Anda di halaman 1dari 3

IBADAH PUASA DARI SUDUT SAINS

Allah telah memerintahkan umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan seperti yang
dinyatakan dalam al-Quran:
Wahai orang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang
sebelum kamu supaya kamu bertakwa. (puasa yang wajib itu ialah) beberapa hari yang
tertentu:sesiapa antara kamu yang sakit ataupun dalam musafir, (bolehlah ia berbuka).
Kemudian dia wajib berpuasa (sebanyak hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain
dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar
fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan
fidyah, maka itu adalah satu kebaikan baginya (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik
bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Surah al-baqarah, ayat 183 184
Memandangkan bulan ramadhan semakin hampir, jadi elok lah kalau kita bercerita mengenai
faedah dan hikmah berpuasa. Terdapat dalam sebuah buku yang mana, menceritakan tentang
ibadah puasa dari sudut kesihatan. Memandangkan buku ini merujuk kepada persediaan
menghadapi kiamat dalam buku ARMAGEDON 2012 Bencana Akhir Zaman tulisan
Muhammad Alexander, jadi sudut pandangan nya mengenai puasa lebih menjurus tentang
persediaan menghadapi bencana akhir zaman. Namun ia masih relevan sebagai rujukan dan
panduan tentang hikmah puasa dari sudut sains kesihatan. Mari kita menyingkap hal yang
seterusnya.
Puasa membantu dalam menyembuhkan penyakit, termasuk asma, elergi, selsema,
bronchitis, asid urat, rematik, barah pramatang, insomnia, kemurungan, tekanan, tekanan
darah/ tahap kolestrol, user mulut/perut, migraine, demam, penyakit-penyakit kulit, dan
kebergantungan pada ubat, nikotin, akohol dan narkotik. ..
Dari sudut kesihatan kulit dan mata menurut Dr. R. Cinque mrnyatakan puasa dapat
menjadikan kulit lebih bersih dan halus serta mampu menjernihkan pandangan mata.
Puasa juga mampu meningkatkan proses detosifikasi dari dalam tubuh itu sendiri. Dalam hal
ini organ detosifikasi merangkumi kulit, paru-paru, ginjal, hati, nodus dan usus besar.
Apabila seseorang berpuasa, prestasi organ-organ itu meningkat.
Manfaat berpuasa yang lain ia membantu pertumbuhan semula sel-sel tubuh dan
membersihkan tubuh daripada pelbagai jenis racun atau toksin.
Dr Abdul Jawad Ash-Shawy menyatakan sel mengandungi asid amino. Apabila puasa
dilakukan, asid daripada makanan bergabung dengan asid yang dihasilkan semasa proses
pencernaan. Ia kemudian disalurkan mengikut keperluan sel-sel tubuh. Hasilnya mereka yang
berpuasa menjadi bertambah sihat.
Puasa dalam Islam adalah satu-satunya cara yang paling ideal bagi memperbaiki fungsi
optimum bagi hati. Semasa berpuasa, hati seseorang mendapat bekalan asid lemak dan amino
organic selama rentang waktu antara buka puasa dan sahur. Ia kemudian membentuk inti
protein, cecair fostat, kolestrol dan lain-lain elemen yang penting bagi membentuk sel-sel
baru. Dengan itu, hati tidak akan diserang oleh cirrhosis.
Selain itu, manfaat lain ialah tidak akan berlaku ketidakseimbangan fungsi ekoran tidak
terbentuknya bahan yang dapat mengalihkan lemak dari hati. Ini kerana pembentukannya
dapat dihindari apabila perut kosong atau pemakanan tidak melibatkan makanan yang
berlemak.
Dr. Bahar Azwar berkata, Puasa sebagai ejen pembersih tubuh. Semasa seseorang berpuasa
tubuh akan kehilangan tenaga. Pada masa itu, otak sebagai organ yang paling banyak
memerlukan tenaga mulai bereaksi. Rancangan memaksa kelenjar pancreas mengeluarkan
hormone glucagon. Glukagon berfungsi membakar glikogen yang tersimpan dalam hati dan
menjadi glukosa. Maka tahap tenaga yang mencukupi diperolehi. Jika ia masih belum
mencukupi maka ia akan membakar lemak, termasuk lemak dalam pembuluh koronari yang
terdapat di dalam jantung, hati, usus dan ginjal. Dengan beban yang berkurangan maka
organ-organ tersebut bertambah kuat.
Sesak nafas akan berkurangan, usus akan berfungsi dengan lebih baik dan proses
pembuangan air besar akan lebih lancar. Selain berat badan menurun.
Lain-lain manfaat berpuasa ialah:
1. Menurunkan tahap lemak dan kolestrol sehingga mencegah penyakit jantung.
2. Fikiran tenang.
3. Jantung kurang terbeban dalam menjalankan tugasnya mengepam darah ke seluruh tubuh.
4. Tekanan darah yang tinggi akan menurun sehingga sakit kepala akibat tekanan darah tinggi
hilang.
5. Beban tugas yang mengeluarkan toksin tubuh melalui air kencing dapat dikurangkan.
6. Sakit pinggang yang disebabkan gangguan pada fungsi ginjal akan berkuranagn.
7. Berlakunya pertumbuhan semula sel jantung semakin segar, nafas menjadi lapang, fungsi
ginjal bertambah baik dan lain-lain manfaat yang melambatkan proses penuaan.
Hippocrates bapa perubatan moden, jika kamu berasa demam, kamu perlu berpuasa.
Benjamin Franklin pula berkata ubat yang terbaik adalah berehat dan berpuasa.
Puasa adalah istirehat kimia bagi organ dalam tubuh. Dengan mengawal pengambilan
makanan, proses detoksifikasi organ-organ utama seperti ginjal dan hati menjadi
bertambah mudah, malah ia mempercepatkan proses itu.
Yang membezakan antara berlapar dengan puasa adalah seperti berikut jom baca:
1. Pernafasan dan lidah menjadi bersih
2. Suhu tubuh yang tidak normal menjadi normal.
3. Denyutan nadi menjadi normal.
4. Reaksi kulit dan lain-lain menjadi normal.
5. Masalah bau mulut dapat diatasi.
6. Air liur menjadi normal.
7. Mata menjadi terang dan daya penglihatan meningkat.
8. Air kencing menjadi bersih.
Menurut Al-Quran puasa meningkatkan keimanan dan ketakwaan.
Mengikut Rasulullah puasa wajib dan puasa sunat dapat menjadikan tubuh bertambah
sihat. Puasa juga sebagai perisai tubuh dari segala penyakit.
Hadis oleh Imam Ahmad;
Allah maha perkasa dan maha Agung mewajibkan puasa Ramadhan dan sunatkan solat
pada malam harinya, sesiapa berpuasa dan solat malam dengan mengharapkan pahala
keredhaan Allah, dia keluar dari dosanya seperti bayi yang baru lahir oleh ibunya.
Berdasarkan perintah tersebut, dinyatakan sebagai;
Puasa sememangnya menjadi perisai bagi orang yang mengerjakannya. Seterusnya apabila
seseorang yang berpuasa Ramadhan mengerjakan pula solat tarawih, tahjud dan sebagainya,
semua sel yang layu di dalam tubuhnya digantikan dengan sel-sel baru sehingga dia laksana
seorang bayi yang baru lahir. Dengan pengantian sel, prestasi organ bertambah baik dan dia
dilindungi daripada serangan penyakit.
Demikianlah hikmah berpuasa dan pandangannya dari sudut sains kesihatan. Mungkin ada
lagi hikmah yang lain yang mana kita perlu mengkaji. Paling tidak pun perlu rajin membaca.
Mudah-mudahan dengan hikmah yang dinyatakan tadi dapat menambahkan keimanan dan
istiqamah dalam mengerjakan ibadah puasa nanti. Insyallah.
Ternyata Islam agama yang menyeluruh dan ia sesuai seiring zaman. Jadi apa lagi yang mahu
kita risau tentang kesahihan Islam. Semoga kita menjadi umat Islam yang beriman. Bukan
umat Islam yang sentiasa leka. Tak perlu ubat kurus, tak perlu krim muka atau ubat awet
muda. Tak perlu ubat-ubatan yang mengandungi bahan nikotik hanya dengan berpuasa
insyallah ia paling mujarab. Lagi-lagi bila kita sakit kita minta penyembuhan dari Allah lagi
Allah suka. Untung-untung Allah bagi kita sihat segar bugar dan dapat mengerjakan ibadah
dengan tenang.
Selamat berpuasa..

Anda mungkin juga menyukai