Anda di halaman 1dari 3

Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain.

Perbezaan
individu boleh dieertikan sebagai ketaksamaan atau keunikkan seseorang individu
berbanding individu yang lain. Perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan
aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi serta bangsa atau bahasa di
kalangan individu itu. Sebagai seorang guru, adalah betapa penting untuk mengetahui
dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui
setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap
sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada
gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam
kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di
sekolah.

Fizikal

Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan
perbezaan individu dari dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan
sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan
jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak
perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun
sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah. Contohnya, kanak-kanak
perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada kanak-
kanak lelaki.

Kognitif / Mental

Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan.
Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada
persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan
mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian
Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik
berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan sukan.
Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-murid
lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan.

Murid-murid yang lemah dalam pelajaran sememangnya memerlukan perhatian dan


bimbingan guru semasa menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis.

Emosi

Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka berasal
keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang
berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalah
berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya.
Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen daripada kanak-kanak perempuan.
Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan
cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan pelbagai
strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-murid supaya
dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan.
Guru juga berperanan menyelitkan pelbagai aktiviti untuk membantu murid-murid
supaya dapat mempertingkatkan serta mengembangkan kecerdasan emosi

Tingkah laku

Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam
sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Mok Soon
Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan,
interaksi dan aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif
maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. Dari segi pengaruh
persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa dan
kebudayaan.

Sosial

Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-
ciri semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam,
mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsif. Manakala minat, sikap, keperluan,
kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi individu. Manakala
Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar
tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain.

Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosio-


ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang
tinggi, maka nustrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di
dalam kelas, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Rohani / Agama

Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan


terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing. Aspek rohani
dalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan-minda-jiwa. Murid-murid dibesar
mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa. Guru-guru bertanggungjawab lebih
sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-niali rohani am untuk membina
kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan jiwa murid-murid yang
stabil dan seimbang.
Para pendidik perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid supaya tahap
pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan.

Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut perbezaan


potensi individu. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan
yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya untuk
melayan murid yang berbeza dari aspek jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.

Anda mungkin juga menyukai