulan mereka atau untuk menjelaskan rumusan mereka kepada pasangan yang satu lagi yang baru bergabung dengan mereka. 6) Konfrontasi Esei Diadik (Dyadic-Essay-Confrontation) Teknik ini telah dikembangkan oleh Sherman (1991) untuk membolehkan guru membuat sesetengah pelajar bekerja secara berdikari di luar kelas untuk menguasai bahan yang diberi. Pelajar kemudian memanjangkan dan mengesahkan pembelajaran individu mereka melalui sebuah latihan pembelajaran kooperatif bertulis/berfikir. Langkah 1: Pelajar membaca bahan yang diberi, seperti suatu bab dalam buku teks, dan menyediakan sebuah soalan esei. Mereka dating ke kelas dengan soalan esei mereka pada sekeping kertas, bersama sekeping kertas lagi, yang

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

termasuk soalan tadi dengan jawaban mereka yang telah difikirkan dengan cermat. Langkah 2: Pelajar yang dipasangkan secara rawak bertukar soalan, mengambil masa selama 20 minit menulis jawaban samada secara tertutup atau terbuka bergantung kepada sejauhmana kompleks bahan berkenaan soalan esei pasangan mereka. Langkah 3: Kedua-duanya kemudian membaca, membandingkan, dan berbincang keempat-empat jawaban tadi, sambil mencari perbezaan di antara respon-respon tersebut yang disediakan sebelum kelas dan respon dalam kelas yang dihasilkan secara spontan.

Teknik ini menggalakkan pemikiran kritis dengan memerlukan pelajar mengkonfrontasi pelbagai idea, menawarkan peluang untuk tulis-untuk-belajar, dan memberikan maklumbalas yang kukuh dan segera kepada pelajar tentang respon intelektual mereka terhadap bahan khusu kepada disiplin.

a) Apakah perbezaan di antara teknik fikir-pasang-kongsidan teknik konfrontasi esei dyadik? b) Jelaskan bagaimana anda menggunakan kedua-dua teknik ini dalam kursus anda.

7) Susun Suai Gambar (Jigsaw) Susun Suai Gambar yang dipopularkan oleh Elliot Aronson (1960) telah digunapakai sebagai suatu teknik untuk mengurangkan ketegangan kaum di sekolahsekolah di Amerika Syarikat dalam tahun 60an. Kepercayaan asas teknik ini adalah bahawa tidak ada orang boleh tahu sesuatu dengan baik tanpa bantuan setiap orang dalam kumpulan dan setiap ahli mempunyai sumbangan yang unik dan penting. Teknik ini boleh digunakan dalam pendidikan tinggi dalam disiplin di mana pelajar mengkonfrontasi masalah yang kompleks dan mencabar, serta melibatkan berbagai maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan suatu penyelesaian akhir. Berikut adalah langkah-langkah menggunakan teknik Susun Suai Gambar: Langkah 1: Bahagikan pelajar kepada kumpulan Susun Suai Gambar seramai 5 atau 6 orang. Kumpulan harus berbagai daripada segi jantina, kaum dan keupayaan. Lantik seorang pelajar dalam setiap kumpulan sebagai ketua.

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Adalah penting, orang ini haruslah pelajar yang paling matang dalam kumpulan tersebut. o Pilih sebuah topik atau isu yang boleh dipecahkan kepada segment. Sebagai contoh, Sekiranya anda inginkan agar pelajar membina sebuah laman web tentang Tunku Abdul Rahman; anda boleh membahagikan masalah tersebut kepada: Zaman kanak-kanaknya; Perjalanannya ke arah menjadi Perdana Menteri; Dasar ekonomi semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Dasar Sosial semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Politik semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan hidup beliau selepas menjadi Perdana Menteri sehingga pemergiannya. o Berikan setiap kumpulan suatu segmen, dengan memastikan setiap pelajar mempunyai akses hanya kepada segmennya sahaja. Langkah 2: Setiap ahli kumpulan menerima tanggungjawab terhadap satu bahagian masalah tersebut. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab membuat kajian tentang segmen yang diberi; mereka juga mesti boleh mengajar bahan tersebut kepada ahli kumpulannya. Dengan itu, mereka bekerjasama, dan kumpulan tersebut mencantumkan bahagian-bahagian tadi untuk menyelesaikan "teka-teki" tersebut. Langkah 3: Seorang pelajar daripada setiap kumpulan meninggalkan kumpulan untuk membentuk sebuah kumpulan sementara yang dipanggil "kumpulan pakar". Pelajar dalam kumpulan pakar akan membincangkan hujah-hujah dalam segmen dan berlatih untuk persembahan yang mereka bakal buat kepada kumpulan Susun Suai Gambar mereka. Langkah 4: Setiap pelajar membuat persembahan tentang segmennya kepada kumpulannya. Galakkan ahli kumpulan lain untuk bertanya soalan untuk mendapatkan penjelasan. Langkah 5: Di akhir sesi, berikan sebuah kuiz tentang bahan supaya pelajar akan segera sedar bahawa sesi-sesi ini bukan sahaja menyeronokkan dan adalah suatu permainan, tetapi adalah penting.

Guru akan pergi daripada kumpulan ke kumpulan, memerhati proses pembelajaran. Sekiranya terdapat kumpulan yang menghadapi masalah (e.g., Seorang ahli mendominasi atau mengganggu), guru akan membuat suatu intervensi yang bersesuaian. Akhirnya, adalah terbaik bagi ketua kumpulan menangani tugasan ini. Ketua kumpulan boleh dilatih dengan membisikkan arahan tentang bagaimana membuat intervensi, sehinggalah ketua kumpulan menjadi biasa melakukannya.

10

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

8) Kumpulan Buzz (Buzz Group) Istilah buzz datang daripada suatu sarang aktiviti verbal. Ia terdiri daripada sebuah kumpulan perbincangan yang kecil untuk suatu tugasan yang khusus seperti menghasilkan idea, menyelesaikan masalah, atau mencapai suatu pandangan bersama tentang suatu topik dalam masa yang ditetapkan. Kumpulan mungkin dibahagikan kepada kumpulan buzz seramai 2-3 orang selepas persembahan awal bagi mencakupi berbagai aspek topik tersebut atau bagi memaksima penyertaan. Kumpulan kecil ini bertemu untuk masa yang singkat (sehingga tiga minit) tanppa masa untuk persediaan atau refleksi bagi memikirkan suatu masalah atau soalan yang mudah. Setiap kumpulan melantik seorang jurucakap untuk melaporkan keputusan perbincangan mereka kepada kumpulan besar. Kumpulan buzz merupakan sejenis sumbangsaran dan adalah baik untuk menyelesaikan masalah pelajar yang malu untuk bercakap. 9) Snowball Snowball merupakan suatu variasi kumpulan buzz di mana pelajar diminta untuk menubuhkan kumpulan kecil untuk bertukar idea atau menangani sebuah soalan yang diberi ataupun untuk memperjelaskan kefahaman, mengenal pasti salah faham dan sebagainya. Pelajar samada bermula dengan sebuah tugasan individu (e.g. refleksi) atau dalam pasangan untuk berkongsi idea awalan. Pasangan ini kemudiannya bergabung dengan yang lain untuk membentuk sekumpulan empat orang di mana pelajar mula mencari corak, aliran,dan hujah yang diterima atau disangkal. Ini boleh dikembangkan lagi dengan membentuk kumpulan lapan orang yang kemudian mula mengembangkan prinsip atau panduan atau pelan tindakan.

a) Jelaskan bagaimana anda menggunakan teknik Susun Suai gambar dalam kursus anda. b) Apakah perbezaan di antara kumpulan buzz dan teknik snowball?

11

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

9. Anotasi Berpasang (Paired Annotation) Aktiviti ini memotivasi pelajar untuk membaca bab-bab atau rencana penting sebelum kelas. Selain pentingnya "memuatkan dahulu" bahan kursus, suatu lagi objektif utama adalah untuk membina pemikiran kritis dan kemahiran menulis dengan menyuruh pelajar membandingkan dan kemudian membandingkan respon mereka dengan penulisan yang sama. Langkah 1: Guru mengenal pasti sekumpulan rencana tentang sebuah topik yang khusus untuk dipertimbangkan ataupun pelajar sendiri boleh mengenal pasti rujukan penting. Pelajar, bekerja secara individu, menyediakan suatu komentari reflektif tentang salah satu rencana atau bab. Mereka menggunakan format dua-lajur, di mana mereka menyebut hujah utama yang diambil daripada sumber asal dalam lajur sebelah kiri dan reaksi, soalan, komentari, dan hubungan dengan pembacaan lain di sebelah kanan (lajur tidak akan sama panjang). Langkah 2: Apabila pelajar datang ke kelas, guru mempasangkan mereka secara rawak dengan seorang pelajar yang telah membaca dan menganalisis rencana atau bab yang sama. Pasangan tersebut kemudiannya membaca komentari reflektif masing-masing, dan membandingkan hujah utama yang mereka telah kenal pasti serta respon khusus terhadap setiap satunya. Mereka berbincang sebab pilihan mereka. Langkah 3: Kemudian, dengan bekerja bersama, mereka menyediakan anotasi komposit yang meringkaskan rencana tersebut. Sekiranya ada masa, beberapa pelajar boleh mempersembahkan kepada kelas anotasi bersama mereka. Langkah ini menawarkan lebih lagi pengukuhan rakan sebaya dan mempertingkatkan kemahiran bertutur/persembahan pelajar. Aktiviti ini harus diulang beberapa kali sepanjang semester, dengan mempasangkan pelajar-pelajar berlainan. Ia membolehkan pelajar membuat refleksi tentang kemahiran berfikir (metacognisi) mereka sendiri dan membandingkan pemikiran mereka dengan pelajar lain. Lebih banyak anotasi berpasangan yang mereka selesaikan, lebih mahirlah pelajar dalam mengenal pasti hujah utama dalam rencana. Mereka juga lebih berkemungkinan mengingat bahan sebab mereka berpeluang bukan sahaja memberikan respon peribadi, tetapi juga berbincang respon mereka dengan individu lain. Aktiviti ini memotivasi pelajar untuk sampai ke kelas dalam keadaan bersedia walaupun sekadar kerana tekanan rakan sebaya. Komen bertulis yang tidak formal tentang rencana tersebut akan memperkukuhkan pemikiran pelajar dan memberikan maklumbalas yang membawa kepada penulisan yang lebih canggih pada masa hadapan. Adalah baik untuk berkongsi model-model baik dengan kelas. Sekiranya kekurangan masa, langkah akhir menyediakan anotasi bersama boleh ditinggalkan, memberi lebih masa kepada pelajar untuk membincangkan reaksi mereka, iaitu suatu alat pembelajaran yang berguna. Langkah persembahan akhir juga boleh ditinggalkan.

12

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

10. Fishbowl

Teknik fishbowl merupakan suatu teknik yang digunapakai untuk perbincangan ilmiah tentang suatu soalan yang penting di mana pendapat pelajar dikongsikan, dibuktikan, ditolak, dan dimurnikan melalui suatu dialog dengan pelajar lain. Teknik ini membahagikan pelajar kepada dua kumpulan; Bulatan luar terdiri daripada pelajar yang bertindak sebagai pemerhati dan jurulatih. Bulatan dalam terdiri daripada pelajar yang membentuk suatu panel yang membincangkan soalan atau topik. Terdapat banyak cara teknik fishbowl boleh dilaksanakan dan dibincangkan di sini adalah salah satu format. Persediaan: Guru memberi panel fishbowl yang terdiri daripada 3 hingga 5 pelajar, soalan tentang sebuah topik untuk dibincangkan. Pelajar ini menjadi pakar untuk topik tersebut untuk dibincangkan dan mempersembahkan dan membincangkan pandangan mereka kepada penonton. Soalan juga diberi kepada pelajar dalam bulatan luar supaya mereka menyedari tentang tema dan titik analisis yang menjadi fokus perbincangan akhir. Pelajar dalam bulatan dalam atau panel fishbowl harus diingatkan supaya mengelak daripada membincangkan soalan masing-masing dengan ahli panel lain kerana mereka harus berbincang secara spontan dan tanpa persediaan. Sebagai contoh sekiranya perbincangan adalah tentang suatu cerita baru atau cerita pendek, pelajar harus bersedia untuk memberikan petikan daripada rangkap-rangkap daripada cerita pendek atau baru itu untuk menyokong pernyataan terancang mereka.

Pelaksanaan: 13

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Sambil panel fishbowl didengar, tidak ada moderator dan guru tidak menyertai perbincangan. Perbincangan dan perjalanannya seluruhnya terpulang kepada panel fishbowl atau bulatan dalam sementara bulatan luar atau pelajar lain dalam kelas memerhati dan mengambil nota. Nota kelas boleh dikutip dan digred untuk markah penyertaan. Nota ini kemudiannya diberikan kepada panel untuk maklumbalas daripada kelas. Kiraan markah untuk setiap ahli panel adalah berkesan. Dengan pemerhati diminta membuat komen yang khusus akan membantu ahli panel menilai penampilan mereka kepada penonton. Tambahan lagi, kaedah ini bertujuan membuat penonton tekun mendengar perbincangan tersebut. Guru juga menyimpan hujah yang dibuat oleh setiap jurucakap. Komen tentang setiap jurucakap dan gred boleh ditaksirkan disitu juga. Sambil panel fishbowl mengakhiri perbincangan, hujah yang menjadi fokus boleh dibuka kepada seluruh kelas. Jangka masa adalah terpulang kepada guru. Apabila panel sudah kehabisan hujah baru untuk dibincangkan atau mula mengulang hujah-hujah, lebih baik guru beralih kepada kumpulan atau soalan lain. Pelajar perlu faham bahawa mereka mesti menyertai perbincangan kalau tidak mereka tidak akan mendapat gred yang baik.

11. Penyelesaian Masalah Berkaedah (Structured Problem Solving) Langkah 1: Ahli kumpulan pembelajaran, selalunya terdiri daripada empat orang, mengira: 1, 2, 3, dan 4. Guru bertanya soalan atau memberikan masalah yang memerlukan kemahiran berfikir tahap tinggi. Langkah 2: Pelajar berbincang soalan atau menyelesai masalah, dengan memastikan setiap ahli kumpulan boleh meringkaskan perbincangan kumpulan atau boleh menerangkan masalah tersebut. Langkah 3: Guru memilih satu nomor dan ahli kumpulan berkenaan (1, 2, 3, atau 4) untuk merespon sebagai jurucakap kumpulan. Untuk mengelakkan pengulangan, guru selalunya akan meminta respon daripada hanya tiga sehingga enam kumpulan. Pembelajaran yang diinginkan akan telah berlaku.

Dalam aktiviti ini, pelajar mendapat manafaat daripada verbalisasi, daripada peluang untuk bertukar pandangan, dan daripada latihan rakan sebaya yang membantu pelajar pintar dan juga yang lemah. Waktu kelas kurang dibazirkan ke atas respon kurang sesuai, dan prinsip kebersamaan beroperasi sebab pada setiap masa 25% pelajar bercakap dalam kumpulan mereka. Pelajar menjadi terlibat secara aktif dengan bahan dan, oleh kerana tidak ada orang tahu nombor mana yang guru akan pilih, setiap orang mempunyai kepentingan untuk memberi respon yang sesuai. Mereka yang dipilih secara rawak sebagai jurucakap (selalunya pelajar yang tidak sukarela semasa perbincangan seluruh kelas) akan merasa kurang terancam memberi jawaban kumpulan, berbanding jawaban individu.

14

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

a) Jelaskan bagaimana anda menggunakan teknik fishbowl dalam kursus anda. b) Apakah perbezaan di antara anotasi berpasangan dan penyelesaian masalah berstruktur?

12. Meja Bulat (Round Table) Meja Bulat adalah suatu teknik yang berguna untuk sumbangsaran, menyemak, atau melatih suatu kemahiran. Pelajar menggunakan satu helai kertas dan pena untuk setiap kumpulan. Pelajar dalam kumpulan merespon kepada suatu soalan atau masalah secara bergilir dengan menyatakan idea mereka secara kuat sambil mereka menulisnya atas kertas. Adalah penting supaya idea disuarakan untuk beberapa sebab: (a) diam dalam suasana seperti ini adalah membosankan; (b) ahli kumpulan yang lain harus membuat refleksi terhadap pendapat; (c) kepelbagaian terhasil kerana ahli kumpulan belajar dengan segera bahawa orang lain telah menghasilkan suatu idea dan mereka tidak harus mengulangnya; dan (d) mendengar respon yang disampaikan secara kuat bermakna pelajar tidak membuang masa sumbangsaran untuk membaca idea-idea lain atas kertas tadi. Ahli kumpulan digalakkan untuk tidak melepaskan gilirannya, tetapi sekiranya mereka tidak dapat berfikir, mereka dibenarkan untuk "Lepaskan" giliran mereka supaya tidak menjadikan sumbangsaran tersebut lesu. Dengan itu, aka nada penyertaan yang menyeluruh dalam Meja Bulat. Meja Bulat adalah sangat berkesan sekiranya digunakan dalam suatu siri aktiviti. Sumbangsaran boleh mengukuhkan idea daripada pembacaan atau boleh digunakan sebagai persediaan untuk perbincangan yang akan dijalankan. Pelajar, contohnya, boleh mengenal pasti ciri-ciri seorang pemimpin yang berkesan ataupun ciri-ciri seorang yang jujur sebelum topik itu diperkenalkan secara formal. Membandingkan suatu senarai keluaran pelajar dengan senarai daripada "pakar" akan menimbulkan minat. Banyak kegunaan yang kreatif boleh dibuat daripada idea yang terhasil, bergantung kepada suasana. Dalam Meja Bulat, jawaban yang pelbagai menggalakkan kreativiti dan pemikiran mendalam. Aktiviti ini membina kebergantungan yang positif dalam kalangan ahli kumpulan disebabkan penulisan terkongsi yang terhasil, tetapi lebih penting lagi, ia membina kesefahaman kumpulan dan memperkukuhkan kekuatan kerja kumpulan sebab pelajar melihat nilai kepelbagaian pandangan dan idea. 15

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

13. Berdiri dan Kongsi (Stand-up dan Share) Teknik melapor ini harus pantas dan bertenaga. Ia menjadi bagus apabila pelajar telah menyelesaikan suatu aktiviti, seperti Roundtable, yang mengundang ringkasan dalam bentuk satu pernyataan. Ia bergantung kepada pelajar diberikan suatu identity yang mudah dikenal pasti dalam setiap kumpulan supaya anda boleh menjemput pelajar "Nombor Dua" untuk menjadi jurucakap. Pelajar yang dikenal pasti kemudiannya bangun, bersedia memberi respon bagi pihak kumpulannya. Setiap kumpulan merespond mengikut giliran, dengan memberikan hanya satu respon, dengan cara yang pantas secara bergiliran. Bergantung kepada bilangan jawaban dan bilangan kumpulan yang terlibat, anda mungkin boleh membuat satu lagi pusingan, menjemput seorang lagi ahli kumpulan untuk berkongsi idea kumpulan mereka (pelajar "Nombor Empat" pula kali ini). Semua pelajar mesti memberi tumpuan kepada perkongsian tersebut kerana mereka mungkin menjadi jurucakap seterusnya. Tiada idea harus diulangi. Sekiranya seorang jurucakap mendapati bahawa semua topik dalam senarai kumpulan mereka telah disampaikan, mereka terus duduk dan pusingan akan berterusan. Selain daripada menggalakkan pertukaran pantas (Kadang kala aktiviti ini menjadi "Berdiri dan Jerit"), nilai kebergantungan positif (kerja kumpulan) ditekankan. 14. Tiga-Tinggal Satu-Merayau (Three-Stay One-Stray) Seperti "Berdiri dan Kongsi," teknik ini memerlukan pengenal pastian mudah ahli kumpulan yang akan menjadi jurucakap kumpulan. Ia juga terbina daripada kaedah yang lain, seperti Penyelesaian Masalah Berkaedah, tetapi dalam kes ini topik boleg jadi jauh lebih kompleks. Selepas perbincangan menyelesaikan masalah selesai dan semua ahli kumpulan memberi indikasi bahawa mereka boleh memberi laporan kumpulan, anda boleh memilih seorang pelajar daripada setiap kumpulan yang akan "merayau." Iaitu, seorang pelajar daripada setiap kumpulan (seperti semua "Nombor Satu") meninggalkan kumpulan dan bergabung dengan kumpulan sebelah untuk memberi laporan. Dalam sebuah kelas yang besar, adalah penting agar urutan pusingan jelas. Pelajar yang dipilih, yang merupakan pelawat yang dialu-alukan, berkongsi dengan kumpulan barunya keputusan perbincangan kumpulan asalnya, dengan memberikan cadangan penyelesaian kepada masalah atau memberi ringkasan kepada perbincangan tersebut. Pusingan kedua mungkin baik sekiranya topik tersebut mengundang pemikiran dan penyelesaian bercambah. Tiga-Tinggal Satu-Merayau menawarkan suatu forum yang rendah-ancaman di mana pelajar boleh bertukar idea dan membina kemahiran sosial seperti bertanya soalan mencungkil. Ia juga menawarkan pelajar peluang untuk belajar dengan mengajar. Meletakkan tanggungjawab memberi laporan di atas bahu pelajar mengukuhkan konsepsi yang berharga bahawa pengetahuan terdapat dalam komuniti pelajar, bukan sahaja pada "pihak berkuasa" atau guru. Mungkin nilai yang terbesar teknik ini adalah pada kecekapannya. Selain daripada, misalnya, sepuluh laporan lima-minit berurutan diberikan kepada seluruh kelas (lima puluh minit, tambah masa peralihan), individu pelajar secara serentak memberi laporan lima-minit.

16

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

15. Galeri Jalanan (Galley Walk) Galeri Jalanan memerlukan laporan dapat dilihat secara visual, sebaiknya pada kertas cantik. Ianya mungkin suatu garis latar, suatu konsep atau peta minda, ataupun apa-apa produk bertulis yang lain. Dalam kes ini seorang pelajar yang dipilih duduk di tepi meja sebelah kertas cantik tersebut sekiranya ia dilekatkan pada dinding dan dia menjadi jurucakap kumpulan. Pelajar lain berputar mengelilingi bilik sambil memeriksa produk pemikiran kumpulan lain, bertanya soalan kepada jurucakap tadi. (Peranan jurucakap harus digilirkan supaya tidak ada orang yang tercicir tanpa stimulasi mengembara ciptaan pelajar lain.) Keaedah atau kaedah ini juga cekap dan menghasilkan perasaan kesefahaman kumpulan sambil setiap kumpulan mempamirkan produk "pemikiran kumpulan" mereka. Kepelbagaian hasil atau produk menekankan nilai pemikiran kritis/kreatif. Anda boleh menggunakan berbagai variasi "Galeri Jalanan" sekiranya anda mengkehendaki produk individu atau kumpulan yang berjangkamasa panjang. Anda tidak memerlukan laporan yang mengambil masa yang lama, tetapi sebaliknya setiap pelajar mengedarkan kepada rakan sekelas mereka suatu ringkasan projeknya. Setiap produk, misalnya suatu kertas pembentangan atau portfolio pelajar, diperuntukkan suatu kawasan yang khusus, seperti dalam sebuah sesi poster konferens. Dengan itu masa kelas boleh digunakan untuk pelajar memeriksa kerja pelajar lain. Bagi memberikan peluang untuk maklumbalas, setiap pelajar meninggalkan kertas komen di sebelah produk, dan pelajar yang melawat akan memberikan respon ringkas. 16. Menghantar Suatu Masalah (Send a Problem) Teknik ini sangat berkesan untuk penyelesaian masalah. Titik permulaannya adalah suatu senarai masalah atau isu, yang boleh dihasilkan oleh pelajar melalui sebuah aktiviti seperti Meja Bulat atau boleh juga dipilih oleh guru. Setiap kumpulan mengenal pasti suatu masalah atau isu yang khusus yang mereka ingin tumpukan dan merekod pilihan mereka pada depan sebuah fail atau sampul surat. Setiap kumpulan harus memilih masalah yang berbeza. Kumpulan tersebut kemudiannya membuat sumbangsaran untuk mendapatkan penyelesaian yang berkesan kepada masalah tersebut dan mencatatkan pada sekeping kertas. Pada suatu masa yang ditetapkan terlebih dahulu, idea-idea mereka diletakkan dalam fail atau sampul surat tadi dan dihantar kepada sebuah kumpulan lain. Ahli kumpulan kedua, tanpa melihat idea-idea yang telah dihasilkan, menghimpun senarai mereka sendiri. Himpunan idea kedua dihantar kepada kumpulan ketiga yang akan melihat cadangan-cadangan yang diberikan oleh kumpulan-kumpulan lain, menambahkan dengan idea-idea mereka, dan seterusnya memutuskan dua penyelesaian yang paling berkesan. Selain daripada menggalakkan kemahiran berfikir tahap tinggi secara kolaboratif, kaedah atau kaedah ini menghasilkan pertimbangan reflektif pelajar yang merupakan tahap kognitif tertinggi dalam taksonomi Bloom yang masyhur. Laporan kepada seluruh kumpulan besar dilakukan sekiranya ada masa dan ia mungkin dilakukan dalam berbagai bentuk, termasuk laporan bertulis apabila bahan 17

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

adalah agak kompleks. Ada guru yang menggunakan kaedah ini untuk sesi menyemak peperiksaan dengan meletakkan soalan peperiksaan yang lazim dalam fail untuk kumpulan menyelesaikan masalah.

a) Jelaskan bagaimana anda akan gunakan teknik Meja Bulat, Tiga-tinggal & Satu Merayau dalam kursus anda. b) Adakah anda berpendapar teknik Perbandingan Nota akan dapat mempertingkatkan kebolehan mengambil nota pelajar? Jelaskan.

17. Pelajar Meringkaskan Jawapan yang Diberikan Oleh Pelajar Lain Bagi mempromosi pendengaran aktif, setelah pelajar memberikan jawapan kepada soalan anda secara sukarela, Minta seorang pelajar lain meringkaskan respon pelajar pertama. Ramai pelajar kurang mendengar apa yang rakan sekelas mereka katakan, sebaliknya menunggu guru samada membetulkan atau mengulang jawaban tersebut. Dengan meminta pelajar meringkaskan atau mengulang sumbangan masing-masing kepada kursus akan memupuk penyertaan aktif oleh semua pelajar dan mempromosi pembelajaran sebagai suatu usaha bersama. Kerana ada kemungkinan diminta meringkaskan jawaban rakan sekelas, ramai pelajar akan mendengar pelajar lain dengan lebih tekun. 18. Perbandingan Nota atau Perkongsian Nota Satu sebab mengapa pelajar berprestasi rendah dalam kelas adalah kerana mereka selalunya tidak mempunyai kemahiran mengambil nota yang baik. Dalam erti kata lain, walaupun mereka mungkin mendengar dengan tekun, pelajar tidak semestinya tahu apa yang hendak ditulis, atau mereka mungkin mempunyai senggang dalam nota mereka yang menyebabkan mereka terpinga-pinga apabila membaca kembali nota tersebut untuk mentelaah atau menulis suatu kertas. Salah satu cara untuk mengelakkan kelemahan dan membuatkan pelajar memberi contoh pengambilan nota yang baik adalah dengan menyuruh mereka membandingkan nota secara berkala. Guru menyuruh pelajar membaca nota pelajar lain, isikan ruang kosong dalam pengambilan nota mereka sendiri. Ini sangat berguna dalam kursus pengenalan atau dalam kursus yang direkabentuk untuk pelajar bukan major ataupun kemasukan istimewa. Apabila pelajar menyedari nilai menyokong pengambilan nota mereka dengan nota orang lain, mereka mungkin akan meneruskan amalan ini di luar waktu kelas.

18

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

3. 5 KELEBIHAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF

1) Lebih banyak dibuat dalam masa yang singkat. Satu kelebihan bekerja dalam kumpulan adalah suatu masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah Pada suatu masa lebih daripada satu orang bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah dan ini adalah lebih berkesan. Apabila bekerja dalam kumpulan kecil, ia membolehkan orang berfikir sebagai satu dan membantu yang lain menjadi "tidak tersekat". Penyelesaian masalah menjadi lebih mudah bila orang bekerjasama. 2) Setiap ahli kumpulan mempunyai sumbangan yang unik. Orang selalunya tersekat dalam cara berfikir mereka yang unik; Mendengar idea orang lain membantu mereka meluaskan pandangan mereka. Pepatah "tiga kepala lebih baik daripada satu" tentunya benar. 3) Pelajar dimotivasi oleh orang lain dalam kumpulan Pengukuhan oleh orang lain dan menjadi yakin dengan pemikiran mereka sendiri Disebabkan kumpulan, pelajar tidak menyerah kalah membuat tugasan mereka Kumpulan membantu antara satu sama lain Rakan menerangkan sesuatu yang tak mudah difahami 4) Pelajar memahami antara satu sama lain lebih daripada guru. Pelajar lebih selesa bertanya soalan kepada rakan kerana mereka adalah pada tahap yang sama Kumpulan membentuk zon selesa; Menjadikan projek atau tugasan lebih menyeronokkan 5) Manafaat Jangka Panjang Mengajar kemahiran sosial seperti kerjasama, kerja kumpulan, dan kemahiran komunikasi yang berguna untuk kehidupan. Belajar bekerja bersama untuk mencapai matlamat bersama dan untuk menyelesaikan masalah bersama yang diperlukan dalam pekerjaan

19

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

3. 6 KELEMAHAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF

1) Orang perlukan kelajuan berbeza. Ada pelajar memerlukan masa yang lebih berbanding yang lain untuk memahami dan menyerap maklumat. Dalam kumpulan, pelajar lemah perlu mengikut rentak yang lain, yang mungkin menyebabkan tekanan kerana pelajar lain dikekang atau diperlambatkan. 2) Ada pelajar mungkin cuba mengatasi kumpulan. Bukan semua orang mempunyai hak bersuara yang sama dalam kumpulan. Seorang pelajar mungkin mendominasi kumpulan sementara yang lain berasa tercicir. Ada pelajar tidak yakin dengan kebolehan pelajar lain dalam kumpulan yang menyebabkan ketegangan dan mereka tidak mahu bekerjasama. 3) Pelajar yang senyap mungkin tidak selesa. Ada pelajar pemalu atau senyap dan berasa canggung apabila bekerja dengan pelajar lain. Tidak pasti samada pelajar lain akan menghargai kepercayaan dan nilai orang lain. 4) Kadang kala orang sememangnya tidak sebulu. Kadang kala orang sememangnya tidak sebulu walaupun mereka mencuba kerana perbezaan personaliti. Perbezaan personaliti membawa kepada pertelingkahan, membuang masa dan kerja kumpulan yang tidak produktif. 5) Bukan semua orang menyerlah. Adalah mengecewakan apabila semua pelajar bekerja kuat dan segelintir pelajar tidak membuat kerja mereka. Satu atau dua orang akhirnya membuat semua kerja dan semua orang dalam kumpulan mungkin mendapat gred yang mereka tidak seharusnya. 6) Tidak memahami dengan sepenuhnya. Adak ala mungkin boleh terjadi seseorang terlepas pandang perkara yang mereka tidak akan terlepas pandang sekiranya bekerja secara individu. 7) Masa digunakan untuk perkara yang tidak relevan. Kadang kala tidak ada yang disiapkan kerana semua orang bercakap tentang perkara lain melainkan apa yang sepatutnya dilakukan.

20

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

a) Apakah kelebihan menggunakan teknik pembelajaran kolaboratif?. b) Adakah kelemahan teknik pembelajaran kolaboratif mungkin berlaku dalam kursus anda?

ISTILAH PENTING

Pembelajaran kolaboratif Fishbowl Bangun dan Kongsi Pembelajaran aktif Snowball Penyelesaian masalah berstruktur Seminar Susun Suai Gambar Perbandingan Nota Sindiket Kumpulan Buzz Anotasi Berkumpulan Meja Bulat Fikir-pasang-kongsi Tiga-Tinggal-Satu-Merayau

Semakin banyak sekolah, university dan kolej menyedari perlunya pendidikan


diselaraskan dengan bekerja dalam kumpulan, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan penyelesaian masalah yang diperlukan dalam alam pekerjaan dalam zaman global dan maklumat.

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan idea bahawa pembelajaran adalah


suatu perbuatan sosial yang lazim di mana perseta bercakap dalam kalangan mereka.

Walau bagaimana pun, penggunaan teknik pembelajaran kolaboratif tidak


bermatlamat meninggalkan syarahan, sebaliknya menggunakan teknik pembelajaran aktif untuk mencukupkan syarahan. 21

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran adalah suatu proses aktif di mana pelajar mengasimilasi


maklumat dan menghubungkan pengetahuan baru dengan suatu kerangka pengetahuan sedia ada.

Pembelajaran mekar dalam suatu persekitaran sosial di mana perbualan di


antara pelajar berlaku. Ramai orang masih tidak biasa dengan alat kolaborasi kerana kebanyakan alat ini tidak intuitif dan dengan itu tidak mudah digunakan. Seminar adalah suatu strategi pengajaran-pembelajaran kolaboratif yang popular di mana seorang pelajar mempersembahkan sebuah kertas dan pelajar lain dalam kumpulan termasuk guru memberi komen tentang kertas tersebut.

Sindiket merupakan suatu teknik di mana kumpulan 20 hingga 25 orang


pelajar dipecahkan kepada kumpulan kecil atau sindiket seramai 4-5 orang pelajar.

Kepercayaan asas teknik Susun Suai Gambar adalah bahawa tidak ada orang
yang tahu sesuatu dengan baik tanpa bantuan orang lain dalam kumpulan dan setiap ahli mempunyai sumbangan yang unik dan penting untuk diberikan.

Teknik fishbowl telah digunakan untuk perbincangan ilmiah tentang suatu soalan
penting di mana pendapat pelajar dikongsikan, dibuktikan, disangkal, dan dimurnikan melalui suatu dialog dengan pelajar lain. Ia terdiri daripada suatu bulatan pelajar dalam dan luar.

Dalam teknik Bangun dan Kongsi, pelajar yang dipilih bangun dan memberi
respon bagi pihak kumpulan.

Terdapat kekuatan dan kelemahan menggunakan teknik pembelajaran


kolaboratif dalam pengajian tinggi.

22

Bab 3: Pembelajaran Kolaboratif

Dillenbourg P. (1999) What do you mean by collaborative learning?. In P. Dillenbourg (Ed). Collaborative-learning: Cognitive and Computational Approaches. (1-19). Oxford: Elsevier Gerlach, J. M. (1994). Is this collaboration? In Bosworth, K. and Hamilton, S. J. (Eds.), Collaborative Learning: Underlying Processes and Effective Techniques, New Directions for Teaching and Learning No. 59. 12-19. Kagan, S. 1992. Cooperative Learning. San Juan Capistrano, CA: Resources for Teachers, Inc.
Lyman, F. T. (1981). The responsive classroom discussion: The inclusion of all students. In A. Anderson (Ed.), Mainstreaming Digest (pp. 109-113). College Park: University of Maryland Press.

MacGregor, J. (1990). Collaborative learning: Shared inquiry as a process of reform. In Svinicki, M. D. (Ed.), The changing face of college teaching, New Directions for Teaching and Learning No. 42. Sherman, L.W. (1991l). Cooperative learning in post-secondary education: Implications from social psychology for active learning experiences. Paper presented at the American Educational Research Association Annual Conference, Chicago, IL.

23

Anda mungkin juga menyukai