Anda di halaman 1dari 69

pencapaian umat lslam dalam bidang kerohanian

kebendaan yang berpusatkan di kota

Tamadun Islam

bentuk seni bina, sains dan teknologi, kerohanian, undang-undang, ekonomi, kekeluargaan, pendidikan, masyarakat, politik dan sebagainya

bersumberkan al-Quran dan al-Hadis (al-Sunnah) serta berteraskan kepada moral, syarak dan akidah.

keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya .

pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang halus dan mempunyai nilai-nilai seni .

PRINSIP-PRINSIP

PERTAMA
bersifat sejagat.
tidak terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu, sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada alDin. Tamadun Islam dapat dilihat di mana-mana kawasan di seluruh dunia ini tanpa dibatasi sama ada oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi moden.

KEDUA
terbuka dan tidak bersifat tertutup.
tamadun Islam dilahirkan dan dicipta tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi ia masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa. Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam terutamanya dalam dialog antara tamadun atau interaksi antara tamadun. Ini mewujudnya sifat toleransi iaitu unsur-unsur tamadun selain Islam boleh diamalkan dan dikembangkan selagi tidak melanggar garis panduan syariat.

KETIGA
bersifat sepanjang zaman iaitu kesinambungan dan mengalami proses kesinambungan sehingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama, Surah Al-Alaq dan tidak pernah berhenti kerana ia tidak dibatasi oleh ruang sempadan atau ruang waktu sehingga hari kiamat.

KEEMPAT
Toleransi terhadap sistem agama atau kepercayaan atau kebudayaan lain.
Tamadun islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali tetapi tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan.

KELIMA
kesatuan dalam kepelbagaian.
Sebarang bentuk kemajuan dan pencapaian dalam tamadun Islam dan dalam pelbagai bidang semuanya di bawah kesatuan akidah Islam yang menjurus ke arah meng-Esakan Tuhan, Allah Pencipta Sekalian Alam.
Penemuan dan hasil ciptaan baru yang dicapai dalam tamadun manusia semuanya dikembalikan kepada kebesaran dan keagungan Tuhan Pencipta Seluruh Alam.

Sumber kepada sistem dan tamadun Islam adalah juga sumber hukum dan perundangan islam.
Ijtihad Ijmak

Al-Sunnah

qias

Al-Quran

Sumber asli kepada tamadun, sistem pemikiran dan perundangan Islam diwakili oleh:

Tamadun dan Budaya Lain

kitab suci samawi (langit) terakhir bagi umat Islam, selepas turunnya kitab Taurat, Zabur dan Injil

Kitab suci samawi ini diturunkan kepada penyudah segala rasul, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran yang disampaikan ini dikenali sebagai Islam.

Melalui kitab ini, wahyu daripada Allah s.w.t. diturunkan dan disampaikan kepada umat Islam dengan matlamat untuk menjadi garis panduan dan membentuk umat Islam dengan suatu cara kehidupan yang diredai oleh Pencipta Semesta Alam, Rabbu Jalil

Ini selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Sesungguhnya al-Quran jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amalan baik bahawa mereka disediakan pembalasan yang baik (Surah Al-Israa:Ayat 9)

Berdasarkan kandungan, kitab al-Quran mengandungi tiga perkara asas iaitu akidah, syariah dan akhlak . Seorang sarjana Islam, Izzudin Baliq telah menggariskan
Islam yang dibawa oleh al-Quran itu secara kasarnya mengandungi Akidah, iaitu untuk membebaskan pemikiran manusia dari kongkongan kebiasaan dan pemujaan sesama makhluk ke arah pemikiran yang bebas luas dan pemujaan kepada Yang Maha Agung.

Asas akidah ini terdapat pada Rukun Iman. Ia mengandungi Ibadat Khusus (peningkatan kerohanian yang akan membawa kepada kemantapan hidup) Asas dalam ibadat khusus ini terdapat pada Rukun Islam

Akhlak, pula adalah untuk membangunkan keperibadian yang membawa kepada keharmonian hidup sejagat. Asas akhlak ini ialah seperti sikap tolongmenolong, bersatupadu, belas kasihan, murah hati dan suka pada kebaikan. Syariah (peraturan), adalah untuk memastikan kemuslihatan hidup dan menjamin keadilan sesama makhluk. Asas dalam peraturan ini ialah seperti peraturan nikah kahwin, jual beli, kemasyarakatan dan kenegearaan

perkaraperkara yang disuruh, iaitu prasyarat kepada kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat

KANDUNGAN AL-QURAN

perkaraperkara yang dilarang kerana boleh menjejaskan kesejahteraan dan kebahagiaan.

Al-Hadis (al-Sunnah) ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Al-Hadis diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. oleh para Sahabat, Tabiin dan seterusnya, sehingga dikumpulkan dan ditulis oleh ulamaulam hadis. Dalam konteks ini, umat Islam telah bersepakat (ijmak) bahawa al-Hadis merupakan sumber hukum syariah (perundangan Islam).

Sebagai sumber hukum syariah, al-Hadis melengkapi al-Quran dengan melalui tiga cara : ia menegaskan hukum yang terdapat dalam alQuran menjelaskan apa yang tidak diperincikan oleh kitab al-Quran ia menetapkan sesuatu hukum yang terhadap dalam al-Quran tetapi hukum ini bertepatan dengan prinsip umum dalam al-Quran

Namun begitu terdapat sebahagian daripada alHadis yang bukan menjadi hukum kapada umat Islam iaitu terdapat perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai insan seperti bangun, duduk, tidur, dan makan ; kecuali baginda memerintahkannya. Perkara-perkara duniawi yang diperolehi dari pengalaman baginda sendiri, dari segi pertanian, perniagaan, peperangan dan sebagainya.
Perkara-perkara yang khusus bagi baginda sahaja seperti puasa tanpa buka, wajib bertahajud dan lain-lain.

Dalam tamadun manusia banyak perkembangan baru berlaku . Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara nyata dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Oleh itu menjadi peranan ulama atau cendikiawan Muslim untuk mengolah hukum terhadap perkaraperkara baru berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk kepada sumber Al-Quran dan alSunnah.

Justeru itu umat Islam digalakkan untuk membuat kajian dan meneroka bidang-bidang demi kepentingan kemajuan umat Islam khususnya dan dunia amnya selama mana tidak bercanggah dengan tuntutan syariat Islam.

Ijmak ialah kesepakatan sekalian mujtahid kemudian daripada wafat Rasulullah SAW pada satu masa di atas apa-apa pekerjaan samada daripada pekerjaan agama dan pekerjaan dunia atau perkara yang dinisbahkan kepada aqal atau lughah. Tidak disyaratkan ijmak itu dengan ijmak sahabat sahaja bahkan ijmak sekalian mujtahid yang lain daripada sahabat juga wajib diikuti samada pekerjaan ibadah ataupun dunia kerana firman Allah T

Qias ialah mengembalikan cabang kepada usul dengan sebab illah (sebab) yang sama.
Mengembalikan bermaksud menyamakan keduanya yang diqias kepada yang usul (yg kena qias) pada hukum. Jika hukum usul haram maka hukum yang diqiaskan juga haram seperi diqiaskan beras dengan gandum di dalam hukum riba kerana illah (sebab) yang sama iaitu makanan. Walapun di dalam hadis Nabi SAW menyebut gandum tetapi kerana illah beras iaitu makanan seperti gandum maka hukumnya sama. Adapun pandangan yang mengatakan tidak boleh qias di dalam ibadah hanya perlu berpegang dengan al-Quran dan alhadis sahaja maka pandangan ini jauh menyimpang daripada Al-Quran dan Al-Hadis kerana firman Allah :

Maksud

Maksud i3tibar itu ialah mengqias sesuatu dengan sesuatu. Nabi SAW sendiri menggunakan qias yang banyak sehingga an-Nasih al-hanbali telah menysun satu kitab yang kecil mengumpul semua qias Rasulullah SAW seperti mengqias mengucup isteri kepada berkumur-kumur di dalam masalah tidak membatalkan puasa.

Dalam membina tamadun, Islam tidak menolak sumber- sumber yang datang daripada tamadun lain yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Hal ini dapat dilihat dengan jelas, misalnya apabila Islam datang ke dalam masyarakat Arab, masyarakat Barat ataupun masyarakat Timur, Islam menerima nilai-nilai baik masyarakat berkenaan yang tidak bertentangan dengan syariatnya.

Tamadun Islam pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh Tamadun Arab yang menekankan kepentingan dalam perkembangan kebudayaanya.

Kesan dari interaksi antara Tamadun Islam dengan tamadun lain telah memperkayakan Tamadun Islam. Secara umumnya dasar keterbukaan Tamadun Islam dan mudah berintegrasi dengan tamadun lain sebagai pemangkin kepada pengkayaan khazanah dalam Tamadun Islam.

Umum
Mengangkat Islam sebagai al-Deen (satu cara yang lengkap dan komprehensif)

Khusus
Menjalinkan hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam

Mewujudkan hubungan Memaparkan keadilan sistem manusia dengan sesama pemerintahan Islam yang manusia pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad Mewujudkan hubungan s.a.w,khulafaal-Rashidin manusia dengan alam sejagat dan pada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya

memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuklah lain-lain makluk ciptaan-Nya.
Dasar utama tamadun Islam ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting :
memelihara jiwa atau nyawa atau hak-hak hidup
memelihara akal fikiran memelihara kehormatan dan keturunan

memelihara harta benda


memelihara hak dan kebebasan

Memelihara Hak-hak Hidup Allah s.w.t, Pencipta Yang Maha Berkuasa terhadap sekalian alam telah mengurniakan kepada setiap makhluk termasuk manusia tentang kehidupan. Oleh kerana kehidupan adalah hak kemasyarakatan, tanpa kebenaran-Nya tidak ada sesiapa berhak untuk mencabar hak ini.

seseorang

yang menceroboh kehidupan seseorang yang lain bermakna menceroboh masyarakatnya. Firma Allah s.w.t. yang bermaksud :

Siapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau berbuat kerosakan di bumi, maka seolah olah ia membunuh manusia semuanya .(Surah Al-Maaidah : Ayat 32)

Manakala seseorang yang membunuh dirinya atau orang lain dianggap melakukan jenayah sosial yang besar iaitu melawan qadak Allah s.w.t. dan kekuasaanNya. Maka itu ia berhak untuk menerima azab di akhirat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Siapa yang melakukan yang demikian secara ceroboh dan zalim, maka Kami akan membakarnya dengan api (Surah An-Nisaa : Ayat 30).

Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan


Pertama :

setiap perkara yang berhubung dengan kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti memelihara kesihatan, melawan penyakit dan melawan wabak untuk mengawal hidup. Kedua : setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkan tubuh badan manusia atau mengancam nyawa kehidupan atau melemahkannya adalah haram seperti mabuk (meminum minuman keras, menghisap dadah), memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan yang membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Sesungguhnya terhadap diri kamu, kamu ada mempunyai hak, dan terhadap tubuh kamu, kamu ada mempunyai hak (Diriwayatkan oleh Bukhari).

Ketiga : setiap perkara yang bermatlamat untuk kehidupan seperti makan dan minuman, pakaian dan sebagainya, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan melampaui batas.(Surah Al-Araaf : Ayat 31).

Keempat : setiap perkara yang boleh mengelakkan daripada kematian adalah wajib dilakukan seperti seseorang terlampau lapar atau dahaga yang dikhuatiri akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan yang asalnya dilarang atau diharamkan (babi, anjing), kiranya dengan perbuatan itu dapat menghindarkan diri daripada kematian

Memelihara Akal Fikiran


Islam

mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas manusia kerana membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia daripada makhluk-makhluk lain. Islam telah menggariskan beberapa panduan agar akal fikiran manusia berfikiran baik dan terkawal. Dalam Islam, setiap penganutnya diwajibkan supaya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh had masa, tempat atau bangsa.

Ini

ditegaskan oleh sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad (Diriwayatkan oleh Muslim).

Bersesuaian

dengan kewajiban menuntut ilmu, tidak terdapat tempat dalam Islam kepada orangorang yang jahil seperti yang ditegaskan dalam hadis Rasulullah s.w.t. yang bermaksud :

Manusia itu ada dua golongan ; orang pandai dan pelajar, tidak ada kebajikan selain dariapda kedua-duanya (Diriwayatkan oleh Muslim).

Mengenai pemeliharaan akal fikiran manusia, dilarang penganutnya untuk minum dan makan makanan yang dilarang atau memberi kesan negatif. Ini akan mempengaruhi kesiuman atau tahap kesedaran seseorang manusia sebagai lambang manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah s.w.t. Islam melarang umatnya meminum minuman yang memabukkan dan kemabukkan boleh menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat-sifat kebinatangan.

Islam

mengalakkan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah s.w.t., fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan dan waswas. Fikiran-fikiran negatif ini memungkinkan pelaksanaan tingkah laku negatif dalam kehidupan manusia yang tidak selaras dengan ajaran Islam.

Sebagaimana

yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya, yang bermaksud :

Perumpamaan-perumpamaan itu Kami adakan untuk manusia, tetapi tidak difahaminya, kecuali orang-orang yang pandai (Surah AlAnkabuut : Ayat 43).

Memelihara Kehormatan dan Keturunan

Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa telah mencipta manusia sebaik-baik makhluk-Nya di dunia, dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insan Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaannya. Kehormatan bagi setiap manusia itu menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya. Maka itu, diturunnya segala peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualian.

Mereka

sama-sama dihukum dan diberi pengajaran. Allah s.w.t telah menjelaskan dengan terang fungsi manusia itu dalam firmanNya yang bermaksud :

Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat, melainkan menurut apa yang telah diusahakannya (Surah-An-Najm:Ayat 39).

Rasulullah

s.w.t. juga menerangkan bahawa seluruh umat manusia adalah berasal daripada satu bapa dan satu ibu. Sabda baginda yang bermaksud :

Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu (tunggal) dan kamu sekalian berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Dengan

undang-undang dan peraturan-peraturan ini, manusia dapat menjalinkan roh kerjasama di antara seluruh anggota masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajiban masingmasing untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormat sebagai manusia tanpa pengecualian

Jaminan

tegas mempertahankan kehormatan ini jelas terkandung di dalam pidato terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah. Sabda baginda bermaksud :

Sesungguhnya, nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini (Diriwayatkan oleh Bukhari).

Dalam Islam juga, ditekankan tentang pemeliharaan keturunan. Terdapat undang-undang dan peraturanperaturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala larangan terhadap perkara-perkara negatif seperti perzinaan, seks bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dan sebagainya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

Memelihara Harta Benda

Dalam konteks memelihara harta benda, Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajiban untuk mempertahankan haknya. Islam melalui kaedah ilmu faraid telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal mengikut fitrah manusia sendiri. Dalam usaha memenuhi kehidupan dari aspek pemilikan harta benda, semua orang dituntut mencari haluan hidup dan pencarian rezeki kehidupan adalah terbuka kepada semua orang.

Kekayaan di dunia ini tidak ditentukan kepada sesuatu golongan sahaja, malah setiap orang hendaklah berusaha menurut tenaga kemampuan dan kebolehan masing-masing. Allah s.w.t. meluaskan bidang memiliki harta benda seluas-luasnya kepada makhluk-Nya di dunia tanpa sekatan yang di luar tabii manusia.

Firman

Allah s.w.t. yang bermaksud :

Allah yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu boleh berjalan padanya dengan kapal-kapal dengan izinNya, dan supaya kamu boleh mencari daripada kekayaannya, dna supaya kamu berterima kasih, dan Ia telah memudahkan kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi semuanya(Surah AlJaatsiyah:Ayat 12-13).

Apabila seseorang dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya, maka kekayaan itu tidak harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas. Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk mempertahankan hartanya walaupun ke titisan darah terakhir. Ini jelas daripada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bersabda Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid (Diriwayatkan oleh Bukhari).

Manakala,

sesiapa yang bertujuan untuk melucutkan harta tanpa kebenaran seperti pencuri, penyamun dan penipu akan dikenakan seksaan yang berat.

Memelihara Hak dan Kebebasan

Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan. Kata-kata Saidina Umar al-Khattab berbunyi, Hak dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam keadaan tertentu, kecuali ketika seperti mempertahankan diri (kemerdekaan) dan untuk keselamatan ummah.

Bagaimanakah kamu memperhambakan manusia, sedangkan ia diperanakkan dengan bebas.

Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia melainkan kepada Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa. Maka itu, syair Islam iaitu tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t. dan lambang ketaatan ialah, Kepada-Mulah kami sembah dan kepada Mulah kami memohon pertolongan (Surah Al- Faatihah) yang diulang-ulang sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam di dalam solat lima waktu. Setiap orang Islam hendak bebas daripada segala unsur kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang jahat. Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah perhambaan kepada hawa nafsu yang ganas.

Allah

s.w.t. dengan tegas mengingatkan mereka yang berbuat demikian melalui firman-Nya, yang bermaksud :

Tidakkah engkau fikirkan (bagaimana peliknya) orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. (Surah Al-Furqaan:Ayat 43).

Teras

bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran yang tiangnya kemerdekaan beragama. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Tiada paksaan dalam beragama (Surah AlBaqarah:Ayat 256).

Mengenai

kebebasan seseorang individu dalam tanah airnya, Islam telah menjelaskan kedudukan tersebut sebagai waris. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi) (Surah-Al-Qashah:Ayat 5).

Mengenai kebebasan setiap penduduk untuk memberi pendapat, pandangan dan kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahnya, Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Mereka yang sekiranya Kami berikan kedudukan yang baik di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan mungkar (Surah Al-Hajj:Ayat 41).

Panduan

dan bimbingan ini juga ditujukan kepada pemerintah agar mereka dapat memenuhi dua aspek penting: melaksanakan kebajikan melarang kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara serta mereka sentiasa mendapat sokongan dari rakyat, segala kebebasan ini terikat kepada hak-hak tabii manusia dan maslahat umum.

Anda mungkin juga menyukai