Anda di halaman 1dari 7

Persediaan sebelum pengembaraan secara kasarnya seperti berikut:

membincangkan peta perjalanan anda menyediakan kompas dan haversack menyediakan makanan, kotak pertolongan cemas, khemah dan alat-alat perkhemahan membincangkan dengan pemimpin apakah yang akan anda lakukan semasa dalam pengembaraan menyediakan sebuah buku log pengembaraan

Tiada sebarang pantang larang ketika solat di dalam hutan, caranya samasahaja walaupun berada di dalam hutan di mana kita perlu mematuhi syarat sah solat seperti suci daripada hadas besar dan hadas kecil , menutup aurat, mengetahui masuknya waktu solat dan mengadap kiblat.

Apabila anda telah menjadi musafir, anda boleh mengqasar (memendekkan) solat dari empat rakaat kepada dua sahaja: Firman Allah di dalam Surah An-Nisa : Ayat 101 yang bermaksud: "Dan apabila kamu bersafar, maka tidak ada dosa atas kamu, mengqasarkan solat".

SYARAT DIBOLEHKAN QASAR : 1.Perjalan melebihi 2 marhala persamaan dengan 16 farsah atau 90 km. 2.Perjalanan bukan untuk bermaksiat.

JAMAK TAKDIM- contoh melakukan solat asar pada waktu zohor; bermakna lakukan solat zohor dua rakaat dan salam, kemudian melakukan pula solat asar dua rakaat dan salam.

JAMAK TAKHIR- contoh melakukan solat zohor diwaktu solat asar;bermakna melakukan solat zohor dua rakaat dan salam dahulu diwaktu asar, kemudian melakukan pula solat asar dua rakaat dan salam.

1. Jika sudah masuk waktu solat , berehat & berniatlah untuk qasar atau menjamakan solat. 2.Berwuduk: (air atau bertayamun )(jika tiada air atau air terhad). 3.Cari arah kiblat guna kompas/matahari. 4.Pakailah pakaian treking yang anda pakai tu, tidak payah tukar selagi tidak nampak jelas najis/bau najis pada pakaian anda.(jangan was-was pasal peluh, tanah ,lumpuh atau apa saja itu

tidak najis). Bagi lelaki yang pakai seluar contoh 'tide', atau apa
saja, asalkan lebih lutut dah boleh sembahyang.

5.Untuk wanita pula,pakailah pakaian treking yang anda pakai tu, tidak payah tukar selagi tidak nampak jelas najis atau bau najis pada pakaiyan anda.(jangan was-was pasal peluh, tanah ,lumpuh atau apa saja itu tidak najis).Pakailah tudung yang ada;Jika baju lengan pendek, tutuplah dengan telekung, jika tiada, gunakan sarung tangan panjang kemudian gunakan sarung tangan untuk tutup tangan jarijemari (guna stokin pun boleh). Untuk kaki pula gunakan stokin kemudian solatlah. 6.Jika nak solat, ramai orang lalu lalang dihadapan anda, jadi letaklah 'sutrah', berupa beg anda, sepatu,kayu atau apa saja. Jika ada 'sutrah' dihadapan anda maka solatlah,jangan risau orang yang lalu lalang dihadapan anda.

Anda mungkin juga menyukai