Anda di halaman 1dari 11

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya diberikan kesihatan yang baik, saya
Rosliyana binti Ruslan telah berjaya menyiapkan tugasan individu EDUP3023
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK dan dapat menyiapkannya tepat pada masanya.
Setinggi-tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah
pembimbing iaitu Dr Liza Isyqi binti Ramli, yang banyak membantu dalam memberi
tunjuk ajar, buah fikiran, panduan dan komen yang bernas kepada saya dari awal
permulaan tugasan sehinggalah selesai tugasan ini.

Seterusnya, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan lain
yang turut memberi pendapat untuk menyelesaikan tugasan individu ini. Hanya Allah
S.W.T dapat membalas jasa dan budi baik anda semua.

Akhir kata dari saya, jutaan terima kasih kepada semua yang turut terlibat dan membantu
dalam memberi idea, pandangan, mencari bahan rujukan serta dorongan dalam
menyiapkan tugasan kerja individu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Bagi penutup bicara, saya sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kepada Dr Liza Isyqi binti Ramli, dimana semangatnya dalam memberikan pengajaran
dan pembelajaran kepada saya dan saya sudahi dengan wassalam.
TUGASAN 1-PENULISAN AKADEMIK

Pengetahuan terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah


sangat penting bagi seseorang guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
mencipta teknik pengajaran yang bersesuaian dengan semua pelajar mengikut peringkat
perkembangannya. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang
saling berkait. Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau diukur
satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu
jangka masa yang lain (Azizi Yahaya et.al, 2005). Contohnya, berat badan, tinggi, lebar
dada dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan jelas. Menurut
Mok Soon Sang (2009), perkembangan pula ditakrifkan sebagai satu proses yang
berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan yang bersifat kualitatf
dan tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat pada sifat yang baru yang
berlainan dari sifat yang lebih awal. Salah satu daripada perkembangan kanak-kanak
adalah perkembangan kognitif dan bahasa. Perkembangan kognitif merujuk kepada
kebolehan dan keupayaan intelek dan pemikiran seseorang (Rohani Abdullah, 2003).
Berdasarkan teori perkembangan bahasa, bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama
ada bertutur, bertulis atau mempunyai simbol. Perkembangan bahasa pula merupakan
proses pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca, menulis, lisan dan
isyarat (Berk, 1996).

Bagi menjalankan kerja kursus ini, saya telah memilih dua orang murid prasekolah
dari Prasekolah IPG Kampus Ilmu khas sebagai responden dalam menganalisis aspek-
aspek perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Salah seorang murid prasekolah
ini berumur 6 tahun dan merupakan seorang perempuan iaitu Nur Filzah Zahirah binti
Rossaidi (murid A). Seorang lagi merupakan seorang murid lelaki yang berumur 5 tahun
iaitu Ahmed Danish Irsyad Bin Mohd Taqiyuddeen (murid B). Kedua-dua murid ini
mempunyai tahap perkembangan kognitif dan bahasa yang berbeza kerana berbeza
jantina dan umur.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap dua orang murid prasekolah ini, murid A
dapat membina ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul manakala murid B
masih mempunyai pelat di dalam percakapannya. Hal ini jelas menunjukkan
perkembangan bahasa murid A lebih baik berbanding murid B. Murid A menunjukkan
tahap perkembangan yang lebih tinggi kerana dia berumur 6 tahun berbanding Murid B
yang baru berumur 5 tahun. Jadi, tidak hairan jika murid A lebih baik bahasanya
berbanding murid B. Seperti yang kita ketahui, perbendaharaan kata kanak-kanak akan
meningkat seiring dengan peningkatan usia mereka. Secara umumnya, kanak-kanak
perempuan lebih cepat bertutur jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Ini
disebabkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak perempuan lebih cepat
berbanding lelaki. Berdasarkan teori Chomsky, setiap kanak-kanak yang normal akan
mengalami perkembangan bahasa secara berperingkat mengikut umur mereka.
Berdasarkan teori ini, kanak-kanak berusia 5 tahun masih menghadapi masalah dalam
pengelasan dan penyusunan kata dalam percakapan mereka. Mereka juga lebih suka
berbual dalam ayat yang lebih panjang. Kanak-kanak berusia 6 tahun pula boleh
membina ayat dengan baik dan panjang serta dapat memahami maksud sesuatu
perkataan itu. Pemerhatian saya menunjukkan bahawa murid B kurang berkomunikasi
dan jumlah perbendaharaan kata yang dikuasai olehnya masih kurang. Percakapan
murid B juga kurang jelas dan butir bicara yang cuba disampaikan tidak dapat difahami.
Murid ini juga masih tidak dapat menyusun kata-kata dengan baik dalam percakapannya.
Contohnya, dia hanya menggunakan perkataan yang mudah di dalam percakapannya
seperti “susu” dan penceritaannya tidak dapat difahami dengan baik. Murid A pula dapat
bercakap dengan baik tanpa sebarang pelat di mana dia dapat menggunakan perkataan-
perkataan yang lebih tinggi. Murid A juga dapat bercerita seperti orang dewasa. Tahap
perkembangan bahasa kanak-kanak boleh mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) mereka. Jadi, implikasinya terhadap PdP adalah guru boleh
membantu kanak-kanak ini dengan membentuk kumpulan kecil agar mereka dapat
berkomunikasi antara satu sama lain. Aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak yang
lemah seperti murid B dengan memberi peluang kepada mereka untuk bersuara dan
melihat percakapan rakan yang lain. Selain itu, guru juga harus mendedahkan kanak-
kanak dengan pembacaan buku-buku cerita, majalah-majalah orang dewasa agar
penguasaan bahasa akan meningkat dengan lebih cepat.

Perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat tahap mengikut urutan umur


(Jean Piaget, 1952). Kanak-kanak prasekolah ini berada dalam peringkat pra operasi iaitu
berumur 2 hingga 7 tahun. Teori perkembangan kognitif Piaget menyatakan kanak-kanak
pada tahap ini menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan sesuatu. Pada
tahap ini, kanak-kanak sudah boleh menguasai prinsip pengelasan di mana mereka
dapat mengklasifikasi objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri.
Berdasarkan pemerhatian saya, murid A mempunyai tahap kognitif yang baik dan
mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya berbanding murid B. Hal ini kerana
murid A dapat mengklasifikasi sesuatu perkara mengikut kategorinya berbanding murid
B yang masih salah dalam mengelaskan sesuatu perkara. Kedua-dua mereka
menggunakan warna dan simbol dalam mengkategori sesuatu perkara. Sebagai contoh,
di dalam tugasan yang diberikan oleh gurunya, murid A dapat membezakan benda hidup
dan bukan hidup dengan menggunakan warna. Manakala, murid B masih mempunyai
salah dalam menyelesaikan tugasan ini namun begitu dia masih boleh menggunakan
warna dan simbol. Walau bagaimanapun, Piaget berpendapat bahawa pemahaman
kanak-kanak pada ketika in masih lemah dan terbatas kepada konkrit sahaja. Justeru,
implikasi terhadap PdP, guru perlu memperbanyakkan bahan pembelajaran yang
menarik seperti latihan yang berajah, bergambar dan berbentuk 3D bagi menarik
perhatian mereka serta merangsang pemikiran mereka. Guru juga perlu bekalkan bahan
pengajaran selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka iaitu dengan menunjukkan
video tentang perkara yang dipelajari agar murid dapat melihat dan membayang.

Teori perkembangan kognitif Piaget juga menyatakan kanak-kanak pada tahap


pra operasi ini akan mengalami beberapa halangan dalam pemikiran mereka iaitu
animism, egosentrisme dan contraction. Egosentrisme berlaku di mana kanak-kanak
tidak dapat membezakan pandangan sendiri dengan pandangan orang lain. Mereka
menganggap bahawa orang lain mempunyai pandangan yang sama seperti mereka.
Berdasarkan pemerhatian terhadap dua orang prasekolah ini, murid B menunjukkan
sikap egosentrik yang tinggi. Hal ini kerana dia beranggapan saya mempunyai
pandangan yang serupa dengannya. Pada tahap ini juga, daya imaginasi dan fantasi
kanak-kanak berada pada tahap kemuncak. Semasa pemerhatian dibuat, kedua-dua
responden saya sedang mempelajari tentang makanan yang halal dan haram. Hasil dari
pembelajaran tersebut, murid B menyatakan bahawa susu merupakan makanan yang
haram untuk dimakan dan dia beranggapan pandangan saya serupa dengannya. Apabila
saya menyatakan bahawa jawapannya adalah salah, dia tetap berkeras menyatakan
jawapannya adalah tepat. Hal ini kerana kanak-kanak ketika ini menganggap dirinya tahu
jawapan bagi semua perkara. Jadi, implikasi dalam PdP bagi aspek ini adalah guru
seharusnya memainkan peranan sebagai fasilitator ataupun mentor agar murid tidak
terpesong dengan pemahaman yang salah.

Seperti yang telah dinyatakan diatas, tahap perkembangan kognitif dan bahasa
kedua-dua murid ini berbeza-beza. Perbezaan ini dipengaruhi oleh faktor baka dan
persekitaran. Faktor persekitaran ini merangkumi aspek keluarga, sekolah, komuniti dan
media massa. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2005), baka merupakan ciri-
ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anak. Gen-
gen ini yang memberi sifat-sifat unik kepada anak anak dan juga memberi pengaruh
kepada kesuburan mental mereka. Sebagai contoh, paras rupa, warna rambut dan
bentuk tubuh. Faktor persekitaran pula merujuk kepada keadaan semasa proses
perkembangan kanak-kanak. Menurut Lee Shok Mee (1989), persekitaran merupakan
satu kuasa ekstrinsik yang boleh mempengaruhi perkembangan seseorang.

Berdasarkan pemerhatian, perkembangan bahasa murid B agak lemah. Hal ini


kerana faktor persekitaran dari aspek keluarga telah memberi pengaruh terhadap
perkembangannya. Murid B mempunyai masalah pelat dalam bahasanya serta masih
tidak dapat menulis namanya sendiri kerana tiada peneguhan daripada orang sekeliling
terutama ibu bapanya. Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan
bahasa dan sering dikaitkan dengan perkembangan kanak-kanak. Terdapat banyak teori
tentang pemerolehan bahasa. Salah satu teori pemerolehan bahasa adalah teori
behavioris yang dipelopori oleh B. F. Skinner. Beliau berpendapat, pemerolehan bahasa
adalah berdasarkan pelaziman rangsangan yang bersandarkan pemberian ganjaran atau
peneguhan (Khairuddin Mohamad, 2011). Pemberian peneguhan oleh orang sekeliling
kepada Danish boleh mengatasi masalah pelatnya. Menurut Michael Tomasello (2006)
kanak-kanak dapat memahami bahasa melalui persekitarannya. Dalam konsteks ini,
murid B kurang diberi rangsangan iaitu peneguhan terhadap bahasanya. Perkembangan
bahasa boleh berlaku secara tidak langsung antara ahli keluarga di rumah melalui
perbualan harian menerusi ajukan percakapan dan peniruan bahasa. Murid B merupakan
anak tunggal di dalam keluarganya dan ibu bapanya bekerja. Abangnya pula menetap di
asrama sekolah. Jadi, persekitaran keluarganya yang tidak ramai ini telah membataskan
komunikasi sehariannya. Pengurangan dalam komunikasi ini telah membataskan
penggunaan perbendaharaan bahasa murid B serta pengurangan terhadap peneguhan
terhadap bahasanya. Justeru, guru di sekolah perlu memainkan peranan bagi
menggantikan ibu bapa dengan memberi peneguhan secara berterusan supaya
kemahiran tersebut dapat dikukuhkan (Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad, 2012).

Faktor persekitaran dari aspek sekolah juga memberi pengaruh terhadap


perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak ini lebih banyak menghabiskan masa dan
interaksi di dalam persekitaran sekolah. Sebagai contoh, hubungan interaksi secara
langsung antara kanak-kanak dengan guru dan rakan sebaya. Iklim sekolah yang
kondusif iaitu dilengkapi dengan kemudahan yang baik serta guru yang cekap
menguruskan aktiviti PdP akan membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.
Berdasarkankan pemerhatian saya, keadaan prasekolah tersebut telah mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak ini. Hal ini kerana guru disitu menyusun isi kandungan
pelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak yang paling relevan. Guru
melaksanakan pendekatan PdP dengan memperbanyakkan penggunaan simbol, warna
dan perkara yang konkrit. Hal ini dibuktikan melalui kertas kerja dan buku latihan mereka
yang banyak menggunakan rajah, simbol dan warna. Kemudahan di prasekolah yang
baik telah melancarkan proses PdP tersebut. Justeru, kedua-dua responden in mampu
mengklafikasikan sesuatu perkara mengikut kategorinya walaupun mempunyai
kesalahan. Menurut Jean Piaget dalam teorinya, adalah normal bagi kanak-kanak pada
tahap ini untuk melakukan kesalahan. Jadi, tidak menjadi masalah dan penghalang
sekiranya sesorang kanak-kanak itu melakukan kesalahan dalam proses
pembelajarannya.

Kesimpulannya, perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami semua


individu yang bersifat kualitatif namun jelas berubah melalui peredaran masa.
Perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak berkembang secara berperingkat iaitu
dari yang mudah kepada yang lebih kompleks. Jadi, penguasaan kemahiran dan
perkembangan kanak-kanak boleh berkembang tanpa ada batasan jika mendapat
sokongan dan rangsangan yang betul dari persekitaran mereka. Justeru, ibu bapa
merupakan agen terpenting dalam merancang aktiviti bersama anak-anak berdasarkan
kemampuan kognitif dan peringkat perkembangan mereka. Guru juga mestilah
memahami konsep perkembangan kanak-kanak agar dapat menjadi pembimbing kepada
mereka dalam proses PdP. Pelaksanaan PdP yang kreatif dan inovatif akan menjadi satu
wahana yang baik dalam mengembangkan tahap kognitif dan bahasa kanak-kanak.
LAMPIRAN
RUJUKAN

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM:
Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Berk, L. E. (1996). Infants, Children and Adolescents. (2nd ed.). Boston: Allyn
and Bacon.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2005). Perkembangan Kanak-kanak untuk Program


Ijazah Sarjana Muda. Selangor: Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

Khairuddin Mohamad, (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam Selangor.


Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee et al. (1989). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan.
Selangor: Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan
Alam Belajar: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Piaget, J. (1952). The Child's Conception of Number. New York: Norton

Rohani Abdullah & Nani Menon. (2003) Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah.
Kuala Lumpur: PTS Profesional Pendidikan.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Roshinawati Abd. Rashid &
Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
INTERNET

Abdul Khalim Abdul Razak. Perkembangan Kanak-kanak EDU3102. Diakses pada


22 Mac 2012 daripada https://www.scribd.com/doc/86353748/Perkembangan-
Kanak-kanak-EDU3102

Nur Syazwani. Perkembangan Kognitif Dan Bahasa. Diakses pada 20 September 2013
daripada https://www.scribd.com/doc/169731025/Perkembangan-Kognitif-Dan-
Bahasa

Anda mungkin juga menyukai