Anda di halaman 1dari 3

3.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian dalam penyelidikan ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif
umum dan objektif khusus.
3.1

Objektif umum
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan
jenis cerita.

3.2

Objektif khusus
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:
a) mengenal pasti kesan penggunaan peta minda dan kata tanya dalam
meningkatkan kemahiran murid semasa menulis karangan jenis cerita bagi
b)

mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat,


menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji melalui
penggunaan peta minda dan kata tanya dalam menulis karangan jenis cerita
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat.

4.0

Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab dua persoalan kajian berikut :
a) Apakah kesan penggunaan kaedah peta minda dan kata tanya dalam meningkatkan
kemahiran menulis karangan jenis cerita bagi Bahasa Melayu Tahun Empat ?
b) Bagaimanakah spengkaji dapat menambah baik amalan pengajaran semasa
menggunakan kaedah peta minda dan kata tanya dalam meningkatkan kemahiran
menulis karangan jenis cerita bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat ?

NEXT
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan peratusan murid yang mendapat markah yang
baik bagi Kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan menggunakan Kaedah Celik KGB.
Objektif khusus kajian ini supaya murid dapat:
1. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penggunaan kata ganda berentak dengan betul dalam
penulisan.
2. Meningkatkan pemahaman murid dalam fungsi penggunaan kata ganda berentak.

3. Membantu murid menguasai kata ganda berentak dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran yang menarik.
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
1. Adakah Kaedah Celik KGB dapat meningkatkan tahap penguasaan penulisan kata ganda
berentak murid dengan betul?
2. Bagaimanakah Kaedah Celik KGB membantu murid memahami fungsi penggunaan kata ganda
berentak?
3. Bagaimanakah Kaedah Celik KGB dapat menarik minat murid-murid dalam menguasai kata
ganda berentak?

NEXT
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis isi karangan jenis fakta
berbantukan Kaedah Celik Mengarang (KaCeM) bagi murid Tahun 4 Delima.
Objektif khusus kajian ini adalah:
1. Membantu peserta kajian meningkatkan pencapaian dalam kemahiran menulis isi karangan jenis
fakta melalui Kaedah Celik Mengarang (KaCeM)
2. Meningkatkan penguasaan peserta kajian mengenai penggunaan kata kunci dalam soalan yang
diajukan menggunakan formula di dalam Kaedah Celik Mengarang (KaCeM)
3. Membantu peserta kajian dalam mengenal pasti dengan mencatat isi karangan menggunakan peta
pemikiran di dalam Kaedah Celik Mengarang (KaCeM)
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
1. Adakah Kaedah Celik Mengarang (KaCeM) dapat membantu murid dalam meningkatkan
kemahiran menulis isi karangan jenis fakta dengan baik?
2. Bagaimanakah Kaedah Celik Mengarang (KaCeM) dapat membantu meningkatkan penguasaan
murid berkaitan kata kunci di dalam soalan yang diajukan?
3. Bagaimanakah penggunaan peta pemikiran di dalam Kaedah Celik Mengarang (KaCeM) mampu
membantu murid mencatat isi karangan ?

NEXT..
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk:
meningkatkan kemahiran Azira dalam mengenal pasti isi
utama dan isi huraian semasa menulis karangan Bahasa
Melayu Tahun 5 melalui penggunaan peta minda;

Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian
berikut.
Apakah kesan penggunaan peta minda terhadap kemahiran
Azira dalam mengenal pasti isi utama dan isi huraian semasa
menulis karangan Bahasa Melayu Tahun 5?

Anda mungkin juga menyukai