Anda di halaman 1dari 1

RIAK DAN UJUB

Riak dan ujub tidak sama. Tapi yang sama ialah riak dan ujub ialah sebahagian dari penyakit hati
yang boleh mengurangkan nikmatnya beribadat serta mengurangkan pahala ibadat kita.

"Terdapat satu kisah seorang pemuda membaca satu surah panjang penuh sampai ayat terakhir
(tak ingat nama surah tersebut) lepas solat. Setelah selesai membaca, pemuda tersebut tertidur.
Pemuda tersebut mendapat mimpi yang dia mendapat report card hasil bacaan tadi. Apa yang dia
lihat, setiap perkataan diberi ganjaran pahala cuma satu baris ayat akhir surah tidak dicatat
sebarang pahala. Pemuda tersebut tanya mengapa di akhir ayat ini tiada catatan pahala? Maka
jawablah utusan yang menghantar report card tersebut. Ketika kamu baca Al-Quran, Allah
memberikan ganjaran pahala setiap huruf. Tetapi tidak pada ayat terakhir ini kerana ketika kamu
membaca, ada orang lalu menghampiri rumah kamu. Dalam masa yang sama terdetik di hatimu
yang kamu ingin menunjukkan yang kamu pandai mengaji dan membaca satu surah penuh sampai
habis. Jadi Allah simpan ayat terakhir ini untuk kamu supaya kamu meminta pahala ayat terakhir
ini dekat orang yang lalu tadi."

Lihat betapa parahnya penyakit ini. Adakah kita mahu solat kita, puasa kita, ibadat kita rosak malah
tidak diterima angkara penyakit ini. Sama-samalah kita menjaga hati kita dari dijangkiti penyakit ini.

PERBEZAAN UJUB DAN RIAK
Ujub : bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu
yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang di
sekelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat
dan akrab dengan dirinya.
Riak : tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang
setimpal. Contoh : seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar
ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

Menurut Ibnu Taimiyah : riya adalah perbuatan syirik dengan sebab makhluk, sedangkan ujub
adalah perbuatan syirik dengan sebab diri sendiri.
Nabi bersabda, 'Yang paling aku atas kalian adalah syirik kecil. Mereka bertanya, 'wahai
Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Beliau menjawab, Riak. (Riwayat Ahmad, Ath-Thabrani, dan Al-
Baghawi)
Rasulullah juga bersabda: Mahukah kamu aku beritahu tentang sesuatu yang menurutku lebih
aku khuatirkan terhadap kamu daripada Al-Masih Ad-Dajjal. Para sahabat menjawab, Baiklah,
wahai Rasulullah. Baginda pun bersabda, Syirik tersembunyi, iaitu ketika seseorang berdiri solat,
dia memperelokkan solatnya kerana tahu ada orang lain yang memerhatikannya. (Riwayat Imam
Ahmad).
Kedua-dua penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan sifat
ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan
ditolak serta merta.

Anda mungkin juga menyukai