Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN
Saya Hindhumathy A/P Veloo, siswa pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus
Tuanku Bainun telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semester
dua Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Opsyen Bahasa Tamil (PISMP BT) di
Sekolah Jenis Kebagsaan (Tamil) Ladang Sabak Bernam selama lima hari iaitu pada 18
hingga 22 Mac 2019. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program
yang dijalankan di semua Institut Pendidikan Guru untuk guru pelatih dari semester 2
hingga semester 4 PISMP. Hal ini kerana, ia akan memberikan peluang kepada guru
pelatih untuk merasai situasi sekolah sebagai pendidik dan guru pelatih dapat
menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang baru. Saya telah melaksanakan
pemerhatian dan temu bual dengan guru dan murid untuk membuat satu laporan
program pengalaman berasaskan sekolah tentang pelbagai aspek perbezaan individu
bagi menyiaplan kerja kursus murid dan pembelajaran EDUP 3033 dengan sempurna.

2.0 PERBEZAAN INDIVIDU


Setiap individu yang dilahirkan di dunia ini berbeza di antara satu sama lain. Menurut
Slavin (1997), mengatakan bahawa perbezaan individu merangkumi aspek perbezaan
individu dari segi perkembangan dan pertumbuhan mengikut jantina, fizikal, emosi,
bakat, budaya, dan kemahiran sosial. Dengan ini kita boleh katakan bahawa perbezaan
individu adalah keunikan dan ketidaksamaan yang terdapat antara seorang individu dan
individu yang lain. Ketidaksamaannya dapat dilihat dari segi kognitif, fizikal, moral,
tingkah laku dan sebagainya. Oleh itu, sebagai seorang guru adalah pentingnya untuk
mengenal pasti dan mengetahui tentang perbezaan murid di sekolah. Contohnya, guru
harus mengetahui latar belakang murid, tahap sosioekonomi, budaya dan sebagainya.
Dengan ini guru dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan berkesan. Bukan itu sahaja dengan mengenali perbezaan individu murid guru
dapat merancangan pengajaran kepada murid dengan memilih strategi, kaedah dan
pendekatan yang sesuai.

3.0 ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU YANG DIKENAL PASTI (PBS)


Kerja kursus saya dalam program pengalaman berasakan sekolah ialah untuk
melaksanakan pemerhatian dan temu bual dengan guru dan murid agar mendapatkan
maklumat yang lebih banyak tentang aspek perbezaan individu. Saya membuat banyak
pemerhatian selama lima hari saya berada di sekolah tersebut dan khususnya di kelas
Tahun 1 Thiruvalluvar. Hal ini kerana, murid dari kelas tersebut memberi komitmen yang
baik kepada saya untuk melaksanakan pemerhatian dan temu bual. Saya diberi peluang
oleh guru yang mengajar kelas tersebut untuk berkolaberatif dengan murid semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu, ia memudahkan saya untuk
mengenal pasti perbezaan individu. Daripada hasil interaksi dan pemerhatian, saya
memilih dua orang murid dari Tahun 1 kelas Thiruvalluvar yang berbeza jantina. Murid
pertama bernama Thanush yang berjantina lelaki manakala murid kedua yang telah
saya pilih ialah Chandralekha yang berjantina perempuan.

3.1 ASPEK FIZIKAL


Daripada hasil pemerhatian saya kedua - dua pelajar tersebut berbeza mengikut
aspek fizikal. Pelajar yang bernama Thanush bertubuh besar dan suka bergaul
dengan semua orang manakala pelajar yang bernama Chandralekha bertubuh
kurus dan seoranf yang pendiam. Faktor baka dan situasi yang mereka
dibesarkan menjadikan kedua - dua individu ini berbeza dari segi fizikal.
Perbezaan aspek fizikal ini memberi implikasi kepada pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini dikatakan begitu kerana, Thanush akan mudah berasa letih
dan tertekan kerana dia mempunyai badan yang besar. Selain itu, dia juga tidak
dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas kerana keletihan dia
mengganggu untuk berfokus dalam pelajaran. Pelajar perempuan pula dapat
memberikan perhatian di dalam kelas dengan aktif dengan membuat kerja tepat
pada masa dan menjawab soalan yang ditanya oleh guru berbanding dengan
murid lelaki. Oleh itu, sebagai seorang guru kita harus mengenal pasti perbezaan
individu agar dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.2 ASPEK SOSIAL


Menurut Noriati A.Rashid (2017), perbezaan dari aspek sosial adalah mengikut
ciri - ciri semula jadi seseorang individu yang akan tentukan sama ada seseorang
itu pemalu, pendiam, suka bergaul atau suka mengasingkan diri. Sepertimana
yang saya nyatakan di atas murid lelaki adalah seorang yang suka untuk bergaul
manaka murid perempuan pula pendiam. Hal ini demikian kerana, perbezaan
sosial dipengaruhi oleh latar belakang keluarga murid dan pelbagai faktor yang
lain. Jika kita lihat dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid lelaki
mudah bergaul dengan ahli kelas mereka apabila guru diberikan satu tugasan
kerja kumpulan manakala murid perempuan suka mendiamkan diri dan tidak
melibatkan diri dalam kerja kumpulan. Jika seorang guru tidak peka terhadap
perbezaan murid dari aspek sosial maka mereka tidak boleh mencapai objektif
pelajaran. Oleh itu seorang guru harus mengenal pasti perbezaan aspek sosial
agar mereka dapat memilih kaedah yang sesuai untuk menjalankan PdP.
3.3 ASPEK MENTAL
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, mengingati, belajar dan
sebagainya. Daripada pemerhatian saya terhadap dua murid ini mereka
mempunyai aras kognitif yang berlainan. Pelajar lelaki yang bernama Thanush
boleh dikatakan sebagai ‘slow learner’ manakala pelajar perempuan yang
bernama Chandralekha pula dapat berfikir dan belajar dengan lebih cepat. Ini
menunjukkan bahawa murid perempuan mempunyai kemahiran berfikiran yang
tinggi daripada murid lelaki. Walaubagaimanapun dalam mata pelajaran
pendidikan jasmani murid lelaki bernama Thanush cepat belajar cara - cara untuk
bermain berbanding pelajar perempuan. Oleh itu guru harus mengenali
keupayaan murid yang berbeza agar dapat menjalankan PdP yang berkesan
kepada pelajar.

3.4 ASPEK EMOSI


Apabila saya memerhatikan pelajar tersebut, saya dapat mengenali bahawa
pelajar perempuan tidak dapat menumpukan perhatian dalam mata pelajaran
yang diajar oleh guru kerana dia berasa marah dengan sesuatu perkara. Ia
membuatkan pelajar tersebut yang bernama Chandralekha untuk hilang fokus
dalam kelas. Manakala murid lelaki yang bernama Thanush pula boleh
melibatkan diri dengan aktif di kelas walaupun dia berasa sedih atau marah. Ini
menunjukkan bahawa murid lelaki tersebut tidak menunjukkan emosinya kepada
semua orang apabila PdP dijalankan. Guru harus mengenalpasti perbezaan
emosi murid – murid dan menangani dengan cara yang sesuai. Bukan itu sahaja
guru harus merancangkan pelbagai strategi mengikut personaliti murid supaya
dapat mempertingkatkan penglibatan murid dalam kelas dan keyakinan diri
mereka.

4.0 KEPENTINGAN DAN IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU


Sebagai seorang guru ilmu tentang perbezaan individu adalah penting bagi menjalankan
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru boleh menangani masalah
perbezaan individu dengan menitikberatkan aspek - aspek perbezaan individu dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan pertamanya ialah
dengan mempunyai ilmu perbezaan individu guru boleh memahami perbezaan murid
dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Dengan ini guru dapat memberi layanan yang
sama rata kepada murid. Selain itu, guru juga dapat memahami tingkah laku murid agar
guru dapat mengadakan interaksi yang baik dengan murid. Seterusnya, guru boleh
melaksanakan aktiviti - aktiviti pengajaran dengan memahami kebolehan serta minat
murid yang berbeza. Akhirnya kepentingan mempunyai ilmu perbezaan indivudi ialah
guru dapat mempelbagaikan alat bantu mengajar yang bersesuaian untuk digunakan
oleh semua pelajar.
Terdapat beberapa implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah kesediaan belajar oleh murid dalam kelas. Di dalam
kelas, kita dapat lihat bahawa murid mempunyai pelbagai peringkat kesediaan belajar
yang berbeza. Murid - murid yang mendapat pendidikan di rumah dan pra-sekolah akan
kelihatan bersedia semasa guru memulakan pengajaran manakala murid yang tidak
belajar di pra - sekolah mengalami kesukaran untuk memulakan pelajaran dan
keadaannya adalah berbeza. Seterusnya, murid yang mempunyai perbezaan dari segi
kognitif, psikomotor harus dikenal pasti oleh guru agar dapat memilih kaedah yang
sesuai untuk melaksanakan pengajaran. Seterusnya, kanak - kanak mempunyai
kebolehan fizikal yang berbeza. Contohnya murid berbadan besar, kecil, tinggi dan
pendek. Ini akan mempengaruhi mereka dalam menjalankan aktiviti PdP. Keadaan ini
jelas terbukti bahawa kecergasan dan kemahiran murid dalam aktiviti PdP bergantung
kepada kematangan dan kebolehan mereka. Akhirnya, dari aspek perbezaan emosi pula
mempunyai implikasi terhadap PdP. Murid – murid yang mendapat asuhan ibu bapa
yang sempurna dapat menstabilkan emosi mereka dan memberi tumpuan yang
sepenuhnya dlam pembelajaran. Tumpuan dalam pelajaran dapat membantu mereka
untuk mencapai kecemerlangan akademik manakala murid yang datang daripada
keluarga yang ibu bapanya terlalu sibuk dengan kerja dan tidak menumpukan perhatian
terhadap kanak – kanak akan mengalami masalah emosi. Hal ini kerana kekurangan
kasih saya dan perhatian oleh ibu bapa. Keadaan ini akan menjejaskan akademik murid.

5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita harus mempunyai ilmu yang secukupnya
tentang perbezaan individu kerana ia memberi pelbagai kesan terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, mereka harus mengambil inisiatif agar dapat
menjalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan agar murid dapat
mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Anda mungkin juga menyukai