Anda di halaman 1dari 6

Faktor-faktor yang mempengaruhi

perkembangan peribadi seseorang remaja.


Soalan
Peribadi seseorang remaja amat penting dalam menentukan kemampuannya menghadapi
cabaran hidup.
Beri pendapat anda tentang faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan peribadi seseorang
remaja.
Rangka Karangan
Pengenalan :
Menurut ahli psikologi yang terkenal Norm Chomsky, alam remaja merupakan alam
transisi daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa.
- berlaku perubahan fizikal dan tingkah laku.
- remaja cuba membentuk peribadi dan personaliti masing-masing.
- peribadi berkait dengan cabaran mengemudikan hidup
- terdapat pelbagai faktor yang turut mempengaruhi hal tersebut.

Isi 1: Keluarga mempunyai pengaruh yang besar.


- alam kehidupan remaja bermula dari sebuah keluarga.
- ibu bapa mampu mencorakkan anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih.
- sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat membentuk anak-anak yang berperibadi
mulia
- bertanggungjawab,bersopan dan saling menghormati satu sama lain.
- keluarga yang pincang pula akan mempengaruhi remaja dari sudut yang negatif.
- bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
- ibu bapa sebagai ketua keluarga perlu menerapkan nilai-nilai positif dalam diri anak- anak
- anak-anak akan membesar dengan peribadi mulia.
Isi 2: Rakan sebaya juga boleh mempengaruhi perkembangan peribadi remaja.
- Lumrah remaja untuk berkawan.
- memilih rakan yang boleh dipercayai.
- berkongsi masalah dan rahsia.
- terikut-ikut akan perlakuan rakan.
- jika rakan baik peribadi remaja juga akan baik.
- jika terpilih rakan yang negatif, mereka akan membentuk peribadi yang negatif.
- ibu bapa perlu peka akan perubahan pada anak- anak.
- sayangkan anak, tangan-tangankan perlu tahu latar belakang anak-anak mereka.
Isi 3 : Masyarakat
- masyarakat positif dapat membentuk semangat perpaduan, saling menghormati,
- perlakuan masyarakat akan dilihat dan diperhatikan oleh remaja.
- jika setiap ahli masyarakat saling bertolak-ansur dan menunjukkan sikap toleransi,remajaakan

meniru dan mengamalkannya.


- jika sebaliknya, remaja memerhatikan masyarakat sekelilingnya bersikap negatif, maka sikap
negatif itulah yang akan menjadi amalan, seterusnya mempengaruhi peribadi remaja itu dan
kehidupannya.

Isi 4: Agama merupakan elemen utama dalam pembentukan peribadi seseorang


remaja.
- agama membimbing setiap orang ke jalan yang benar.
- agama memandu insan pada batasan kebenaran.
- remaja yang terdidik dengan asuhan agama yang kukuh akan memperlihatkan peribadi murni
yang selaras dengan ajaran agama.
- ketika ini, kita lihat banyak remaja yang runtuh akhlak dan peribadi disebabkan mereka telah
menyimpang jauh daripada ajaran agama masing-masing.
Isi 5: Media massa
- Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri membuat pernyataan menyelar
rancangan realiti tv yang berunsur negatif dan pernyataan beliau adalah sesuatu yang berasas.
- pada zaman ini, media massa begitu berpengaruh dalam kehidupan remaja.
- kajian yang dijalankan mendapati bahawa purata masa menonton tv dalam kalangan remaja
negara ini ialah 40 jam satu minggu.
- masa yang begitu panjang sudah pasti mampu mendatangkan kesan kepada remaja.
- remaja meniru sesuatu yang kebaratan kerana kebanyakan rancangan yang ditonton remaja
pada masa ini lebih menonjolkan budaya yang negatif.
Kesimpulan :
- remaja aset penting negara.
- perlu usaha secara kolektif untuk membentuk remaja yang positif.
- pendedahan pelbagai perkara positif perlu sejak kecil- melentur buluh biar dari rebung.
- asuhan yang betul hendaklah diberikan kepada mereka.
- mereka akan dewasa sebagai pemuda dan pemudi harapan bangsa dan negara.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima
aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula
adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan
faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini
yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan
faktor persekitaran(nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan
seseorang individu.
BAKA
Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini
sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut Haliza
Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku Perkembangan Kanakkanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, baka merujuk
kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anakanak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran Schienfed mengatakan bahawa
baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam
satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi.
Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan
manusia dan akan memberikan sifat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai
penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental
kita sama ada pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli
psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.
Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu
mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran
adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan manusia.
Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada
kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel
sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan
DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat
baka.Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses

persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet
betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa
masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan
bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan
dilahirkan nanti.
Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar
dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan
individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan
melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka
ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat
pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang
porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada
emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka.
Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh,
individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial
dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz
badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak.
Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya.
Hal ini menyebabkan individu tersebut akan diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya
meningkatkan harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah sihat.
Contoh seterusnya ialah individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit.
Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing
manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan
menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu.Justeru, hubungan kanak-kanak tersebut
dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan sunyi.
Impaknya, proses perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan
sosial dan emosi terjejas.

PERSEKITARAN
Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran. Faktor ini
merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah
pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan
dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu.
Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio

ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan, sekolah, masyarakat, tempat ibadat,


media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi perkembangan
seseorang manusia.
Mengikut penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, dalam buku
Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian
Empat Tahun, apabila kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini akan mempercepatkan
pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi berumur antara enam hingga lapan
bulan.
Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi
perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini, perkembangan motor yang
merangkumi kemahiran- kemahiran kordinasi otot telah mula meningkat. Antara kemahiran
motor yang disebut ialah memegang, menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan,
berlari dan sebagainya.
Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor
perkembangan kanak- kanak. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti
suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan
individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu
perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini
berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang
sempurna kepadaanak-anak.
Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan
baik. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa
menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang
proaktif dan sempurna.
Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanakkanak.Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak- kanak.Pemakanan
yang diambil kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang.Makanan yang boleh
menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan
perkembangan mereka.Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang
baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan minum. Penyusuan susu ibu
adalah lebih baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4

tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak


kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif.
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan
kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem,
ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem
ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak
menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu.Sebagai contoh
hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakanrakan.Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di
dalam perkembangan kanak-kanak.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem.
Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang
lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku
di sekolah dan sebaliknya.Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan
galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi
yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut
memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut.Misalnya sekolah dengan pasar raya.Kaedah
pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli
belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai
dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina
dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih
dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh
masa.Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainanpermainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih
gemar bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu
sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap
individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang berbezabeza.

Anda mungkin juga menyukai