Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan Personaliti

Konsep asas Personaliti

Personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Dalam konteks psikologi


pendidikan ia ditafsirkan dengan pelbagai definisi. Antaranya ialah:-

Menurut Gordon Allport (1961) menghuraikan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal
yang dinamik di dalam jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan
penyesuaiannya dengan alam persekitaran. Alder (1984) pula menyatakan personaliti sebagai
gaya hidup seseorang individu. Gagne dan Berliner (1984) berpendapat personaliti merangkumi
segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan integrasi trait-trait, keupayaan, motif,
sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang.

Klasifikasi Personaliti

Personaliti boleh di klasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu: introvert, extrovert dan ambivert.
Bagaimanapun, personaliti seseorang individu dipersepsikan dalam satu kontinum di antara dua
kategori yang ekstrim iaitu introvert dan ektrovert.

Seseorang yang dikatakan introvert ialah orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya
dalam situasi nyata. Di dalam interaksi sosial, orang ini tidak banyak bercakap dan banyak
masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang lain sahaja. Umumnya, orang introvert ini
mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu, tidak mempunyai cita-cita tinggi,
jarang mengambil inisiatif tetapi suka kepada sistem kehidupan yang teratur.

Sebaliknya, seseorang yang dikatakan ekstrovert lebih suka dengan dunia luar daripada dunia
dalam. Orang ekstrovert ini mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang,
sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial, sering mengambil inisiatif sendiri,
suka perubahan, sering cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya.
Bagaimanapun, tiada seorang manusia yang benar-benar dikategorikan sebagai introvert atau
ekstovert sepenuhnya. Sebenarnya, setiap orang individu mempunyai ciri-ciri introvert serta
ekstrovert yang terletak pada satu titik dalam kontinum di antara kedua-dua kategori tersebut.

Kadangkala seseorang individu menonjolkan ciri-ciri introvert dalam sesuatu situasi tetapi
dengan ciri-ciri ekstrovert dalam sesuatu situasi yang lain. Misalnya, seseorang individu
menunjukkan sifat periang dan proaktif di rumah, tetapi menjadi pemalu dan pendiam apabila
berada di sekolah. Orang yang mempunyai kedua-dua ciri introvert dan ekstrovert adalah
dikatakan orang yang mempunyai personaliti ambivert. Orang ini biasanya aktif tetapi sensitif,
suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar tetapi berfikir sebelum
memberi pendapat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti

Menurut ahli psikologi, proses pembentukan personaliti perkembangan individu samaada


introvert, ekstrovert dan ambivert adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama:-
1) faktor baka
2) faktor persekitaran

Menurut ahli psikologi, faktor baka ibu-bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan
fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya. Individu yang mempunyai bentuk tubuh badan yang
cacat seperti cacat pendengaran dan cacat penglihatan yang diwarisi daripada ibu-bapanya
mungkin mempunyai ciri-ciri personaliti introvert, ini kerana individu mempunyai tubuh badan
yang cacat hasil daripada baka keturunannya malu untuk menampilkan diri di khalayak ramai.
Mereka ini biasanya akan mengasingkan diri atau tidak menonjolkan diri kepada orang ramai.
Keadaan mereka dapat dikenalpasti menerusi sikap mereka yang pendiam dan pemalu. Mereka
tidak aktif dan lambat bertindak balas terhadap sesuatu perkara.

Selain itu, sebagaimana yang diketahui umum bahawa kecerdasan juga berkait rapat dengan baka
ibu-bapa. Oleh yang demikian kecerdasan memainkan peranan penting dalam pembentukan dan
perkembangan personaliti seseorang individu. Pada umumya dalam masyarakat kita hari ini,
mereka yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi akan menonjolkan ciri personaliti yang
berkeyakinan, berbudi bicara, berwatak bijaksana dan keberanian atau mungkin bersifat angkuh.
Malah, lebih daripada itu, emosi yang diwarisi dari baka boleh mempengaruhi personaliti
manusia. Seseorang yang mempunyai emosi yang tidak seronok akan menonjolkan ciri
personaliti yang agresif dan pemarah.

Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan
perkembangan personaliti seseorang individu. Ianya merangkumi persekitaran yang meliputi
keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya. Individu yang
mempunyai latarbelakang keluarga yang bahagia dan harmonis akan menggalakkan
pembentukan personaliti yang positif dan stabil. Sebaliknya suasana latar belakang keluarga
yang kucar-kacir akan menyebabkan pembentukan dan perkembangan ciri-ciri personaliti yang
bersifat negatif.

Peranan sekolah juga mempengaruhi personaliti individu. Guru yang bersifat penyayang dan
membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role model untuk membentuk
personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam
kumpulannya akan menggalakkan membentuk ciri personaliti yang berkeyakinan. Nilai-nilai dan
kebudayaan masyarakat juga boleh mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti
seseorang. Pengaruhnya amat bergantung kepada pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh
individu tersebut. Menurut Freud, pengalaman yang pahit dan sedih boleh menggalakkan
pembentukan personaliti yang menonjolkan sifat menarik diri, pemalu, penakut atau sakit jiwa.

Anda mungkin juga menyukai