Anda di halaman 1dari 9

ADAT KEMATIAN

BAGI KAUM INDIA

DISEDIAKAN OLEH: Muhammad Izwan Bin Wan Abd Rahman


Dikelolai Oleh: Ahmad Bin Ibrahim
MAKSUD KEMATIAN PADA MEREKA ???

• Mereka mempercayai bahawa kematian adalah konsep kelahiran semula


dengan diibaratkan seperti tidur (mati) dan akan dibangunkan semula.
• Kepercayaan mereka kelihatan sama seperti agama Islam, namun mereka
tidak menanam mayat dan sebaliknya mayat dibakar dan abunya yang
ditanam.
SEBELUM KEMATIAN

• Ahli keluarga/ waris mendapatkan Sijil Kematian dan permit untuk


melangsungkan upacara pembakaran mayat dengan cara menghubungi
syarikat yang terlibat.
• Keluarga (anak lelaki atau saudara lelaki si mayat) membuat persediaan
seperti biasa merangkumi alat yang akan digunakan dan sebgainya.
SEMASA KEMATIAN

• Mandikan mayat dan pakaikan dengan sari bagi perempuan dan dhoti bagi lelaki
(gambar di akhir slide).
• Letak di ruang tamu dengan keadaan kepala mayat menghadap ke arah selatan.
• Nyalaan lampu kaamaatiri amman vilakku/ lampu minyak.
• Letakkan 1 biji kelapa yang terbelah dua dan sirih pinang berhampiran dengan mayat.
• Sapu serbuk suci tiruniiru pada dahi sebelum disembahyangkan.
• Balut mayat dengan kain dan disapukan kunyit pada mata (matikan kuman), dan
letakkan syiling pada dahi.
• Masukkan sirih pinang yang ditumbukkan ke dalam mulut dan lubang hidung
menggunakan kapas.
UPACARA KEMATIAN

1. Menanggalkan Thaali
- Rantai suci yang dipakai oleh isteri dan hanya boleh ditanggalkan setelah kematian suami.
2. Upacara Vaaikkarisi
- Masukkan sedikit makanan ke dalam mulut mayat sebagai tanda pemberian terakhir. Juga
dimasukkan mayat ke dalam keranda bersama kapur barus.
3. Kolli Catti
- Periuk tanah liat yang ada api. Ianya dipegang oleh anak/ bapa dan pengurus mayat secara
bergilir-gilir. Pusing kelilingi mayat sebanyak 3 kali seorang.
- Pengurus mayat pada akhirnya akan menebuk bekas tersebut dan menyebut “sorkan seer,
kaiulaasam seer” berulang kali.
SELEPAS KEMATIAN

• Bersihkan rumah
• Kumpul abu mayat. Sama ada tanam @ letak dalam kain kuning dan
dilepaskan ke laut.
• Pantang larang:
- Tetamu yang ingin hadir perlu pakai pakaian putih / cerah.
- Perhiasan rumah ditutup dengan kain putih
- Dalam masa 1 tahun, ahli keluarga tidak boleh mengadakan apa-apa upacara/ sambutan/
majlis di kuil mahupun rumah.
- Berkabung selama 8/ 16 hari.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai