Anda di halaman 1dari 40

CHAN YEE TENG CHEA TIK FUI WONG MING FUN

KONSEP ASAS FALSAFAH


Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani

iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN


Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, educare

yang membawa maksud memelihara atau mengasuh. Mengenai ilmu, nilai ilmu, dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat.

Kamus Pendidikan 1979


Pendidikan adalah suatu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. Ia juga suatu proses

sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Disamping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpelihara serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah.

CABANG-CABANG FALSAFAH

METAFIZIK (ONTOLOGI)
Mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya. Bertujuan untuk mencari pengertian sebenar sesuatu kejadian alam nyata dan alam fikiran manusia. Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada

perkaitan sebab-akibat

Cthnya: apakah itu kebenaran? Siapa itu manusia?

AXIOLOGI
Berasal daripada perkataan yunani yang bermaksud nilai
Mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh Merangkumi 2 aspek: etika & estetika

Etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan Meta ethics- konsep etika Normative ethics- bagaimana menentukan nilai etika Applied ethics- penggunaan nilai etika Estetika Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan Lebih tertumpu kepada cita rasa sentimen

EPISTEMOLOGI
Mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan Berasal daripada perkataan Yunani iaitu

episteme ( ilmu atau sains ) dan logos (keterangan) Berfokus kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.
Apa itu ilmu? Apakah sumber-sumber pengetahuan?

Tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan

kesahan cara mencari ilmu Sumber ilmu: Wahyu Berasaskan pengalaman pancaindera Intuisi Pandangan pakar bidang berkenaan Logik Kaedah saintifik

LOGIK
Hubungan antara idea-idea di samping memberi

alasan bagi jawapan yang diberi. Ia membezakan antara sah dan yang mengelirukan. Terdapat dua jenis

Logik induktif (butiran khusus-menaakul-kesimpulan) Logik deduktif (kesimpulan umum-contoh relevan-butiran terhasil secara logik)

TOKOH-TOKOH FALSAFAH PENDIDIKAN

John Dewey (1859-1952)


Pendidikan adalah satu proses yang

bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.

Yusuf al-Qardawi (1980)


Pendidikan merangkumi keseluruhan

hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

Hassan Langgulung (1987)

Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan tersebut berlaku melalui cara-cara tersebut: 1. Pengajaran- pemindahan pengetahuan daripada seseorang individu kepada individu yang lain. 2. Latihan- membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran. 3. Indoktrinasi- menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.

Al-Ghazali (1058-1111C.E.)
Pendidikan adalah suatu proses yang

merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat- menghormati.

Confucius (551-479BC)
Pendidikan adalah satu proses memupuk

kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai memenuhi amalan-amalan seperti bersopan-santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

Konsep falsafah Islam


Menurut Syeikh Mustafa Abd. Al-Razak :

.falsafah Islam berkembang di negara Islam dan di bawah naungan Islam hasil pemikiran ahli falsafah yang berada di bawah lingkungan kekuasaan Islam tentang hakikat sesuatu dalam permis pemikiran yang logik dan sistematik.

Pengertian Falsafah Islam


Al-Kindi
Ilmu Fizik- berasaskan benda

Ilmu matematik- ilmu hitung dan astronomi

Ilmu ketuhanan tidak berkaitan dengan semua benda sekali

Falsafah teori mengetahui sesuatu yang ada .


Al-Farabi

Contoh: ilmu matematik, ilmu fizik dan metafizik. Falsafah amalan-mengetahui sesuatu yang harus diwujudkan dalam perbuatan. Contoh: ilmu akhlak (etika dan falsafah politik

Ibd- Sina

Ilmu wahyu termasuk makhluk-makhluk rohani yang membawa wahyu san cara bagaimana wahyu disampaikan Ilmu akhirat ialah badan manusia yang tidak dapat dihidupkan lagi. Maka roh nya yang abadi itu akan mengalami seksa dan kesenangan.

Konsep pendidikan
Pendidikan amat dipentingkan oleh Islam

sejak dahulu.
Menurut perspektif Islam pendidikan

bermaksud: satu proses secara berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek , akhlak , rohani , jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

Pendidikan Islam
Abdul Halim El- Muhammady, 1993: Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, Jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan as-sunnah, pengalaman Salaf Al-Salih serta ilmuan muktabar.
Proses tersebut bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh dan mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. ke atas manusia supaya mengiramahkan alam ini untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Abd halim Hj. Mat Diah

Pendidikan Islam ialah satu proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam

Tujuan Pendidikan Islam

Mendidik murid-murid supaya berakhlak mulia.

Mendidik roh supaya halus dan sempurna.

Mengasuh murid melakukan yang baik , terhormat dan mulia.

Membiasakan murid dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalan-amalan yang mulia.

Matlamat Pendidikan Islam

Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, berimam, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T yang bertakwa ( berlandaskan al-quran dan assunnah).

Melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T, hidup dalam masyarakat yang harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapatkan kesejahteraan di akhirat.

Bidang pendidikan Islam


Al-imaniyah Al-jinisiyah (pendidikan seks) (pendidikan iman) Alkhuluqiyah (pendidikan akhlak)
Pendidikan Islam

Al-ijlimaiyah (pendidikan sosial) Al-nafsiyah (pendidikan jiwa)

Al-jismiyah (pendidikan jasmani)

Al-aqiliyah (pendidikan mental)

Falsafah Pendidikan Islam


Pendidikan Islam adalah satu usaha

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997

berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran , keperibadian dan pandangan hidup sebagai Allah S.W.T yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Al- Syaibani, 1979

Falsafah pendidikan bertujuan untuk menyedia manusia

dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, mengetahui cara menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah agar menjadi insan yang soleh( berteraskan roh Islam). Dengan kata lain , falsafah pendidikan Islam merupakan usaha pelaksanaan teori dan kaedah dalam bidang pendidikan. Justeru, falsafah pendidikan Islam merangkumi aspek-aspek seperti matlamat, kandungan dan dasar pendidikan islam.

Falsafah Pendidikan Islam telah merangkumi aspek-aspek berikut seperti:

Akidah

Ibadah

ketrampilan

kepimpinan

Pendidikan membolehkan seseorang untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang, Konsep di samping memenuhi Falsafah Pendidikan kehendak-kehendak sosial dan ekonomi. Timur Peranan guru sebagai penyampai ilmu dan mengajar cara-cara hidup yang baik dan betul

Prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Timur


Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah. Perubahan akan berlaku akibat kontek dengan guru masing-masing tanpa mengambil kira sama ada guru itu seorang nabi, sifu atau tok guru

Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian kebahagiaan. Contoh: menurut ajaran Buddha, sekiranya kita hidup semata-mata untuk mengejar kebendaan sahaja, agak mustahil untuk kita bahagia

Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka. Ini bermaksud bahawa refleksi kendiri atau munasabah diri yang kita lakukan hasil pemerhatian tersebut akan menimbulkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atau keinginan untuk bertaubat

Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai Nirvana. Kesemua jalan hidup sebenarnya menghala ke arah tersebut. Apabila kita sudah menjadi bijak, secara automatik, kita akan buat baik dan elakkan diri daripada perbuatan jahat

Konsep pendidikan adalah untuk semua. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berkebolehan serta bermoral tinggi

Mementingkan nilai-nilai hormat kepada ibu bapa(xiao), hormat kepada orang yang lebih tua(ti), ketekunan (min), kesetiaan (zhong), jimat-cermat (jian), tolak ansur (rang), kebijaksanaan (zhi) dan keberanian (yong).

CONFUCIUS

Enam buku Confucius yang merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi dan kebudayaan, muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara kelakuan yang baik

Guru sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Untuk itu, guru perlu menunjukkan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberi. Di samping itu, mengenali dan memahami murid yang diajar agar dapat memaksimumkan potensi dan kebolehan mereka.

Kurikulum Menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal. Konsep pendidikan merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup masing-masing kelak. Matapelajaran yang disyorkan : -Muzik , seni, kesusasteraan, drama dan tarian, sejarah, pendidikan alam sekitar.

Rabindranath Tagore
Guru Sebagai fasilitator serta pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid dan penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan murid.

Matlamatnya adalah menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integrasi dengan persekitaran.

IMPLIKASI FALSAFAH TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM


Kesepaduan & keseimbangan ditekankan dlm sukatan

pelajaran dgn mengutamakan unsur pengabung jalenan (penyatuan kemahiran) & penyerapan (penyatuan isi) Program pendidikan ke arah melahirkan insan seimbang & harmonis dari JERIS berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Nilai-nilai murni merentasi kurikulum

Memperkenalkan pendidikan umum Menekankan kpd pendidikan teknik & vokasional.

Bahasa Melayu merentasi kurikulum.


Memupuk budaya sains dan teknologi. Memupuk budaya keusahawanan & niaga

Pengukuhan BM sbg satu cabang ilmu pengetahuan.


Meningkatkan pendedahan & penguasaan BI. Menekankan melahirkan insan yang berkeyakinan diri

dan berdikari.

IMPLIKASI KPD INSTITUSI PENDIDIKAN


Kemudahan asas di sekolah mencukupi & sesuai bg aktiviti

berpusatkan murid-murid. Menerapkan nilai-nilai mulia melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Iklim / budaya sekolah / budaya ilmu sesuai utk melahirkan insan yang harmonis. Fizikal: (keselamatan, kebersihan, kemudahan yg sesuai / inovatif ) keselesaan, keindahan. Sosial: mengamalkan nilai-nilai mulia Budaya ilmu: berusaha, mahu belajar, rangsangan utk belajar, seronok belajar. Bidang teknikal & vokasional diberi keutamaan & berterusan. Pupuk yakin diri kpd murid-murid

IMPLIKASI KPD GOLONGAN PENDIDIK


Beriltizam / berusaha mencapai asperasi FPK
Sedia laksanakan strategi P&P baru utk lahirkan insan

yg seimbang. Mencipta inovasi dlm sistem pendidikan, berfikiran lebih positif / dinamik. Berpandangan jauh & berusaha mencapai Wawasan 2020. Meningkatkan kecemerlangan diri selari dgn perubahan sistem pendidikan

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai