Anda di halaman 1dari 10

PEMBIAKAN TUMBUHAN

SECARA
CANTUMAN MATATUNAS
Amali : Pembiakan Tumbuhan Secara Cantuman Tunas

Tujuan : Melakukan pembiakan pokok secara cantuman mata tunas.

Bahan : Pokok penanti (mangga, rambutan), ranting mata tunas
(sion).
Alatan : Pisau cantuman, pita politena.
Langkah-langkah:-
Pilih pokok penanti yang sihat berumur 6 12 bulan.
Tentukan tapak cantuman 8-10 cm dari pangkal pokok.
Buat 2 turisan lurus ke bawah sepanjang 2-3 cm dan lebar
1/3 dari lilitan pokok.
Potong kulit di bahagian bawah antara 2 turisan yang telah dibuat.
Siat kulit ke atas di bahagian yang dibuat turisan menggunakan
hujung pisau cantuman.
Potong dan tinggalkan sedikit seperti lidah.

Pilih mata tunas sion dan potong bersama bahagian kayu
sepanjang 2-3 cm.
Potong kepingan mata tunas bersaiz sama dengan tapak cantuman.
Tanggalkan bahagian berkayu daripada kulit mata tunas.
Tampalkan kulit mata tunas pada tapak cantuman dengan
kedudukan mata tunas menghala ke atas.
Balut kulit mata tunas di tapak cantuman dengan kemas
menggunakan pita politena.
Perhatikan cantuman selepas 3 minggu.
Kelar sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman untuk
memastikan kejayaan cantuman.
Langkah Keselamatan
o Gunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih.
o Lakukan kerja menampal cantuman dengan segera.
o Pastikan tunas pada kepingan mata tunas tidak tertanggal.
o Jangan dedahkan mata tunas pada cahaya terik.
1. Pilih pokok penanti yang sihat
berumur 6 12 bulan.
2. Tentukan tapak cantuman
8-10 cm dari pangkal pokok.
3. Buat 2 turisan lurus ke bawah
sepanjang 2-3 cm dan lebar
1/3 dari lilitan pokok.
4. Potong kulit di bahagian
atas @ bawah antara 2 turisan
yang telah dibuat.
5. Siat kulit ke atas di bahagian
yang dibuat turisan menggunakan
hujung pisau cantuman.
6. Potong dan tanggalkan sedikit
kulit seperti lidah.
7. Pilih mata tunas sion dan
potong bersama bahagian kayu
sepanjang 2-3 cm.

Anda mungkin juga menyukai