Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PEMENTASAN TEATER BANGSAWAN KANAK-KANAK


‘BELALANG DAN CINDAI SAKTI’

TARIKH

16 OKTOBER 2019

TEMPAT

DEWAN NIK MUHYIDDEN MUSA,


IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI.

ANJURAN

KELAS DRAMA TEATER KANAK-KANAK


(DTKK 3013)
1.0 PENGENALAN
Belakangan ini, boleh dikatakan teater di Malaysia kini kembali bernafas dan semakin
menunjukkan perkembangan positif walaupun dalam skala sederhana, berbeza
dengan zaman kejatuhannya pada era 90-an, dengan kekerapan pementasan sama
ada kecil atau besar. Bagaimanapun, majoriti teater yang seiring dipentaskan di
negara ini bersifat kontemporari seperti Muzikal Tun Mahathir, Cuci The Musical,
Natrah dan Lat Kampung Boy antara pementasan berskala besar yang mampu menarik
ramai khalayak.

Begitu juga dengan guru pelatih, di mana untuk menjadi seorang guru yang
berkesan dan baik hendaklah menjadi seorang pelakon yang dapat menyampaikan isi
pengajaran dengan berkesan di dalam kelas. Selain itu, pementasan juga merupakan
satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh bakal guru
kerana ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati
kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran
mendengar dan memotivasi murid-murid untuk belajar. Melalui kemahiran
pementasan ini juga menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.

Oleh itu, Kelas Drama Teater Kanak-Kanak (DTKK3013) ingin menganjurkan


satu pementasan Teater Bangsawan Kanak-Kanak bertajuk “Belalang Dan Cindai Sakti”
yang boleh memberikan keseronokan dan memperkenalkan lebih meluas mengenai
kelas drama teater yang merupakan elektif terbuka yang dianjurkan oleh IPGKPI.
Selain itu, pementasan teater ini juga berpatuhkan pada syariat Islam dan merupakan
amali yang perlu dilaksanakan oleh ahli-ahli kelas Drama Teater Kanak-Kanak di bawah
kendalian pensyarah Encik Mohd. Fazil Bin Musa.

2.0 TUJUAN

Kertas ini disediakan bertujuan untuk mendapat persetujuan daripada Tuan Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi bagi pelaksanaan pementasan Teater Bangsawan
Kanak-Kanak yang akan diadakan di Dewan Nik Muhyiddin Musa, IPG.Kampus
Pendidikan Islam.
3.0 OBJEKTIF
a. Menyediakan peluang bagi guru pelatih untuk menceburui dan mengalami bidang
lakonan teater terutamanya ahli ahli kelas Drama Teater Kanak-Kanak.

b. Mencungkil bakat warga IPG dalam bidang pementasan dan nyanyian.

c. Memberi pendedahan serta pengalaman dalam bidang lakonan dan pementasan


melalui pementasan Teater Bangsawan Kanak-Kanak yang dianjurkan oleh ahli kelas
Drama Teater Kanak-Kanak (DTKK3013).

d. Mengeratkan hubungan antara masyarakat dan warga IPG.

4.0 JENIS PROGRAM / AKTIVITI


Pementasan Teater Bangsawan Kanak-Kanak bertajuk “Belalang dan Cindai Sakti” di
Dewan Nik Muhyidden Musa, IPGKPI.

5.0 TARIKH DAN HARI


Program ini dicadangkan diadakan pada
Tarikh : 16 Oktober 2019 (Rabu)

6.0 ANJURAN
Kelas Drama Teater Kanak-Kanak IPG. Kampus Pendidikan Islam.

7.0 TEMPAT
Dewan Nik Muhyidden Musa, IPG. Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

8.0 KUMPULAN SASARAN


23 orang ahli kelas Drama Teater Kanak-Kanak, 10 orang krew import, para
pensyarah IPGKPI, para siswa siswi IPGKPI, murid-murid rumah anak yatim Darul
Ruqyah dan masyarakat sekitar Sungai Merab. (Rujuk Lampiran 1)

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


9.1 Penubuhan Jawatankuasa :

Penaung : Dr. Mohamad Hussin bin Mohd Yusof


(Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam)
Penasihat 1 : Dr. Abdul Rahman bin Abdullah
(Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam)
Penasihat 2 : Pn Hajjah Noreha binti Sarkawi
(Ketua Jabatan Sains Kognitif IPGKPI)
Pengerusi : En. Mohd. Fazil Bin Musa
(Pensyarah Unit Muzik Jabatan Sains Kognitif IPG Kampus
Pendidikan Islam)

Ahli Krew Produksi Program :


1. Pengarah : Faiz Nur Luqman Bin Shukeri
2. Pembantu Pengarah : Muhammad Izzat Fakhrullah Bin Abdul Azizi
4. Pengurus Pentas : Amal Addin Bin Mohd Zulkepli
Nabihah Binti Abu Bakar
5. Pengarah Muzik : Muhammad Asrul Haziq Bin Anuar
Mohd. Hasif Izzat Bin Madi
6. Pengurus “Extra Turn” : Intan Suhaili Sanip
7. Pereka Set : Nor Ain Atila Binti Ibrahim
Nurul Sakinah Binti Masran
8. Pengurus Prop : Kamil Rasyidi Bin Nor Affandi
Muhammad Asri Bin Rosli
Wan Nor Izzaidah Binti Wan Aziz
9. Pereka Busana & Rias : Nurul Mardhiyah Binti Mokhtar
Nur Hamizah Binti Shaharum
10. Penata Cahaya & Teknikal : Muhammad Lukman Hakim Bin Abu Bakar
Muhammad Rabbani Ikbal Bin Rosli
11. Penata Skrip : Nur Rahimah Binti Abdul Rahim
Anis Solehah Binti Ismail
12. Promosi Pengiklanan : Muhammad Anas Bin Zaharuddin
Nurul Aini Binti Awang
13. Urusetia : Muhammad Najib Bin Ahim
Akmal Hakim Bin Mohammad Zamin
Nur Rahimah Binti Abdul Rahim
:
:
: Muhammad Rubaahi bin Abd Ghani
15. Pelaporan : Nor Fatin bt Roslan
: Noor Faizah Binti Kusnin
12. Pengacara Majlis : Muhammad Najib Bin Ahim
13. Tugas-Tugas Khas : Syed Mohd Irfan Bin Syed Jafri

10.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran 2

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN


BIL PERKARA JUMLAH JUMLAH KOS SUMBER
1 Sijil penyertaan 60 Keping - Stor IPGKPI
2 Back drop (6’x20’) 1 unit RM 400.00 Pekomperi
3 Bunting 10 unit RM 100.00 Pekomperi
4 Air mineral 500cc 60x3hari = 180 botol - Stor IPGKPI
Inap Desa RM130.00 x 4 unit x 2 RM1040.00 Pekomperi
5
hari
6 Makanan RM10.00 x 60 x 2 hari RM1200.00 Pekomperi
7 Bas 1 - IPG KPI
8 Pikap 1 - IPG KPI
Sewa peralatan muzik, Secara pakej RM2000.00 Pekomperi
sistem bunyi, RM2000.00
9
jurukamera, juruadun
bunyi, penerbitan DVD
JUMLAH RM 4740.00 Pekomperi

Catatan: Kos kewangan dibiayai oleh PEKOMPERI.

12.0 PENUTUP
PEKOMPERI IPGKPI dengan ini mohon restu dan kelulusan daripada Pengarah agar
dapat dijalankan program ini, yang merupakan satu aktiviti dapam perancangan
strategik 2016-2020.
13.0 TANDATANGAN

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NOR FATIN BINTI ROSLAN) (EN MOHAMAD ISA BIN RAMLAN)


Setiausaha PEKOMPERI, Pensyarah Penasihat PEKOMPERI,
IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Pendidikan Islam,
Bandar Baru Bangi, Selangor. Bandar Baru Bangi, Selangor.

Disahkan oleh, Disokong oleh,

(PN HJH NOREHA BINTI SARKAWI) (EN AHMAD TARMIZI BIN SALLEH)
Ketua Jabatan Sains Kognitif, Ketua Jabatan Hal-Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Pendidikan Islam,
Bandar Baru Bangi, Selangor. Bandar Baru Bangi, Selangor.

Diluluskan oleh,

(DR MOHAMAD HUSSIN BIN MOHAMAD YUSOF)


Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Islam,
Bandar Baru Bangi, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai