Anda di halaman 1dari 7

PENGURUSAN MALAM PERSEMBAHAN

Pengurusan Malam Kebudayaan juga penting dalam menjayakan sesuatu Malam Kebudayaan. Untuk itu, seseorang pengurus atau penyelaras perlulah dilantik. Pengurus atau penyelaras akan bertanggungjawab : Menyusun dan menyelaras acara yang hendak dipersembahkan. Pengurus berhak untuk menolak atau mengubahsuai acara-acara yang hendak dipersembahkan. Mengadakan sesi pemilihan atau pertunjukan ujian. Tujuannya untuk memastikan tiada persembahan yang serupa atau mempunyai isu sensitif.

Dalam hal ini, seorang pengurus yang hendak dilantik perlulah seorang yang mahir dan tahu tentang kebudayaan. Dia juga perlu mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan sesuatu majlis rasmi. Seorang pengurus yang baik mempunyai kreativiti yang tersendiri dan mampu menghidupkan suasana Malam Kebudayaan. Persembahan juga dapat dijalankan dengan lancar dan tanpa sekat-sekat kerana ada penyelarasan. Acara yang dapat dijalankan dengan teratur dan lancar boleh memberi semangat kepada kumpulan yang ingin membuat persembahan. Selain itu, seorang pengurus hendaklah bersikap tegas dan diplomatik. Dia hendaklah pandai mengawal keadaan, cepat membuat keputusan, berupaya memimpin dan menilai persembahan. Setiap keputusannya hendaklah munasabah dan boleh diterima oleh semua peserta termasuk penonton. Segala kreativiti dan ciriciri yang dimiliki ini mampu menjadikan Malam Kebudayaan lebih ceria dan bertenaga.

Persediaan Alatan Sebelum memulakan persembahan, setiap kumpulan sepatutnya telah menyediakan peralatan yang akan digunakan dalam persembahan mereka. Bahan terbuang atau bahan terpakai amat sesuai digunakan dalam hal ini. Setiap kumpulansepatutnya digalakkan untuk menggunakan bahan-bahan yang terbuang ini dan keupayaan

sesebuah kumpulan menggunakan kreativiti mencipta alat persembahan sendiri patut diberi pujian. Peralatan yang dibawa atau dihasilkan juga hendaklah : Bersaiz kecil supaya mudah dibawa ke mana-mana. Tidak berbahaya. Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu bising (peralatan yang hendak dijadikan alat muzik). Tidak menjadi sampah atau boleh mengotorkan kawasan persembahan.

Pembesar suara juga elok digunakan semasa persembahan. Alatan ini penting untuk menarik penonton-penonton yang mungkin duduk jauh dari kumpulan yang menyampaikan persembahan. Jika ada persembahan lakonan, pembesar suara amat diperlukan bagi memudahkan penonton mendengan dialog yang diucapkan dengan jelas. Bagi mewujudkan suasana yang menarik dan semula jadi, jangan gunakan terlalu banyak lampu elektrik. Dengan demikian, suasana kelam hari malam dapat dirasai sepuas-puasnya.

Pakaian Semasa Malam Kebudayaan, peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai mengikut acara persembahan mereka. Sebagai contoh, pakaian beragam, pakaian yang dibuat dari bahan terbuang dan sebagainya. Kreativiti seseorang peserta untuk mereka cipta pakaian pada persembahan Malam Kebudayaan pastinya menjadi daya penarik kepada persembahan mereka.

JENIS ACARA MALAM KEBUDAYAAN


Upacara Pembukaan
Upacara pembukaan merupakan suatu upacara yang ada dalam setiap program persembahan. Untuk upacara pembukaan, ahli KRS perlulah mengikut peraturan dan tidak membuat bising. Mereka juga perlu mengikut ketua mereka untuk masuk ke kawasan perhimpunan pada malam tersebut. Seterusnya, mengambil tempat yang telah ditetapkan. Jika ada orang yang merasmikan malam tersebut, ahli KRS hendaklah berdiri sebagai tanda hormat apabila orang berkenaan masuk ke kawasan perhimpunan. Pastikan semua persembahan dibuat menghadap tetamu, terutama sekali jemputan khas.

Lakonan
Lazimnya acara lakonan dipersembahkan. Untuk acara lakonan, untuk acara lakonan, seelok-eloknya dijalankan dalam masa 3 minit sahaja atau tidak lebih daripada 5 minit kerana masa yang diberikan adalah terhad. Lakonan hendaklah logik dan terancang. Jangan sesekali mengadakan lakonan yang tidak diterima akal. Selain itu, lakonan yang boleh menimbulkan masalah, menyentuh agama, kaum, bangsa atau menyentuh peribadiseseorang perlu dielakkan. Juga lakonan yang terlalu banyak dialog kerana boleh menimbulkan kebosanan. Cuba adakan lakonan yang lucu, tetapi dapat memberi pengajaran. Semasa berlakon, bahasa yang digunakan perlukan kawalan. Pastikan tiada dialog yang lucah atau mengelirukan. Alatan lakonan pula biarlah berpada-pada dan tidak perlu banyak buang masa untuk menyusun alatan.

Yell Atau Sorak


Yell mest diberi kepada setiapkumpulan yang telah selesai membuat persembahan. Yell merupakan salah satu cara untuk melepaskan perasaan. Dalam keseronakan berseronok, ia hendaklah dikawal supaya tidak menimbulkan kekecohan. Tujuaannya untuk memberi pujian dan semangat kepada kumpulan yang telah menyampaikan persembahan. Dengan memberi Yell, diharapkan kumpulan yang berkenaan akan terasa dihargai dan puas. Pastikan Yell yang diberikan tidak mempunyai unsur menyakitkan hati kumpulan tersebut atau menyentuh peribadi seseorang. Berilah Yell yang bersemangat seperti Baik, baik, baik...! Cuba lagi, cuba lagi, cuba lagi...! Bagus, bagus, bagus...! dan lain-lain lagi. Yell yang diberikan juga ada caranya yang tertentu. Contohnya, ketua dari satu kumpulan bangun lalu menyeru kepada semua ahli pengakap untuk memberikan Yell berbunyi Ya, ya bagus! sebanyak tiga kali kepada kumpulan yang menyampaikan persembahan. Arahanya itu akan diikuti oleh ahlinya yang lain. Mereka akan bangun, bergerak ke kanan dan melangkah ke hadapan dengan tangan kanan tergenggam Ketua yang dilantik tadi akan memberi arahan Satu, dua, tiga! semua ahli akan bangun dan bersorak bersama-sama sambil melaungkan dengan penuh semangat perkataan Ya, ya, bagus sebanyak tiga kali. Kumpulan yang menerima Yell tadi berada dalan keadaan duduk. Kumpulan tersebut akan bangun pula lalu mengucapkan terima kasih dengan cara mereka sendiri. Yell juga perlu diberikan dengan cepat. Sebaik sahaja sesebuah kumpulan selesai membuat persembahan. Cara penyampaian Yell adalah terpulang kepada ahli sendiri. Yang penting, Yell mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Stunt Atau Acara Luar Biasa


Acara ini merupakan salah satu acara yang boleh dipersembahkan. Acara ini lain daripada yang lain kerana memerlukan individu yang melakukannya berkebolehan melakukan pelbagai perkara yang luar biasa. Contohnya, berkebolehan melakukan pergerakan gimnastik., memadamkan kebakaran kecil, menunggang basikal satu roda, menduga akal dan banyak lagi. Pastikan semua ahli faham akan kandungan persembahan stunt tersebut. Acara stunt juga hendaklah dilakukan dalam masa yang singkat, tetapi kemas. Seelok-eloknya stunt itu menarik perhatian dan tidak membahayakan diri atau orang lain. Untuk acara stunt, semua ahli KRS yang terlibat perlulah mengadakan latihan dengan sebaik mungkin supaya acara yang hendak dilakukan tidak gagal.

Persembahan Solo
Tujuan persembahan solo ialah untuk memberikan peluang kepada ahli KRS yang berbakat menunjukkan kebolehan terpendam secara solo. Terpulanglah kepada pengurus Malam Kebudayaan untuk menetukan persembahannya. Sebagai contoh, permainan alat muzik moden atau tradisional, pertunjukkan silap mata, kebolehan mencipta sesuatu, lawak jenaka, nyanyian serta persembahan lain yang mengagumkan.

Persembahan Tarian
Tarian yang dipersembahkan termasuklah tarian moden atau tradisional. Tarian yang dipersembahkan juga boleh berunsurkan kebudayaan negara kita. Untuk satu malam, memadailah dipersembahkan dengan dua atau tiga jenis tarian. Jika ada tarian yang istimewa adalah lebih baik dari tarian joget. Selalunya jika diadakan perhimpunan secara besar-besaran, persembahan dari negeri masing-masing akan dipersembahkan. Untuk perhimpunan atau

perkhemahan menghiburkan.

kecil-kecilan,

memadai

dengan

tarian

yang

mudah

asalkan

Selain itu, terdapat juga tarian yang didasarkan kepada pelbagai kaum di negara kita. Termasuklah tarian singa oleh kaum cina, tarian kaum india, tarian kaum sikh, tarian kaum portugis dan sebagainya. Selain tarian, persembahan lain seperti boria, dikir barat, dondang sayang, wayang kulit juga boleh dipersembahkan. Secara tidak langsung, kepelbagaian persembahan ini melambangkan kepelbagaian kebudayaan masyarakat negara kita.

Permainan
Untuk mempelbagaikan acara pada Malam Kebudayaan, acara permainan juga boleh diselitkan. Antara acara yang sesuai termasuklah permainan menduga akal dan kepetahan kumpulan menjawab atau memberi soalan. Tujuan permainan ini diadakan ialah untuk menajamkan daya pemerhatian serta menguji keupayaan setiap anggota kumpulan daripada melakukan sebarang kesilapan.kerjasama antara kumpulan menjadi factor utama kejayaan sesebuah kumpulan. Permainan juga boleh melatih tindak balas panca indera anggota KRS. Acara permainan ini juga boleh mengeembalikan kecergasan ahli dalam memberi tumpuan terhadap perjalanan Malam Kebudayaan. Permainan lain : Permainan Bom. Permainan Iklan. Permainan Teka-teki Permainan Kim atau Permainan Panca indera. Permainan Meneka Pekerjaan Permainan Kuiz Spontan dan sebagainya.

Perjalanan sesuatu permainan selalunya dikendalikan oleh pengurus Malam Kebudayaan bersama-sama dengan beberapa orang penbantu atau pemimpin yang bertanggungjawab. Penetapan masa amat penting dalam acara permainan yang dilangsungkan.

Celoteh
Acara celoteh juga boleh dipersembahkan pada Malam Kebudayaan. Walaubagaimanapun, kesesuaian acara tersebut bergantung kepada keadaan masa (jika ada masa lebih). Acara celoteh merupakan suatu penceritaan yang berupa nasihat atau cerita tentang pengalaman seseorang yeng berkaitan dengan pergerakan atau penglibatannya dalam KRS. Selalunya, acara celoteh disampaikan oleh pemimpin atau jemputan yang hadir pada malam tersebut. Celoteh yang hendah sisampaikan biarlah pendek tetapi padat. Janganlah celoteh itu terlalu panjang dan meleret-leret sehingga menjemukan atau menjejaskan masa persembahan kumpulan lain. Antara contoh celoteh yamg sesuai disampaikan termasuklah tentang cerita hutan, cerita sejarah pergerakan KRS, cerita-cerita binatangatau cerita-cerita yang menghiburkan yang berkaitan dengan kehidupan. Selain itu, cerita yang sesuai ialah cerita yang mempunyai unsur teladan, yang memberi tunjuk ajar dan cerita yang dapat membangkit kesedaran ahli supaya terus berjaya dan dapat hidup sempurna.

Anda mungkin juga menyukai