Anda di halaman 1dari 11

FORUM KELAS PPISMP PSV AMBILAN JUN 2015

MODERATOR ARIZNA ELMINA ARZI BINTI ARBI


Bismillahirahmannirahim,
Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakatuh, salam ukhwah,
salam kasih sayang, salam sejahtera dan salam
sehati sejiwa
Warga dewan sekalian , Bersyukur kita ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin serta limpah kurnia daripada-Nya,
dapat kita bertemu lagi dalam gelanggang Forum
Falsafah Pendidikan Dunia pada pagi yang indah ini.
Hadirin yang dirahmati sekalian, sebelum saya
memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita
sedia maklum, dewasa ini sering menjadi halwa telinga
santapan minda akan isu pendidikan
Sebelum saya mengupas lebih mendalam terlebih
dahulu, mari kita berkenalan dengan 4 orang ahli panel
kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau, kerana
warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan
panel-panel kita pada hari ini
Baiklah , disebelah kanan ahli panel 1 , saudara/I Intan
Suzana Abd Ghaffar yang merupakan Pakar Psikologi
Universiti Malaya. Apa khabar saudara/i?
Seterusnya, panel ke 2 ayu berbaju kurung / tampan
segak kemas bergaya saudara/I Nurul Umaiera Abd
Rapi. Selamat datang saudara/i.

Panel ke-3 nampak molek senyumannya, saudara/I


Amlyn Junai ak Thomas. Apa khabar buat saudara/i?
Dan dihujung sana, Nampak pemalu tapi bijak berkatakata, saudara/I Mimi Nur Shahera Haminus. Selamat
datang juga buat saudara/i.

Sebelum saya menyimpang lebih jauh, soalan saya


kepada panel 1 , APAKAH KONSEP YANG DIPEGANG
OLEH
FALSAFAH
PENDIDIKAN
BARAT
&
BAGAIMANAKAH FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT INI
DAPAT MEMBANTU GENERASI AKAN DATANG ?
Bismillahhirahmannirahim. Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Konsep umum yang dipegang oleh Falsafafah
Pendidikan Barat ialah sekolah sebagai unit masyarakat
yang bersifat demokratik. Pendekatan, pengajaran dan
pembelajaran harus mendasari sifat pelajar secara
natural. Menurut John Dewey, sekolah merupakan
sebahagian daripada kehidupan murid kerana sekolah ini
merupakan suatu tempat untuk murid bekerja dan hidup
secara bermasyarakat.
Soalannya, bagaimanakah Falsafah Pendidikan Barat ini
dapat membentuk generasi akan datang? Nilai
moral
dan kemampuan rasional manusia semakin hari
semakin merosot kerana pengaruh materialisme,
pragmatism dan fahaman sains. Perkara ini perlu
diselamatkan melalui sistem pendidikan. Saya ambil satu
mazhab yang ada dalam Falsafah Pendidikan Barat iaitu
Perenialisme. Tujuan pendidikan ialah untuk membantu

pelajar mencari dan menghayati kebenaran yang


berkekalan sepanjang zaman atau sepanjang peradaban
manusia.
Kebenaran tersebut boleh diperolehi pelajar melalui
latihan intelek yang bertujuan mendisiplinkan minda.
Menurut
perenialisme
lagi, pendidikan ialah ke arah
mendapatkan
kebenaran
seterusnya
memahami
kebenaran
tersebut.
Pendidikan
adalah
untuk
menyelaraskan manusia kepada kebenaran kerana
kebenaran ialah untuk kehidupan semua manusia.
Kebenaran yang dicari adalah bersifat sama dan
sarwajagat.
Perenialis mempercayai pendidikan berpotensi kepada
pelajar yang pandai sahaja, dan pelajar yang lemah
perlu diberi latihan vokasional. Ini menjadikan pelajarpelajar tersebut mendapat pendidikan atau latihan
vokasional yang selaras kemampuan mereka. Pendidikan
dalam perenialisme termasuk mencari dan menyebarkan
kebenaran.
Oleh
yang
demikian,
tujuan
pengajaran
bukanlahsemata-mata
menyampaikan
maklumat
kepada pelajar sahaja tetapi jugamembantu mereka
untuk member makna, kebenaran, susunan dan
hubungannyadengan
pengalaman
lampau
supaya
apa yang dipelajari akan menjadi lebihbermakna
pada diri pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada panel 1 kita atas lontaran


konsep yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi, panel 1
menyatakan bahawa terdapat konsep yang dipegang oleh
ahli falsafah untuk pendidikan barat. Justeru itu , saya
ingin menyatakan soalan seterusnya pada panel 2 kita.
APAKAH DEFINISI DAN MATLAMAT FALSAFAH
PENDIDIKAN ISLAM ?
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Falsafah Pendidikan Islam bermaksud satu usaha yang
berterusan dalam menyambaikan ilmu pengetahuan,
membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam
berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah sepanjang hayat.
Falsafah Pendidikan Islam menekankan pendidikan
seumur hidup, pembangunan roh, akal dan jasad
disamping menyampaikan dua funsi iaitu sebagai hamba
Allah dan juga khalifah Allah, yang memakmurkan alam,
berasaskan kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu
serta amal salih bagi mencapai kebahagiaan didunia dan
akhirat.
MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian mulia,
berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan
diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.

Terima kasih kepada panel 2 atas pandangan yang amat


bernas sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi
bersuluh bahawa setiap pendidikan terdapat falsafah
masing-masing
yang
meneguhkan
kedudukan
pendidikan. Jika 2 orang panel kita tadi menerangkan
tentang konsep, misi, dan tokoh , maka dengan itu saya
ingin meminta pendapat panel 3 tentang KONSEP
FALSAFAH CHINA YANG TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU
CONFUCIUS & TAOISME . Dipersilakan?
Definisi dan Konsep Falsafah Pendidikan China
Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua, para
hadirin dan hadirat. Semoga kita semua dalam keadaan
yang bahagia dan ceria . Terima kasih kepada pengerusi
majlis kerana sudi menjemput saya hadir memberi sedikit
perkongsian ilmu pada hari ini. Yang dihormati, rakan
panel
saya,
Cik..yang
bersama-sama
membincangkan tajuk forum kita pada hari ini.
Seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Menjawab kepada soalan yang diutarakan oleh pengerusi
majlis mengenai Konsep Falsafah Pendidikan Timur. Jika
kita mahu mengetahui apakah dia, falsafah Pendidikan
Timur maka seharusnya kita melihat dari aspek Falsafah
China dan India. Hal ini kerana faktor demografi China
dan Barat yang terletak di sebelah Timur. Konsep faIsafah
pendidikan China, terbahagi kepada beberapa konsep.
Namun Falsafah China. Konsep tersebut adalah Konsep
Confucius dan Konsep Taoisme.

Konsep Confucius merupakan sebuah konsep yang


menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang
menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan
sebaliknya.di samping itu juga, konsep ini menekankan
konsep ren/jen iaitu kasih sayang dan juga sifat
perikemanusiaan. Konsep ini mendidik masyarkat Cina
agar memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum
memperbaiki diri sendiri.Asas kepada konsep ini ialah
chung iaitu yang membawa maksud buat perkara positif
terhadap orang lain sebgagaiman kita suka orang lain
buat kepada kita dan danshu iaitu yang membawa
maksud jangan buat perkara negatif sebagaimana kita
tidak suka orang lain buat perkara tersebut kepada kita.
Selain itu, Confusius menekankan konsep Li iaitu
peraturan akhlak dan peraturan kehidupan. Yang
menekankan tiga aspek dalam peraturan kehidupan iaitu
peraturan
perhubungan
manusia
dengan
tuhan,
peraturan perhubungan manusia dengan manusia dan
akhir sekali peraturan perhubungan politik. Confucius
menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan,
segala perlakuan manusia perlulah bersederhana dan
tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.
Sidang Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Sekarang mari kita lihat Fasafah Pendidikan China
dari konsep Toisme. Iaitu konsep yang menekankan
ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan
baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya. Hal ini seerti
dengan konsep Confucius. Jika kita kita lihat konsep ini
juga menekankan konsep moral dan etika yang perlu

dipatuhi masyarakat. Percaya kepada cinta sejagat


(universal love) tanpa mengendahkan hubungan keluarga
dan kedudukan. Manusia harus mencintai orang lain
seperti menyayangi diri sendiri. Perbuatan menyayangi
boleh mengelakan perselisihan dan jenayah serta
menjadikan dunia aman.

Terima
kasih
buat
saudara/i.
Isi
yang
amat
memberansangkan minda ya hadirin. Seterusnya, kita
lanjutkan perhatian kita kepada panel 4 iaitu panel
terakhir kita. BOLEH ANDA TERANGKAN SECARA
UMUMNYA TENTANG FALSAFAH PENDIDIKAN DI
INDIA DAN BAGAIMANAKAH 4 PERKARA INI DAPAT
MEMBENTUK GENERASI YANG BERKEBOLEHAN
PADA MASA AKAN DATANG . Sila jelaskan .
1.

FALSAFAH PENDIDIKAN DI INDIA

a.

Berasaskan ajaran Hinduisme

b. Menurut Rabindrath Tagore,pendidikan juga suatu


proses yang berhidup, dinamik dan realistic tidak terikat
dengan semata-mata dengan buku tetapi perlu ada
hubungkait dengan pengalaman.
c. Pendidikan merujuk kepada proses membina insan
yang boleh berfikir secara efektif dan saintifik
d. Pendidikan bertujuan meningkatkan kecekapan sosial
dan mengarahkan rakyat dalam kebijikan dan negara

e. Falsafah ini menekankan bahawa rakyat sebuah


negara harus taat dan saying akan negara dan mereka
perlu memberi sumbangan membina dan produktif

2. BAGAIMANA FALSAFAH INDIA DAPAT MEMBENTUK


GENERASI YANG BERKEBOLEHAN PADA MASA AKAN
DATANG ?
Berhubungkait
kepada
4
perkara
hinduisme,buddhisme,nasionalisme
internasionalisme.

iaitu

Hinduisme percaya kepada amalan yoga


tertumpu dari segi disiplin mental dan fizikal

ajaran
dan
yang

Buddhisme pula penderitaan boleh dilepaskan


dengan penghapusan nafsu iaitu sabar dalam setiap
keadaan

Nasionalisme dan Internasionalisme pula merupakan


suatu proses melahirkan manusia yang berfikiran
sempurna,berupaya mencapai aspek fizikal,intelek,moral
dan kerohanian.

Terima kasih buat panel terakhir kita. Isi yang dilontarkan


mempunyai asbab yang besar dan saling berkait . Ia
serba sedikit memberi kesedaran dan membuka mata
kita untuk sama bersinergi kearah yang lebih baik .

Baiklah, setelah banyak kupasan yang telah dilontarkan


sekarang tiba masanya kita membuka peluang untuk
penonton warga dewan untuk bertanyakan soalan kepada
mana-mana ahli-ahli panel. Dipersilakan .

*APAKAH MATLAMAT PENDIDIKAN FALSAFAH INDIA


1)Menghasilkan individu yang menyeluruh melalui
interaksi dan integrasi dengan persekitaran
2)Proses menyediakan setiap
menyara hidup masing-2 kelak

individu

untuk

*APAKAH FUNGSI PENDIDIKAN KEPADA MALAYSIA


1)Menstabilkan
yang lebih baik

ekonomi

dengan

peluang

kerja

2)Menentang kemiskinan
3)Membina demokrasi
4)Membentuk masyarakat sejahtera
5)Mendedahkan potensi diri
6)Menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri
7)Meluaskan pandangan dan pemikiran

8)Membina keyakinan diri


9)Menikmati kemudahan persekitaran
10)Pemangkin kesejahteraan hidup

Rumusannya , seperti yang kita ketahui Manusia dituntut


mencari ilmu sehingga akhir hayat. Sebagaimana sabda
Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
Sesungguhnya menuntut
kewajipan setiap Muslim

ilmu

itu

merupakan

( Riwayat Ahmad dan Ibn Majah )


Bukan setakat umat muslim sahaja berkewajipan , tetapi
masyarakat lain juga mempunyai kepercayaan masingmasing bahawa ilmu itu amat penting .
Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini,
terimalah serangkap pantun yang berbunyi ;
Tuai padi antara masak ,
Esok jangan layu-layuan ;
Intailah kami antara masak ,
Esok jangan rindu-rinduan .

Sekian sahaja untuk hari ini , terkasar bahasa , tersilap


bicara mohon dimaafkan . TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai