Anda di halaman 1dari 5

Kajian Lapangan: Ekosistem Air

Menurut Kamus Dewan, 2007, Edisi Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, perkataan ekologi membawa maksud kajian tentang hubungan antara organisma
hidup dengan persekitarannya. Selain itu, perkataan ini juga bermaksud hubungan antara
tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran. Manakala, definisi dalam majalah
estidotmy Februari 2007 menulis biodiversiti sebagai kepelbagaian biologi atau “biodiversity”
tentang keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun
samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada
ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan
ekosistemnya. Maka, ekologi dan biodiversiti saling berkait rapat antara satu sama lain dalam
memberi keseimbangan ekosistem alam sekitar yang berterusan. Oleh itu, kefahaman
mengenai ekologi dan biodiversiti sangat penting bagi melahirkan sifat kesedaran tentang
tanggungjawab manusia terhadap alam sekitar.

Dapatan kajian yang telah kami laksanakan terhadap aktiviti manusia dalam ekosistem air
dapat dirumuskan bahawa kegiatan manusia dapat memberi impak yang negatif sekiranya
mereka melakukan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar seperti membuang sisa pepejal
dan sisa cecair ke dalam air. Keadaan ini akan menambahkan lagi keasidan air sekiranya
masalah ini tidak dikawal. Maka, ketika menjalankan kajian ini, kami telah memilih tiga
kawasan yang berbeza bagi mengkaji perbezaan terhadap keadaan keasidan air daripada
tiga kawasan yang berbeza. Oleh itu, kami mendapati aktiviti manusia terhadap ekosistem air
boleh mempengaruhi keadaan keasidan air tersebut.

Pilihan kawasan kajian kami yang pertama ialah kawasan persekitaran di tapak pembinaan
bangunan stadium. Sampel air yang dilabelkan sebagai sampel A diambil melalui sistem
saluran dari stadium ke tasik. Maklumat lebih lanjut boleh dilihat dalam gambar pada bahagian
lampiran. Setelah mengkaji Keadaan air tersebut dengan menggunakan kertas pH kami
mendapati air tersebut mempunyai kepekatan asid pada skala 4. Maka, air di kawasan tapak
pembinaan stadium ini menunjukkan bahawa air ini mempunyai kepekatan asid yang tinggi
disebabkan atas beberapa faktor. Menurut pemerhatian yang telah kami jalankan di sekitar
kawasan tersebut, kami mendapati bahawa terdapat beberapa besi yang tidak digunakan lagi
dibiarkan berdekatan dengan saliran air dari stadium ke tasik. Hal ini akan merumitkan lagi
apabila air hujan yang turun dikawasan tersebut. Ia akan mengakibatkan proses perkaratan
berlaku pada besi tersebut. Seterusnya akan menambahan lagi keasidan air di kawasan
tersebut. Proses perkaratan boleh berlaku apabila terdapat air atau udara disekitarnya. Maka,
faktor udara juga merupakan faktor lain bagaimana besi yang terbiar itu menjadi karat. Ferum
(III) Oksida, Fe2O3 adalah sejenis kompaun kimia yang berwarna merah gelap dan terikat
dengan sifat asid. Ferum (III) Oksida juga dikenali sebagai karat, dan bersifat asid dalam
keadaan asal. Oleh sebab Ferum (III) Oksida bersifat asid, ia akan menyebabkan keasidan
air di kawasan persekitaran tersebut bertambah.

Seterusnya, pilihan kawasan kami yang kedua ialah di kawasan perumahan staff IPG
Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Sampel diambil pada saliran air di dalam longkang dari kawasan
perumahan. Berdasarkan kertas pH yang digunakan untuk menguji keasidan sampel air
tersebut, kami mendapat ia menunjukkan skala 6. Maka, keputusan ini menunjukkan bahawa
sampel air yang dilabel sebagai B kurang berasid berbanding sampel A. hal ini kerana
Keadaan air di kawasan tersebut terdiri daripada sisa buangan pepejal dan cecair sisa
buangan pepejal terdiri daripada sisa makanan manakala sisa buangan cecair terdiri daripada
air basuhan. Sisa makanan akan diuraikan oleh bakteria menyebabkan rembesan asid
berlaku. Maka, ia akan meningkatkan keasidan air tersebut. Namun, kehadiran air basuhan
dalam sampel air tersebut menyebabkan nilai keasidannya berkurang. Hal ini kerana air
basuhan bersifat alkali yang terdiri daripada natrium sulfat. Natrium sulfat adalah garam
natrium dari asam sulphur yang banyak digunakan dalam pembuatan sabun baju baju atau
deterjen. Berdasarkan temubual yang dilakukan, penduduk perumahan tersebut menyatakan
bahawa mereka membuang sisa cecair basuhan secara menyalurkan sisa tersebut ke dalam
longkang tempat dimana kami mengambil sampel.

Akhir sekali, pilihan kawasan kami yang seterusnya ialah di persekitaran Taman Tenaga,
di mana ia merupakan kawasan perusahaan kedai makan. Berdasarkan ujian yang dijalankan
ke atas sampel air yang dilabel sebagai C, keputusan menunjukkan sampel air tersebut
mempunyai nilai pH 3. Setelah membuat tinjauan di kawasan tersebut, kami mendapati
bahawa sisa buangan pepejal dan cecair dari kedai makan menjadi faktor utama penyebab
kepada pencemaran air di dalam longkang tersebut. Antaranya ialah sisa pepejal minyak yang
terkumpul di kawasan permukaan air. Hal ini akan menyebabkan tumbuhan akuatik yang
hidup di dasar longkang tidak dapat menjalan proses photosistensis kerana sinaran matahari
terhalang daripada memasuki ke dasar air. Maka, Keadaan ini akan mengancam hidupan
akuatik di dalam longkang. Selain itu, pembuangan sisa domestik ke dalam longkang juga
menggalakkan pertumbuhan bakteria. Pembiakan bakteria ini menyebabkan air longkang
berbau busuk kerana proses peruputan berlaku. Proses pereputan berlaku apabila bakteria
menyerap oksigen yang masih tersisa di dalam air dan menyebabkan kandungan karbon
dioksida di dalam air bertambah. Pertambahan kepekatan karbon dioksida menyebabkan
keasidan air bertambah. Karbon diosida adalah bersifat asid. Hal ini akan berlaku persaingan
dalam mendapat oksigen antara hidupan akuatik di dalam longkang.
Kesimpulannya, aktiviti manusia terhadap ekosistem air banyak memberi kesan negatif
kepada keadaan air yang mempunyai nilai pH 7 iaitu dalam keadaan neutral. Nilai ph air yang
neutral sangat penting kepada kehidupan akuatik dan manusia kerana ia merupakan sumber
keperluan utama untuk menjalankan aktiviti harian dan kegunaan terhadap alam sekitar iaitu
kitaran air. Ekosistem air sangat penting bagi memastikan biodiversiti dan kelangsungan air
yang bersih dapat dipelihara.
Prosedur:

1. Sampel air diambil di setiap kawasan yang berlainan.

2. Sampel air tersebut diasingkan di dalam tiga bikar yang dilabel A, B dan C.

3. Nilai pH bagi setiap sampel air diuji dengan menggunakan kertas pH.

4. Keputusan direkod di dalam jadual 1.1.

Keputusan:

Jadual 1.1: Jenis sampel air dan nilai pH sampel air.

Jenis sampel air Nilai pH Inferens


Keadaan air adalah sedikit
berasid berbanding sampel
A C kerana terdapat proses
(sekitar stadium) 4 perkaratan besi berlaku.
Ferum(III) Oksida bersifat
asid.
Keadaan air adalah asid
lemah kerana terdapat
B percampuran bahan pencuci
(kawasan perumahan IPGKIK) 6 hasil dari air basuhan yang
Mengandungi natrium sulfat
yang mengurangkan nilai
keasidan air.
Keadaan air adalah berasid
kuat kerana proses
pereputan oleh bakteria
C 3 berlaku dan menyebabkan
(kedai makan) pengumpulan karbon
dioksida di dalam air
bertambah. Sifat karbon
dioksida adalah berasid.
Kaedah yang Digunakan dalam Kerja Lapangan:

Temubual:

Pemerhatian (gambar):

Anda mungkin juga menyukai