Anda di halaman 1dari 4

Laporan PBS

Tuhan menciptakan setiap manusia berbeza daripada semua aspek. Menurut Khairul
Yusri (2007), perbezaan individu adalah ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal,
mental, sosial dan emosi seseorang individu. Sebagai seorang guru harus memahami
perbezaan induvidu antara murid kerana perbezaan individu dapat mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tambahan pula Kluckholn dan Murray (1971),
menyatakan bahawa setiap manusia akan bertindak seperti manusia yang lain, mereka juga
akan bertindak mengikut kumpulan dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi
sesuatu perkara. Hal ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah berbeza
antara satu sama lain. Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya
telah melakukan sebuah kajian tentang perbezaan individu dari segi jantina dan emosi.
Saya telah menjalankan PBS di sekolah SJK(T) Mambang Di Awan. Saya telah memilih
seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan daripada tahun 3 untuk mengkaji
perbezaan induvidu jantina dan emosi mereka berdua. Murid yang pertama bernama
Nityahvasan A/L Segar dan murid yang kedua adalah bernama Dhavenya A/P
Ramachandran. Mereka berdua ini berumur 9 tahun. Saya telah menyediakan beberapa
ujian untuk mengetahui perbezaan induvidu dari segi jantina dan emosi kedua-dua murid
tersebut.

ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Melalui kajian ini, dua aspek perbezaan individu telah dikaji iaitu jantina dan emosi.
Saya telah memilih murid yang berlainan jantina bagi mengetahui perbezaan ketara sesama
mereka. Pertama sekali perbezaan individu dari segi aspek jantina telah dikaji. Aspek jantina
amat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid lelaki dan
perempuan mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Tambahan pula, jantina
perempuan akan lebih awal mencapai kematangan dari segi fizikal dan mental jika
dibandingkan dengan jantina lelaki. Hal ini menunjukkan bahawa jantina perempuan
mempunyai kematangan awal dalam kemahiran mendengar, memikir ,memerhati dan lain-
lain. Perkara ini dapat dibuktikan dengan ujian yang saya sediakan kepada mereka. Jadual
1.0 dibawah menunjukkan keputusan murid lelaki dan perempuan tersebut.

1
Nama Jantina Markah
Nityahvasan A/L Segar Lelaki 6
Dhavenya A/P Ramachandran Perempuan 9

Jadual1.0 Menunjukkan keputusan murid lelaki dan perempuan

Jika memerhatikan Jadual 1.0 di atas menunjukkan bahawa murid lelaki tersebut
mendapat markah yang kurang berbandingkan dengan murid perempuan. Sebagai guru
harus memahami kepentingan perbezaan individu dari segi jantina. Guru harus mengetahui
keunikkan setiap murid dan harus mencungkilkan bakat yang tersembunyi dalam mereka.
Misalnya, guru harus menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
kedua-dua jantina. Sesetengah cara pengajaran kemungkinan tidak sesuai untuk murid
perempuan atau untuk murid lelaki. Maka ia dapat menjejaskan proses pembelajaran murid
tersebut. Proses pengajaran yang mengamalkan aspek-aspek abad ke-21 dapat membantu
guru untuk melaksanakan proses pengajaran dengan sempurna untuk kedua-dua jantina.
Sebagai contoh, pembentangan slide, gallery walk, membuat ujian mengunakan kohoot,
pembelajaran secara online dan sebagainya. Cara pengajaran seperti ini amat sesuai untuk
kedua-dua jantina. Implikasinya, proses pembelajaran murid lelaki dan murid perempuan
akan sama taraf dan dapat mengurangkan perbezaan tahap pembelajaran. Hal ini dapat
dilihat di banyak universiti pelajar perempuan adalah banyak daripada pelajar lelaki.
Perbezaan ini dapat diatasi jika guru-guru memahami perbezaan induvidu dari segi jantina
dan menjalankan cara pengajaran yang sesuai untuk kedua-dua jantina. Pada masa yang
sama guru juga harus memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku lancar dan tanpa
apa-apa gangguan.

Seterusnya adalah kajian perbezaan induvidu dari segi emosi murid-murid. Setiap
murid akan mempunyai tahap emosi yang berlainan. Hal ini kerana latar belakang dan
pengalaman setiap murid adalah berbeza. Emosi murid dapat dipengaruhi oleh suasana di
rumah, suasana di sekolah, kawan-kawan, dan lain-lain. Contoh emosi yang dapat
diperhatikan dalam kalangan murid adalah ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif
dan sebagainya.

Berdasarkan pemerhatian saya Nityahvasan A/L Segar adalah pelajar tahun 3. Dia
adalah murid pemulihan. Dia selalunya gelak dan berkelakuan gembira di kelas. Pada masa
yang sama dia adalah pelajar bermasalah di sekolah tersebut. Dia pernah melakukan
banyak kes disiplin yang berat. Maka, saya memberi soalan inventori emosi untuk
mengenalpasti emosinya. Di dalam keputusannya terdapat bahawa dia mempunyai

2
pemikiran yang sangat negatif terhadap persekitaranya. Seterusnya berdasarkan
pemerhatian Dhavenya A/P Ramachandran adalah seorang murid yang pendiam di kelas
tersebut. Murid tersebut adalah murid yang cemerlang dalam pembelajaran. Semasa pelajar
tersebut diberi soalan inventori emosi jawapannya semua positif dibandingkan dengan
negatif. Maka di sini jelaslah bahawa emosi murid lelaki tersebut diganggu tetapi emosi
murid perempuan tersebut stabil. Oleh sebab emosi murid lelaki tersebut terganggu, dia
tidak dapat belajar dengan baik. Manakala murid perempuan yang mempunyai emosi yang
stabil dapat belajar dengan lebih baik daripada murid lelaki. Oleh itu, guru harus memerhati
murid-murid di kelas supaya dapat mengenal pasti emosi murid. Pemberian motivasi dan
pengajaran nilai moral dalam proses pengajaran dapat membantu untuk mengimbangkan
emosi murid di dalam kelas.

Kesimpulan

Kesimpulannya. setiap manusia dicipta dengan unik begitu juga dengan murid-murid di
sekolah. Mereka adalah unik dari segi perbezaan individu dan mempunyai pelbagai
kebolehan. Perbezaan individu adalah satu elemen yang penting dalam bidang pendidkan.
Perbezaan individu dalam kalangan murid harus dipelajari dan dikenal pasti oleh seseorang
guru bagi melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai pendidik
yang bertanggungjawab perlu sentiasa mencuba untuk menentukan dan membina
kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid berdasarkan perbezaan individu. Cabaran paling
besar yang dihadapi oleh guru-guru adalah untuk menangani kesan-kesan yang dihadapi
oleh seseorang murid disebabkan oleh perbezaan individu. Namun, guru sentiasa perlu
mengingati bahawa semua aspek yang diambil kira akan mempengaruhi penerimaan serta
minat murid untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar untuk
memegang tampuk pemerintahan pada masa akan datang. Jadi, sebagai guru kita perlu
berpegang pada tanggungkawab kita untuk mendidik dan melahirkan seorang insan yang
akan menjadi tunjang Negara pada masa akan datang walau apa jua cabaran.

3
4

Anda mungkin juga menyukai