Anda di halaman 1dari 2

Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini

Posted on March 14, 2017March 16, 2017 by amin


Kaedah dan teknik pengajaran masa kini adalah mengarah kepada memindahkan  pelbagai
kemahiran kepada murid yang melebihi literasi dasar  eM, iaitu membaca secara kritis,
menulis secara persuasif, berfikir dan memberi pendapat secara logik serta dapat mengatasi
masalah yang kompleks. Guru juga dituntut memindahkan ilmu mengurus maklumat,
mencari, menilai dan mengamalkan pengetahuan secara luwes.
 
1.Flipped Classroom
Flipped Classroom bermaksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik. Idea ini datang
daripada Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007), guru yang mengajar di  Woodland
Park High School, Woordland Park, Coloradoyang menghasilkan perisian untuk
merakambahan pengajarannya dalam bentuk persembahan power point. Mereka
kemudiannya memuatnaik rakaman video kuliah dalam talian internet supaya murid yang
ketinggalan dalam kuliah dapat mengikuti kuliah pada bila-bila masa. Teknik kuliah secara
dalam talian tersebut kemudiannya tersebar di seluruh negara. Oleh sebab itu mereka
dipanggil untuk memberi taklimat tentang kaedah tersebut kepada guru-guru lain. Kaedah ini
terus berkembang dan ramai di kalangan guru-guru  menggunakan video podcasts dan
video atas talian untuk menyampaikan pengajarannya di luar waktu. pengajaran dan
pembelajaran dan di luar bilik darjah.  Semasa interaksi bersemuka di dalam bilik darjah,
guru membimbing murid melakukan aktiviti kolaboratif dan membuat latihan berkonsepkan
masteri.
Kaedah pengajaran flip ialah satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak
memanfaatkan teknologi. Murid mula mengkaji topik di rumah menggunakan pengajaran
video yang disediakan oleh guru. Kemudian di dalam kelas, murid diberikan aktiviti
menyelesaikan masalah atau membuat kerja-kerja amali berhubung dengan isi pelajaran
yang telah mereka pelajari di rumah. Dengan lain perkataan, murid belajar di rumah dan
membuat “homework” di sekolah. Peranan guru sebagai tutor yang membantu murid apabila
menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan, mega simulasi maklumat, dan
mencipta idea-idea baharu. Guru tidak perlu menyampaikan pelajawan awal seperti
pembelajaran tradisional. Senario ini membolehkan guru mempunyai banyak masadi dalam
kelas yang dapat dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti pengukukuhan dan pengayaan dalam
pembelajaran berasaskan projek di samping dapat memberikan tumpuan kepada keperluan
murid secara individu.

 
P&P Tradisional P&P Flipped Classroom
Guru menyajikan pelajaran, menguruskan Guru bersama murid membahaskan
1 perbincangan, kelompok, dan membuat kesalahan konsep, menyelesaikan tugasan,
rumusan. membuat amali dan ujian .
Semawa waktu pengajaran dan
Guru melaksanakan aktiviti bimbingan dan
2 pembelajaran, guru berada di hadapan 
pengukukuhan.
kelas dan mengajar secara langsung.
Guru membekalkan latihan dan
tugasanuntuk murid sesesaikan  di rumah Guru membekalkan bahan pengajaran dan
3
serta latihan akan dibincangkan  semasa pembelajaran dalam talian.
sesi P&P berikutnya.
Murid membuat  latihan di luar waktu Murid menonton video dan mencatatkan
4
P&P. fakta penting dan mengemukakan soalan.
Guru dan murid berinteraksi secara individu 
5 Di rumah, guru dan murid tiada interaksi.
dalam talian.

Anda mungkin juga menyukai