Anda di halaman 1dari 13

POSTGRADUATE DIPLOMA IN TEACHING

SEMESTER 1 / SEPTEMBER 2022

HPGD 3103

INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES

NO. MATRIKULASI : CGS02714526


NO. KAD PENGENALAN : 960610-08-6525
NO. TELEFON : 019-4437020
E-MEL : FAHMIFIRUZ@GMAIL.COM

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUALA LUMPUR


BAHAGIAN I:
Roberts Gagne telah mengenal pasti sembilan langkah atau proses yang terkenal dan
berkait rapat dan juga menangani keadaan pembelajaran. Elemen penting di dalam Teori
Gagne terhadap pengajaran ialah, menyampaikan pengetahuan atau menunjukkan
kemahiran, menyediakan amalan dengan maklum balas dan memberi panduan pelajar.
Elemen-elemen ini perlu direka berbeza mengikut jenis tahap pembelajaran atau
matlamat yang perlu dicapai. Sembilan langkah dalam pembelajaran ini memiliki proses
yang sistematik dan memiliki pendekatan tingkah laku atau perilaku ketika proses
pembelajaran. Demikian ia akan menghasilkan pengalaman belajar yang lebih berkesan.
Berikut adalah Sembilan Langkah Gagne.
1. Dapatkan Perhatian
Sebelum memulakan pengajaran, langkah ini lebih baik dilakukan terlebih dahulu
iaitu mendapatkan perhatian pelajar agar mereka dapat mendengar atau menonton
dengan lebih tertumpu dengan harapan pelajar lebih semangat dengan topik yang
akan dipelajari. Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkongsi
peristiwa atau isu semasa, video Youtube dan sebagainya. Ini berfungsi untuk
menarik perhatian pelajar dan seterusnya dikaitkan dengan topik yang ingin
diajar.
2. Memberitahu Tujuan Pembelajaran
Tujuan pembelajaran akan dicapai dengan memberikan penjelasan yang cukup
dan pastikan pelajar faham kenapa mereka harus mempelajari subjek tersebut.
Langkah ini perlu memberitahu pelajar apa yang mereka akan perolehi hasil dari
pembelajaran ini bukan itu sahaja malah dengan hasil pembelajaran ini pelajar
boleh menterjemahkan pengetahuan atau ilmu yang diperolehi di dalam hidup
pelajar.
3. Mengingat Kembali Pembelajaran Yang Lalu
Langkah seterusnya mengingat Kembali pengetahuan atau kemahiran yang telah
dipelajari. Sebelum memulai pembelajaran, beritahu pelajar pengetahuan yang
diperlukan untuk menyelesaikan tugasan tertentu serta bagaimana hubung kait
dengan apa yang mereka telah pelajar dari pelajaran yang lalu. Kegiatan ini dapat
dilakukan seperti menanyakan pemahaman pelajar terhadap pengetahuan
sebelumnya.
4. Menyampaikan Bahan Yang Akan Dipelajari
Menggunakan pelbagai kaedah seperti multimedia, kerja kelompok, video dan
sebagainya. Berikan penjelasan setiap kali menyampaikan bahan mengajar.
5. Memberikan Bimbingan Pembelajaran
Bantuan dari guru amat diperlukan agar tidak ada salah faham pelajar terhadap
apa yang mereka pelajari dan pelajar terus termotivasi untuk belajar. Sebagai
contoh sediakan arahan untuk pelajar rujuk atau peta minda yang dapat membantu
pelajar dalam mempelajari topik yang diajar.
6. Mendapatkan Prestasi (Amali)
Berikan pelajar kesempatan untuk menerapkan pengetahuan yang telah mereka
perolehi. Membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan mereka dalam aktiviti
berkumpulan atau individu seperti tugasan bertulis, amali makmal, atau
memberikan pelajar scenario bercabang dan sebagainya.
7. Memberi Maklum Balas
Memberikan maklum balas yang konstruktif kepada pelajar memberi
kemungkinan untuk mereka mengetahui sejauh mana kelebihan dan kekurangan
mereka. Ini juga membantu guru untuk menganalisa pelajar dan mencari solusi
untuk membantu pelajar dan juga membantu guru untuk memperbaiki Teknik
mengajar.
8. Menilai Prestasi
Menilai prestasi pelajar bukan hanya membantu mengukur kemajuan belajar para
pelajar tetapi ia juga membantu guru untuk mengenali titik kelemahan pada teknik
atau strategi pengajaran yang guru terapkan. Menilai prestasi boleh digunakan
dengan pelbagai kaedah termasuk peperiksaan, kuiz, kerja khusus, projek dan
sebagainya.
9. Meningkatkan Daya Ingatan dan Memindahkan Kepada Kerja
Memberikan situasi atau scenario dunia nyata kepada pelajar untuk mereka
mengaplikasikan maklumat dan seterusnya beri pelajar kesempatan untuk
mengaitkan pelajaran dengan pengalaman peribadi.
BAHAGIAN II:

Tajuk pelajaran: Adab Ketika Bekerja

Subjek Adab dan Akhlak


Tajuk: Adab Ketika Bekerja

Langkah 1:
Di sekolah saya mengajar mata
pelajaran Adab dan Akhlak yang
bertajuk Adab Ketika Bekerja di
kelas tahun 5 Al-Farabi. Mereka
terdiri daripad 30 orang murid
iaitu, 12 lelaki dan 14 orang
perempuan dan kesemua mereka
berbangsa Melayu dan beragama
Islam. Latar belakang sosio
ekonomi dalam kalangan murid-
murid di kelas 5 Al-Farabi terdiri
daripada latar belakang keluarga
yang sederhana. Setelah saya
bertemu bual dan bertanya
soalan pada murid-murid, saya
mengenal pasti kemahiran sedia
ada yang murid-murid miliki,
adalah mereka biasa melihat ibu
bapa masing masing keluar bek-
erja. Saya telah mengenal pasti
bahawa murid-murid di kelas
tahun 5 Al-Farabi adalah ke-
banyakan dari mereka lebih cen-
derung kepada gaya belajar
kinestetik, visual dan audio.
Mereka lebih berminat dengan
proses pengajaran yang meli-
batkan kinestetik, visual, audio
dan penggunaan slide multime-
dia yang menarik. Murid-murid
kelas ini lebih suka melakukan
aktiviti berkumpulan dan mem-
beri pendapat dalam perbincan-
gan

Langkah 2:
Di akhir pembelajaran ini murid
dapat:
Domain Kognitif:
Sebelum tamat pengajaran,
dalam masa 5 minit murid tahun
5 Al-Farabi dapat:
i. Menyatakan pengertian bek-
erja dengan betul dan jelas.
ii. Menyenaraikan adab bek-
erja dengan betul.
iii. Menyatakan kepentingan
adab bekerja dengan betul.

Domain Psikomotor:
i. Menulis kepentingan adab
bekerja dalam bentuk peta i-
think.
Domain Afektif:
i. Mempersembahkan tugasan
hasil daripada peta i-Think.
ii. Ibu bapa bekerjasama
memantau murid murid
menjawab kuiz.
Video: https://bit.ly/3vfikJ2 Langkah 3:
Saya menggunakan bantuan
mengajar seperti video, kuiz
wordwall, google form dan ker-
tas A4.

Image is not needed Langkah 4:


Guru menunjukkan gambar dan
video pelbagai pekerjaan dalam
video pengajaran kemudian
kaitakan dengan adab-adab
ketika bekerja dan juga
kepentingannya.
Google Form: https://bit.ly/3daKY6d Langkah 5:

Guru menguji kefahaman murid


melalui Google Form. Kemudian
murid memberi respon dengan
menjawab kuiz di Google Form.

Borang Semak Semula Langkah 6:


Borang ini diedarkan kepada ibu
bapa untuk menilai kefahaman
murid. Ibu bapa diberi tanggung-
jawab untuk semak semula kefa-
haman murid dan ibu bapa
mengisi boring tersebut dan
menghantar semula kepada guru
melalui Whatsapp.

.
BAHAGIAN III:
Bagaimana setiap langkah Model ASSURE berguna di
Model ASSURE dalam pengurusan bilik darjah

1. Analisa Pelajar Menganalisa pelajar sangat penting seperti murid pasif guru
perlu ada bahan yang menarik minat pelajar. Analisa pelajar
penting supaya bahan yang dibina mencapai objektif guru.
Dengan analisa ini juga guru dapat membangunkan bahan
yang baik bersesuaian dengan latar belakang murid demi
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik.
2. Nyatakan Objektif Guru mestilah menyatakan objektif yang jelas dan hasil
pembelajaran yang mahu dicapai. Objektif dan hasil
pembelajaran juga haruslah yang mudah diukur. Objektif
yang jelas dapat membantu guru fokus kepada yang
sepatutnya. Dengan menetapkan objektif guru dapat
menyediakan bahan yang bersesuaian.
3. Memilih Kaedah, Guru mestilah memilih kaedah, media dan bahan yang
Media dan Bahan bersesuaian dengan pelajar sebelum guru mula mengajar
untuk memastikan objektif dapat dicapai. Memilih kaedah
yang sesuai adalah penting untuk menyesuaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seperti pengenalan kepada
konsep, aktiviti berkumpulan dan Latihan. Antara kaedah
yang boleh dipakai ialah latih tubi, perbincangan dan Latihan.
Memilih media juga perlu bersesuaian dengan murid demi
memastikan pelajaran yang ingin disampaikan berkesan.
Memilih media berdasarkan prinsip “preview” media, media
tidak bermasalah, lokasi, menentukan pelajar dan media
mampu memberikan pengalaman baru kepada pelajar.
Memilih bahan perlu berdasarkan isi pelajaran. Pemilihan
bahan yang kreatif dan mampu meransang atau menarik minat
pelajar dapat memupuk minat dan daya fikir pelajar. Oleh itu,
penyediaan bahan mengikut model ASSURE dapat membantu
para guru dan juga meransang tingkah laku dan minda pelajar.
4. Gunakan Media dan Penggunaan media dan bahan amat penting kerana murid juga
Bahan semakin biasa dengan penggunaan media dan teknologi oleh
itu dengan menggunakan media dan bahan dapat menarik mi-
nat pelajar seperti peta minda yang bergerak, video dan juga
buku teks. Penggunaan bahan internet seperti e-learning,
pembelajaran online dan sebagainya juga boleh diaplikasian
tetapi haruslah dikawal dan ditambah baik agar isi pengajaran
dapat disampaikan sesuai dengan situasi dan pelajar.
5. Tindak Balas Pelajar Tindak balas pelajar adalah sesuatu pembelajaran yang
melibatkan murid beraktiviti dan berfikir secara aktif. Selari
dengan abad ke-21 yang menfokuskan aktiviti yang
berpusatkan murid, dan memupuk kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif, beberapa aktiviti yang berpusatkan murid
dan melatih kemahiran berfikir boleh dijalankan seperti
membentuk kumpulan kecil untuk memberi peluang murid
berbincang mengenai topik pelajaran selepas melihat tayang
media. Setelah itu, wakil kumpulan akan membentangkan apa
yang telah dibincangkan. Selain itu, tindak balas pelajar dapat
mengekalkan motivasi murid terhadap aktiviti pembelajaran.
Kemudian guru memberi maklum balas atau respon kepada
murid.
6. Nilai dan Semak Sem- Dengan menilai dan semak semula ia dapat membantu guru
ula untuk melihat sejauh mana keberkesanan teknik atau strategi
mengajar. Sebagai contoh penilaian secara informal melalui
hasil lembaran kerja, pemerhatian, soal jawab, aktiviti
berkumpulan dan perbentangan. Melalui kaedah ini guru
dapat memperbaiki kaedah dan strategi yang digunakan
semasa mengajar. Pada masa ini, saya boleh teknik,
mengubah bahasa dan menggunakan alternatif lain yang
berkesan.
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Buku Teks KAFA Adab dan Akhlak, Tahun 5
https://www.niu.edu/citl/resources/guides/instructional-guide/gagnes-nine-events-of-
instruction.shtml

Anda mungkin juga menyukai