Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KG RINCING Kod Sekolah: BBA4022

SANGGEETHAMBIGAI A/P VIJAYA KUMAR


1. Nama Guru
3. Bidang: BIMBINGAN DAN
2. Judul 30-second Psychology
KAUNSELING
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan mengenai teknik-teknik dalam Perkhidmatan Bimbingan dan


Kaunseling. Buku ini membincangkan mengenai teori berdasarkan subtopik yang berbeza.
Contohnya, old school, new school, growth and change, decision making and emotions,
social psychology, ways we differ, dissordered mind, and thoughts and language.Terdapat
beberapa teori yang dibincangkan dalam buku ini. Contoh yang dibincangkan dalam old school
and new school adalah - ialah Psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Teori ini
membincangkan 3 peringkat perkembangan zaman kanak-kanak iaitu oral, anal, phallic dan
latency. Apabila kanak-kanak membesar melangkah ke alam kanak-kanak tersebut, keperluan
mereka harus dipenuhi dan jika mereka menghadapi masalah pada tahap tersebut, ia akan
memberi kesan apabila mereka jadi dewasa nanti. Teori Psikoanalisis juga menyatakan
mengenai 3 tahap kesedaran manusia iaitu sedar, pra-sedar dan tidak sedar. Ia juga berkaitan
dengan konsep yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud iaitu Id, Ego dan Superego. Id
bermaksud seseorang tidak menyedari perbuatan yang lebih ke arah menemui keperluan dan
keselesaan diri sendiri. Ego pula menjadi penyeimbang iaitu ia akan bantu untuk jadi realistik dan
logik. Manakala Superego berkaitan dengan nilai yang dipelajari daripada ibu bapa yang bantu
berfikir betul dan salah. Freud memberitahu bahawa selalunya akan berlaku konflik antara id, ego
dan supergo dalam kehidupan harian manusia. Freud juga memberitahu mengenai mekanisma
Helah Belah diri yang membantu seorang manusia mengendalikan suasana harian dia. Contoh
mekanisma helah bela diri adalah seperti, projection, denial, displacement dan sebagainya. Teori
seterusnya adalah teori Adler yang diperkenalkan oleh Alfred Adler dibincangkan dalam subtopik
growth and change. Teori ini senang untuk difahami kerana ia memberi fokus kepada konsep diri
seseorang. Adler menyatakan konsep diri seseorang akan menerangkan watak-perwatakannya.
Adler juga menekankan mengenai inferiority dan superiority. Begitu juga Adler memberitahu
bahawa birth order memberi kesan kepada bagaimana seorang kanak-kanak berhadapan dengan
kehidupan sosial dan perkembangan dirinya sendiri. Teknik yang digunakan oleh Adler lebih
kepada proses celik akal dan interpretasi melalui proses terapeutik. Kemudian Teori Behaviorism
daripada subtopik thoughts and language pula menekankan tingkah laku seseorang yang
berkaitan dengan emosi dan diri dia sendiri. Dalam Behaviorism ini terdapat banyak teknik yang
disarakan oleh 4 pelopor teori ini. Teknik-teknik positive reinforcement, negative reinforcement,
extinction, generalization, discrimination, shaping, dan observational learning telah dinyatakan
dan diterangkan dengan tepat. Kemudian Aaron Beck berdasarkan subtopic disordered mind pula
memperkenalkan teori Cognitive. Teori ini membincangkan mengenai cara pemikiran seorang
dengan personalitinya sendiri. Teori ini memperkenalkan skema seorang manusia iaitu positif dan
negatif. Bermaksud bagaimana seorang klien berfikir mengenai dunia mereka dan pegangan
mereka terhadap sesuatu situasi, orang, dan sebagainya. Skema berkembang bersama dengan
pengalam kehidupan dan pergaulan seharian klien tersebut. Skemas selalunya bermula untuk
mebina sejak kecil.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan daripada pembacaan ini. Sebagai contoh buku ini
menyediakan rangkaian informasi penting mengenai setiap teori dengan teratur. Setiap perkara
penting didertakan dengan contoh-contoh kes sebenar yang dikendalikan oleh penulis buku itu
sendiri. Oleh hal demikian, ia adalah sangat mudah difahami bagi saya dan dapat mengkaitkan
perkara yang dibaca dengan isu yang berkaitan dengannya. Saya juga dapat melihatr perbezaan
setiap teori dengan lebih teperinci malah dapat membuat banding beza dengan senang. Setiap
teori mempunyai keunikan dia sendiri termasuk kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Malah
pada masa yang sama saya dapat mepelajari teori mana yang sesuai untuk kes-kes yang berlaku
disekolah saya. Teknik-teknik yang disarankan berserta contoh dialog bersama klien dapat
membantu saya mencuba teknik yang sama dalam profesion saya di sekolah ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Jika melihat aplikasi ilmu yang diperoleh saya dapat mengatakan bahawa saya dapat
menggunakan teori yang diperkenalkan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Selain
itu saya juga dapat memilih teori yang berbeza mengikut kes yang diterima. Teknik-teknik yang
dipelajari dapat membantu saya dalam mengendalika kes yang rumit seperti klien yang tidak
membuka mulut, aggresif dan sebagainya. Pada masa sebegini teknik dapat membantu saya
untuk membina satu hubungan yang terapeutik disamping mengenali isu yang mereka hadapi.
Saya juga dapat celik akal melalui penggunaan teori yang mengatakan kehidupan sekarang
berkait rapat dengan zaman kanak-kanak kita. Jadi saya menjadi seorang pendengar yang aktif
mendengar latar belakang klien dengan tenang agar ia dapat membantu proses sesi kaunseling
saya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SANGGEETHAMBIGAI A/P VIJAYA KUMAR ) ( )

Anda mungkin juga menyukai