Anda di halaman 1dari 4

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kanak-kanak membuli dan kesan-kesannya.

Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Buli boleh didefinisikan sebagai suatu tingkah laku negatif dan berterusan yang dilakukan dengan niat sengaja untuk mengganggu mangsa. Tingkah laku negatif ini selalunya ditonjolkan dalam bentuk fizikal seperti memukul, menendang, dan sebagainya. Kanak-kanak bertindak membuli kerana mereka mungkin merupakan mangsa keganasan dan penderaan di rumah. Hal ini boleh menyebabkan mereka menjadi pendendam dan melepaskan kemarahan di sekolah. Kanak-kanak sebegitu perlu dilatih untuk mendapatkan bantuan sekiranya kekerasan atau pendendam dikenakan terhadap mereka. Selain itu, mereka membuli kerana tidak tahu cara untuk berkawan atau berkomunikasi dengan rakan. Terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku antisosial. Hal ini mungkin disebabkan oleh kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang kurang sihat dan sering bersendirian. Seterusnya, kanak-kanak membuli kerana mendapati jika mereka bertindak ganas, maka mudah bagi mereka untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendaki. Kanak-kanak ini harus diajar tentang adab sopan berkawan dan bertindak balas positif antara satu dengan yang lain.Walaupun memerlukan masa yang lama untuk mendisiplinkan mereka, namun kanak-kanak ini lebih mudah mendengar teguran dan tunjuk ajar daripada guru-guru mereka. Mereka juga membuli kerana kehadiran kanak-kanak lain yang menjadi penyokong terhadap tindakan mereka. Hal ini menjadikan mereka berasa kuat. Tindakan yang seharusnya adalah dengan menunjukkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah dan bukan dengan kekuatan fizikal kepada kanak-kanak yang terlibat. Selain itu, buli juga berpunca daripada tindakan pihak sekolah yang sering menukar guru mereka serta pentadbiran yang lemah dalam mendisiplinkan pelajar. Amalan dan polisi sesebuah sekolah secara tidak langsung akan mempengaruhi cara pelajar berinteraksi, aktiviti yang dilakukan, dan tingkah laku mereka. Lebih malang lagi, kanak-kanak ini tidak mendapat bimbingan dan didikan daripada ibu bapa di rumah. Terdapat ibu bapa yang bersikap acuh tak acuh dalam mendisiplinkan anak-anak mereka.

Selain itu, pengaruh media seperti filem, cakera padat, dan cakera video digital yang memaparkan aksi ganas mendorong kanak-kanak ini untuk membuli. Kebebasan anak-anak di rumah menonton rancangan kegemaran sebenarnya memudaratkan mereka. Dalam menangani isu ini, kerjasama daripada ibu bapa, pihak sekolah, media massa, dan sokongan masyarakat amatlah diperlukan. Ibu bapa perlu bijak memainkan peranan dengan mendedahkan anak-anak mereka dengan kemahiran self-rgulation atau keupayaan mengawal diri daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak bermoral. Kemahira ini akan menjurus kemahiran intelektual serta berfikir dengan lebih waras dan matang. Program pencegahan perlu dilakukan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang cenderung untuk membuli. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Persekitaran Pengaruhi Kanak-kanak Membuli, Berita Harian, Mac 2007)

i. ii.

Berikan maksud rangkai kata tingkah laku antisosial.

2m

Pengarang mengemukakan langkah-langkah untuk menangani masalah apabila berhadapan dengan kanak-kanak yang suka membuli. Nyatakan langkahlangkah tersebut. 3m Jelaskan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk membentuk kanakkanak yang berakhlak mulia. 4m

iii.

SKEMA P: Petikan membincangkan faktor-faktor kanak-kanak membuli dalam kalangan muridmurid di sekolah. S1: Kemungkinan mereka merupakan mangsa keganasan dan penderaan di rumah. S2: Mereka tidak tahu cara berkawan atau berkomunikasi dengan rakan. S3: Mereka bertingkah laku antisosial. S4: Kanak-kanak membesar dalam persekitaran yang kurang sihat dan sering bersendirian. S5: Mereka berpendapat bahawa dengan membuli mereka akan lebih mudah mendapat sesuatu yang dikehendaki. S6: Kehadiran kanak-kanak lain yang menjadi penyokong menyebabkan mereka berasa kuat lalu membuli. S7: Cara penyelesaian berbentuk kekuatan fizikal kepada kanak-kanak dianggap sesuai. S8: Tindakan pihak sekolah yang sering menukar guru mereka dan kelemahan pentadbiran dalam mendisiplinkan pelajar. S9: Amalan dan polisi sekolah secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku pelajar. S10: Tidak mendapat bimbingan dan didikan daripada ibu bapa di rumah. S11: Pengaruh media yang memaparkan aksi ganas. Isi tersirat (kesan-kesan) T!: Kanak-kanak yang dibuli akan trauma dan takut ke sekolah. T2: Mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. T3: Mereka yang membuli akan terus menjadi ganas jika masalah ini tidak ditangani. T4: Ibu bapa tidak akan menghantar anak-anak ke sekolah. K: Ibu bapa berperanan penting untuk membentuk dan mendidik akhlak anak-anak sejak kecil agar mereka menjadi anak yang baik.

Soalan pemahaman i. ialah perbuatan yang tidak suka berkawan

ii.

kanak-kanak perlu diajar untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku penderaan terhadap merekakanak-kanak harus diajar tentang adab sopan berkawan dan bertindak balas positiftunjukkan kepada kanak-kanak cara-cara untuk menyelesaikan masalah.

iii.

Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka memberikan didikan agama sejak kecil kepada anak-anak merekamenegur anak-anak jika mereka membuat kesilapan sentiasa memantau tingkah laku anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai