Anda di halaman 1dari 2

14 FEBRUARI 2022

Menurut Kamus Dewan, gejala buli membawa maksud masalah yang meliputi
kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki
dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun
dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana
angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu
mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti
sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Sebenarnya, antara punca berlakunya gejala buli ialah kekurangan


penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang terlibat. Agama
Islam contohnya, menggariskan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang selaras
dengan tuntutan agama.

Umpamanya, nilai hormat-menghormati sesama manusia, kasih-sayang, belas


kasihan, amanah, bertanggungjawab dan sebagainya. Malah setiap agama di
dunia ini juga seperti agama Kristian dan Hindu turut menekankan nilai-nilai
murni yang baik dalam kehidupan. Namun, mereka yang terlibat dalam gejala
buli ini tidak lagi menghayati dan mengamalkan suruhan agama. Mereka
sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan
menunjukkan kekuatannya kepada orang lain.

Pengaruh rakan sebaya di sekolah juga merupakan salah satu punca yang
penting menyebabkan pelajar terlibat dalam kegiatan membuli ini.

Bagaimana dengan pihak media massa? Seperti yang kita ketahui, media masa
terutamanya televisyen sering menayangkan filem-filem yang berunsur
keganasan, pergaduhan dan sebagainya. Filem dan rancangan terutamanya
dari barat dan Hong Kong jelas memaparkan unsur keganasan seperti
rancangan gusti, filem-filem aksi pertarungan dan pembunuhan jelas
membawa pengaruh buruk kepada remaja kita. Pelajar meniru aksi yang
disaksikan di televisyen untuk membuli rakan-rakan mereka yang lain.

Anda mungkin juga menyukai