Anda di halaman 1dari 8

2.

0 ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti manusia yang
lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan dalam sesuatu perkara
dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu perkara. Ini menunjukkan corak
kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai
aspek. Perbezaan individu boleh dihayati daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti:

2.1 Fizikal
Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan perbezaan individu
dari dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal yang
tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat
perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa
mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah
rendah. Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih
tinggi daripada kanak-kanak lelaki.

Sheldon (1942) mengategorikan temperamen kepada tiga kategori iaitu Endomorf (bertubuh
bulat) dengan suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan
perasaan. Mesomorf (tubuh badan otot yang kuat) menujukkan bersifat agresif, bertenaga dan
kuat bersukan. Manakala Ektomort (kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang, suka
bersendirian dan seorang pendiam. Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia juga ditentukan
oleh tindakbalas dengan persekitaran.

2.2 Kognitif / Mental


Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis
serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan. Mereka mungkin
memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara
yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori
yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-
murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains
dan sukan. Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-murid
lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan.

2.3 Emosi
Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka berasal keluarga
yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. Emosi ini
adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi,
ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat
temperamen daripada kanak-kanak perempuan.

Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara
yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-murid supaya dapat
mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan.

2.4 Tingkah laku


Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam sekitar yang
luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Mok Soon Sang (2008),
perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti
sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku
seseorang itu positif. Dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah,
rakan sebaya, media massa dan kebudayaan.

2.5 Sosial
Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri
semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam, mengasingkan
diri, gugup, gelisah, impulsif. Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta
temperamen juga turut mempengaruhi individu. Manakala Bandura (1997) menekankan
pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui
pemerhatian terhadap orang lain.

Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosio-ekonomi seperti
murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi adalah
lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di dalam kelas, guru perlu mengenalpasti
tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai.

2.6 Rohani / Agama


Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan terdapatnya
perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing. Aspek rohani dalah lebih universal
dengan hubungan tubuh badan-minda-jiwa. Murid-murid dibesar mengikut sistem agama
tertentu dari ibu bapa. Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan
menggunakan nilai-niali rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid
supaya melahirkan jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.
Selain daripda enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan individu, maka
terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti bakat atau minat,
perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan sebagainya.

Namun begitu, menurut Weil (1980), para pendidik perlu merancang strategi dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang akur dengan gayapembelajaran yang berbeza-beza di
kalangan murid supaya tahap pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan.

3.0 KEPELBAGAIAN KECERDASAN


Kecerdasan merupakan keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. Menurut
Alfred Binet (1904), ujian kecerdesan (skala 1950) untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan
ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka bentuk hingga keupayaan menakrif
konsep yang abstraks. Teori Vygotsky menekankan konsep kecerdasan meliputi keupayaan
menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik
pemudahcaraan dengan scaffolding.

3.1 Teori Pelbagaian Kecerdasan : Howard Gardner


Howard Gardner, profesor di universiti Harvard, beliau menyatakan terdapatnya lapan
kecerdasan yang mempunyai kuantiti yang berbeza-beza diwujudkan di kalang individu. Garner
(1993), potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan dalam dirinya iaitu :

3.1.1 Kecerdasan Linguistik


Kecerdasan ini secara dominan dan mahir dalam proses membaca, menulis, bertutur
danberbicar. Murid-murid ini sensitif kepada makna dan susunan perkataan iaitu mempunyai
kemahiran berbahasa. Jenis murid-murid ini gemar memberikan pendapat, suka menulis dan
mereka minat dan banyak membaca.

3.1.2 Kecerdasan Logikal-Matematikal


Kecerdasan ini merangkumi mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik
dengan mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan
serta menyelesaikan masalah. Murid ini lebih dalam kepandaian Matematik dan sistem logik
serta berkeupayaan berfikir secara logik dan dapat mengenal geomatrik serta nombor-nombor
pengiraan dengan mudah. Justeru, mereka suka mencari sebab musabab bagi sesuatu yang
tidak jelas dan suka menyoal tentang berbagai-bagai fenomena.

3.1.3 Kecerdasan Visual-Spatial


Kecerdasan ini berupaya untuk menggambar sesuatu dengan tepat. Kecerdasan ini menepati
ruang, melukis, membentuk corka, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta
mengamati dunia visual. Murid-murid ini berkeupayaan membuat persepsi tentang dunia
sebenar, menggambar secara grafik di dalam fikiran mereka apa yang mereka alami.

3.1.4 Kecerdasan Muzik


Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan mencipta muzik. Kecerdasan ini
mengenai pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan
terhadap ritma, melodi muzik dan main alat-alat muzik. Murid ini gemar belajar dengan diiringi
muzik di latar belakang.

3.1.5 Kecerdasan Tubuh Kinestetik


Kecerdasa ini berupaya menggunakan tubuh badan dengan mahir. Kecerdasan ini merangkumi
gerak badan gimnastik, kawalan fizikal badan, kawalan anggota dan mereka suka dalam bidang
sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari. Murid-murid ini suka bermain permainan dan
melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

3.1.6 Kecerdasan Interpersonal


Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan berhubung dengan orang lain. Mereka
yang mempunyai kecerdasan ini suka berinteraksi sosial termasuk semangat bekerjasama,
kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. Murid ini sering suka terlibat
dalam aktiviti-aktiviti luar sekolah, mereka mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi, bersifat
kasihan serta berpotensi tinggi menjadi pemimpin sebab mereka mudah mempengaruhi orang
lain.

3.1.7 Kecerdasan Intrapersonal


Kecerdasan intrapersonal ini berkeupayaan memahami emosi dan perlakuan sendiri. Mereka
mempunyai kecerdasan dalaman diri yang tinggi dengan berkeupayaan mengenali dalaman diri
sendiri. Murid-murid ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi dengan menunjukkan kemahiran
kepimpinan serta mempunyai ciri-ciri berdikari, set nilai-nilai dan prinsip-prinsip
tersendiri. Mereka suka memencilkan diri dan tidak dapat bertemu dengan individu yang
mempunyai minat yang sama.

3.1.8 Kecerdasan Alam Sekitar


Individu ini mempunyai kecerdasan yang sensitif kepada isu-isu alam persekitaran, minat belajar
tentang pelbagai flora dan fauna. Mereka mempunyai keupayaan mengenali dan mengategori
alam flora dan fauna. Murid-murid ini berkemahiran yang tajam dalam mengkaji pelbagai corak-
corak dan pola-pola persekitaran, mereka sanggup berjuang habis-habisan untuk
mempertahankan sesuatu isu persekitaran.

Guru seharusnya membenarkan murid-murid meneroka sendiri dalam suasana yang selamat
supaya mereka boleh mengarah pembelajaran kendiri. Guru dapat memberikan bantuan murid-
murid menghargai kekuatan kendiri dengan melibatkan diri mereka dalam penyelesaian masalah
harian. Haward Garner berpendapat melalui P&P melalui beberapa mata pelajaran, murid-murid
akan lebih berminat dan terangsang untuk meneroka idea-idea baru. Namun, pendekatan P&P
guru dapat dirancangkan mengikut kecerdasan yang sedia ada pada murid supaya pembelajaran
murid dapat mengembangkan dan meningkatkan tahap emosi mereka supaya seimbang
(kecerdasan emosi).

4.0 KECERDASAN EMOSI

Emosi adalah sesuatu perasaan jiwa yang kuat. Daniel Goleman (1997) menyatakan dalam
buku Emotional Intelligence emosi adalah sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri dan beliau
telah memperkenalkan konsep kecerdasan emosi serta menggunakan cara atau kaedah untuk
menyukat kecerdasan dan potensi seseorang. Kecerdasan emosi adalah pengukur kecerdasan
perasaan dan emosi dengan berdasarkan kepada kesedaran bahawa perasaan dan emosi
adalah berasingan daripada tindakan seseorang. Kecerdasan emosi ini berhubungkait dengan
pengenalan kendiri dan kerohanian serta pengawalan emosi orang lain serta ia juga berkait rapat
dengan teori pelbagai kecerdasan.

Kecerdasan emosi ini merangkumi tiga komponen iaitu pertama, kognitif dengan merujukkan
pengalaman yang subjektif di bawah keadaan sedar dan aspek penilaian. Kedua, fisiologikal
menekankan rangsangan dan kebangkitan badan fizikal. Akhirnya, tingkah laku yang
menunjukkan ciri ekspresi ditunjukkan secara terbuka. Kecerdasan emosi adalah integrasi emosi
denagn struktur kognitif dalam personaliti individu. J.D.Mayer dan P.Salovey (1990), Kecerdasan
emosi adalah kognitif masyarakat dan ia merangkumi tiga kategori yang utama iaitu kebolehan
membezakan emosi diri dengan orang yang lain, kebolehan mengawal emosi diri dan
menyelaraskan dengan emosi orang lain serta kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk
membimbing pemikiran.

Guru berperanan menyelitkan pelbagai aktiviti untuk membantu murid-murid supaya


dapat mempertingkatkan serta mengembangkan kecerdasan emosi mereka. Menurut McCown
(1998), terdapatnya enam bidang kecerdasan emosi perlu dikembang secara berurutan oleh
seseorang guru untuk mempertingkatkan kecerdasan emosi murid-murid iaitu pertama,
perkembangan kesedaran kendiri berlaku dengan memerhati tindakan dan gerak balas kendiri,
termasuk pemikiran dan pertuturan seseorang. Kesedaran ini dapat dicapai melalui mengimbas
kembali melalui proses-proses refleksi dan introspeksi.
Kedua, guru berperanan mengawal emosi murid-murid. Guru juga bertugas sebagai
kaunselor kepada murid-murid supaya dapat membantu mereka menangani dan mengatasi
perasaan ketakutan, kemarahan, kesedihan atau kecurigaan. Guru perlu sentiasa membantu
murid-murid mengawal daripada wujudnya emosi-emosi negatif. Ketiga, guru boleh mengajar
murid-murid memahami perasaan orang lain. Murid akan dididik untuk melahirkan perasaan
belas kasihan untuk orang lain dan menghargai perbezaan pandangan serta memahami
perasaan antara individu tentang isu yang sensitif.

Keempat, guru berperanan meningkatkan kemahiran sosial di kalangan murid-murid


dengan melahirkan hubungan berinteraksi dan komunikasi yang berkesan. Peningkatan
kemahiran sosial akan mempengaruhi tahap kualiti persahabatan meningkat. Contohnya, guru
mengajar murid-murid menyuarakan pendapat mereka tanpa beremosi. Kelima, guru mengajar
murid-murid bekerjasama antara satu sama lain. Melalui kerjasama ini, murid-murid dapat
memupuk nilai bertanggungjawab atas tindakan mereka. Akhirnya, guru mengajar murid-murid
menyelesaikan konflik. Penyelesaian konflik melibatkan kemahiran-kemahiran mengawal emosi
yang spesifik. Ringkasannya, kawalan emosi penting bagi murid-murid supaya dapat bermesra
secara harmoni dengan rakan-rakan sekelas dan turut mempertingkatkan tahap persahabatan
mereka.

7.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Kewujudan perbezaan individu juga turut membawa kesan kepada pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan. Guru yang merancang pendekatan P&P perlulah mengambil kira perkara
kewujudan perbezaan individu. Guru perlu mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi
P&P. Di samping itu, guru juga perlu mengetahui tahap kebolehan setiap murid-murid dan
menyediakan tugasan selaras dengan setiap tahap kebolehan yang ada pada murid-murid.

Implikasi yang pertama dari segi perbezaan fizikal, ini adalah membawa kesan positif dengan
guru boleh membahagikan tugas mengikut saiz murid. Tugasan yang diberikan adalah berpadan
dengan saiz fizikal. Sebaliknya perbezaan fizikal juga membawa kesan negatif di dalam kelas
iaitu saiz badan murid yang kuat dan besar akan membuli murid yang bersaiz badan kecil. Hal
ini kemungkinan menyebabkan murid-murid yang kena buli itu mempunyai harga diri rendah dan
kurang keyakinan diri sendiri. Namun, guru perlu memberikan galakan dan motivasi kepada
murid-murid yang berada dalam perbezaan fizikal. Contohnya, guru perlu mengajar murid
sentiasa mengamalkan nilai hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Implikasi yang kedua dari segi perbezaan kognitif ataupun tahap kebijaksanaan, murid-murid
dalam satu kelas dapat mewujudkan persaingan yang sihat, ini bukan sekadar persaingan dari
segi akedemik tetapi juga aktiviti permainan dan sukan. Murid yang cerdik dapat membantu guru
untuk membimbing rakan-rakan yang lemah. Dalam kelas bilangan murid yang ramai, mereka
yang cerdik boleh berperanan sebagai mentor-menti semasa aktiviti P&P dijalankan. Namun
begitu, murid yang lemah akan diberikan aktiviti pemulihan. Manakala keburukan wujudnya
perbezaan kognitif dalam satu kelas ialah perbandingan gred pencapaian akan menyebabkan
wujudnya sikap sosial yang kurang sihat. Contohnya, ibu bapa akan memberikan tekanan
kepada murid yang lemah untuk bersaing. Kadang-kala guru turut menfokuskan kepada
pencapaian akedemik sahaja dan mengabaikan masalah sosial yang wujud dalam kelas, seperti
murid yang cerdik dan sombong akan pandang rendah terhadap murid yang lemah. Sementara
itu, guru tidak memberikan bantuan kepada murid-murid yang lemah akan menyebabkan mereka
ketinggalan pembelajaran mereka.

Implikasi yang ketiga dari segi perbezaan kelas sosial dan sosialisasi, guru akan sentiasa
memberikan perhatian sepenuhnya terhadap murid-murid pendiam. Guru akan memberikan
motivasi dan bimbingan untuk meningkatkan keyakinan murid-murid ini. Biasanya murid jenis ini
adalah berada di kelas sosial sederhana seperti keluarga berada pada status ekonomi yang
serdehana ataupun rendah. Murid-murid ini akan dididikkan untuk mengambil berat terhadap
semua perkara yang berlaku di sekelilingnya. Guru perlu mengadakan aktiviti interaksi dan
komunikasi untuk mempertingkatkan tahap keyakinan murid-murid ini. Sebaliknya wujudnya
perbezaan kelas sosial ini akan menyebabkan murid-murid kelas sederhana menjauhkan
diri. Salah satu punca adalah wujudnya status ekonomi yang berbeza bagi setiap murid. murid-
murid akan kurang berkeyakinan kerana semasa aktiviti pemulihan dijalankan, guru bertugas
akan memantau mereka secara berasingan. Manakala bagi murid-murid yang tidak
berpendidikan pra sekolah adalah sukar untuk mereka belajar seperti murid biasa telah menerima
pendidikan pra sekolah selama dua tahun.

Implikasi yang keempat dari segi perbezaan budaya, rohani dan agama, murid-murid berpeluang
berkongsi nilai-nilai kebudayaan dan agama yang berlainan. Kesan negatif wujudnya perbezaan
budaya, rohani dan agama ialah timbulnya polarisasi. Kemungkinan dari segi pertuturan dan
pandangan yang berbeza akan menyebabkan kewujudan salah faham antara satu sama lain.

Implikasi yang kelima dari segi perbezaan emosi, guru akan menangani murid-murid yang
pendiam dan introvert dengan memberikan kasih sayang dan penuh perhatian. Murid-murid akan
mematuhi arahan guru supaya dapat mengatasi masalah emosi yang dihadapi. Kewujudan
perbezaan emosi juga akan mendatangkan kesan negatif terhadap P&P iaitu bagi murid-
murid yang pasif tidak akan memberikan sebarang tindak balas. Murid-murid yang lemah tidak
dieksplotasi oleh murid-murid yang lebih kuat. Selain itu, guru perlu menjadi kaunselor dan perlu
mengambil masa yang banyak untuk berjumpa dengan ibu bapa bagi murid yang bermasalah
emosi.

Ringkasan, perbezaan individu yang diwujudkan di dalam kelas bukan membawa kesan positif
malah juga mendatangkan kesan negatif. Namun, sebagai seorang pendidik haruslah
berperanan sentiasa mengambil berat dan mengambil kira tentang kewujudan konsep perbezaan
individu. Guru seharusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut
perbezaan potensi individu. Sementara itu, guru juga perlu menggunakan strategi atau
pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan dan pengayaan dengan mengikut
tahap kebolehan murid-murid.

Selain itu, guru boleh menggunakan kreativiti dan inovasi untuk meningkatkan proses
P&P. Contohnya bagi murid yang lemah, guru boleh menggunakan program pemulihan dalam
pelbagai bentuk pengajaran seperti menyanyi, bermain atau bercerita untuk membantu mereka
supaya P&P dijalankan dengan berkesan. Guru sentiasa memberikan perhatian dan bimbingan
kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam P&P. Di samping itu, guru memberikan
motivasi kepada murid-murid supaya dapat meningkatkan keyakinan mereka. Guru juga
berperanan menggalakkan ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka yang mentah pada
peringkat awal. Contohnya galakan ibu bapa yang bergolongan miskin menghantar anak ke pra
sekolah supaya dapat mengelakkan ketinggalan sukatan pembelajaran berlaku pada masa
depan.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap murid adalah unik dan mempunyai pelbagai kebolehan. Peranan guru
sebagai pendidik yang bertanggungjawab amat penting dalam keadaan wujudnya perbezaan
individu supaya dapat melaksanakan P&P dengan berkesan dan berfaedah untuk setiap murid-
murid yang berbeza. Namun, guru perlu merancang aktiviti P&P mengikut kebolehan
murid. guru juga menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kerja
berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan sebagainya supaya dapat memotivasi murid yang
mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial. Sebagai pendidik yang
bertanggungjawab perlu sentiasa mencuba untuk menentukan dan membina kebijaksanaan dan
kebolehan murid-murid berdasarkan perbezaan individu. Semua aspek yang diambil kira akan
mempengaruhi penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam
kehidupan sebenar.

Anda mungkin juga menyukai