Anda di halaman 1dari 3

Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room

dan sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri

atau dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat

dengan sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah

dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu

baru mengenai kebudayaan dan negara masing-masing. Melalui penggunaan

ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti

kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan

menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi

akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam

pekerjaan.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat

mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya

tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan

kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat

dalam ICT.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana

guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat

mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik

dan teperinci seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara

berkesan.
Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses

pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya

menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya

perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan

didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di

fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan

bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik

dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan

lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya

penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat

terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet

membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang

terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama

seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini

kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-

maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer,

maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses

dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-

jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan

kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka

membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya
keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit.

Maklumat berkaitan murid tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-

mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah.

Maklumat berkaitan murid termasuklah maklumat peribadi, pencapaian

akademik, penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan

sebagainya boleh dicapai dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan

sekolah dengan bantuan teknologi TMK.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang

pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di

dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama

dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui

penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih

jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta

berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui

pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka

murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri

gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk

difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang

berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat

segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah

bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.

Anda mungkin juga menyukai