Anda di halaman 1dari 2

Skrip Taklimat Anti-buli ( 28 Januari 2022 )

Oleh : NUR LAILA FARHANA BINTI MOHD FAIRUZ ( KETUA PENGAWAS SEKOLAH)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera dan selamat pagi
Saya ………………………………………………………., selaku ketua pengawas sekolah hari
ini ingin menyampaikan sedikit informasi berkaitan dengan tajuk ‘Buli’.

Buli merupakan perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang


murid/kumpulan murid supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru
atau perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang murid/kumpulan murid
yang biasanya lemah untuk menggertak atau menakutkan mereka.
Antara kesan negatif perbuatan buli pada mangsa buli adalah mangsa tersebut
menjadi pendiam, pemalu, rendah diri, takut dan suka bersendirian. Mangsa buli
mungkin mengambil tindak balas yang serupa atau lebih terhadap murid atau orang
lain pada masa hadapan disebabkan dendam.
Pembuli pula berkemungkinan terlibat dengan salah laku yang lebih serius pada masa
hadapan termasuklah jenayah seperti mencederakan mangsa yang akhirnya boleh
menyebabkan kematian.
Jenis-jenis buli termasuklah fizikal, lisan, isyarat, peras ugut dan memulau. Buli fizikal
termasuklah pukul, tumbuk, tending, cekik dan sebagainya yang melibatkan ciri fizikal
seseorang murid. Buli lisan termasuklah ejekan, fitnah dan memaki. Contoh buli isyarat
adalah seperti jelir lidah, Bahasa badan, isyarat lucah dan seumpamanya.
Buli peras ugut adalah seperti minta duit secara paksa, memaksa membuat sesuatu
kerja, mengugut dan menjadi orang suruhan. Buli memulau adalah seperti mangsa buli
tidak dimasukkan ke dalam kumpulan, mangsa buli tidak diberikan kemudahan yang
sepatutnya dan mangsa buli tidak diberikan Kerjasama.
Skrip Taklimat Anti-buli ( 28 Januari 2022 )

Oleh : MUHAMMAD KHALILURRAHMAN BIN MOHD AKASYAH ( KETUA PRS SEKOLAH)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera dan selamat pagi
Saya ………………………………………………………………….. , ketua PRS ingin teruskan
taklimat buli itu tadi dengan menerangkan tentang faktor-faktor buli.

Terdapat lima faktor utama untuk kejadian buli dalam kalangan masyarakat kita
iaitu faktor keluarga, faktor sekolah, individu, pengaruh media massa dan faktor
persekitaran.
Tindakan dan hukuman bagi perbuatan buli di peringkat sekolah adalah seperti
surat amaran, rotan, gantung sekolah dan buang sekolah. Selain itu, saman, pusat
pemulihan, juvana dan penjara juga merupakan hukuman bagi individu yang
terlibat dengan buli.
Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk menghentikan buli ?
Yang pertama, elakkan menjadi penonton kegiatan buli.
Kedua, Jangan ikut orang ramai.
Ketiga, Jangan ketawa semasa seseorang itu sedang dibuli.
Keempat, Jangan babitkan diri dalam gossip
Kelima, Elakkan buli siber untuk menyakiti seseorang
Keenam, Keluar daripada kegiatan buli dan pergi dapatkan bantuan

Bagi mengelakkan diri daripada buli murid-murid perlu mempunyai keyakinan diri,
bina kekuatan diri, cuba abaikan pembuli dan percaya kepada diri sendiri.
Selamat bercuti kepada semua warga SKKR dan sekian terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai