Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Program Bina Insan Guru (BIG) ini amat berguna kepada saya sebagai bakal guru. Semester ini kami telah menjalankan satu bengkel di sekolah yang kami jalankan praktikum dan menemu ramah seorang guru cemerlang. Program ini membantu untuk melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi. Saya juga dapat mengetahui tentang ciri-ciri dan kualiti yang perlu ada pada seorang guru. Seterusnya, saya dapat mengetahui tentang peranan guru dalam membentuk modal insan. Seorang guru harus melengkapi diri mereka dengan empat JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Empat ciri ini amat penting kepada seseorang guru berkualiti untuk membentuk modal insan yang seimbang. Selain daripada itu seorang guru haruslah mempunyai nilai-nilai moral yang terpuji. Ini kerana guru yang berkualiti dapat memenuhi aspirasi negara. Program BIG ini amat berguna kepada saya sebagai bakal guru pada masa hadapan untuk melengkapkan diri saya dengan ciri-ciri guru yang berkualiti. Seterusnya saya dapat menghayati keguruan sebagai satu profesion yang mulia serta satu profesion yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Saya yakin saya dapat menggunakan segala iktibar, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi melalui program BIG ini untuk menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai