Anda di halaman 1dari 5

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang

baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga
kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan
dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih
baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat
ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik
dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan
mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan
persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa
jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan
gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan
adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya
tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran
dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat
ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai
sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumatmaklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan
guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta
efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti
pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana
maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat
meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT
seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua
benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri
dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai
teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari
serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.

Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar
dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di
fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT
melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana
semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa
yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini
disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru
dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam
era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar
tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting
bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi
memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran
yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah
kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima
sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid
dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan
ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio,
video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di
ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih
mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat
segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak
balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.

Kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran


Matematik.
Menurut responden B contoh
contoh pembelajaran yang berkaitan dengan
kehidupan harian boleh
ditunjukan dengan menggunakan komputer dan LCD. Jadi,
pelajar boleh mengaitkan perkara yang
dipelajari dengan kehidupan harian. Dengan
menggunakan ICT,
contoh
contoh penggunaan Matematik
dalam kehidupan seharian
dapat ditunjukkan dengan lebih menarik. Dengan ini, pelajar dapat
mengaplikasikan
perkara yang dipelajari dan ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih
bermakna.
Ini akan memberikan pel
uang kepada pelajar untuk mengalami pembelajaran
yang bermakna. Melalui
pembelajaran yang bermakna, pelajar akan lebih mudah
memahami isi pengajaran dan akan merasakan
keseronokan mempelajari Matematik.
Untuk memberi respon terhadap petikan di atas Dougla
s mengatakan
komputer adalah peralatan yang
ideal untuk digunakan sebagai alat yang
memberikan pengalaman yang berbeza. Pengalaman yang
berbeza ini perlu untuk
membina pelbagai jenis pembelajaran Matematik yang bermakna.
Menurut Robin J. Ittigson, Edd dan
John G. Zewe penggunaan teknologi
dalam kelas Matematik
membantu pengajaran guru untuk memahamkan pelajar.
Berikut adalah petikan yang ditulis : (Robin J.
Ittigson, Edd dan John G. Zewe, 2004)
Geometry software allows student to experiment with properti

es of
shaped and draw conclusions about relationships when measurements
are adjusted. Computational capacity extends the range of problems
presented to students and provides choices to teachers when
presenting abstract mathematical concepts.
Petikan diat
as tidak dapat dinafikan kerana menurut kajian yang dijalankan
tiga daripada lima responden
iaitu responden A,B dan D menyatakan bahawa
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik dapat membantu
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembe
lajaran dalam sesetengah
tajuk
terutamanya tajuk yang memerlukan daya imaginasi pelajar.
Manakala bagi responden D penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik sangat
membantu terutamanya dalam tajuk
transformation
.
Ini kerana penggunaan ICT
akan memudahkan untuk
menunjukkan proses
pergerakan sesuatu objek. Ini akan memudahkan pemahaman pelajar.
Penggunaan ICT mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Matematik. Ini
kerana menurut responden A dan C, penggunaan ICT
seperti C
D Rom dan
Courseware
mampu menarik
perhatian pelajar dan pelajar lebih
bersemangat untuk belajar. Dengan menggunakan ICT pelajar
pelajar
sangat
sangat
memberi perhatian kerana pelajar tertarik dengan apa yang dipaparkan. Ini di sokong
oleh
Robin J. Ittigso

n, Edd dan John G. Zewe, 2004 dalam petikannya:


Technology empowers learners with tools to enhance their learning
styles and make concepts understandable and interesting.

Anda mungkin juga menyukai