Anda di halaman 1dari 5

I.

Objektif Umum-
Kajian ini adalah untuk mengkaji tentang punca pembuangan bayi yang
semakin meluas dikalangan remaja dan penyelesaiannya bagi membendung
masalah ini berlarutan. Seperti yang sedia maklum, golongan remaja merupakan
pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun
gejala sosial yang menghantui remaja pada masa kini amat menggerunkan
masyarakat.

Antaranya adalah gejala pembuangan bayi yang dari hari ke hari semakin
membimbangkan. Saban hari kes pembungan bayi terpampar di dada-dada
akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Hal ini mestilah dibendung dengan kadar
segera sebelum ianya menjadi lebih serius. Kejadian buang bayi ini seharusnya
sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat bahawa salah laku
seksual semakin merebak.

Bilangan anak muda yang terjebak dalam masalah sosial dan gaya hidup terlalu
bebas sehingga akhirnya hamil luar nikah dilihat semakin menjadi-jadi. Semua
pihak yang terbabit wajar memikirkan kaedah lebih tegas dan berkesan supaya
kita dapat menangani masalah sosial ini.Kes buang bayi disebabkan hamil luar
nikah dengan pelaku dan individu yang menyebabkan kehamilan tidak mahu
bertanggungjawab. Gadis seawal usia belasan tahun sudah bebas keluar berdua-
duaan dengan lelaki baru dikenali dalam media sosial, bebas keluar rumah pada
waktu malam dengan rakan lelaki serta bebas menyertai pelbagai aktiviti tidak
bermoral tanpa sekatan.

Aspek penguatkuasaan undang-undang juga, terutama dari segi hukuman ke


atas jenayah buang bayi wajar dikaji semula. Hukuman ke atas pihak yang
bersubahat akan memberi kesedaran yang tinggi kepada orang lain untuk tidak
melakukan kesalahan sama. Pihak berkuasa boleh memperbanyakkan lagi
kempen atau program kesedaran dan pembentukan keluarga bahagia supaya ibu
bapa lebih sedar tanggungjawab mereka.Seperti yang kita ketahui, kerajaan telah
pun menyalurkan pusat Baby Hatch khas kepada ibu yang terdesak mempunyai
anak luar nikah supaya bayi mereka boleh diletakkan ditempat yang selamat. Hal
ini menyebabkan ramai remaja mengambil peluang atas khidmat yang diberi oleh
kerajaan. Jadi, kajian yang telah kami selidik jumlah pembuangan bayi dikesan
semakin meningkat saban tahun dengan jumlah keseluruhan pada 2013 sehingga
Jun lalu adalah 478 kes.
II. Objektif Khusus-
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji isu-isu pembuangan bayi dikalangan
remaja. Saban hari Negara digemparkan dengan kes pembuangan bayi, sama ada
bayi itu masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Hal ini menyebabkan pelbagai
unsur-unsur luar yang negatif mudah terserap masuk dalam kalangan remaja
Negara ini. Walaupun itu dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan, tetapi
itulah realiti yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Hukum buang bayi adalah haram dalam ajaran Islam. Berdasarkan kepada dalil
berikut: Allah SWT berfirman di dalam Surah al An’am , ayat 151 menerangkan,
dilarang daripada membunuh jiwa iaitu larangan membunuh jiwa sama ada anak
sendiri atau sesiapa sahaja. Buang anak adalah salah satu bentuk pembuangan
yang diharamkan. Ibn Umar berkata bahawasa Rasulallah SAW bersabda yang
bermaksud “Sesiapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya di dunia ini,
maka Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi akan membongkar cacat celanya
pada hari kiamat di hadapan para saksi sebagai balasan yang setimpal”
Al-khasykhasyas al-Anbari berkata: “Aku datang mengadap Rasulallah SAW
dengan membawa anak lelaki. Baginda bertanya(yang bermaksud);”Apakah ini
anakmu?’. Saya menjawab;”Ya”. Baginda kemudian bersabda:”Jangan sampai
engkau menyakitinya dan jangan pula dia menyakitimu.”Mu’az bin Anas r.a
meriwayatkan bahawa Rasulallah SAW bersabda yang
bermaksud:”Sesungguhnya Allah SWT mempunyai hamba yang tidak akan diajak
bercakap pada hari kiamat,tidak akan disucikan dan tidak akan
dilihatnya.”Seorang sahabat bertanya:”Siapakah orang itu ya Rasulallah?”Baginda
menjawab(yang bermaksud);”Orang yang lepas tangan daripada kedua-dua orang
tuanya, benci kepada kedua-duanya dan orang yang berlepas tangan daripada
anaknya.”.

Abu Hurairah meriwayatkan: “Bahawasnya Rasulallah SAW mencium Husin


Bin Ali r.a(cucu banginda), maka berkatalah Al-Aqra’ bin Habbas; ‘Sesungguhnya
bagiku ada sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah mencium satu pun dari
mereka.’ Maka bersabdalah baginda: “Barangsiapa tidak merahmati, dia tidak
dirahmati.”
Hadis ini menceritakan bagaimana baginda Rasulallah menegur sikap seorang
sahabat yang tidak pernah menzahirkan kasih sayang terhadap anaknya. Baginda
mengingatkan, barangsiapa tidak merahmati atau mengasihi, maka Allah tidak
merahmatinya. Baginda menyarankan kepada umatnya supaya mengasihi zuriat
masing masing dan bergaul mesra dengan mereka agar ikatan kekeluargaan yang
kukuh terbina.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Tidak sempurna iman salah seorang
antara kalian sehingga dia menyintai saudaranya sepertimana dia menyintai
dirinya sendiri.”. Dalam hadis ini pula, umat islam diperintahkan agar mengasihi
seorang umat islam yang lain sepertimana dia mengasihi diri sendiri. Apatah lagi
mengasihi anak yang merupakan darah daging sendiri. Jikalau seseorang iti
mengasihi diri sendiri, mana mungkin dia akan sanggup membiarkan dirinya mati
kelaparan atau dibiarkan mati. Jikalau seseorang itu mengasihi darah dagingnya
sepertimana dia mengasihi diri sendiri, mana mungkin dia akan sanggup
membiarkan bayinya mati kelaparan atau mati dibiarkan di tepi jalan atau di dalam
longkang.

Nyawa itu anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada manusia. Manusia
tidak berhak keatas nyawa manusia lain. Justeru itu, manusia tidak berhak untuk
mengambil nyawa manusia lain, lebih-lebih lagi nyawa bayi kecil yang tidak
berdosa. Nyawa itu harus dilindungi, bukannya dipersiakan begitu sahaja. Menjadi
tanggungjawab ibubapa untuk melindungi nyawa anak-anak mereka. Oleh itu,
membuang bayi dianggap membunuh dan dikira sebagai salah satu dosa besar.
Dari sudut agama Islam, jenayah bunuh termasuk dalam jenayah hudud dan qisas
dan hukumannya adalah hukuman mati. Cukup peringatan-peringatan diatas
menggambarkan bagaimana pandangan Islam terhadap mereka yang
membiarkan anak-anak mereka, apatahlagi membuang bayi.

Antara punca pembuangan bayi adalah kurangnya didikan dan kefahaman


agama. Hal ini tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama
merupakan antara sebab utama kes pembuangan bayi berlaku. Biasanya
golongan remaja yang merupakan golongan yang terlibat dalam kes pembuangan
bayi. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup
menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu terlibat dalam gejala
negatif, antaranya ialah pergaulan bebas. Remaja yang terlibat dalam pergaulan
bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja
perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang
hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu
meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat-tempat seperti tandas awam,
tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes


pembuangan bayi berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda,
remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah
teruk apabila mereka hergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Rakan-rakan
yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan
agama dan norma maysarakat, tamsilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko,
menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus
dalam kancah-kancah negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan
akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung.
Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka.

Sehubungan dengan itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan


menghukum turut menyebabkan masalah sosial ini berlaku. Apabila seseorang
remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat
setempat menghina dan memandang ringan padanya. Secara tidak langsung,
remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah keluarganya.
Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut akan mengambil
jalan mudah dengan membuangkan bayinya daripada dipandang jijik oleh
masyarakat.

Pembuangan bayi akan meninggalkan banyak kesan kepada individu itu sendiri
mahupun masyarakat. Antara kesannya ialah ibu akan mengalami gangguan
psikologi. Tidak dapat menafikan bahawa seseorang ibu yang membuang bayinya
akan berasa bersalah dan berdosa setelah setempoh masa berlalu. Seseorang ibu
itu akan sesal dan menganggap diri sebagai pembunuh. Sebagai kesannya,
seseorang ibu itu akan menghadapi gangguan emosi dan mental. Keadaan
bertambah buruk lagi apabila ahli keluarga menyalahi dan memarahi ibu bapa
yang membuang bayi mereka sendiri. Hal ini memberi kesan yang mendalam
terhadap ibu tersebut sehingga boleh menyebabkannya sakit jiwa.

Kesan yang lain ialah hilang sikap tanggungjawab dalam kalangan masyarakat.
Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa jelas memperlihatkan sikap
tanggungjawab semakin merosot malah lenyap dalam kalangan masyarakat.
Mereka yang tidak bertanggungjawab merasakan perkara ini adalah satu
kebiasaan. Selain itu, mereka turut tidak menghiraukan kepentingan nyawa yang
baru dilahirkan. Jelasnya, perbuatan pembuangan bayi seolah-olah amalan
masyarakat Jahiliah kerana ketiadaan nilai tanggungjawab dan kemanusiaan.

Anda mungkin juga menyukai