Anda di halaman 1dari 11

UNIT 4 CADANGAN NILAI:

AMALAN TRADISI KEKELUARGAAN KHAZANAH KITA


Ahli kumpulan: Hormat
Joelle Thing Zi Xin
Wong Yu Jie
Kasih Sayang
Yuki Yong Yu Qi Baik Hati
Rasional
Kerjasama
Tradisi ialah sesuatu kebiasaan atau amalan yang sedah sebati dan diwarisi turun-
tenurun.Setiap keluarga mempunyai tradisi kekeluargaan masing-masing.Tradisi
kekeluargaan diamalkan berdasarkan kepercayaan,norma dan adat resma keluarga
tersebut.Tradisi kekeluargaan ini merupakan identiti keluarga yang merujuk jati diri dan cara
hidup keluarga tersebut.

•Adat menyambut kelahiran anak


•Perayaan
•Pantang larang
•Adat perkahwinan
•Adab makan
•Kesenian
•Adat menyambut tetamu
CONTOH AMALAN TRADISI KEKELARGAAN KAUM
MELAYU

•Duduk bersila di atas lantai bagi lelaki dan duduk bersimpuh bagi
perempuan
Bersalam sambil mencium tangan orang yang lebih tua
•Membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang sebagai tanda hormat
CONTOH AMALAN TRADISI KEKELARGAAN KAUM
CINA
•Makan besar bersama-sama anggota kelurga pada malam sebelum Tahun
Baharu Cina
•Menjemput orang yang lebih tua sepeeti datuk dan nenek untuk makan
•Memakai pakaian berwarna merah semasa Tahun Baharu Cina
CONTOH AMALAN TRADISI KEKELARGAAN KAUM
INDIA
•Mengikat dua batang pokok pisang di halaman rumah pengantin lelaki dan
pengantin perempuan sebagai lambang penerusan warisan
•Menggantung labu di halaman rumah sebagai tanda mengalihkan"mata
jahat"yang memandang ke arah rumah
•Mendidihkan susu di dalam periuk tanah semasa masuk ke rumah baharu
sebagai tanda kebahagiaan
CONTOH AMALAN TRADISI KEKELARGAAN KAUM
BIDAYUH
•Menyelitkan daun lalang di telinga ketika menempuh hujan panas untuk
menghalau "komang" atau roh jahat
•Mengamalkan makan bersama-sama dengan memastikan semua anggota
keluarga berkumpul sebelum makan
•Menganggap orang yang mempunyai nama sama sebagai adik-beradik
Tradisi kekeluargaan yang diwarisi perlu dikekalkan dan diteruskan oleh generasi
seterusnya.Setiap anggota keluarga hendaklah melaksanakan peranan masing-masing
dalam mengekalkan tradisi keluarga.Terdapat beberapa kepentingan mengekalkan
amalan tradisi kekeluargaan sesuatu kaum.

KEPENTINGAN MENGEKALKAN AMALAN TRADISI


KEKELUARGAAN SESUATU KAUM
•Meneruskan identiti kekeluargaan.
•Mewarisi tradisi kekeluargaan dari generasi ke generasi.
•Mengeratkan hubungan antara anggota keluarga.
•Merapatkan jurang generasi tua dengan generasi muda.
•Mewujudkan suasana harmoni dalam keluarga.
•Memupuk semangat kekitaan sesame anggota keluarga.
Bagi sesutu kaum,amalan trsdisi kekeluargaan memepunyai keistimewaan yang
tersendiri.Tradisi tersebut perlulah dihargai oleh anggota keluarga dengan memahami dan
mengamalkan bersama-sama.Contohnya,peranan Hari Gawai di rumah panjang.Sebelum
perayaan Hari Gawai, kaum Iban melakukan pelbagai persediaan di rumah Panjang.
KEISTIMEWAAN AMALAN TRADISI KEKELUARGAAN KETIKA
MENYAMBUT HARI GAWAI
•Tradisi memasak ayam pansoh dapat diwarisi.
•Tradisi menghormati Tuai Rumah diutamakan.
•Tradisi bermain alat kesenian dan muzik tradisional dapat
dikekalkan.
•Tradisi jamuan di ruai dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
•Tradisi menari tarian Ngajat dapat diteruskan.
Pengabaian amalan tradisi kekeluargaan ini akan menyebabkan kesan
negatif.Kesan negatif ini akan berlanjutan sehingga menyebabkan tradisi
tersebut pupus.Oleh itu,pengabaian ini patut dielakkan sejak peringkat
awal lagi.
KESAN SEKIRANYA AMALAN TRADISI KEKELUARGAAN
DIABAIKAN DALAM SESUATU KAUM
•Amalan tradisi kekeluargaan sesuatu kaum semakin pupus.
•Generasi akan datang akan kehilangan identiti kaum.
•Hubungan sesama kaum menjadi renggang.
•Tradisi kekeluargaan yang menjadi alat penyahutuan kaum mula dilupakan.
Kesimpulannya,tradisi kekeluargaan sesuatu kaum perlulah diamalkan
dan dipelihara supaya identiti kaum dapat dikekalkan.Hidup akan lebih
bahagian dengan penerusan tradisi kekeluargaan.
-Nilai kerjasama dan nilai rasional perlu diamalkan bagi memastikan tradisi kekeluargaan
diteruskan.
-Nilai kasih sayang semasa anggota keluarga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
-Nilai baik hati perlu diterapkan dengan mengambil kira perasaan setiap anggota keluarga
bagi memastikan tradisi kekeluargaan dapat dikekalkan.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai