Anda di halaman 1dari 17

Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini

Posted on March 14, 2017March 16, 2017 by amin

Kaedah dan teknik pengajaran masa kini adalah mengarah kepada memindahkan pelbagai
kemahiran kepada murid yang melebihi literasi dasar eM, iaitu membaca secara kritis,
menulis secara persuasif, berfikir dan memberi pendapat secara logik serta dapat mengatasi
masalah yang kompleks. Guru juga dituntut memindahkan ilmu mengurus maklumat,
mencari, menilai dan mengamalkan pengetahuan secara luwes.

1.Flipped Classroom
Flipped Classroom bermaksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik. Idea ini datang
daripada Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007), guru yang mengajar di Woodland Park
High School, Woordland Park, Coloradoyang menghasilkan perisian untuk merakambahan
pengajarannya dalam bentuk persembahan power point. Mereka kemudiannya memuatnaik
rakaman video kuliah dalam talian internet supaya murid yang ketinggalan dalam kuliah
dapat mengikuti kuliah pada bila-bila masa. Teknik kuliah secara dalam talian tersebut
kemudiannya tersebar di seluruh negara. Oleh sebab itu mereka dipanggil untuk memberi
taklimat tentang kaedah tersebut kepada guru-guru lain. Kaedah ini terus berkembang dan
ramai di kalangan guru-guru menggunakan video podcasts dan video atas talian untuk
menyampaikan pengajarannya di luar waktu. pengajaran dan pembelajaran dan di luar bilik
darjah. Semasa interaksi bersemuka di dalam bilik darjah, guru membimbing murid
melakukan aktiviti kolaboratif dan membuat latihan berkonsepkan masteri.
Kaedah pengajaran flip ialah satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak
memanfaatkan teknologi. Murid mula mengkaji topik di rumah menggunakan pengajaran
video yang disediakan oleh guru. Kemudian di dalam kelas, murid diberikan aktiviti
menyelesaikan masalah atau membuat kerja-kerja amali berhubung dengan isi pelajaran
yang telah mereka pelajari di rumah. Dengan lain perkataan, murid belajar di rumah dan
membuat homework di sekolah. Peranan guru sebagai tutor yang membantu murid
apabila menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan, mega simulasi maklumat, dan
mencipta idea-idea baharu. Guru tidak perlu menyampaikan pelajawan awal seperti
pembelajaran tradisional. Senario ini membolehkan guru mempunyai banyak masadi dalam
kelas yang dapat dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti pengukukuhan dan pengayaan dalam
pembelajaran berasaskan projek di samping dapat memberikan tumpuan kepada keperluan
murid secara individu.
P&P Tradisional P&P Flipped Classroom
Guru bersama murid membahaskan

Guru menyajikan pelajaran, menguruskan kesalahan konsep, menyelesaikan

1 perbincangan, kelompok, danmembuat rumusan. tugasan, membuat amali dan ujian .


Semawa waktu pengajaran dan pembelajaran, guru

berada di hadapan kelas dan mengajar secara Guru melaksanakan aktiviti

2 langsung. bimbingan dan pengukukuhan.


Guru membekalkan latihan dan tugasanuntuk murid Guru membekalkan bahan

sesesaikan di rumah serta latihan akan pengajaran dan pembelajaran dalam

3 dibincangkan semasa sesi P&P berikutnya. talian.


Murid menonton video dan

mencatatkan fakta penting dan

4 Murid membuat latihan di luar waktu P&P. mengemukakan soalan.


Guru dan murid berinteraksi secara

5 Di rumah, guru dan murid tiada interaksi. individu dalam talian.

Alat yang boleh digunakan untuk melaksanakan Flipped Classroom


Youtube

https;//www.youtube.com
Webquest

https://www.zunal.com/we

bquest
Edmodo

https://www.edomodo.co

Creately
https://creately.com/
Model Flipped Classroom
Tiada model khusus untuk [engajaran kaedah Flipped Classroom. Struktur pembelajaran
menunjukkan bahawa murid mengikuti kuliah melalui alat perakan di luar waktu P&P dan
disusuli dengan aktiviti latihan dan dengukukuhan. Perkara yang biasa dilakukan oleh guru
di dalam bilik darjah adalah seperti menyampaikan isis pelajaran, latar belakang
pengetahuan, dan pengalaman hidup sebenar telah diterima oleh murid di rumah
melalui podcast, video Youtube, dan pelbagai sumber dalam talian. Biasanya kerja rumah
akan dibuat dalam bilik darjah dengan bantuan guru.
Oleh hal yang demikian, Flipped Classroom bukan sekadar pembelajar menggunakan video
dalam talianmenggantikan guru. Murid juga dapat belajar tanpa struktur yang rigid dan
mereka banyak menghabiskan masa untuk mengikut pelajaran di atas talian. Murid
mungkin diminta melihat beberapa rakaman kuliah selama lia hingga tujuh minit untuk
setiap satu rakaman. Setiap satu rakaman diikuti dengan satu kuiz atas talian untuk
menguji kefahaman mereka tentang apa-apa yang telah dipelajari secar interaktif.Murid
dapat mengtulang tayang segemen yang kurang difahami untuk kefahaman yang lebih jelas
bagi mengelakkan kekeliruaan. Di dalam bilik darjah, guru membincangkan topik yang telah
dipelajari dan membuat pengukukuhan dengan menggalakkan murid bekerjasama membina
dapatan baharu di samping memantau kemahiran murid.
Ciri-ciri Flipped Classroom
1. Waktu interaksi guru dan murid dalam bilik darjah seperti biasa.
2. Ditambah lagi dengan interaksi secara atas talian di luar jadual waktu kerja.
3. Pesekitaran pembelajaran lebih luas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan
oleh murid lebih banyak.
4. Kaedah pembelajaran langsung dan pembelajaran konstruktivisme boleh
digabungkan.
5. Murid yang tidak hadir kesekolah juga dapat mengikuti pengajaran guru.
6. Wujud sebuah kelas yang dapat menghubungkan semua murid dalam
pembelajaran.
Kelebihan Flipped Classroom
1. Kesan penggunaan teknologi dalam kaedah Flipped Classroom dapat mengawal
interaksi murid ke arah yang lebih positif.Mereka terpaksa menggunakan banyak
masa untuk membaca dan mamahamibahan kuliah, memberi maklum balas
kepada guru dan berbincang bersama rakan sekelasnya. Murid juga perlu
membuat cacatan sendiri dan menyediakan soalan-soalan untuk dibincangkan
pada waktu interaksi ketika bersemuka bersama guru dan rakan dalam bilik
darjah pada keesokkannya.
2. Guru terdorong untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti
dalam bentuk video yang mesra pengguna.
3. Waktu interaksi bersemuka antara guru dan murid adalah mengadakan
pembelajaran hands-on, amali dan demontrasi guru serta melakukan aktiviti
berbentuk projek yang kreatif secara individu dan berkumpulan bagi menerapkan
pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
Pengajaran Flipped Classroom telah terbukti dapat mengurangkan kadar keciciran di
kalangan murid dan meningkatkan kualiti belajar murid. Namun, ramai orang berpendapat
bahawa pengajaran flipped Classroom mengorbankan murid yang tidak mempunyai akses
kepada internet di luar sekolah. Dalam hal ini, guru-guru dapat mengatasi dengan
membekalkan CD atau tumb-drive yang dimuatkan dengan video bahan pengajaran guru.

Rumusannya, Flipped Classroom menyediakan ruang dan peluang untuk membolehkan


berlakunya sesi pembelajaran melalui pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru dengan
menggunakan alat berteknologi bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih
berkesan.

2. Blended Learning
Blended Learning bermaksud kaedah pengajaranguru dan pembelajaran murid yang
menggabungkan amalan tradisional seperti pembelajaran bersemuka dalam bilik darjah
dengan penggunaan teknologi sebagai pengantara seperti komputer dan rangkaian
internet serta media digital. Dengan lain perkataan, Blended Learning bermaksud guru
menggunakan lebih daripada satu kaedah penyampaian dalam bilik darjah. Jika guru ingin
mengajar dengan menggunakan kaedah bersemuka dalam bilik darjah sahaja, maka guru
tidak akan mencapai kriteria pedagogi masa kini. Hal demikian kerana pengaruh
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah banyak diadaptasi dalam
pengurusan pendidikan lebih-lebih lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun 2005, Micheal Nelsen, Sean Fitzgerald, dan Liegh Blackall telah menghasilkan
satu kaedah ini untuk membantu latihan guru di Western Sydney Institute of TAFE dan
Sydney Institute of TAFE. Mereka mempromosikan alat percuma dan mudah untuk
pengajaran dan pembelajarandalam talian. Idea mereka mendapat sambutan dan mereka
mengadakan bengkal latihan untuk menyebarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang menggabungkan sumber-sumber pembelajaran.

Kaedah pembelajaran Blended Learning ini disesuaikan dalam pendidikan formal iaitu murid
akan belajar dalam bilik darjahdan guru menyampaikan isi pelajaran secara interaksi
bersemuka menggunakan papan tulis dan digabungkan dengan penyampaian bahan
sokongan menggunakan komputer, media digital dan talian internet. Selepas waktu P&P,
masa pembelajaran murid dan interaksi dengan guru tiada had kerana pembelajaran boleh
berlaku menggunakan media atas talian.Aplikasi ini sangat nmemudahkan guru untuk
mengumpul data dan membuat penyesuaian pengajaran dan penilaian tehadap murid
dalam pengajarannya.Pihak sekolah boleh disaran dengan mengadakan aktiviti untuk
muridnya dengan memilih sumber dan menyalurkan semula sumber-sumbe pembelajaran
yang sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah untuk meningkatkan hasil
pembelajaran murid. Guru sentiasa mengawal dan membimbing aktiviti murid dari semasa
ke semasa.

Model Blended Learning mengwujudkan lima pola interaksi iaitu


1. Interaksi murid dengan murid
2. Interaksi murid dengan guru
3. Interaksi murid dengan komuniti
4. Interaksi murid dengan bahan pembelajaran
5. Interaksi murid dengan teknologi
Rajah di atas menunjukkan pola interaksi Blended Learning. Sesi pembelajaran berlaku
dalam dua dimensi iaitu dalam bilik darjah secara bersemuka dan di atas talian iaitu secara
maya.

Apabila pembelajaran bergabung ini dapat dilaksanakan sepenuhnya, semua murid sibuk
menyempurnakan tugasanuntuk menghasilkanm produktiviti yang bermutu kerana produk
mereka akan dikongsi dan dinilai pada peringkat pesekitaran global secara terbuka.

3. Project Based Learning


Pembelajaran berasaskan projek (project based learning-PBL) adalah satu teknik pengajaran
dan pembelajaran yang telah diperkenalkan di Malaysia. Teknik ini merupakan satu teknik
pembelajaran abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana ia menyokong kesemua
kemahiran dalam komponen-komponen 4C (Communation, Collaboration, Critical Thinking,
Creativity). Teknik pembelajaran ini adalah berpusatkan murid, memerlukan masa untuk
disiapkan, merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai (mutiple intellehent).
Perkara yang lebih ketara di sini adalah ciri-ciri PBL yang memerlukan murid berinteraksi
dengan isu dan amalan dunia sebenar. Teknik ini memberikan ruang dan peluang kepada
murid untuk memahami sesuatu perkara secara mendalam (mastery learning). Melalui PBL,
murid menjelajah pengetahuan-pengetahuanbaru, membuat pertimbangan, interpretasi
serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperolehi secara bermakna
(teori konstruktivisme dan teknik inkuiri). Mengikut artikel Futureworks: Trends and
Challenges for Works in the 21st. Centry.
We are living in new economy-powered by technology, fueled by information, and driven by
khowledge
Menurut Secretarys Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) pula terdapat
enam kemahiran yang diperlukan oleh murid untuk menghadapi abad ke-21 iaitu:
1. Tanggungjawab personal dan sosial
2. Kemahiran perancangan, berfikir kritikal, penaakulan dan kreativiti
3. Kemmahiran komunikasi yang kuat sama ada bagi interpersonal dan keperluan
pembentangan
4. Kefahaman antara budaya
5. Kemahiran pemahaman visual dan pembuat keputusan
6. Mengetahui bila dan bagaimana menggunakan teknologi dan tahu mengenal
pasti teknologi yang sesuai untuk sesuatu tugasan
Langkah-Langkah Pelaksanaan PBL

PBL dilaksanakan dengan berpandukan kepada langkah-langkah berikut:

1. Mendapatkan topik penyiasatan/topik kajian: Topika ini hendaklah


mengambil kira daripadan Kurikulum (Huraian Sukatan Pelajaran). Top[ik yang
dipilih pula mestilah berkisar dengan kehidupan sebenar dan sesuai dengan
tahap murid.
2. Membuat perancangan aktiviti: Pada tahap ini murid melakukan sumbang
saran secara berkumpulantentang aktiviti yang akan dibuat bagi menyokong
proses inkuiri. Projek dan pelaksanaannya dibina oleh murid sendiri dengan
pengawasan guru sebagai fasilitator.
3. Membuat takwin aktiviti: Bagi melaksanakan projek, murid harus membuat
takwim bagi pelaksanaan keseluruhan projek serta had masa untuk setiap aktiviti.
4. Pemerhatian dan pemantauan: Guru sebagai fasilitator berperanan aktif
sebagai fasilitator. Guru perlu membimbing murid dalam semua aspek yang
memerlukan kemahiran sebelum murid melakukan sebarang aktiviti.
5. Membuat penilaian: Penilaian berlaku sepanjang proses. Malah setiap aktiviti
yang dilakukan oleh setiap pelajar harus dinilai melalui penggunaan rubrik.
Rubrik boleh dibina dengan merujuk kepada http://rubistar.4teachers.org.
6. Penilaian keseluruhan: Penilaian keseluruhan dibuat setelah projek selesai.
Refleksi boleh dibuat secara individu ataupun berkumpulan. Perbincangan secara
terbuka dalam kumpulan amat berkesan bagi membuat penilaian projek,
membaiki mana-mana bahagian yang kurang lengkap serta membuat
perkongsian pengalaman yang dilalui.

Guru harus boleh mengadakan sesi Presentation of Learning (POL) untuk membentangkan
hasil kerja murid bagi melengkapkan kemahiran pembelajaran abad ke-21.
Kebaikan dan Kelebihan PBL

Memenuhi kemahiran 4C

1. Menguasai kandungan pelajaran


2. Semangat kolaborasi
3. Pemikiran kritikan dan inovatif
4. Kemahiran komunikasi oral dan bertulis
5. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
6. Pemahaman budaya, bangsa dan etika
7. Persediaan kerjaya
8. Menyokong gaya pembelajaran abad ke-21
9. Kesemua bahan TMK di sekolah digunakan sepenuhnya

4. Probelum Based Learning


( Rujuk kepada menu Problem Based Learning )

4. Inquiry Based Education

Inquiri Based Education atau pendekatan berasaskan inquiri merupakan satu pendekatan
yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Satu daripada pendekatan
pedagogi abad ke-21 adalah menekankan pendekatan inkuiri penemuan yang menuntut
pembelajaran berpusatkan murid, manakala guru bertindak sebagai fasilitator.

Inkuiri bermaksud mencari maklumat dengan menyoal dan menyiasat sesuaru fenomena
yang berlaku . Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Murid melakukan aktiviti seperti
membuat eksperimen untuk menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan
sendiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan
ditemui oleh murid dan guru membimbing murid untuk memahami konsep melalui hasil
inkuiri penemuan tersebut.

Terdapat dua jenis strategi inkuiri , iaitu

Inkuiri terbimbing
Guru perlukan murid untuk membimbing murid-murid menjalankan semua proses
kajian.
Inkuiri terbimbing sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah
rendah.
Inkuiri terbuka
Murid tidak diberi sebarang bimbingan. Semua proses kajian dilakukan oleh murid itu
sendiri.
Inkuiri terbuka sesuai digunakan pada peringkat menengah atas dan peringkat yang
lebih tinggi.

Kemahiran inkuiri sangat sesuai diterapkan dalam mata pelajaran Sains. Rajah di atas
menunjukkan model inkuiri Sains oleh John Dewey yang berlandaskan kepada lima
langkah . Model ini digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur Sains
bagi menyelesaikan masalah.

Prinsip-Prinsip Inquiry Based Education


1. Memilih topik kajian mengikutobjektif pelajaran dan kebolehan murid
2. Menyediakan peralatan untuk menjalankan kajian
3. Memberi taklimat kepada murid mengenai tujuan kajian
4. Memastikan murid telah memahami langkah-langkah melaksanakan kajian Guru
membimbing murid membuat kajian pada setiap peringkat
5. Guru ditegah memaklumkan kjawapanatau kesimpulan kajian kepada murid
6. Memantau aktiviti murid
7. Membincangkan hasil dapatan kajian murid dalam kelas

Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan
ini.

http://edup3033.aminteach.com/2017/03/14/kaedah-dan-teknik-pengajaran-masa-kini/

Anda mungkin juga menyukai