Anda di halaman 1dari 15

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOUR

SEMESTER 1 / 2019

OUMH 1603

MANFAAT PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL TERHADAP ALAM


SEKITAR

NO. MATRIKULASI : 990509135182001


NO. KAD PENGNEALAN : 990509-13-5182
NO. TELEFON : 017-8025212
E-MEL : zaidizarel@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : KUCHING, OPEN UNIVERSITY


MALAYSIA

1
ISI KANDUNGAN

1. Muka Depan 1

2. Isi Kandungan 2

3. 1.0 Pengenalan 3

4. 2.0 Bahagian A: 4

2.1 Pembuangan sampah 4-5

5. 3.0 Bahagian B: 6

3.1 Infografik Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) 6-7

3.2 Infografik Pembuangan Sampah 7-8

6. 4.0 Bahagian C: 8

4.1 Definisi Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) dan

Pembuangan sampah 8-9

4.2 Cadangan cara-cara untuk menyelesai isu pembuangan sampah 9-10

7. 5.0 Kesimpulan 11-12

8. 6.0 Refleksi kendiri 12-14

9. 7.0 Rujukan/ Bibliografi 14-15

2
1.0 PENGENALAN

Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education [GCED])


merupakan dibawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO). Kelestarian alam sekitar merupakan salah satu matlamat GCED.
Justeru itu, pembuangan sampah adalah antara isu semasa yang perlu perhatian GCED
dan kita. Hal ini kerana pembuangan sampah merupakan aktiviti harian yang kerap
dilakukan masyarakat dan menjadi isu besar apabila aktiviti pembuangan tersebut tidak
dilakukan dengan cara yang betul. Bukan sahaja di negara Malaysia, bahkan negara-
negara lain terutamanya negara sedang membangun masih mempunyai masalah yang
sama untuk mengatasi perkara tersebut. Oleh itu, kita sebagai pelajar juga berperanan
dalam melestarikan alam sekitar supaya kita juga dapat menggunakan sumber asli yang
bersih.

Antara motif kajian ini adalah untuk mengenal pasti manfaat Pendidikan
Kewarganegaraan Global kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu semasa iaitu
pembuangan sampah. Tujuan kajian ini juga untuk membincangkan peranan Pendidikan
Kewarganegaraan dalam mengatasi pembuangan sampah merata-rata.

3
2.0 BAHAGIAN A:

2.1 Definisi, Punca dan Kesan Pembuangan Sampah merata-rata

Pembuangan sampah tidak merupakan perkara asing bagi masyarakat di dunia ini.
Ia merupakan sebahagian daripada rutin harian kita membersih persekitaran daripada
pembuangan sampah merata – rata. Sampah boleh ditakrifkan sebagai hasil buangan
daripada aktiviti sosioekonomi manusia yang memiliki sifat kotor dan dianggap tidak
berguna. Ia merupakan suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana sudah
tiada nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir (permohonan.my,2019)”. Isu
pembuangan sampah bukan perkara baharu lagi, bahkan kerap kali diwar-warkan di
media sosial, keratan akhbar dan berita. Menurut Berita Harian (2019), PUTRAJAYA:
Rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 37,890 tan sisa setiap hari dengan sekurang-
kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap individu. Seiring pertambahan populasi
penduduk, jumlah itu dianggarkan terus meningkat dan lebih membimbangkan, ia akan
menyumbang kepada ketepuan tapak pelupusan sampah di seluruh negara. Melalui berita
tersebut, salah satu punca aktiviti pembuangan sampah merupakan perbuatan manusia
sendiri.

Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab merupakan salah satu punca


pembuangan pembuangan sampah merata. Hal ini kerana masyarakat tidak mengambil
peduli tentang sampah walaupun perbuatan tersebut merupakan rutin harian mereka.
Tambahan pula, masyarakat yang mempunyai sikap malas dan mementingkan diri tahu
akan ada pihak yang menguruskan pembuangan sampah tersebut. Ini merupakan salah
satu punca berlakunya pembuangan sampah yang merata-rata disebabkan sikap
mementingkan diri sendiri dalam masyarakat. Selain itu, punca berlakunya pembuangan
sampah adalah kurang pendedahan tentang kebersihan persekitaran dana lam sekitar. Hal
ini kerana masih ramai yang belum faham dan masih tidak tahu betapa pentingnya alam
sekitar kepada kehidupan kita. Tambahan pula, ramai masyarakat tidak tahu akibat dan
kesan pembuangan sampah tidak terkawal terhadap kesihatan manusia atas perbuatan
manusia sendiri. Seterusnya, penguatkuasa undang- undang yang lemah merupakan
punca kepada pembuangan sampah merata- rata. Undang – undang yang lemah dan pihak

4
kuasa yang kurang tegas menambah buruk lagi keadaan apabila mudah ditipu dengan
suapan duit oleh masyarakat. Walaupun sudah sedia ada udang-undang, tetapi tidak
dilaksanakan merupakan perkara sia-sia dan menambah buruk keadaan persekitaran.
Sebagai contoh, papan tanda amaran dan denda pembuangan sampah sesuka hati tidak
diendah oleh masyarakat kerana sudah diketahui pihak berkuasa tidak tegas untuk
menjatuhkan hukuman tersebut.

Pembuangan sampah juga mendatangkan kesan yang buruk kepada manusia dan
alam sekitar. Pertama, pembuangan sampah mendatangkan kesan kepada fenomena
banjir. Hal ini demikian kerana sistem saliran seperti longkang yang dipenuhi dengan
sampah sarap yang tidak diselenggara menyekat aliran air dan air bertakung. Ia
menyebabkan berlakunya feneomena banjir. Kedua, berlakunya pencemaran alam sekitar.
Longgokan sampah yang tidak dikutip dan dibiarkan akan menghasilkan air lelehan. Air
lelehan ini akan mengalir melalui air bawah tanah ke sungai berhampiran. Berlakunya
pencemaran sungai. Tambahan pula, sesetengah masyarakat mengambil langkah mudah
untuk melupuskan sampah dengan membakar sampah tersebut secara terbuka. Secara
tidak langsung hasil pembakaran terbuka itu menyebabkan pencemaran udara. Bahkan
hasil kesan toksik pembakaran menyebabkan tumbuhan sekitarnya layu dan mati. Ketiga,
pembuangan sampah mendatangkan kesan terhadap kesihatan. Hal ini sedia maklum
longgokan sampah menarik perhatian haiwan dan serangga yang boleh menyebar
pelbagai penyakit. Ia menjadi kawasan pembiakan haiwan dan serangga seperti nyamuk
aedes, lalat, tikus dan lipas. Akibatnya, berlaku penularan penyakit seperti denggi, taun
dan leptospirosis (penyakit bawaan tikus).

Isu semasa ini dipilih atas sebab aktiviti pembuangan sampah merupakan hasil
perbuatan manusia sendiri mencemari alam sekitar. Bahkan bukan manusia sahaja yang
terima akibatnya, flora dan fauna juga mendapat kesan yang sama. Tambahan pula
dengan sistem pembuangan sampah belum dapat dikendali dengan cara yang baik dan
efisian terutamanya di negara yang sedang membangun. Kebanyakkan negara
membangun masih menggunakan kaedah yang sama untuk melupuskan sampah. Di
samping itu, tahap pemikiran manusia untuk mencipta mesin pelupusan sampah belum

5
dapat menandingi ciptaan mesin yang terdapat di negara maju serta kos perbelanjaan
untuk membeli peralatan tersebut amat tinggi.

3.0 BAHAGIAN B:

3.1 Infografik Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED)

Rajah 3.1 : Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED)

Sumber : https://www.gcedclearinghouse.org/resources/global-citizenship-education-
gced-infographic

Rajah di atas memberitahu mengenai Pendidikan Kewarganegaraan Global


(GCED). GCED ditubuhkan dibawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk mencapai matlamat pembangunan lestari pada
6
masa akan datang. Matlamat tersebut berdasarkan Prinsip Global seperti hak asasi
manusia, kesaksamaan jantina, kehidupan sihat dan sejahtera, keamanan, keadilan dan
institusi yang kukuh; dan kerjasama global untuk mencapai matlamat. Tujuan Pendidikan
Kewarganegaraan Global adalah untuk transformatif, memberikan peluang dan
kecekapan kepada pelajar untuk menyedari hak dan kewajipan mereka dengan tindakan
yang berkesan demi membangunkan keamanan dunia dan kelestarian masyarakat pada
masa hadapan. Selain itu, rajah di atas juga memperkenalkan tiga dimensi konseptual
iaitu kognitif, sosio-ekonomi dan tingkah laku. Kognitif iaitu kesalinghubungan dan
kesalingbergantungan antara negara dan penduduk dalam memperoleh pengetahuan,
pemahaman dan pemikiran yang kritis tentang isu-isu tempatan sehingga global. Sosio-
ekonomi pula, memiliki rasa kesepunyaan sesama manusia. Tingkah laku adalah
bertindak secara berkesan dan bertanggungjawab di peringkat tempatan, kebangsaan dan
global demi mencapai dunia yang aman dan lestari.

3.2 Infografik Pembuangan sampah

Rajah 3.2: Pantai Kotor: Sampah 24 jam

7
Sumber: https://www.statista.com/chart/14483/dirty-beaches_-24-hours-of-trash/

Rajah 3.2 menunjukkan kempen pembersihan pantai dari sampah sarap di seluruh
dunia selama 24 jam. Berdasarkan rajah, terdapat beberapa sampah yang ditemui di
sekitar pantai seperti puntung rokok, pembalut makanan, penutup botol dan botol plastik,
beg plastik, straw, penutup plastik dan bekas letak makanan dan bekas Styrofoam. Hasil
kutipan paling tinggi adalah puntung rokok sebanyak 2,412,151 milion dan paling rendah
kutipan sebanyak 580,570 ribu iaitu bekas Styrofoam. Pembersihan Pantai Antarabangsa
ini juga bermula pada 30 tahun yang lalu apabila masyarakat berganding bahu dengan
tujuan mengumpul sampah yang terampai di pantai itu dan direkodkan.

Melalui kedua-dua rajah tersebut, pelajar harus berganding bahu dengan


Pendidikan Kewarganegaraan Gobal (GCED) dalam menangani isu pembuangan sampah.
Hal ini kerana seperti dalam Rajah 3.2 sudah jelas direkodkan sampah mana yang paling
banyak di persekitaran pantai. Sampah tersebut bukan sahaja mencemarkan daratan,
bahkan menyumbang kepada pencemaran bau. Tambahan pula, banyak kehidupan
akuatik dan burung laut mati dan kurangnya tarikan pelancong untuk mengunjungi
tempat persiaran. Justeru itu, GCED menekankan tiga dimensi konseptual tersebut untuk
memupuk semangat pelajar di seluruh dunia saling berganding bahu serta mempunyai
perasaan saling menghormati, hak kesepunyaan dan bertindak secara berkesan untuk
mengekalkan dan melestarikan alam sekitar.

4.0 BAHAGIAN C:

4.1 Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) dan Pembuangan sampah

Menurut dokumen Perundingan Teknikal mengenai Pendidikan kewarganegaraan


Global 2013, GCED adalah transformatif, memberikan pelajar peluang dan kecekapan
untuk menyedari hak dan kewajipan mereka untuk membangunkan dunia yang lebih baik
pada masa hadapan. Tambahan pula, GCED turut menumpukan kepada pembelajaran
melalui proses pembelajaran transformatif seperti hak asasi manusia, pemahaman antara-
bangsa dan antara budaya, pembangunan lestari dan juga pendidikan untuk keamanan
(Havinder et.al,2019). Pendidikan Kewarganegaraan Global juga memperkenalkan tiga
dimensi konseptual iaitu kognitif, sosio-ekonomi dan tingkah laku.

8
Pembuangan sampah pula merupakan salah satu isu semasa alam sekitar yang
harus diberi perhatian oleh CGED dan pelajar kini. Tanpa wujudnya GCED mungkin
bumi kita semakin tercemar disebabkan tiada langkah untuk melestarikan alam sekitar.
Hal ini kerana setiap masa manusia di muka bumi ini membuang sampah dan perkara
tersebut masih tidak dapat dikendalikan dengan cara yang efisian, malahan semakin
menjadi-jadi menyebabkan timbul pelbagai pencemaran dan bencana hasil daripada
perbuatan manusia sendiri. Melalui tiga dimensi konseptual tersebut, GCED memainkan
peranan untuk memupuk rasa hormat kepada semua, membangunkan rasa kesepunyaan
sesama manusia dan membantu pelajar menjadi warganegara global yang
bertanggungjawab dalam menangani masalah alam sekitar. Oleh itu, terdapat beberapa
cara yang dicadangkan mengikut konsep tiga dimensi dari GCED serta peranan mereka
dalam menyelesaikan isu pembuangan sampah.

Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) telah melaksanakan beberapa


langkah sebelum ini untuk mengatasi isu pembuangan sampah merata- rata. Justeru itu,
cadangan cara-cara untuk mengatasi masalah pembuangan sampah tersebut adalah
menyediakan banyak tong sampah kitr semula. Hal ini kerana, pertambahan penduduk
menyebabkan permintaan keperluan hidup semakin meningkat. Secara tidak langsung,
bilangan sampah juga meningkat dalam masa yang sama. Walaupun banyak tong sampah
yang sudah disediakan, terdapat beberapa negara masih mengalami masalah kekurangan
tong sampah kitar semula. Kerajaan dan pihak atasan haruslah mengambil langkah dan
memantau supaya pihak yang bertanggungjawab akan membekalkan tong sampah di
kawasan yang kerap berlakunya pembuangan sampah terutamanya di kawasan
perumahan, tempat persiaran, taman rekreasi dan sekitar pantai. Oleh itu, masyarakat dan
pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan segera andai berlakunya
masalah seperti berikut. Selain itu, mengadakan kempen kurangkan penggunaan plastik
merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah pembuangan sampah merata-rata.
Pusat membeli belah zaman sekarang rata-ratanya menggunakan plastik untuk membawa
barang yang dibeli dan sebagai bakul untuk membeli-belah. Justeru itu, penggunaan
plastik memakan masa yang lama untuk mereput selama 10 hingga 1000 tahun.
Sebaiknya penggunaan beg plastik digantikan dengan bakul kertas atau membawa bakul
sendiri. Sekaligus dapat mengurangkan penggunaan minyak petroleum untuk tujuan

9
penghasilan plastik (Augustine,2017). Selanjutnya, pihak atasan dan pelajar juga haruslah
mewujudkan kesedaran dan berusaha untuk menanam sikap bertanggungjawab kepada
masyarakat demi melestarikan alam sekitar. Antara strategi yang dirangka bagi
memastikan program kesedaran awam berkesan terhadap semua peringkat masyarakat
ialah dengan menganjurkan pameran, aktiviti dan acara, menerbitkan bahan bacaan dan
menganjurkan ceramah, seminar, persidangan dan kongres (Ain Muin,2018) Sebagai
contoh, Kempen Kitar Semula, Program kitar semula bahan buangan dalam syarikat dan
Program kitar semula di rumah. Dengan melakukan program atau kempen sebegini,
masyarakat turut serta akan prihatin dan bertanggungjawab untuk menjaga sumber bumi
serta melestarikan alam sekitar.

10
5.0 KESIMPULAN

Keseluruhannya, aktiviti pembuangan sampah merata-rata di negara kita dan


negara-negara lain haruslah ditangani dengan segera dan usaha ini memerlukan
kerjasama padu daripada semua pihak bukannya bergantung kepada GCED dan kerajaan.
Alam sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia. Jadi,
manusia haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab. GCED telah banyak
memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat dengan memperkenal tiga dimensi
konseptual.

Isu semasa seperti pembuangan sampah merata- rata terdiri daripada beberapa
punca dan kesan kepada alam sekitar dan manusia. Punca pembuangan sampah merata-
rata disebabkan oleh sikap manusia yang tidak bertanggungjawab, kurang pendedahan
tentang kebersihan dan alam sekitar dan penguatkuasa undang-undang yang lemah dan
tidak tegas. Manakala kesan pembuangan sampah pula berlakunya pencemaran alam
sekitar, bencana seperti banjir dan pembawaan penyakit dari haiwan dan serangga.

Selain itu, infografik pertama (Rajah 3.1) menyatakan apa maksud Pendidikan
Kewarganegaraan Global (GCED) dan memperkenalkan tiga ciri –ciri dimensi
konseptual untuk melestarikan alam sekitar seperti kognitif, sosio-ekonomi dan tingkah
laku. Infografik kedua (Rajah 3.2) pula adalah mengenai rekod selepas kempen
pembersihan pantai dari sampah sarap di seluruh dunia selama 24 jam.

Seterusnya, matlamat GCED adalah untuk transformatif, memberikan pelajar


peluang dan kecekapan untuk menyedari hak dan kewajipan mereka untuk
membangunkan dunia yang lebih baik pada masa hadapan. Justeru itu, cadangan cara-
cara untuk mengatasi isu pembuangan sampah dengan menyediakan banyak tong sampah
kitar semula, mengadakan kempen kurangkan penggunaan plastik dan mengadakan
pelbagai program untuk melestarikan alam sekitar.

Oleh itu, pelajar dan pertubuhan Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED)


saling berganding bahu dan aktif dalam mengekalkan dan melestarikan alam sekitar.
Tanpa kita, masyarakat dan pertubuhan yang bertanggungjawab mungkin alam sekitar
sudah musnah disebabkan ketamakan manusia menggunakan sumber asli secara tidak

11
seimbang malahan menyumbang ke arah pencemaran dan bencana. Dengan ini, GCED
memainkan peranan mereka dalam melestarikan alam sekitar dan bermanfaat kepada
masyarakat.

6.0 REFLEKSI KENDIRI

Melalui refleksi kendiri ini, saya akan menyatakan beberapa refleksi yang saya
peroleh sepanjang melaksanakan tugasan ini. Di dalam refleksi ini juga saya akan
menceritakan pemahaman saya tentang GCED dan kelebihan yang telah saya dapat
sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Tugasan saya ini sebenarnya mempunyai beberapa
cabaran dan rintangan sebelum saya berjaya menamatkan tugasan ini. Setiap cabaran dan
rintangan yang dilalui itu berjaya saya lepasi. Tanpa usaha yang bersungguh-sungguh,
mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tugasan ini sebenarnya hendak menilai kebolehan pelajar dalam mengenal pasti
bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) memberi manfaat kepada
pelajar dalam menyelesaikan isu alam sekitar. Melalui tugasan ini saya belajar banyak
perkara baharu dan kemahiran untuk membuat esei dengan cara yang betul pada abad ke
21 ini. Jadi, tugasan ini hendak saya mengenal pasti bagaimana Pendidikan
Kewarganegaraan Global (GCED) memberi manfaat kepada masyarakat dalam
menyelesaikan isu alam sekitar Melihat pada soalan, GCED merupakan pertubuhan di
bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNESCO) dan objektifnya untuk transformatif, memberi peluang dan kecekapan kepada
pelajar untuk menyedari hak dan kewajipan mereka serta aktif dan bertanggungjawab
dalam membangunkan dunia yang adil, aman dan lestari . Justeru itu, GCED memainkan
peranan dengan memperkenalkan tiga dimensi konseptual dalam mengatasi isu semasa
alam sekitar seperti aktiviti pembuangan sampah merata-rata. Antara punca berlakunya
pembuangan sampah merata-rata adalah sikap manusia sendiri yang malas menjaga alam
sekitar, kurang didikan tentang penjagaan alam sekitar dan penguatkuasa undang-undang
lemah serta tidak tegas. Kesan pembuangan sampah merata-rata terhadap alam sekitar
adalah berlaku pelbagai pencemaran, bencana banjir dan pembawaan pelbagai penyakit
daripada haiwan dan serangga. Oleh itu, kita sebagai pelajar haruslah berganding bahu
dan aktif dalam menjayakan kehendak GCED. Dalam masa sama kita juga dapat

12
menerima kesan baik dan memperoleh sumber asli yang bersih dari alam sekitar yang
terjaga.

Sepanjang saya membuat tugasan ini, terdapat kelebihan yang saya dapat.
Kelebihan yang saya perolehi adalah saya mendapat pengetahuan baharu tentang apa itu
Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) dan matlamatnya untuk melestarikan alam
sekitar pada masa akan datang. Selain itu, banyak maklumat dan info-info yang saya
dapati tentang alam sekitar. Secara tidak langsung, pelajar yang kurang minat membaca
hal isu –isu semasa juga tahu akan perkara yang berlaku di negara luar melalui tugasan
ini. Justeru itu, kelebihan ini amat berguna untuk abad ke-21 ini memandangkan dunia
zaman sekarang semakin mecabar dan pelajar harus ambil tahu apa yang berlaku di
seluruh dunia. Selain itu, tahap keyakinan saya semakin meningkat ketika membuat
tugasan secara bersendirian kerana sebelum ini saya kerap merujuk dengan tenaga pelajar
di samping dibantu oleh kawan-kawan. Selanjutnya, suasana pembelajaran seperti di
university ini mungkin dapat mengubah persepsi minda saya supaya saya dapat berfikir
secara lebih terbuka memandangkan sebelum ini saya selalu bekerja dalam kumpulan dan
kerap berjumpa dengan guru semasa melakukan kajian. Dengan ini, mungkin dapat
menambah keyakinan saya dalam melakukan tugasan tanpa merujuk kepada tenaga
pengajar dengan kerap kali pada masa akan datang.

Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, terdapat beberapa cabaran.


Pengurusan masa merupakan salah satu cabaran yang saya hadapi. Saya tidak mempunyai
masa yang mencukupi disebabkan bekerja dan ini merupakan tugasan pertama saya
lakukan tanpa rakan dan tenaga pengajar di sisi saya. Pada mulanya amat sukar
disebabkan masa, tambahan pula sibuk dengan kerja terpaksa bahagikan masa untuk kerja
dengan belajar secara betul. Selain itu, suasana belajar di Universiti ini amat berbeza
dengan universiti lain yang mempunyai kelas hanya sebulan sekali dan ia merumitkan
bagi saya disebabkan saya kerap berjumpa dengan guru untuk bertanya tentang kerja
tugasan sebelum ini.

Banyak yang telah saya pelajari sepanjang membuat tugasan ini. Walau
bagaimanpun, setiap perkara yang sukar pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga
dengan tugasan ini walaupun pada mulanya amat sukar disebabkan Pendidikan

13
Kewarganegaraan Global (GCED) merupakan perkara baharu bagi saya untuk fahami,
tetapi kesungguhan saya untuk menyiapkan tugasan ini, saya bertambah faham apa yang
dikehendaki dan matlamat yang hendak dicapai pada dunia zaman sekarang. Semoga
pelajar pada abad ke-21 ini dan termasuk diri saya aktif, bertindak secara berkesan dan
bertanggunjawab untuk menyokong matlamat tersebut demi mencapai keamanan dan
keadilan dunia.

7.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

1. Buku
Dharam, H.K., Aziz, R.C., Kumar, N.S., Abd Samad, M.H., Kamarulzaman, W.,
Kipli, N.Z., …Subramaniam, T. (2019). Kemahiran Belajar untuk Abad ke-21:
Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED). Open University Malaysia, 180-
183.

2. Internet
Augustine Towonsing. (2017, April 15). Penjagaan Alam Sekitar: Cabaran Dan
Pengurusan Sisa Pepejal Domestik. Dimuat naik dari web:
 https://www.malaysian-ghost-research.org/pengurusan-sisa-pepejal-
domestik/

Berita Harian. (2019, Jun 16). PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia hasil 37,890 tan
sisa setiap hari. Dilayari pada 2 Oktober 2019, dimuat turun dari web:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574909/rakyat-
malaysia-hasil-37890-tan-sisa-setiap-hari

McCarthy, Niall.(2018 Jun 28) Dirty Beaches:24 hours of Trash. Dimuat turun
dari web:
https://www.statista.com/chart/14483/dirty-beaches_-24-hours-of-trash/

14
Nur Ain Abd Muin.(2018 Jun) Pengurusan Sampah di Kuala Lumpur,1974-2004:
Peranan Pihak Kerajaan dan Pihak Awam. Dimuat turun dari web:
https://www.spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/download/54/80

Permohonan.my.(2019).Pencemaran Alam Sekitar: Jenis,Punca,Kesan dan Cara


mengatasi.Dilayari pada 5 Oktober 2019, dimuat turun dari web:
https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/

UNESCO(2015). Global Citizenship Education. Dimuat naik dari web:


https://www.gcedclearinghouse.org/resources/global-citizenship-
education-gced-infographic

(2714 patah perkataan)

15

Anda mungkin juga menyukai