Anda di halaman 1dari 12

BACHELOR OF INFORMATION TECHNOLOGY WITH HONOURS

SEMESTER 1 / 2021

OUMH1603

LEARNING SKILLS FOR 21ST CENTURY

NO. MATRIKULASI : 991014086432001


NO. KAD PENGENALAN : 991014-08-6432
NO. TELEFON : 012-2176082
E-MEL : nurien99@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : Bangi, Selangor
SENARAI ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN..............................................................................................................1
2.0 ISU ALAM SEKITAR: PENDUDUK BERLEBIHAN..................................................2
3.0 ULASAN VIDEO...............................................................................................................3
3.1 Video Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED)............................................3
3.2 Video Penduduk Berlebihan.......................................................................................4
4.0 DIMENSI PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL.................................5
4.1 Manfaat 3 Konsep Dimensi.........................................................................................5
4.2 Cara Menyelesaikan Isu Alam Sekitar: Lebihan Penduduk...................................6
5.0 KESIMPULAN........................................................................................................................7
REFLEKTIF KENDIRI................................................................................................................8
LAMPIRAN.................................................................................................................................10
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) merupakan salah satu strategi pihak UNESCO
bagi sektor program pendidikan UNESCO yang berteraskan pendidikan berkaitan keamanan dan
hak asasi manusia. Tujuan pendidikan kewarganegaraan global ini dilaksanakan adalah untuk
memperkasakan pelajar daripada pelbagai latar belakang umur berkenaan nilai, sikap dan tingkah
laku yang menyokong tanggungjawab sebagai warganegara global.

Oleh kerana dunia yang saling berkaitan sesama sendiri dari masa ke masa, berlakunya
pencerobohan hak asasi manusia, ketidakadilan dan kemiskinan yang masih menjadi ancaman
setiap negara di dunia menyebabkan Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) ini menjadi
harapan untuk memperbaiki kembali keadaan dunia ini. Di bawah konteks GCED, UNESCO
mempunyai beberapa tema khas iaitu mencegah penularan ideologi pengganas ekstremis melalui
pendidikan, bahasa dalam pendidikan dan promosi kedaulatan undang-undang melalui
pendidikan kewarganegaraan global.

Seterusnya, definisi ekologi merujuk kepada kajian hubungan di antara organisma dengan
persekitarannya dan keseimbangan di antara hubungan tersebut. Manusia juga dikira sebagai
sebahagian daripada ekologi. Pelbagai isu alam sekitar wujud sebenarnya disebabkan oleh
kerakusan manusia sendiri.

Oleh yang demikian, objektif utama tugasan ini dilaksanakan adalah untuk membentangkan
manfaat Pendidikan Kewarganegaraan Global kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu alam
sekitar yang bakal dibincangkan. Di samping itu, objektif yang menjadi tumpuan juga adalah
untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan dengan kesan-kesan negatif apabila isu
alam sekitar global berkaitan penduduk berlebihan ini tidak cuba dikawal daripada awal di setiap
negara di dalam dunia terutamanya Malaysia.

1
2.0 ISU ALAM SEKITAR: PENDUDUK BERLEBIHAN
Penduduk berlebihan merujuk kepada keadaan di mana populasi manusia di dunia melebihi
kemampuan bumi untuk menampungnya dalam jangka masa yang panjang. Isu penduduk
berlebihan ini telah dikenali sebagai isu alam sekitar global semenjak beberapa dekad yang lalu.
Hal ini kerana, isu ini banyak memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.

Menurut United Nation (2019), populasi dunia dijangkakan akan meningkat sebanyak 2 bilion
manusia dalam tempoh 30 tahun akan datang, di mana 7.7 bilion kepada 9.7 bilion pada tahun
2050.Walaubagaimanapun, isu ini seperti yang disebut di atas bukanlah suatu isu yang baru.
Perkara ini dapat dilihat daripada buku penulisan Paul Ehrlich pada tahun 1968 berkenaan
dengan amaran berjaga-jaga akan pengurusan populasi manusia yang semakin tidak terkawal di
masa akan datang dan menyebabkan berlakunya banyak kekurangan sumber sehingga
penyelesaiannya hanya pada pengurangan populasi manusia.

Pembangunan struktur demo-grafik piramid terbalik ini adalah disebabkan oleh kemudahan
perubatan moden dan buta huruf di beberapa kawasan pedalaman negara-negara membangun.
Lebihan penduduk telah menyebabkan banyak bencana berlaku akibat peningkatan tekanan
terhadap sumber semula jadi yang ada. Contoh kesan buruk daripada isu penduduk berlebihan ini
ialah penebangan hutan, kesan terhadap kesejahteraan manusia, perubahan iklim, peningkatan
permintaan tenaga dan kesan terhadap ekosistem laut. Langkah-langkah konkrit perlu diambil di
peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengurangkan kesan buruk daripada jumlah
penduduk yang berlebihan sehingga kelestarian sumber alam dapat dijamin untuk generasi akan
datang.

Isu ini telah dipilih sebagai topik perbincangan kerana ingin mengelakkan situasi Malaysia yang
masih terkawal saiz populasi dan tumbesaran berada di luar kawalan. Menurut Jabatan Statistik
Malaysia tahun 2020, kadar pertumbuhan warganegara Malaysia tetap stabil pada kadar 1.1
peratus. Dinyatakan juga, penduduk Malaysia pada tahun 2020 dianggarkan 32.7 juta berbanding
32.5 juta pada tahun 2019 dengan kadar pertumbuhan tahunan 0.4 peratus. Penurunan kadar
pertumbuhan penduduk disebabkan oleh penurunan jumlah bukan warganegara daripada 3.1 juta
pada tahun 2019 kepada 3.0 juta pada tahun 2020. Oleh yang demikian, demi memastikan

2
kesejahteraan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan masih stabil dalam
kadar pertumbuhan dan populasi, isu penduduk berlebihan ini patut diberi pendedahan terlebih
dahulu kepada seluruh peringkat masyarakat sebagai langkah berjaga-jaga. Hal ini kerana jumlah
penduduk dunia terus meningkat, tetapi kadar pertumbuhan sangat berbeza di seluruh wilayah.

3.0 ULASAN VIDEO


3.1 Video Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED)

Pautan 1: https://www.youtube.com/watch?v=w4yZ1GQEdgs

Pada awal video telah ditunjukkan tiga konsep dimensi utama yang menjadi tunjang dalam
Pendidikan Kewarganegaraan Global ialah kognitif, sosio-emosi dan juga tingkah laku.
Berdasarkan video yang telah dilihat, Pendidikan Kewarganegaraan Global ini merupakan suatu
inisiatif penting untuk mengatasi cabaran-cabaran yang memberi impak secara global. Segala
penyelesaian memerlukan daya fikiran dan tindakan yang tidak terbatas hanya dalam konteks
sesebuah negara tetapi haruslah berpandangan jauh melebihi sempadan. Selain itu, turut
dinyatakan bahawa generasi muda memerlukan sebuah pendidikan yang relevan dengan
peredaran zaman. Oleh yang demikian, aspirasi pendidikan kewarganegaraan global boleh
membantu semua individu untuk belajar hidup bersama secara harmoni serta memupuk rasa
hormat berdasarkan hak asasi kemanusiaan. Pendidikan Kewarganegaraan global ini turut
membantu pelajarnya untuk berfikir secara kritis untuk memahami keberkaitan diantara tempatan
dan global. Pengajaran untuk Pendidikan Kewarganegaraan Global ini bukan sahaja boleh diajar
melalui pendidikan formal malah boleh juga diajar melalui pendidikan tidak formal seperti
menyelitkan isi-isi penting berkaitan pendidikan ini dalam persatuan masyarakat dan sosial
media. Kesimpulannya, Pendidikan Kewarganegaraan Global ini akan berjaya apabila
kesedarannya dikembangkan dan dimulakan daripada peringkat awal semasa bersekolah lagi.

3
3.2 Video Penduduk Berlebihan

Tajuk video berkaitan penduduk berlebihan yang bakal diulas ialah “Overpopulation facts - the
problem no one will discuss: Alexandra Paul at TEDxTopanga”. Alamat URL untuk capaian
video ialah https://www.youtube.com/watch?v=fNxctzyNxC0. Tempoh masa video disiarkan
pula ialah 8 minit dan 37 saat.
Pengarah video ini TEDx Talk yang merupakan sebuah rancangan tempatan yang
dianjurkan sendiri oleh jenama TEDx untuk memberikan peluang kepada mereka yang
mempunyai idea yang wajar dikongsikan bersama para penonton. Video ini berkisar tentang
pelakon Alexandra Paul yang untuk merungkai kesunyian mengenai topik yang tidak suka
dibincangkan oleh ramai pihak iaitu lebihan penduduk dan bagaimana untuk menyelesaikan
krisis yang berlaku ini. Melalui perkongsian yang penuh dengan fakta ini, Alexandra
membincangkan masalah lebihan penduduk di mana 7 bilion manusia yang berlipat ganda pada
kadar 1 bilion lebih banyak manusia setiap 12 tahun. Kemudian, dia berkongsi cadangan
penyelesaian yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah lebihan penduduk ini.
Secara khusus di dalam video ini, Alexandra mengingatkan penonton bahawa untuk
mengubah norma budaya dan biologi tidak boleh menggunakan cara paksaan. Sebaliknya, cara
yang paling efisien dan pantas untuk menstabilkan populasi manusia di dunia adalah dengan
menghantar perempuan ke sekolah, memperkasakan wanita dengan ilmu dan untuk memberi
peluang kepada semua orang berkenaan ilmu perancangan kehamilan. Tambahan lagi, kita
sebagai komuniti boleh menekankan kebaikan sebuah keluarga untuk memiliki hanya seorang
anak supaya masyarakat lebih terbuka untuk memilih pilihan satu anak tersebut. Hal ini kerana
telah berkurun lama masyarakat kita diberitahu bahawa keluarga yang mempunya ramai ahli
itulah keluarga yang bahagia manakala keluarga yang memiliki anak tunggal akan hidup dalam
kesunyian.
Seterusnya, saya sebagai pengulas video ini berpendapat bahawa apa yang dinyatakan
oleh Alexandra di dalam video ini ada merupakan suatu pendapat yang diutarakan secara logik.
Perkara ini kerana, dia bukan mahu menghalang manusia daripada terus beranak-pinak tetapi dia
menekankan betapa pentingnya ilmu untuk merancang sebuah keluarga. Hal ini disebabkan
apabila seseorang itu mempunyai ilmu, mereka pasti akan lebih prihatin terhadap keadaan dunia
semasa. Penambahan bilangan populasi manusia di muka ini jika tidak dikawal akan menghapus

4
tamadun manusia tu sendiri. Lantaran itu, wajar agar idea dan perbincangan berkenaan dengan
lebihan penduduk ini diperluaskan lagi demi kelangsungan manusia di muka bumi.

4.0 DIMENSI PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL


4.1 Manfaat 3 Konsep Dimensi

Terdapat 3 domain utama dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global. Setiap domain


memainkan peranan penting dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah daripada segi
sosial, ekonomi, politik mahupun alam sekitar di peringkat tempatan dan juga global. Banyak
cara yang 3 domain atau dimensi ini boleh menyokong masyarakat dalam menangani masalah-
masalah terutamanya masalah alam sekitar. Lantaran itu, dimensi pertama ialah kognitif.
Kognitif merujuk kepada kemahiran mendapatkan ilmu dan berfikir. Dimensi kognitif ini
penting untuk memastikan pemahaman yang lebih baik terhadap dunia yang sedang berkembang
ini. Elemen ini adalah elemen yang memperkenalkan asas Pendidikan Kewarganegaraan Global
untuk diterapkan kepada praktis di dalam kehidupan seharian. Ketidakpekaan manusia dan
kekurangan ilmu pengetahuan atas sesuatu masalah merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada krisis persekitaran. Manusia selalu terlupa bahawa setiap tindakan dan
perbuatan yang dilakukan oleh organisma yang bernyawa mahupun tidak bernyawa mempunyai
kesan kepada alam sekitar. Oleh itu, melalui dimensi kognitif ini kita dapat melihat ianya
membantu manusia untuk mengumpulkan lebih banyak informasi dan menggunakan kemahiran
berfikir mereka secara kritis untuk mengenal pasti punca dan jalan penyelesaian bagi sesuatu
masalah alam sekitar itu.
Dimensi kedua ialah sosio-emosi. Sosio-emosi ini merujuk kepada sikap, nilai dan
kemahiran sosial yang membolehkan manusia untuk hidup bersama dalam keadaan harmoni
secara fizikal dan mental. Aspek ini membekalkan kita dasar di dalam mengenali tindakan yang
berasaskan rasa tanggungjawab terhadap sesama manusia. Bagi melindungi hak alam sekitar
kita, pengaturcaraan kempen-kempen yang melibatkan isu-isu alam sekitar ini perlu
dilaksanakan supaya wujud rasa hormat dan kasih sayang kepada alam sekitar. Perkara ini dapat
mengekalkan masa hadapan yang terbaik untuk menyokong kehidupan di dunia ini.
Dimensi yang terakhir ialah dimensi tingkah laku. Tingkah laku merupakan suatu
tindakan untuk mempelajari tentang domain-domain Pendidikan Kewarganegaraan Global secara
lebih efektif dan bertanggungjawab atas isu tempatan dan juga global bagi mewujudkan dunia

5
yang lestari. Perkara ini adalah suatu keperluan untuk kita bertindak mengikut ilmu dan teori
yang telah melalui tindakan kita yang mempelajari teori tentang Pendidikan Kewarganegaraan
Global dan mempraktikkan ia dalam kehidupan semasa untuk memperbaiki semula masalah-
masalah yang telah timbul. Bak kata pepatah, ilmu tanpa amal adalah tidak berguna.

4.2 Cara Menyelesaikan Isu Alam Sekitar: Lebihan Penduduk

Sesungguhnya terdapat lebih daripada satu cara yang dicadangkan untuk menyelesaikan masalah
lebihan penduduk ini. Salah satu daripada caranya ialah menyediakan kemudahan untuk
mendapatkan alat perancang kehamilan kepada komuniti. Perkara ini juga disokong oleh satu
artikel yang boleh didapati daripada pautan ini http://www.bu.edu/articles/2019/contraception-
and-population-control/ . Melalui artikel ini, dapat difahami bahawa seorang doktor pakar
wanita membahaskan tentang revolusi kontraseptif. Doktor tersebut bernama Deborah
Anderson . Beliau menyatakan bahawa pendekatan kawalan kehamilan baharu diperlukan untuk
membanteras isu penduduk berlebihan ini. Beliau turut mengemukakan alasan mengapa beliau
percaya sudah waktunya untuk menyusun semula penyelidikan untuk mengembangkan bentuk
kawalan kelahiran baru dan mengapa kita memerlukan pilihan kontraseptif yang lebih baik
sekarang daripada sebelumnya.
Beliau adalah seorang pakar dalam penggunaan antibodi tumbuh-tumbuhan, yang disebut
"plantibodies" untuk melindungi diri daripada virus HIV dan herpes simplex. Kini, makmalnya
sedang mengembangkan antibodi baru terhadap sperma untuk kontrasepsi. Ideanya adalah untuk
mengembangkan filem topikal yang hampir serupa dengan jalur Listerine agar dapat diterapkan
melalui vagina sebagai alat kontraseptif. The Brink bercakap dengan doktor tersebut untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai visinya untuk kaedah kawalan kelahiran di masa depan. Beliau
turut menyebut bahawa populasi manusia sekarang sudah melebihi jumlah yang mampu
ditanggung oleh bumi ini.
Cara yang seterusnya yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah lebihan
penduduk ini ialah menggubal undang-undang negara berkaitan dengan jumlah kelahiran anak
dalam sebuah keluarga. Tindakan ini sebenarnya telah dilaksanakan oleh negara China sebelum
negara-negara lain. Hal ini kerana kadar pertumbuhan populasi negara China semenjak 1953
amat memberangsangkan. Perkara dapat dibuktikan melalui satu artikel yang telah diterbitkan di
internet dan boleh didapati melalui pautan:-

6
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1116810/
Dasar satu keluarga satu anak di negara China, yang pertama kali diumumkan pada tahun
1979 dan masih kekal sehingga ke hari ini walaupun terdapat perubahan dalam politik dan sosial
semenjak dua dekad yang lalu. Dasar ini kekal kerana kepercayaan rakyat China bahawa
pembangunan akan dipengaruhi oleh pertumbuhan penduduk yang pesat dan ukuran populasi
China yang besar dan struktur usia mudanya memberikan cabaran yang unik. Tambahan lagi,
tidak terbatas hanya pada dasar kepercayaan rakyat China, undang-undang ini juga dilaksanakan
kerana kebimbangan terhadap akibat sosial dan ekonomi daripada pertumbuhan penduduk yang
pesat di China. Secara keseluruhannya, implementasi undang-undang ini di negara China lebih
berjaya di kawasan bandar berbanding di luar bandar. Pembaharuan sosial dan ekonomi
menjadikan pelaksanaan dasar yang ketat menjadi lebih sukar. Hal ini kerana kritikan utama
terhadap dasar tersebut adalah rangsangannya terhadap diskriminasi terhadap wanita, yang
mungkin digugurkan, ditinggalkan, atau tidak didaftarkan oleh pasangannya. Walakin itu, dasar
ini telah berjaya mengurangkan peningkatan penduduk yang pesat terhadap masyarakat iaitu
berjaya mengurangkan jumlah penduduk sekurang-kurangnya 250 juta.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, isu lebihan penduduk ini adalah disebabkan oleh kurangnya ilmu
pengetahuan dan pendedahan kepada setiap manusia di muka bumi ini. Oleh yang demikian,
melalui Pendidikan Kewarganegaraan Global ini kita pasti akan dapat memperbaiki situasi alam
sekitar dengan cara setiap individu menyumbang buah fikiran dalam menyelesaikan isu lebihan
penduduk berdasarkan 3 konsep dimensi yang telah dibincangkan. Tuntasnya, isu penduduk
berlebihan ini bukanlah suatu isu yang boleh dipandang ringan kerana ianya bakal memberi
kesan kepada kelangsungan tamadun manusia.

7
REFLEKTIF KENDIRI
Tugasan Kemahiran Belajar untuk Abad ke-21 kali ini tertumpu kepada isu-isu alam
sekitar. Tujuan tugasan ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para
pelajar berkenaan dengan Pendidikan Kewarganegaraan Global dan kebaikannya dalam
membantu menyelesaikan isu-isu alam sekitar tempatan mahupun global.
Dalam proses menyiapkan tugasan, pelbagai emosi dapat dirasai oleh diri ini. Pada saya,
selaku pekerja sepenuh masa dan dalam masa yang sama turut memikul amanah sebagai seorang
pelajar bukanlah suatu tugas yang mudah. Pembahagian masa merupakan faktor terpenting
kerana tugasan yang perlu disiapkan bukanlah hanya satu tugasan ini tetapi saya juga
mempunyai satu lagi subjek lain yang perlu disiapkan tugasannya. Perasaan saya bercampur
baur, ada ketika saya berasa tertekan dengan lambakan kerja di tempat kerja yang menyebabkan
perancangan saya pada hari-hari tertentu untuk menyiapkan tugasan ini tergendala. Ada masa,
saya berasa seronok kerana ketika dalam proses mengumpulkan maklumat-maklumat penting,
saya dapat beberapa ilmu pengetahuan baharu daripada proses pembacaan melalui maklumat-
maklumat yang berjaya dikumpulkan.
Daripada segi kognitif, saya banyak berfikir berkenaan dengan pencarian sumber untuk
menulis tugasan ini. Saya telah menggunakan fungsi motor otak saya untuk memahami kehendak
soalan agar dapat menjawab soalan dengan baik. Selain itu, saya juga membaca setiap bahan
rujukan yang saya temui dan kemudian menganalisis isi-isi penting untuk dijadikan sokongan
bagi perbincangan dalam tugasan. Saya turut merangka segala idea yang tercetus untuk
dikemukakan kepada mereka yang lebih berpengalaman untuk menilai sambungan di antara idea
itu berkaitan atau tidak.
Pada pendapat saya, pengalaman melakukan tugasan ini ialah satu pengalaman yang amat
baik buat saya. Hal ini kerana, ketika menulis laporan ini, saya telah mendapat manfaat yang
sangat banyak. Sebagai contoh, saya dapat meningkatkan pemahaman saya berkaitan dengan
Pendidikan Kewarganegaraan Global serta isu-isu alam sekitar tidak berapa diketahui sebelum
ini dengan lebih baik. Jika selama ini saya langsung tidak mengetahui berkenaan dengan
Pendidikan Kewarganegaraan Global serta isu-isu alam sekitar dan bagaimana bergunanya
konsep dimensi di dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global bagi menyelesaikan masalah
tersebut, kini saya sudah tahu dengan sangat mendalam dan baik. Saya turut dapat memperbaiki
kemahiran bersosial saya bersama rakan-rakan yang tidak dapat ditemui di dunia nyata kerana

8
wabak Covid-19 sekarang dan hanya berhubung secara atas talian. Interaksi saya bersama tutor
saya iaitu Dr, Segar juga amat baik. Dr Segar sangat bagus dalam menerangkan dan memberikan
tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, saya turut belajar menggunakan
platform yang disediakan oleh pihak OUM untuk bertanya sebarang soalan dan mengemukakan
kemusykilan saya berkaitan dengan subjek dan tugasan ini. Tambahan lagi, sewaktu pembuatan
laporan ini, saya juga merujuk rakan-rakan yang lebih kreatif dan berpengalaman untuk
menghasilkan ayat yang baik dengan kreatif.
Kesimpulannya, di akhir tugasan ini saya telah mempelajari bahawa apa sahaja isu alam
sekitar yang wujud dan pernah dibincangkan tidak boleh dipandang ringan. Oleh itu, kita harus
sama-sama menggembleng tenaga bagi memelihara kelestarian bumi kita ini dengan
mempraktikkan segala ilmu pengetahuan yang kita miliki.

9
LAMPIRAN
SENARAI RUJUKAN

Critchlow D. T. (1995). Birth control, population control, and family planning: an


overview. Journal of policy history : JPH, 7(1), 1–21. Retrieved from
https://doi.org/10.1017/s0898030600004127

Everything Connects. (2013). Overpopulation solutions. Retrieved from


https://www.everythingconnects.org/overpopulation-solutions.html

Hesketh, T., & Xing, Z. W. (2000). Human population growth. China's one child family policy is
changing. BMJ (Clinical research ed.), 320(7232), 443.

Jessica, C. (2019). Why we need a contraception revolution. The Brink. Retrieved from
http://www.bu.edu/articles/2019/contraception-and-population-control/

Kane, P., & Choi, C. Y. (1999). China's one child family policy. BMJ (Clinical research
ed.), 319(7215), 992–994. Retrieved from https://doi.org/10.1136/bmj.319.7215.992

Pierce, T. (2020). The girls and women fighting to stop child marriage. The Guardian. Retrieved
from https://www.theguardian.com/global-development/2020/sep/04/the-girls-and-
women-fighting-to-stop-child-marriage-photo-essay

10

Anda mungkin juga menyukai