Anda di halaman 1dari 16

ETT 1230

ISSUES & TRENDS IN INSTRUCTIONAL


TECHNOLOGY
AUGUST 2021

STUDENT NAME:
FONG KOK FEI

MATRIC NO:

2021.4.edu02.0047

IC NO :
850217085377

COURSE:
MASTER OF EDUCATION

FACILITATOR NAME:
DR. NORYATI ALIA
1
Isi Kandungan
No Kandungan M/S
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Peranan Teknologi Pendidikan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 4
3.0 Idea Dalam Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke- 7
21
3.1 Potensi Kelestarian Penggunaan ICT Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran 7
3.2Integrasi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran 8
3.2.1 ICT Untuk Pembelajaran Tutorial 8
3.2.2 ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan 8
3.2.3 ICT Sebagai Aplikasi 9
3.2.4 ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi 10
4.0 Emosi dan Implikasi Terhadap Peranan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran 11
dan Pembelajaran Abad ke-21
4.1 E-Pembelajaran Yang Lebih Menyeronokkan 12
4.2 Berasaskan Video Dalam Pembelajaran (Video Assisted Learning) 12
4.3 Big Data dan Learning Analytic 12
4.4 Peningkatan E-Permainan Dalam Pembelajaran (Gamification) 13
4.5 Pembelajaran Dengan Augmented Reality(AR) dan Virtual Reality(VR) 13
4.6 Teknologi AI Dalam Pendidikan 14
5.0 Kesimpulan 15
6.0 Rujukan 16

2
1.0 Pendahuluan

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermaknakemahiran


menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satuamalan yang praktikal bagi
melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia
merangkumi proses dan idea Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1969)“Teknologi bukan
semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak
terutamanya pada proses dan idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau
objektif terletak pada alat. Inibermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal
yangmelibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedahdan sebagainya
adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan“pemangkin” ke arah mencapai
kejayaan.

Pada era globalisasi kini, kepelbagaian penggunaan teknologi telah diperkenalkan di seluruh
pelosok dunia dalam pelbagai bidang. Seiring dengan itu, pendidikan juga tidak ketinggalan
dengan kemajuan teknologi yang semakin membangun pesat dari hari ke hari. Peredaran masa
yang berlaku sehingga ke hari ini telah menyebabkan bidang pendidikan ini perlu untuk melalui
satu transformasi ke arah penambahbaikan supaya dapat melahirkan generasi yang dapat berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah seiring dengan negara-negara maju yang lain. Seperti sedia
maklum, pendidikan merupakan suatu perkara utama kerana kekuatan sesebuah negara itu diukur
dengan tingginya tahap pendidikan, pengetahuan serta kematangan masyarakat negara tersebut.
Oleh itu, dalam uasaha menjayakan sistem pendidikan negara, guru perlu membuat satu anjakan
paradigma dengan beralih dari satu takuk yang lama kepada satu pembaharuan yang dapat
meningkatkan dan melahirkan generasi yang mempunyai intelek dan budaya sesebuah negara
maju.

Sehubungan dengan itu, pelbagai inisiatif dan penambahbaikan telah dilaksanakan dalam
sistem pendidikan negara seperti pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
demi memastikan anak-anak bangsa mendapat tahap pendidikan yang berkualiti. Hal ini
demikian kerana, globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran
terhadap guru tentang bagaimana perancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia boleh
dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyelesaian kurikulum, penjadualan belajar,
penerokaan maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pengawalan dan
penyeliaan serta peranan efektif guru dalam meningkatkan martabat dunia pendidikan (Rozinah
Jamaludin, 2000). Jelaslah, bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan negara.

3
2.0 Peranan Teknologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke -21

Pada pandangan saya, penggunaan teknologi maklumat (ICT) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada pelajar sekolah. Namun begitu terdapat
juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Mengikuti pengalaman pengajaran dan pembelajaran saya pada masa pandemik Covid-19
ini,penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini
kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPR) ditetapkan. Melalui cara ini guru dapat dan berjaya mencari maklumat-maklumat
berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar
secara berkesan.

Pada pandangan saya, penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat
seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut
ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan
didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru
itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Penggunaan ICT ini dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat
mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik
pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan
pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat
menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek
dengan memasukan bahan rujukan yang menarik. Contohnya penggunaan internet sebagai alat
untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran
menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan
yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya
dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam
sistem.

Selain itu, penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana
ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses

4
pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan
mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan
sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan
kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.

Pada masa kini, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar lebih
menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek
yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.
Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat
menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.
Di samping itu, guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui
pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa
proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang
dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT
terkini.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan
mengenai teknologi ICT ini. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru
agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi
pemahaman murid.

Pada pendapat saya, selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua
pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru
itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas
kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada
penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti canva,
powtoon,youtube, powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih
memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan
yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan
oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar
menggunakan ICT.

Berdasarkan pengalaman pengajaran saya, kelebihan menggunakan kemudahan ICT dalam


proses pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tidak lain tidak bukan adalah dapat menarik perhatian murid ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.Hal ini kerana aplikasi yang digunakan seperti microsoft
powerpoint,flash video dan lain-lain mempamerkan imej dan visual yang menarik dan berwarna-
warni sekali gus dapat menarik lagi minat murid untuk terus mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran.Disamping kesan audio dan imej suara yang menarik dapat mengelakkan murid
daripada mudah berasa jemu dan bosan menjalani proses pembelajaran dan pengajaran kerana

5
lebih tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.Justeru itu suasana
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan akan menjadi lebih seronok dan murid-murid akan
lebih aktif mengikuti aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atas talian, saya percaya
meningkatkan daya kefahaman murid juga adalah salah satu kelebihan penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh dalam pengajaran subjek sejarah yang
memerlukan murid mengingati sesuatu peristiwa yang berkronologi.Guru hanya perlu
menyediakan persediaan grafik contohnya tayangan filem dalam pengajaran.Hasil
pengaplikasian ICT tersebut dapat merangsang daya kefahaman dan ingatan murid dengan lebih
mudah kerana murid akan lebih fokus dan cenderung dengan persembahan grafik yang
ditayangkan.Tidaklah mereka hanya bergantung dengan nota-nota dan catatan yang kadang kala
memeningkan kepala dan menimbulkan kekeliruan untuk memahaminya.Senario ini sekali gus
dapat meningkatkan prestasi murid terhadap mata pelajaran yang agak sukar dengan bantuan
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT.

Selain itu,penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat
mendidik murid-murid mendalami ilmu tentang dunia teknologi disamping melatih mereka untuk
lebih bersedia menghadapi masa depan pendidikan yang lebih mencabar.Contohnya dapat
melatih dan mendidik mereka mengendalikan komputer dengan lebih efisyen lagi.Sebagaimana
yang diketahui,kewujudan Sekolah Bestari memerlukan kemahiran penggunaan komputer
dikalangan murid-murid mereka kerana hampir seratus peratus proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan adalah dengan menggunakan sumber teknologi komunikasi
maklumat ( ICT ).Sebagai contoh murid-murid dibekalkan dengan komputer yang dimasukkan di
dalamnya unsur-unsur pembelajaran mengikut silibus buku teks.Guru perlu mengajar hanya
melalui komputer.Jika murid tidak berkemahiran dan tidak didedahkan dengan ilmu
pengendalian komputer lebih awal, mana mungkin proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar.Oleh sebab demikian penggunaan ICT amat penting kepada murid-
murid kerana sedikit sebanyak membantu murid mengetahui cara pengendalian komputer sekali
gus membuat persiapan awal untuk mereka lebih celik komputer bagai menyahut seruan kerajaan
agar melahirkan generasi yang celik komputer pada abad ke-21 bermula daripada peringkat awal
lagi.

Alvin Toffler, seorang penulis yang terkenal dalam bidang revolusi digital pernah mengatakan,
“The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who
cannot learn, unlearn and relearn.” (Buta huruf pada abad ke-21 bukanlah individu yang tidak
boleh membaca dan menulis tetapi terdiri daripada individu yang tidak boleh belajar, belajar
meninggalkan apa yang telah dipelajari dan belajar semula). Tuntutan kehidupan abad ke-21
memerlukan reaksi pantas manusia untuk berubah mengikut keadaan dan situasi agar tidak
ditenggelami oleh tsunami teknologi.

6
3.0 Idea dalam Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21

Terdapat beberapa idea dalam peranan teknologi pendidikan seperti berikut :

3.1 Potensi Kelestarian Penggunaan ICT Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

ICT adalah lebih daripada alat pengajaran. Potensi kelestariannya adalah menonjol di dalam
meningkatkan kualiti dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Potensinya juga
adalah menonjol di dalam membantu guru menjalankan tugas seharian sama ada di dalam bilik
darjah atau di luar bilik darjah termasuk hal-hal berkaitan pengurusan, latihan berterusan dan
pembangunan sahsiah Di samping itu, ICT berpotensi untuk mengembangkan keupayaan dan
kreativiti pelajar semasa melalui proses pembelajaran mereka. Malahan ICT secara
keseluruhannya memberi fokus terhadap kreativiti dan kognitif pelajar dalam memupuk
keupayaan dan kebolehan perolehan maklumat, handling, pengawalan dan pengukuran. Dengan
ini untuk kelestarian penggunaan ICT, ia perlu dilakukan secara berfikrah, terancang dan
bersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagi meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ternyata terdapat banyak perbezaan dalam
perolehan hasil jika dibandingkan dengan cara pembelajaran tradisional.

Penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak membawa manfaat
berbanding dengan cara pembelajaran tradisional yang dapat dirumuskan seperti berikut.

a. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran


b. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar daripada pelbagai
latar belakang dan keupayaan
c. Meningkatkan motivasi pelajar
d. Membolehkan pembelajaran secara bersendirian (individualise learning )
e. Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar didapati
f. Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau
terlalu mahal
g. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
h. Membolehkan pelajar mencuba atau melakukan eksperimen yang sukar, terlalu mahal
atau bahaya untuk dilakukan secara biasa
i. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar
j. Memberi peluang kepada pelajar meningkatkan prestasi kendiri secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum
k. Meningkatkan kemahiran ICT secara berterusan Kemanfaatan ICT di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirumuskan di atas dapat memainkan peranan
yang penting dalam mengubah cara penerimaan pengguna khususnya pelajar dan guru
terhadap peralihan paradigma daripada perkaedahan secara tradisional kepada
penggunaan ICT sepenuhnya.

7
3.2 Integrasi Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam konteks penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara
khususnya tidak mempunyai satu kaedah atau cara yang terbaik dan mesti digunakan. Ini
disebabkan kepelbagaian perkaedahan pengajaran adalah lebih baik daripada hanya tertumpu
kepada satu-satu kaedah pengajaran semata-mata. Dalam hubungan ini pendekatan terbaik ialah
cara pemilihan bahan-bahan dan perisian ICT yang sesuai dengan keperluan pelajar dengan
mengharapkan perolehan hasil dalam jangka masa yang munasabah. Integrasi penggunaan ICT
di dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut konteks perbincangan ini secara umumnya
melibatkan dua aspek utama iaitu pertamanya aspek pengajaran (guru menggunakan ICT) dan
keduanya aspek pembelajaran (pelajar mengguna ICT). Di dalam aspek pembelajaran,
penggunaan ICT dapat dikategorikan kepada:

⚫ ICT untuk pembelajaran tutorial


⚫ ICT untuk pembelajaran penerokaan (exploratory)
⚫ ICT sebagai alat aplikasi
⚫ ICT sebagai pemudah komunikasi Manakala di dalam aspek pengajaran pula, ICT
digunakan sebagai a. Alat persembahan b. Alat demonstrasi c. Jaringan pendidikan

3.2.1 ICT Untuk Pembelajaran Tutorial

Peralatan ICT yang biasa digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian
pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras atau laman Web.
Kandungan pembelajarannya terlebih dahulu disusun berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Antara isi kandungan pembelajaran tutorial yang sering digunakan meliputi:

1. Pembelajaran ekspositari (http://www.pcma.org/toolbox/ccandmore/toolglossary.htm) iaitu


suasana pembelajaran yang melibatkan guru hanya menyampaikan maklumat semata-mata
kepada pelajar. Pelajar hanya bertindak secara pasif.

2. Demostrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan. Ini amat bersesuaian
dengan Geografi yang menghendaki kesinambungan bagi menunjukkan proses kejadian sesuatu
fenomena yang sukar diimaginasikan oleh pelajar

3. Latihan dan latih tubi yang dipersembahkan dan dikawal oleh sistem. Latihan seumpama ini
telahpun dilaksanakan di dalam semua matapelajaran pembelajaran yang menggunakan program
excel atau goolge form untuk merekodkan data dan maklumat serta seterusnya
mempersembahkan dalam bentuk jadual dan graf.

3.2.2 ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan (EXPLORATORY)

Didapati bahawa penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT
digunakan sebagai medium untuk membantu guru mencari dan mengakses maklumat daripada

8
CD-ROM, internet, portal maklumat dan seumpamanya. Pembelajaran penerokaan
membolehkan pelajar mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT.
Pendekatan ini adalah berbeza dengan pembelajaran tutorial yang hanya melibatkan pelajar
sebagai penerima bahan pembelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem. Penggunaan
pendekatan penerokaan adalah serasi dan setara dengan pendekatan konstrutivisme dengan
melibatkan cara pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis dan
kreatif, menyediakan panduan dalam penyelesaian masalah, berkongsi pengalaman pembelajaran
yang autentik dan pemupukan pengetahuan yang luas melalui interaksi sosial. Sebagai contoh
yang baik dalam kalangan pelajar dari kelas Geografi boleh merujuk kepada maklumat dan
bahan daripada World Facts Book di laman web Central Intelligence Agency atau boleh merujuk
kepada ensiklopedia dalam talian seperti Encarta .

3.3.3 ICT Sebagai Aplikasi

Pada pendapat saya, di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ICT merupakan alat aplikasi
yang dapat membantu pelajar dalam melaksanakan tugasan pembelajaran selain dijadikan
sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf, editor grafik, Computer
Aided Design (CAD) dan lain-lain merupakan alat aplikasi yang dapat digunakan untuk
membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. Penggunaan ICT dalam konteks aplikasi
dapat dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Saya percaya
para pelajar dapat menghasilkan tugasan yang diberikan melalui proses penyuntingan terus
daripada sumber asal dengan melakukan pengolahan kendiri umpamanya membuat perbezaan
skala, mentafsir dan membuat pembacaan peta atau melakukan perbincangan terhadap satu-satu
tajuk yang ditentukan.

Secara langsungnya para pelajar dapat menyelami sendiri pengalaman hidup seharian dalam
konteks pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) melalui
pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran Kolaboratif setakat ini telah menunjukkan kejayaan
dalam meningkatkan pencapaian prestasi pelajar berbandingkan pembelajaran individu atau
pembelajaran bersaing.

Mengikut pendpaat Johnson dan rakan-rakan (1981), terdapat enam langkah utama dalam
pengajaran kemahiran kolaboratif iaitu:

1. Pelajar harus tahu keperluan kemahiran


2. Pelajar tahu kemahiran yang dipelajari
3. Pelajar perlukan latihan
4. Hubungkait kemahiran dengan aktiviti yang dijalankan
5. Interaksi kumpulan
6. Galakkan pelajar untuk kerap menggunakan kemahiran.

9
Semasa proses pengajaran, guru menerangkan kemahiran kolaboratif dan menunjukkan
demonstrasi bagaimana dilakukan, manakala proses pembelajaran kolaboratif berjalan, proses
menyiasat, pencarian dan aplikasi berpusat kepada pelajar bukan kepada penyampaian bahan
oleh guru (Smith dan Mc Gregor,1992).

Justeru itu, dengan bantuan aplikasi ICT, pelajar akan dapat memberikan tumpuan
melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Contohnya dalam suatu kajian Geografi yang
dilakukan, pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Dalam hal ini
kemungkinan banyak graf perlu diplotkan supaya perkaitan antara dua pembolehubah ini dapat
dilihat. Justeru itu, kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar. Tetapi dalam keadaan
sebegini sepatutnya tumpuan diberikan kepada cara melihat perkaitan di antara dua
pembolehubah itu. Tugas membina graf ini kemungkinan terpesong daripada perkara yang lebih
penting. Oleh itu, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan untuk membantu pelajar
membina graf-graf yang diperlukan. Selain itu, pelajar perlu mengkelaskan dan menyisihkan
data yang banyak untuk melihat sesuatu trend daripada data dan maklumat yang dikumpul itu.

3.3.4 ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi

Apakah maksud ICT sebagai alat komunikasi?Pada pandangan saya, ICT yang digunakan itu
membolehkan guru dan pelajar dari pelbagai lokasi yang berbeza dapat menghantar, menerima
dan berkongsi pelbagai maklumat dan seterusnya menyampaikan kembali maklumat yang
diperoleh itu kepada orang lain. Pelbagai mod dapat dilakukan dalam ICT komunikasi seperti
teks, grafik, audio, video dan kombinasi secara integrasi daripada pelbagai mod. Secara amnya
terdapat empat teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui ICT
komunikasi iaitu :

1. Teknik seorang secara sendirian


2. Teknik seorang dengan seorang yang lain
3. Teknik seorang kepada ramai orang
4. Teknik ramai orang kepada ramai orang yang lain Salah satu model pembelajaran terkini yang
cenderung menggunakan ICT sebagai alat komunikasi ialah Pembelajaran Kooperatif.

Menurut Johnson & Holubee (1990), pembelajaran ini melibatkan lima prinsip asas iaitu :
1. Saling Pergantungan Secara Positif
Dalam prinsip ini semua ahli kumpulan saling bergantungan di antara satu sama lain untuk
mencapai matlamat yang sama. Ganjaran untuk kumpulan dipengaruhi oleh ganjaran yang
diperoleh oleh ahli kumpulan. Ganjaran merupakan cara terbaik untuk menggalakkan
pergantungan positif ( Slavin, 1990).

Ahli kumpulan pelajar saling bergantungan dalam memainkan peranan masing-masing untuk
menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan seperti perakaman, penulisan, pembentangan,
pencarian sumber dan bahan serta penilaian yang dilakukan secara bergilir-gilir. Aktiviti saling

10
bergantungan dalam perolehan sumber juga berlaku 70 untuk perkongsian pengetahuan,
maklumat, bahan, sumber dan peralatan bagi melengkapkan sesuatu tugasan.

2. Kemahiran Pembelajaran Kolaboratif

Kemahiran seumpama ini adalah sama seperti yang dijelaskan di dalam prinsip pertama di atas.
Rujuk juga di bahagian ICT sebagai alat aplikasi.

3.Interaksi Sesama Ahli Kumpulan

Pembelajaran berlaku dengan perkongsian idea, kepercayaan dan penulisan melalui interaksi
sesama ahli kumpulan. Proses pembelajaran ini membantu pelajar menyelesaikan sebarang
masalah, membantu mereka menilai keupayaan kumpulan dan seterusnya berusaha untuk
memantapkan keupayaan kumpulan.

4. Akauntabiliti Individu

Setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing dengan memberi dorongan dan
sokongan kepada ahli-ahli yang lain. Walaupun pelajar mengikuti pembelajaran secara
berpasukan, namun ujian yang diduduki adalah bersifat secara individu. Setiap pelajar
mempunyai peluang yang sama untuk berjaya. Dengan itu, setiap individu pelajar perlu berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian masing-masing di samping dapat
meningkatkan pencapaian pasukannya.

4.0 Emosi dan Impilkasi terhadap Peranan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21

Pada pandangan saya, guru memang terbuka hati dan ingin meningkatkan prestasi pelajar dan
teknologi dapat menolong mereka mencapai tujuan ini. Untuk mengurangkan cabaran, pentadbir
harus menolong guru memperoleh kecekapan yang diperlukan untuk meningkatkan
pembelajaran bagi pelajar melalui teknologi. Selain itu, teknologi di dalam kelas semestinya
menjadikan pekerjaan guru lebih mudah tanpa menambahkan masa tambahan untuk hari mereka.

Teknologi memberi pelajar maklumat yang mudah diakses, pembelajaran dipercepat, dan
peluang menyeronokkan untuk mempraktikkan apa yang mereka pelajari. Ini membolehkan
pelajar meneroka mata pelajaran baru dan memperdalam pemahaman mereka tentang konsep
yang sukar, terutamanya dalam STEM. Melalui penggunaan teknologi di dalam dan di luar kelas,
pelajar dapat memperoleh kemahiran teknikal abad ke-21 yang diperlukan untuk pekerjaan masa
depan.Berikut adalah implikasi teknologi dalam pendidikan dan faedah yang ditawarkannya
kepada pelajar dan guru.

11
4.1 E-Pembelajaran yang lebih menyeronokkan

Penularan pandemik COVID-19 telah membuka lembaran dan cabaran baharu kepada warga
pendidik. Penutupan sekolah dan pusat pengajian bukannya alasan yang menghalang proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Bagi memastikan pelajar tidak keciciran mendapatkan pembelajaran dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), guru perlu mengharungi kebiasaan baharu ‘the new normal’ dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). E-pembelajaran atau ‘e-learning’ bukan lagi pilihan,
tetapi sudah menjadi keperluan. KPM telah menyarankan agar warga pendidik memanfaatkan
dan mengaplikasikan e-pembelajaran sebagai alternatif untuk mengajar, walaupun agak sukar
dengan keterbatasan infrastruktur serta infostruktur, tanggungjawab dan amanah sebagai
pendidik tetap diteruskan. Dalam keadaan capaian internet yang stabil dan baik, guru dan pelajar
digalakkan menggunakan kaedah e-pembelajaran segerak atau ‘synchronous’ seperti Zoom,
Webex dan Google Meet. Ujian dalam talian pula boleh dilakukan melalui Kahoot, Google Form
atau Quizizz . Bagi kawasan capaian internet yang rendah dan tidak stabil, digalakkan
menggunakan e-pembelajaran tidak segerak atau ‘asynchronous’ seperti Google Classroom dan
Edmodo. Interaksi pembelajaran berlaku bukan secara ‘real time’ guru dan pelajar tidak perlu
hadir pada masa yang sama. E-pembelajaran dirakam dalam bentuk audio atau video dan
kemudian dimuat naik ke aplikasi Facebook, Youtube, WhatsApp, Telegram, e-mel dan
dikongsikan dengan pelajar. Di kawasan tiada capaian internet atau mempunyai capaian sangat
lemah, guru dan pelajar disarankan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai
medium PdP walaupun agak terbatas penggunaannya. Diharapkan syarikat telekomunikasi dapat
merendahkan kadar caj SMS di sepanjang tempoh PKP ini.
Pihak KPM juga menambah jumlah mata pelajaraan dan saluran TV Pendidikan serta
kumpulan sasar pelajar yang dapat mengikuti pembelajaran melalui TV Pendidikan seperti
saluran TV Okey dan saluran-saluran TV swasta yang lain.
4.2 Berasaskan Video dalam Pembelajaran (Video Assisted Learning)

Kaedah pengajaran berdasarkan video dismabut baik oleh guru.Pengajaran berasaskan video
yang berperanan dalam menggalakkan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar di kalangan
pelajar. Penggunaan video banyak membantu guru untuk memudah aktiviti pengajaran di
samping pelajar lebih seronok untuk belajar. Kaedah pvideo dalam pembelajaran ini mampu
menghasilkan pelajar yang lebih aktif dan berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan.
Selain itu, penggunaan video ini juga mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam
usaha memberi motivasi dan sekaligus menarik minat dalam pembelajaran.

Penggunaan media di dalam proses pendidikan akan menambah proses pemahaman pelajar
lebih mendalam dan menjadikan aktiviti pembelajaran yang lebih pelbagai (Norah, Nurul Izzati
& Radhiah, 2012).

4.3 Big Data dan Learning Analytic


Big Data Analytic dapat digunakan untuk menganalisa secara real time dalam pengalaman
pelajar yang dapat dihasilkan dari aktiviti pelajar seperti pendaftaran subjek, pembayaran,
penglibatan aktiviti di kelas, pembelajaran atas talian dan penilaian.

12
Learning Analytic adalah melakukan analisis data pembelajaran secara atas talian dan
dapat digunakan untuk meramal pelajar berjaya menguasai pengajaran dan pembelajaran dalam
akademik. Learning Analytic memiliki potensi untuk membantu guru dan pelajar bersama-sama
mengenali tanda-tanda bahaya sebelum ancaman terhadap keberhasilan belajar terwujud.
Learning Analytic menyediakan peralatan, teknologi dan platform untuk meningkatkan
penguasaan para pendidik serta membuka pintu pada pengalaman pembelajaran bermakna yang
dapat melibatkan, menginspirasi dan mempersiapkan pelajar pada masa depan untuk
mendapatkan kejayaan dalam bidnag teknologi.Untuk learning analytic dapat digunakan dalam
sumber-sumber data dari data-data Student Information System, Course Magement, Online
Education, Student Assessment dan data finance.

4.4 Peningkatan E-Permainan dalam Pembelajaran (Gamification)

Guru dapat memanfaatkan teknologi untuk mencapai tahap produktiviti baru, melaksanakan alat
digital yang berguna untuk memperluaskan peluang pembelajaran bagi pelajar dan
meningkatkan sokongan dan penglibatan pelajar. Pertamanya, permainan dalam talian dapat
meningkatkan tahap motivasi pembelajaran murid dan mengekalkannya. Kedua, ia dapat
mengurangkan beban kerja guru. Misalnya, menerusi permainan dalam talian membolehkan guru
terus memberikan jawapan bagi setiap soalan diberikan selepas murid selesai menjawabnya.

Apabila murid menggunakan permainan dalam talian itu, guru mendapat maklum balas
secara automatik. Pada semua tahap, jawapan yang betul bagi setiap soalan akan disediakan.
Murid juga boleh melihat jawapan mereka dan menilai semula jika ia salah. Hal ini boleh terjadi
dalam tempoh singkat, serta-merta, malah dalam persekitaran yang sama. Jawapan kepada soalan
juga akan segera tertera. Mereka berpeluang membuat pembetulan dan pengubahsuaian terhadap
teknik belajar dan cara mereka berfikir.

Keadaan ini membolehkan mereka belajar daripada kesilapan malah saling berlumba untuk
menjadi murid yang menjawab paling betul dengan banyak.Strategi permainan dalam talian yang
baik membolehkan murid menjadi lebih bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran dan
meningkatkan tahap pengekalan tumpuan mereka.

4.5 Pembelajaran dengan Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR)

Guru-guru amat mempercayai bahawa aplikasi Augmented Reality (AR) digunakan mampu
memupuk minat anak-anak untuk membaca. Augmented Reality (AR) adalah sejenis kesan visual
yang dihasilkan oleh telefon bimbit atau komputer di mana objek visual yang ada pada buku atau
apa jua bahan bercetak akan menghasilkan pemandangan sebenar yang kelihatan di paparan skrin.

Hasilnya pengguna dapat memandang dunia sebenar melalui skrin komputer atau telefon. Dan
mereka akan mendapati seolah-olah visual tersebut wujud secara realiti.Perkembangan teknologi
sekarang menyebabkan banyak buku-buku di pasaran menggunakan teknologi ini. Tidak kira
buku pendidikan, buku teks, buku cerita dan buku latihan akan menggunakan teknologi AR ini

13
Salah satu teknologi konduktif kepada pembinaan alat inovatif untuk pendidikan adalah
teknologi VR, yang menawarkan persekitaran komputer dalam bentuk 3D serta sistem interaksi
yang lebih efektif, dan meningkatkan motivasi kepada proses pembelajaran (Piovesan et al.,
2012).Teknologi VR dapat digunakan untuk menunjang pendidikan serta meningkatkan kualiti
pembelajaran pelajar. Sebagai, penerapan teknologi VR dapat digunakan dalam proses belajar
matematik yang berkaitan dengan topik pembelajaran geometri. Dengan mengalikasikan
teknologi VR dalam mata pelajaran matematik, pelajar-pelajar dapat membuat eksperimen
berdasarkan objek yang berbagai bentuk yang ada di persekitaran kawasan dalam realiti maya.
Teknologi VR juga boleh dimanfaatkan sebagai media pembelajaran biologi seperti pemodelan
proses pembelahan sel. Selain itu, teknologi VR dapat digunakan untuk pembelajaran lain yang
kompleks dan sulit untuk dilakukan secara nyata.

4.6 Teknologi AI dalam Pendidikan

Pada zaman modernisasi seperti saat ini, manusia bergantung pada teknologi.Sistem AI
merupakan salah satunya sistem yang dapat mempersonalisasi pembelajaran untuk setiap pelajar.
Sistem AI juga memungkinkan orang belajar dengan bantuan education assistant seperti robot.
Isu kandungan pembelajaran digital yang terpersonalisasi juga dapat dibantu oleh AI dan
machine learning. Buku-buku teks yang tebal kini dapat dipilah-pilah menjadi kandungan yang
lebih ringkas, lebih senang dibaca dan difahami, seperti panduan pembelajaran,
ringkasan, flashcard, atau catatan pendek.

Pada masa pandemic Covide-19 ini, mengakibatkan proses pembelajaran dan pembelajaran
dibuat secara atas talian untuk mempermudahkan pembelajaran yang mempunyai pelbagai
aplikasi sebagai medan penyampaian maklumat kepada murid. Guru dapat menggunakan
pelbagai jenis aplikasi pembelajaraan seperti Skype, Google Meet, Zoom, Discord, WhatsApp,
Edmodo dan Google Classroom. Dengan menggunakan pembelajaran atas talian itu, secara tidak
langsung kemampuan menggunakan serta mengakses teknologi semakin dikuasai oleh pelajar
maupun guru.

14
5.0 Kesimpulan

Konklusinya,abad ke-21 ini adalah abad yang bersifat multimedia dan interaktif
beranimasi.Setiap guru serta pelajar tidak kira di bangku sekolah rendah dan menengah mestilah
didedahkan kepada teknologi multimedia bagi mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi
masa depan pendidikan yang mencabar.Persiapan awal dalam pendidikan komputer dan
teknologi multimedia akan memudahkan para guru dan pelajar agar celik IT dan tidak
mengalami 'kejutan budaya multimedia' pada masa akan datang.

Pengaplikasian atau pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan


salahsatu inisiatif yang terbaik dalam memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada
murid-murid (Rosenberg, 2001). Selain itu, ICT juga membantu murid menyelesaikan masalah
yang sukar dan dapat meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap sesuatu konsep. Oleh itu,
pelbagai transformasi telah dikemukakan untuk merealisasikan hasrat untuk memanfaatkan ICT
dalam pendidikan Malaysia. Pelbagai pihak termasuk kementerian, sekolah, guru serta murid
telah telah bertungkus lumus dalam menjayakan hasrat ini. Namun demikian, pelbagai isu telah
dikenal pasti sepanjang proses menjayakan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik.

Isu-isu yang telah berlaku merupakan cabaran yang baharu dalam dunia pendidikan era
teknologi maklumat kini kerana memerlukan penglibatan guru dan aktiviti-aktiviti pembelajarn
sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran dan pembelajaran berterusan (Ambigapathy &
Shanti, 2004). Hal ini adalah kerana bagi memastikan matlamat ini tercapai sepenuhnya,
pelbagai penambahbaikan perlu dijalankan terhadap sekolah, guru dan murid. Sebagai contoh,
kementerian perlu menganjurkan kursus yang lengkap kepada guru-guru tentang penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah juga perlu menyediakan prasarana
dan bahan sokongan yang lengkap untuk menggalakkan penggunaan teknologi dalam kalangan
guru. Namun begitu, teknologi tidak boleh menggantikan tugas hakiki guru untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan. Penggunaan ICT hanyalah merupakan satu alat yang boleh
membantu guru memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (Burnett, 2010).

15
6.0 Rujukan

Ambigapathy & Shanti. (2004). Technological literacy for adults: insights from Malaysia. Di
dalam Kell, P., Shore, S. dan Singh, M. (ed.). Adult education 21st century. New York:
Peter Lang.

Burnett.( 2010). Primary Student-teachers’ Perceptions of the Role of Digital Literacy in their
lives.Unpublished doctoral thesis, Sheffield Hallam University.

Johnson & Holubee .(1990). Johnson, D., Johnson, R., & Holubec,E. 1990. Circles of Learning:
CooperationIn the Classroom. Edina, MN: Interction Book Company.
Johnson dan rakan-rakan (1981),

Heinich, Molenda dan Rusell .(1969). Mastering the possibilities: a process approach to
instructional designs (hlm. 189). New Jersey, NJ: Allyn.

Norah M. N., Nurul Izzati H. & Radhiah A. R. (2013, December). The framework for learning
using video based on cognitive load theory among visual learners. Published in
Proceedings of the 5 th Conference on Engineering Education. pp. 15-20.

Rosenberg, M.J. (2001). E-Learning: Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age.
McGraw-Hill, New York.

Rozinah Jamaludin, 2000. Asas-Asas Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publication &
Distributors, Kuala Lumpur

Slavin.(1990). Cooperative Learning, Theory, Research and Practice,Englewood Cliffs, N.J :


Prentice Hall.

Smith dan Mc Gregor. (1992). What is Collaborative Learning? in AGoodsell and Others (eds).
Collaborative Learning: A Source Book for HigherEducation. University Park, National
Center on Post Secondary Teaching andLearning Assesment

16

Anda mungkin juga menyukai