Anda di halaman 1dari 2

Dalam usaha membina modal insan yang berguna dan dapat kerohanian dan sahsiah diri,

maka keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh mengabaikan
peranan teknologi dalam membangunkan personaliti yang unggul pada era digital ini.
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran wajar diberikan tumpuan dalam usaha untuk
merealisasikan harapan untuk melahirkan generasi yang bijak pandai menjelang abad 21.
Terdapat banyak kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terutamanya adalah dapat menarik perhatian murid ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana aplikasi yang digunakan seperti
powerpoint, video dan lain-lain mempamerkan imej dan visual yang menarik dan berwarna-
warni akan dapat menarik lagi minat murid untuk terus mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, kesan audio dan imej suara yang menarik dapat mengelakkan
murid daripada mudah berasa jemu dan bosan menjalani proses pembelajaran dan pengajaran
kerana mereka lebih tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui projektor.
Justeru (x Justeru itu/Oleh sebab itu), suasana pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
akan menjadi lebih seronok dan murid-murid akan lebih interaktif mengikuti aktiviti
pembelajaran yang dijalankan.
Sudah terang lagi bersuluh, kebaikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dapat meningkatkan kefahaman murid. Sebagai contoh dalam pengajaran subjek sejarah yang
memerlukan murid mengingati sesuatu peristiwa yang berkronologi. Guru-guru hanya perlu
menyediakan persediaan grafik contohnya sejarah filem dalam pengajaran. Hasil
pengaplikasian TMK tersebut dapat membangkitkan daya kefahaman dan ingatan murid dengan
lebih mudah kerana murid akan lebih fokus dan cenderung dengan persembahan grafik yang
ditayangkan. Mereka akan tidak bergantung dengan nota-nota dan catatan yang memeningkan
kepala dan menimbulkan kekeliruan untuk memahaminya. Hal ini demikian dapat
meningkatkan prestasi murid terhadap mata pelajaran yang agak sukar dengan bantuan TMK.
Dengan pentingnya penggunaan TMK kepada murid, begitu juga pentingnya penggunaan
TMK kepada guru. Salah satunya adalah membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
guru dalam bidang teknologi maklumat. Secara tidak langsung guru terdedah dengan
penggunaan alatan dan aplikasi TMK seperti penggunaan komputer dan lain-lain lagi melalui
pengalaman yang diperlukan semasa menjalankan aktiviti TMK. Pengetahuan dan kemahiran
mengendalikan alatan TMK ini amat penting bagi seseorang guru kerana gurulah yang perlu
menghadapi murid-murid abad-21 yang pandai dalam sidang ini. Guru-guru belajar TMK
bukan hanya memperoleh pengetahuan tentang teknologi yang baharu tetapi boleh lebih mudah
berkomunikasi dengan murid-murid abad-21.
Secara keseluruhannya, penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat
banyak memberi impak positif terhadap murid-murid dan guru-guru. Mengikut statistik kajian
yang dilakukan terhadap pihak kerajaan tentang penggunaan TMK dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di sekolah, dapat disimpulkan bahawa hampir ramai murid dan guru
mendapat lebih manfaat daripada teknologi lain.
(423 Word)

Anda mungkin juga menyukai