Anda di halaman 1dari 5

3.

Proses pengimbuhan

Pengimbuhan merupakan proses yang menggabungkan morfem terikat yang dikenali sebagai
imbuhan dengan morfem bebas, iaitu perkataan. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis
imbuhan iaitu, imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan.
Kesemua proses pengimbuhan ini akan menambahkan bilangan perkataan dalam bahasa Melayu.

Awalan kata nama

Jadual di bawah akan menerangkan pembentukan kata nama terbitan berawalan pen- dengan
lebih terperinci:

Pe- Diimbuhkan pada kata dasar yang Ragut Peragut


bermula dengan huruf l, m, n, ny, ng, Warna Pewarna
r dan w. Main Pemain
Imbuhan ini juga diletakkan di depan Kunci Pengunci
kata dasar yang bermula dengan huruf Pegang Pemegang
k, p, t, dan s. Tetapi huruf pertama Tampar Penampar
kata dasar tersebut digugurkan dan Soal penyoal
digantikan dengan bentuk sengau
yang sama daerah artikulasinya
dengan huruf yang pertama.
K=NG
P=M
T=N
S=NY
Pem- Awalan ini diimbuhkan di hadapan Beli Pembeli
kata dasar yang bermula dengan huruf Fitnah Pemfitnah
b, f dan berserta gugusan konsonan Varnish Pemvarnish
yang bermula dengan huruf b dan p. Proses Pemproses
Pen- Awalan ini diimbuhkan di hadapan Cedok Pencedok
kata dasar yang bermula dengan huruf Jemput Penjemput
c, d, j, sy dan z serta kata pinjaman Syarah Pensyarah
yang bermula dengan huruf t dan s Zina Penzina
Peng- Awalan ini diimbuhkan di hadapan Gigit Penggigit
kata dasar yang bermula dengan huruf Hantar Penghantar
vokal,huruf h, g, kh dan kata Khayal Pengkhayal
pinjaman yang bermula dengan huruf Olah Pengolah
k. Intip Pengintip
Penge Awalan ini diimbuhkan pada kata Bom Pengebom
- dasar yang berekasuku kata Cat Pengecat

Gong Teck Chong juga meyatakan setiap awalan pen- mendukung makna tertentu. Makna-
makna tersebut ialah:

Makna yang didukung awalan pen- Contoh


Orang yang melakukan sesuatu. Pembaca, pemburu, penyamun
Orang yang menjawat tugas. Pengawas, pengarah, pelakon
Orang yang suka akan sesuatu. Penzina, penjudi, penzikir
Orang atau benda yang memiliki sifat kata Pemarah, pemabuk, penyabar
dasar
Alat untuk melakukan sesuatu Penyapu, pengelap, pemadam
Ukuran hasil daripada melakukan sesuatu Pelaung, pelontar, penanak
Makna abstrak Penunjuk, pendapat

Kita dapat lihat di sini bahawa imbuhan awalan pe- menukarkan kelas kata kerja dan kata
adjektif kepada kata nama. Kata kerja dan kata adjektif yang ditambah pe- memberi makna orang
atau benda yang melakukan seperti ‘pelukis’ adalah orang yang melukis dan ‘penari’ adalah
orang yang menari. Selain awalan pen- yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan kata
nama lain dalam bahasa Melayu. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-, per-, ke- dan juru-.

Akhiran kata nama

Akhiran an- adalah satu-satunya akhiran asli yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu
(Goh Teck Chong, 2008). Kata dasar yang menerima imbuhan ini membawa pelbagai makna
yang berbeza. Jadual di bawah akan menunjukkan makna yang didukung oleh kata dasar
tersebut:

MAKSUD CONTOH
Hasil daripada melakukan maksud yang Ejekan = hasil ejekan
terkandung dalam kata dasar. Ulasan = hasil ulasan
Menunjukkan maksud kawasan atau bidang Darat = daratan
yang luas Hamparan = hamparan
Sesuatu yang banyak Longgok = longgokan
Timbun = timbunan
Membawa maksud alat Acuan = alat untuk mengacu
Usung = alat untuk mengusung
Membawa maksud orang atau haiwan atau Buru = buruan
benda yang menjadi penderita kerja Tawan = tawanan
Rampas = rampasan
Membawa maksud sesuatu yang mempunyai Asinan = sesuatu yang masin
sifat yang terkandung pada kata dasar Bulatan = sesuatu yang bulat
Manisan = sesuatu yang manis
Tempat melakukan sesuatu Kurung = kurungan
Ukuran atau kiraan Mingguan = kiraan berdasarkan minggu
Bulanan = kiraan berdasarkan bulan

Apitan Kata Nama

Terdapat empat apitan kata nama iaitu, pen-…-an, pe-…-an, per-…-an dan ke-…-an.

1. Apitan kata nama pen-…-an.


Seperti awalan kata nama, apitan kata nama pen-…-an juga mempunyai lima cabang iaitu pe-
…-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an dan penge-…-an. Kaedah penggabungan apitan ini
serupa dengan kata awalan pen-. Kata nama terbitan daripada apitan ini mempunai kaitan
dengan kata kerja yang menerima imbuhan awalan me-, men-, mem-, menge-, dan meng-.
Sebagai contoh:

Me- (melarikan) Pe- (pelarian)


Mem- (memberikan) Pem- (pemberian)
Men- (mendirikan) Pen- (pendirian)
Meng- (mengkhususkan) Peng- (pengkhususan)
Menge- (mengesahkan) Penge- (pengesahan)

Apitan pen-…-an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat dalam
jadual berikut:

Makna Kata dasar Kata terbitan


i. Proses atau perbuatan Dalam Pendalaman (proses
mengerjakan maksud yang mendalamkan)
terkandung dalam kata dasar Kilang Pengilangan (perbuatan
mengilang)
ii. Hasil perbuatan Alam Pengalaman (sesuatu yang
dialami)
Tahu Pengetahuan (hasil yang
diketahui)
iii. Tempat perbuatan Darat Pendaratan (tempat berdarat)
Inap Penginapan (tempat untuk
menginap)

2. Apitan kata nama pe-…-an


Kata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad jumlahnya. Perundingan,
penurunan, petempatan, pedalaman, merupakan antara contoh kata terbitan yang terhasil
daripada imbuhan apitan ini. Seperti apitan kata nama yang lain, imbuhan apitan ini juga
mendukung beberapa makna. Sebagai contoh:

Maksud Contoh
Tempat sesuatu dikerjakan atau tempat yang Pedalaman (tempat yang kedudukannya
khusus. jauh dari pantai)
Menunjukkan makna hal yang terkandung Peperangan (hal berperang)
dalam kata dasar.

Sisipan kata nama


Goay Teck Chong ada menyatakan bahawa bentuk sisipan yang membentuk kata nama ialah –
el-, -er-, dan –em-. Menurut beliau, kata terbitan bersisipan ini membawa maksud sesuatu yang
mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

-el-
Gembung Gelembung
Saput Selaput

-em-
Guntur Gemuntur
Kuncup Kemuncup

-er-
Cucuk Cerucuk
Gigi Gerigi

Anda mungkin juga menyukai