Anda di halaman 1dari 41

Budaya dan adat resam kadazandusun

Yusmaliza binti Mat Yusoff PISMP PA 1111

PENGENALAN
Merupakan penduduk majoriti negeri Sabah Dahulunya dikenali sebagai orang Dusun Berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan masyarakat terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan Kebanyakan amalan mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme misalnya adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian

Asal usul
Pakaian
Kelahiran

Tarian
Kadazandusun

Perkahwinan

Muzik

Kematian

Perayaan

Makanan

Asal usul
Lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran suku kaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun iaitu Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Sewaktu mengandung

Kelahiran

Selepas lahir

Bersalin

Sewaktu Mengandung
Bidan Terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan tahu selok-belok perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh Tugas umum: sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan

Tugas khusus

Sebelum Jaga kandungan dengan baik Beri pantang larang kepada ibu mengandung

Selepas Pastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak sulung.

Bersalin
Bilangan hari berpantang bergantung kepada unsur kasta. Orang kebanyakan = 7 hari. Orang berdarjat = 21 hari. Orang berdarjat lebih tinggi = 44 hari.

Sepanjang tempoh berpantang : Si suami tidak dibenar berada jauh dari rumah Ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus Jampi mantera diguna untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau

Pantang larang Ibu

Bayi

Tidak boleh makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur

Dari hari 1 hingga hari ke-7, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, contohnya ke halaman rumah. Untuk elakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah.

Bidan akan pastikan pintu rumah diikat dengan sejenis daun yang dipanggil wongkong. Daun itu menunjukkan rumah itu telah menerima ahli baru Sahabat handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan saudara-mara yang terdekat Bidan bertanggungjawab tentang ubat-ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba, cekur, akar kacip fatimah dan akan dibentuk menjadi ubat yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit Bidan perlu tahu meramu pelbagai jenis bahan untuk dijadikan ubat-ubatan. Beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang baru bersalin untuk pulihkan tenaga yang hilang semasa bersalin

Jenis bentuk ubat utk menyembuh sesuatu penyakit Bidan boleh rebus tumbuhan herba itu dan kemudian diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin Cara lain : mencampurkan minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian yang sakit. Cara ini digunakan kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula tenaga mereka. Walaupun kerajaan telah sediakan pelbagai kemudahan untuk pesakit, tapi bidan kampung masih lagi diperlukan. Ini kerana kebanyakan masyarakat Kadazan mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atau hospital

Selepas Lahir
Adat memberi nama anak dibuat setelah bayi itu berumur 8 hari. Anak itu diberi nama sebanyak 2 kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari ke-8 di beranda rumah. Pada hari itu anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kali. Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk bincang dan tentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan itu dikumpul dan dipilih

Pemilihan nama dibuat berdasarkan peristiwa yang berlaku ketika dilahirkan. Kadangkala nama itu diambil daripada nama salah seorang ahli keluarga mereka Setelah anak itu berusia kira-kira 1 bulan, upacara turun tanah atau disebut Mintuhun atau Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri bersama alatan seperti berait, mamadik, komburongoh, siud Sebelum pijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan bawa bersama sedikit rumput dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampur ke dalam air mandian

Merisik

Majllis perkahwinan

Perkahwinan

Meminang

Bertunang

Pengenalan
Kebanyakan orang Kadazan lazimnya berkahwin ketika umur mereka meningkat 16 tahun atau selepas 21 tahun. Ada juga yang berkahwin melalui perjanjian yang dipersetujui oleh ibu bapa kedua-dua pihak semasa mereka masih kecil lagi.

Merisik
Perkara yang diutamakan adalah pemberian sebentuk cincin sebagai tanda peminangan daripada pihak lelaki Segala urusan merisik dan juga peminangan mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan. Risikan pertama untuk tahu sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan Risikan dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan

Meminang
Jika risikan itu boleh dipertimbang, mereka akan tentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang bawa cincin pusaka(dibuat drpd tembaga) digelar 'cincin menanti mimpi dan mesti dibawa pada waktu pagi Jika mereka sudah terima cincin itu, mereka mesti bersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum yang boleh memabukkan. Cincin diletak di bawah bantal mereka. Pada malam itu, mereka akan mendapat mimpi. Biasanya mimpi itu punyai 3 keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diterus kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk tapi mimpi buruk itu dapat diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.

Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan. Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterang sejelasjelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu

Bertunang
Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan panggil wakil pihak lelaki untuk beritahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang diguna untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, wakil lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk. Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan akan berunding tentang syarat-syarat hantaran perkahwinan, tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya majlis itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.

Majlis Perkahwinan
Hantaran kahwin terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan ialah babi atau kerbau, jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan 2 atau 3 hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan

Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkatsingkat pesta pula adalah antara 2 atau 3 hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama 7 hingga 14 hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam ke-2, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau 2 minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama 3 hari. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

Semasa kematian

Selepas kematian

Kematian

Pengenalan
Masyarakat Kadazan percaya kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama.

Semasa Kematian Adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus. Memberitahu Apabila ada yang meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu. Ini penting kerana setiap masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati Mereka tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Kemungkinan juga penyakit akan menimpa mereka Pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja, masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

Berjaga-jaga Selepas dimandi dan dilap, mayat dipakaikan pakaian yang indah dan direnjis dengan air wangi. Jika semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Cerut juga akan diselit pada bibirnya buat seketika Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama 3,5 atau 7 sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletak di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Mereka percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ. Tujuan berjaga : untuk awasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk elak daripada serangan burung itu, mereka angkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia. Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir. Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkut pada kayu nisan kubur si mati

Pengebumian
Mereka akan usung mayat guna keranda atau tajau. Mayat dimasuk ke dalam kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk mudahkan orang ramai angkat mayat tersebut. Usungan mayat diserta dengan paluan gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian dilakukan secara berterusan sehingga ke kawasan perkuburan untuk takutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat. Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut. Mayat diletak di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup

Jika mereka golongan yang berada, mayat ahli keluarga mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan berukiran lebih cantik. Selepas tiba di kawasan perkuburan, tajau akan diletak ke atas kubur. Ada juga yang memasukkan tajau itu ke dalam liang lahat. Mayat yang dimasuk ke dalam tajau tidak akan dimasuk e dalam kubur sebaliknya di dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat sebelum dikebumikan Sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup. Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama 7 hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan mereka, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

Mengikut kepercayaan mereka, jika masa pengkebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu. Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggal dan direndam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang. Barangbarang atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

Selepas Kematian
Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai beberapa tahap iaitu: Makan Tiga dan Tujuh Hari Makan Empat Puluh Hari Makan Seratus Hari Makan TigaTahun

Makanan Tradisi
Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini.

Hinava
Daripada isi ikan segar yang dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau sama ada guna limau nipis atau limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, isi ikan yu juga boleh digunakan. Isi sotong atau udang juga boleh diguna bagi penyediaan Hinava ini

ikan (sada)

tuhau (sejenis ulam)

bambangan (buah)

Noomsom
Dikenali sebagai jeruk. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom Bambangan (buah).

Pinaasakan
Sejenis hidangan yang dihasilkan guna isi ikan (ikan air tawar/ikan air laut). Ikan akan dibersih dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih sehingga air hampir kering.

Sup Manuk Lihing (Sup Ayam Lihing) Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum KadazanDusun, Sabah. Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.

Perayaan

Pesta Kaamatan - menuai padi


30 dan 31 Mei setiap tahun Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau, upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan. Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Muzik Tradisional
Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ; Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan) Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton) (organ mulut) Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau tontog).

Tarian Tradisional
Tarian Sabah mempunyai 32 jenis etnik, 55 jenis bahasa dan kira-kira 100 dialek. Mereka menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian meiliputi merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya akan ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya. Contohnya : Menangkuk Mogunatip Mongigol Sumundai Paina Sumazau

Pakaian
Pada amnya, perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi kaum Kadazan adalah sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian Cina. Ada 3 jenis blaus kaum wanita : blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda blaus dengan lengan dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu upacara

Anda mungkin juga menyukai