Anda di halaman 1dari 44

BMMB3033 : KESUSATERAAN MELAYU

TUGASAN 3 : MENGANALISIS PEMIKIRAN DALAM PUISI DAN


PROSA (TRADISIONAL DAN MODEN)

DISEDIAKAN OLEH :
AZLIN WETTY ANAK KIDDING
NUR IRDINA BINTI IBRAHIM @ ISHAK

NAMA PENSYARAH :
ENCIK OTHMAN BIN AZIZ
PUISI TRADISIONAL : PANTUN EMPAT KERAT
(MUHIBBAH DAN PERPADUAN)

PROSA MODEN : CERPEN GELUNGNYA TERPOKAH

PUISI MODEN : SAJAK RUMPUT

PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT INDERA NATA


PANTUN EMPAT KERAT
MUHIBAHPenulis:
DAN PERPADUAN
Zailani Taslim
Genre: Puisi Tradisional
Petang hari pergi ke pekan,
pulang menbawa sebungkus laksa;
hidup muhibah perlu diamalkan,
di negara malaysia berbilang bangsa.

Cantik bergugus buah papaya,


masak dipetik satu per satu;
walaupun berlainan bangsa budaya,
kerana muhibah hidup bersatu.

Air mengalir dalam terusan,


mengairi sawah beratus relung;
bekerjasama segala urusan.
Tanda bersatu bergotong-royong

Tuan puteri dari kayangan,


senyuman manis seperti madu;
bermacam keturunan bukan halangan,
untuk menbina bangsa yang padu.

Enak nian air kelapa,


penawar sakit mujarab sekali;
Sikap yang mementingkan amalan kehidupan harmoni.
Amalan suka bekerjasama dalam semua tindakan.
Kehidupan masyarakat yang berbilang keturunan dan cara hidup.
Kebudayaan nasional tidak melenyapkan kebudayaan
sesuatu kaum.
4.0 NILAI & PENGAJARAN?
Bekerjasama:
Masyarakat berbilang
kaum hidup
bekerjasama
menjalankan amalan
gotong-royong.

Hormat-
menghormati:
Masyarakat yang
berbilang kaum
saling menghormati
adat dan budaya
CERPEN : GELUNGNYA TERPOKAH
SHAHNON AHMAD
SINOPSIS

TEMA
PENGAJARAN

PEMIKIRAN
SINOPSIS CERPEN GELUNGNYA TERPOKAH
Jusoh dibantu oleh pembantu kesayangannya, kerbau yang bertanduk songsang
membajak petak sawahnya agar air akan bertakung ke dalam petak sawah dengan
harapan esok pagi petak sawah itu akan digenangi air.
Namun keesokan paginya, Jusoh dapati petak sawahnya kering kerana gelungnya
terpokah. Tanpa usul periksa, Jusoh telah menuduh Berahim memandangkan petak
sawah Berahim bersebelahan dengan petak sawahnya.
Jusoh mengamuk dan ingin memukul Berahim dengan lading tetapi dihalang oleh
isterinya. Isterinya memberi cadangan supaya menuang cuka getah ke belakang
kerbau Berahim sebagai balasan terhadap perbuatannya. Berahim mengalami
kerugian yang teruk kerana kerbaunya mati selepas 3 hari mengalami kecederaan
yang teruk akibat disimbah dengan cuka getah. Jusoh amat gembira dengan berita itu
dan dia yakin bahawa tiada sesiapa yang akan berani menggganggu petak sawahnya
lagi.
Walaubagaimanapun, ketika Jusoh sedang mengawasi petak sawahnya pada suatu
subuh, isterinya mengejutkannya dengan sebuah tangisan yang mengadu bahawa
Berahim telah membuat onar terhadapnya.
Jusoh tidak dapat lagi menahan kemarahan lalu berlari mencari Berahim bersama
lembing di tangannya. Orang Kampung Banggul Derdap gempar dengan teriakan Jusoh
pada subuh hari lalu keluar mengepung Jusoh bagi menghalang Jusoh. Akhirnya, orang
kampung menuduh Jusoh gila dan dia telah ditahan oleh orang kampung dan dibawa
Cerpen ini berkisar dikampung Banggol Derdap yang didiami
oleh masyarakat pesawah.Cerita bermula dengan watak
utamanya Jusoh mendapati petak sawahnya kering kerana
gelungnya terpokah.Jusoh menuduh perbuatan itu dilakukan
oleh Berahim.Jusoh ingin membalas dendam dengan
menuangkan cuka getah ke belakang kerbau Berahim atas
cadangan isterinya.Berahim mengalami kerugian kerana
kerbaunya mati.Orang kampong gempar dan menuduh Jusoh
gila dan ditahan oleh orang kampong dan di bawa ke rumah
penghulu.
Bertemakan tentang pergolakan hidup berjiran dalam
masyarakat pesawah padi
PENGAJARAN
PEMIKIRAN
Sikap seseorang individu yang
marah tanpa usul periksa
Ketiadaan nilai perpaduan dalam
masyarakat membawa
pergolakan
Kegigihan pesawah membanting
tulang mencari rezeki.
Pemikiran tentang kemiskinan
hidup masyarakat pesawah
Pemikiran tentang
tanggunggjawab sepasang suami
isteri dalam kehidupan
berumahtangga
Sikap membalas dendam membawa
kepada permusuhan dan perpecahan
sesama masyarakat
SAJAK RUMPUT
Penulis: Khadijah Hashim
Genre: Puisi Moden
Baru saja hendak mendongak
aku sudah dipijak
baru saja hendak berbedak
diserbu debu menutup muka
cuaca panas angin kering
ditambah lagi bau busuk asap lori
sesak nafas bagai menunggu mati
mujur embun pagi membersih diri.

Baru saja tangan hendak menari


datang pemotong rumput
lalu dipotongnya jari doa
si pemotong rumput
cepat panjang
cepat dapat wang!

Nasib rumput di tepi jalan


tak sehijau rumput di padang
Budaya golongan berkedudukan tinggi perlu
menghormati golongan miskin.
Sikap memikirkan hak dan kepentingan orang lain .
Sikap gemar membanding-bandingkan darjat dan
menghakimi orang lain.
Sikap tabah dengan cabaran hidup dan sering berfikiran
positif walaupun sering dianiaya.
Hormat-menghormati-
masyarakat perlu saling
menghormati tanpa
mengira pangkat dan
darjat

Nilai &
Pengajar Ketabahan-
an tabah dalam
segala ujian
dan
rintangan
kehidupan
PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT INDERA NATA
Pengajar
Tema
an

Pemikira
Sinopsis
Prosa n
tradision
al
Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom
setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si
Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka
memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang
berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala
binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular
sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera
Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam
mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera
Jenaka.
Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak
SINOPSIS HKAYAT sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di
INDERA NATA sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh
orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya
sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas
perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri
itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri
mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri
tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah
ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila
mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta
pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi
membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.
Sambungan
Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah
kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka ,
perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara
kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi
berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading
emas.
Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas
dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa
lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam
supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan
menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.

Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka
kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua
raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri
bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar
suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan
gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh
puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang
tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah
menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.

Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke
rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata
menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan
Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.
Bertemakan pengembaraan anak raja
menempuhi pelbagai cabaran
Kasih sayang
seorang ibu
terhadap anaknya
Kebijaksanaan
untuk
Sikap yang mendapatkan
berusaha untuk sesuatu dan
mencapai sesuatu menyelamatkan
yang dihajati diri

Sikap tolong-
menolong sesama
manusia
Si Batu Kembar memeluk dan mencium
anaknya Indera Jenaka yang baru balik
darpada mengembara.

Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri


Cenderawati sangat bimbang dan
bersedih ketika menunggu kepulangan
anaknya itu daripada mengembara.
Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah
dengan menyuruh raksasa mencari gajah
bergading emas sekiranya raksasa mahukan
mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia
bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan
gajah bergading emas segera.

Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali


lagi dengan menyuruh raksasa lelaki mencari
kijang putih bertanduk emas dan raksasa
perempuan mencuci kain hitam menjadi putih
sebagai tanda sayang kepada mereka. Sebenarnya
dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera
Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan
raksasa.
Indera Nata membantu
menyelamatkan Indera Jenaka
daripada serangan binatang buas di
hutan.

Indera Nata membantu


menyelamatkan ketujuh-tujuh
puteri daripada tawanan raksasa.
Indera Nata sanggup menghadapi
pelbagai cabaran demi mencapai
matlamatnya untuk mencari gajah
bergadingkan emas
SASTERA ADALAH KEINDAHAN,
MAKA CINTAILAH SASTERA
SEDALAM HATIMU

Sekian , Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai