Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN
Program Transformasi Diri (PTD) atau lebih dikenali dengan Program Maju Diri (PMD) sebelum
ini merupakan satu program memfokuskan kepada pembangunan diri secara komprehensif
semua murid di Selangor dan menjadi tunjang kepada pembentukan insan yang seimbang dan
harmonis selaras dengan matlamat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan juga
ke arah hasrat kerajaan untuk menghasilkan kemenjadian murid dalam semua aspek
terutamanya disiplin diri. Program Transformasi Diri ( PTD) adalah satu program pendedahan
dan pengalaman baru dalamwadah pendidikan sejajar dengan era masa kini. Program ini
dilaksanakan ke atas murid sebagaisatu usaha mencari arah dan hala tuju murid- muridserta
mengembangkan potensi yang ada untukmencapai kecemerlangan dari aspek akademik dan
sahsiah. Selain itu, ia adalah untuk melahirkanmurid yang berwatak dan berwibawa serta lebih
berkemahiran yang dapat meningkatkan potensidiri bagi mencapai kejayaan cemerlang.

2.0 MATLAMAT

Matlamat Program Transformasi Diri (PTD) adalah menjadi agen perubahan agar murid-murid
lebih bermotivasi, bersemangat & bersungguh-sungguh ke arah pembangunan sahsiah diri,
peningkatan disiplin, kesejahteraan mental dan emosi serta dapat mengenalpasti minat dan
potensi diri masing-masing.

3.0 OBJEKTIF
Objektif bagi Program Transformasi Diri (PTD) ini adalah,

3.1 Membangunkan sahsiah diri murid.


3.2 Meningkatkan disiplin diri murid.
3.3 Membantu murid mengenalpasti minat dan potensi diri.
3.4 Menambahbaik kesejahteraan mental dan emosi murid- murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid tahun 4, 5 dan 6

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Program ini akan dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal
Ehwal dan Unit Kurikulum,
 Semua aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah dan dikendalikan oleh guru-guru mata
pelajaran mengikut jadual waktu.
 Bahan- bahan aktiviti yang berkaitan dibekalkan dalam fail poket bagi setiap kelas.
 Guru yang menjalankan aktiviti sila nyatakan nama murid yang aktif/ memberi Kerjasama
yang baik terhadap aktiviti yang dijalankan dalam boring yang disediakan.
6.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En.Muhammad Yusri bin Yusof Guru Besar

Naib Pengerusi 1 : Pn. Latifah binti Said PK Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 : En. Joseph Lincoln a/l J.Samuel PK HEM

Naib Pengerusi 3 : En. Muhammad Farid bin Abdul Ghani PK Kokurikulum

Naib Pengerusi 4 : Pn. Zalina binti Ariffin PK Petang

Penyelaras : Cik Sanggeethambigai a/p Vijaya Kumar GBKSM

Setiausaha : Pn. Shahrinazita binti Ahmad Guru Media & PSS

Ahli Jawatankuasa : Guru Kelas Tahun 4

Guru Kelas Tahun 5

Guru Kelas Tahun 6

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Cik Sanggeethambigai a/p Vijaya Kumar (GBKSM)

Naib Pengerusi : Pn. Shahrinazita bint Ahmad (Guru Media & PSS)

Setiausaha : Pn. Normiahni binti Adhary SU HEM

P. Setiausaha : Pn. Zubaidah binti Abu Yan SU Kurikulum

AJK : Guru Kelas Tahun 4

Guru Kelas Tahun 5

Guru Kelas Tahun 6

8.0 TEMPOH PELAKSANAAN

1 Hari
8 April 2022
8.00 pg – 12.20 tgh

9.0 JADUAL PELAKSANAAN

Rujuk Lampiran 1
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA/BAHAN KUANTITI JUMLAH


1 FOLDER FAIL 7 X RM 2.00 RM 14.00
JUMLAH BESAR RM 14.00

11.0 PENUTUP

Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan
secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping
dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam
kalangan murid.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

(SANGGEETHAMBIGAI A/P VIJAYA KUMAR) (JOSEPH LINCOLN A/L J.SAMUEL)


Guru Bimbingan & Kaunseling, GPK Hal Ehwal Murid
SK Kg Rincing , SK Kg Rincing,
43700 Beranang 43700 Beranang

Disahkan oleh,

(MUHAMMAD YUSRI BIN YUSOF)


Guru Besar
SK Kg Rincing,
43700 Beranang

Anda mungkin juga menyukai