Anda di halaman 1dari 15

STRATEGI

BERPUSATKA
N MURID
Muhammad Izwan bin Wan Abd Rahman
Nurul Izzah Izzati binti Mohd Aidil
Nurul Fathanah binti Abdul Rahim
KONSEP
Murid memainkan peranan penting dan utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Murid digalakkan
untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru hanya
sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam
menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan
atau individu. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran lebih banyak masa diperlukan bagi
aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan yang
disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan
dan kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah
melibatkan murid secara aktif.
Kaedah bagi Strategi
Berpusatkan Murid

Inkuiri Penyelesaian
Kumpulan Perbincangan
penemuan masalah

Projek Sumbangsaran Simulasi Bermain

Main peranan Penyoalan


Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan.
Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-
sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong,
Kumpulan berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.
Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan
perhatian.
Pendekatan pembelajaran yang melibatkan proses meneroka
alam semula jadi dan berasaskan lima fasa iaitu menyoal,
memeriksa atau menyelidik, mereka cipta, membincangan dan
membuat refleksi. Suatu kegiatan belajar yang melibatkan
secara maksima seluruh kemampuan pelajar untuk mencari dan
Inkuiri penemuan menyelidik secara sistematik, kritis, logik, dan analisis
sehingga mereka dapat merumuskan sendiri penemuannya
dengan kepercayaan pada diri sendiri. (W. Gelly et. al. 1984)
Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang
mementingkan pembelajaran melalui pengalaman.
Satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid akan
bekerjasama antara satu sama lain berkongsi pendapat dalam
mencari jawapan. Ia juga melibatkan komunikasi dan interaksi
di antara guru dan murid secara dua hala. Selain itu, murid
Perbincangan juga merasakan pendapat dan pandangan mereka lebih
dihargai dan dihormati apabila adanya hubungan dua hala
antara guru dan murid. Di samping itu, suasana pembelajaran
yang melibatkan interaksi dua hala juga telah melatih murid
yang kurang bercakap untuk bercakap.
Kajian Khoo (2008) bertujuan mengkaji kesan
kaedah penyelesaian secara kolaboratif terhadap
minat, kesediaan dan gaya pembelajaran pelajar.
Penyelesaian masalah
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar
kumpulan kaedah penyelesaian masalah secara
kolaboratif mencapai prestasi yang lebih tinggi.
Menurut Fromberg (1987) bermain secara umumnya adalah
simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi
intrinstik, berperaturan dan berbentuk episod.
-membolehkan murid mengenali dunia persekitaran
Bermain -menghubungkan alam fizikal kanak2 dengan alam spiritual,
kreativiti, idea serta pengalaman masa depan
-suatu pendekatan PdP tidak formal yang telah dirancang,
bebas dan selamat
Sumbangsaran merupakan satu bentuk perbincangan secara
berkumpulan. Setiap peserta digalakkan memberikan pendapat
masing-masing untuk menghasilkan satu rumusan. Obsorn
Sumbangsaran (1963) menyatakan terdapat dua matlamat sumbangsaran
iaitu matlamat jangka panjang (penyelesaian suatu masalah
yang penting) dan penyelesaian jangka pendek (mendapatkan
seberapa banyak idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah).
Suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi
sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan,
diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang
Simulasi berkaitan lebih mudah diselesaikan. Tujuan kaedah simulasi
adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan
konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah.
• Merupakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang
berfokus tugasan secara sistematik atau perancang.
• Melibatkan pembelajaran berpusatkan pelajar.
• Boleh menghubungkaitkan antara pelbagai bidang dan
kesepaduan dengan masalah kehidupan seharian.
PROJEK • Merupakan satu kaedah yang amat menarik untuk
memantapkan minat pelajar.
• Memberikan pengalaman berbentuk praktikal.
• Contoh melukis pelan sekolah, projek mural dan lain-lain.
• Merupakan lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan
murid tanpa menggunakan sebarang skrip.
• Aktiviti ini adalah berdasarkan situasi atau masalah yang
timbul
MAIN PERANAN • Tujuan main peranan supaya murid dapat mengukuhkan
kemahiran pertuturan, melatih diri untuk berfikir spontan
• Murid dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam
situasi terkawal
 Ada 5 teknik penyoalan yang asas.
 Open & Closed: bentuk-bentuk soalan yang bersifat untuk mendapatkan
sesuatu jawapan terbuka dan tertutup
 Funnel: adalah satu siri beberapa soalan yang bermula dengan open
questions dan berakhir dengan closed questions
 Probing: digunakan untuk mendapatkan jawapan yang lebih lanjut
bseserta penjelasan dan punca
PENYOALAN  Leading: bukanlah untuk betul-betul bertanyakan jawapan tetapi lebih
untuk membina keyakinan dan persetujuan di samping menarik kembali
perhatian murid. Contohnya “Jawapan yang berikan oleh kumpulan 3 lebih
baik dan tepat, bukan?”
 Rhethorical: soalan-soalan berbentuk umum yang tidak semestinya
memerlukan jawapan tetapi membina persoalan di minda . “Jika kita
sentiasa bersenam kita menjadi lebih sihat dan cergas, kan?”
• Tanya memang dia tidak tahu.
• Tanya untuk orang lain tahu (dia sudah tahu)
- Jibril Tanya nabi sebab nak bagi para sahabat tahu
SAMPINGAN……
• Tanya sebab nak uji (test) seseorang itu tahu atau tidak
jenis soalan yang ditanya
- (kita dah tahu jawapannya)
- Cikgu, satu tambah satu berapa?
TAMAT SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai