Anda di halaman 1dari 9

Teknologi Ict Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pendidikan

Seni Visual
Ict Technology As Material To Learn In Visual Arts Education

Nur Eddlin Rahmat,


Harozila Ramli
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif,
D071108@siswa.upsi.edu.my

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan penggunaan teknologi ICT sebagai bahan bantu
mengajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran khususnya bagi mata pelajaran pendidikan seni
visual. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah soal selidik berstruktur yang telah
disahkan oleh panel-panel tenaga pakar dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif. Selain itu,
kajian ini menggunakan kaedah temu bual responden secara tidak formal. Hasil kajian menunjukkan
penggunaan media teknologi ICT ini memberi kesan yang positif dalam pembelajaran dan pengajaran
mata pelajaran pendidikan seni visual . Hal ini disebabkan minat pelajar lebih cenderung kepada
penggunaan teknologi ICT dalam setiap aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, dengan
adanya kemudahan teknologi ICT lebih memudahkan guru untuk menyampaikan pengajaran dengan
lebih menarik.

Kata kunci : Teknologi ICT, bahan bantu mengajar

Abstract

The purpose of this study is to identify the effectiveness of using ICT technology as teaching aids in teaching and
learning process especially for visual art education subjects. The design of the study was conducted through a
structured questionnaire which was certified by expert panel panels from the Faculty of Art, Computing and
Creative Industries. In addition, this study uses informal interview methods informally. The findings show that
the use of ICT technology has a positive impact on the learning and teaching of visual arts education subjects.
This is because students' interest is more inclined towards the use of ICT technology in every learning activity in
the classroom. In addition, with the ease of ICT technology, it is easier for teachers to deliver teaching more
interestingly.

Keywords: ICT Technology, teaching aids


PENGENALAN

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi suatu fenomena yang biasa
dan sudah tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Kemajuan ICT dari semasa ke
semasa secara tidak langsung telah menjadikan manusia lebih maju sekali gus meningkatkan kualiti
hidup mereka. Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication
Technology) merupakan peralatan komunikasi yang berfungsi sebagai alat atau medium untuk
memperoleh sesuatu maklumat dengan pantas tanpa batas dan memproses segala jenis data. Antara
peralatan teknologi yang digunakan pada hari ini ialah seperti telefon pintar, internet, komputer,
teknologi satelit dan alat-alat komunikasi yang lain. Fungsi peralatan-peralatan ini adalah Sebagai
suatu alat untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa had.

Pada hari ini, peranan Teknologi ICT dilihat sebagai suatu medium yang penting dan telah
menjadi satu tambahan kepada bahan bantu mengajar dalam pendidikan. Hal ini disebabkan,
Kementerian amat menitik beratkan penggunaan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru
dalam sesuatu mata pelajaran termasuklah Pendidikan Seni Visual. Kaedah pengajaran yang
dipraktikkan oleh guru-guru pada hari ini telah mengalami satu perubahan apabila teknologi ICT
diperkenalkan di sekolah. Dengan adanya penggunaan Teknologi ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran telah memberi kesan yang baik dalam menarik minat pelajar untuk mempelajari
Pendidikan Seni Visual. Hal ini disebabkan peranan ICT mampu menghasilkan kerja seni yang lebih
menarik dan diberi nilai tambah dalam setiap hasil karya pelajar. Kerja-kerja seni digital juga menjadi
lebih bermutu dengan adanya peralatan teknologi menggantikan penggunaan media secara manual
dalam Pendidikan Seni Visual.

Pendekatan Teknologi ICT yang terbaik wujud apabila digunakan secara bijak dan terancang.
Hal ini mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual khususnya. Teknologi ICT perlu digunakan sesuai dengan keperluan sesuatu topik pengajaran
supaya pelajar dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan serta memudahkan
guru untuk mencapai setiap objektif pengajaran. ICT dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk
kepada kemampuan teknologi itu sendiri yang berperanan sebagai satu alat kemahiran yang memberi
sokongan kepada murid, guru serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan segala tugas serta
sebagai salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.
PERKEMBANGAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENDIDIKAN

Bahan bantu mengajar dapat diertikan sebagai segala bahan atau media yang berperanan sebagai alat
penyampaian dan alat pemudah cara bagi guru dalam menyampaikan sesuatu pengajaran. Bahan bantu
mengajar dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bahan bukan eletronik, bahan berasaskan
eletronik dan bahan yang bercorak pengalaman. Bahan bukan eletronik terdiri daripada buku teks,
papan pamer, kertas mahjung,fail tegak dan bahan bacaan seperti majalah, poster dan gambar. Bahan-
bahan ini kebanyakan dan kebiasaannya digunakan pada era pembelajaran konvensional. Setelah
teknologi ICT diperkenalkan di sekolah, penggunaan bahan bantu mengajar telah mengalami
pembaharuan dan peralatan teknologi sebagai bahan tambahan. Antara bahan berasaskan eletronik
yang digunakan oleh guru iaitu komputer, Overhead Projector (OHP) , aplikasi-aplikasi dalam
talian,pita slaid dan sebagainya. Manakala, bahan yang bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan
atau projek pameran.

Proses pendidikan di seluruh dunia telah mengalami perubahan yang radikal. Hal ini disebabkan
oleh kewujudan teknologi-teknologi canggih yang wujud hasil daripada integrasi antara
pengkomputeran dan alat komunikasi. Perbezaan kaedah pengajaran dahulu dan kini salah satunya
dilihat dari sudut penggunaan bahan bantu mengajar. Jika dahulu pelajar hanya dikehendaki
mempunyai kebolehan untuk membaca, menulis dan mengira sahaja, tetapi masih juga memerlukan
kemahiran yang sederhana dalam menggunakan maklumat kerana ia merupakan sumber konvensional.
Oleh itu, maklumat daripada sumber konvensional didapati hanya digunakan daripada bahan bercetak,
individu dan tempat. Namun, pada hari ini , matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat
bukan sahaja untuk melahirkan masyarakat yang celik ilmu malah untuk mewujudkan generasi yang
celik IT . oleh itu, kementerian telah membawa perubahan dalam pendidikan dengan kemasukan
penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran. Antara peralatan yang digunakan adalah teknologi
komputer dan telekomunikasi .

Proses perkembangan media pengajaran atau kini dikenali sebagai bahan bantu mengajar adalah
bermula daripada era pembelajaran konvensional . Menurut Djamarah (1996), kaedah pembelajaran
konvensional adalah kaedah pembelajaran tradisional atau juga dikenali sebagai kaedah kuliah.
Kaedah ini sering digunakan sebagai alat komunikasi lisan antara guru dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini juga dipanggil sebagai kaedah ‘chalk and talk’. Sejarah
pembelajaran kaedah konvensional dicirikan oleh kuliah yang disertai dengan penjelasan serta
pembahagian tugas dan latihan. Menerusi kaedah pembelajaran secara konvensional, pelajar lebih
banyak mendengar penjelasan daripada guru di hadapan kelas dan membuat tugasan sekiranya guru
memberikan soalan latihan kepada pelajar. Lazimnya digunakan dalam pembelajaran konvensional
termasuk kaedah kuliah, kaedah soalan dan jawapan, kaedah perbincangan dan kaedah tugasan.
Peralatan-peralatan yang biasa digunakan oleh guru pada masa ini seperti kertas mahjung, kad manila,
pen marker, papan hitam atau putih, dan buku teks.

Terdapat kaedah lain yang sering digunakan dalam pembelajaran konvensional iaitu melalui
kaedah ekspositori. Kaedah ekspositori adalah aktiviti yang dilakukan dalam bilik darjah. Aktiviti ini
berpusat kepada guru sebagai pemberi maklumat melalui bahan pembelajaran. Guru akan bercakap
pada permulaan pengajaran dan menerangkan soalan bahan dan sampel dengan soalan dan jawapan.
Pelajar bukan sahaja mendengar tetapi turut diberi tugasan untuk membuat nota. Proses komunikasi
antara pelajar dan guru hanya berlaku semasa sesi soal jawab. Tugas guru pula mengkaji karya pelajar
dan menjelaskan semula kepada pelajar secara individu. Penggunaan bahan bantu mengajar yang
digunakan melalui kaedah ini juga adalah sama iaitu buku teks dan kertas untuk soalan dan nota.

Prestasi pelajar semakin mula menurun dan pelajar mudah hilang tumpuan dan membuat kerja
sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Hal ini menunjukkan
kaedah pembelajaran perlu melalui satu perubahan yang baru . Guru pada hari ini dan pada masa
depan bukan lagi berperanan sebagai penyampai maklumat kerana maklumat boleh diperoleh sendiri
oleh para pelajar melalui pelbagai media elektronik dan media cetak. Oleh itu, pihak Kementerian
Pendidikan telah menerima kemasukan baru dalam sistem pendidikan dengan penggunaan bahan
bantu mengajar yang lebih menarik berteraskan penggunaan teknologi ICT seperti penggunaan
komputer, alat peranti, LCD, aplikasi-aplikasi pendidikan dalam teknologi dan sebagainya.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI ICT DALAM PENDIDIKAN

Secara umumnya, seluruh masyarakat pada hari ini hidup dalam perkembangan teknologi. Oleh itu,
peranan guru dalam menyediakan bahan pengajaran perlu selari dengan perkembangan dan perubahan
teknologi untuk memberi kesan yang signifikan kepada pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang
digunakan sekarang lebih tertumpu kepada perkembangan teknologi. Kewujudan pengaruh
perkembangan teknologi yang berlaku di dunia pendidikan membuka peluang guru untuk
menggunakan alatan tersebut bagi menyokong proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Penggunaan teknologi yang baik akan membawa pengaruh positif kepada pelajar di dalam
kelas supaya matlamat pembelajaran dapat dicapai dengan baik. Kaedah pengajaran yang dipraktikkan
oleh guru-guru pada hari ini telah mengalami satu perubahan yang baik apabila teknologi ICT
diperkenalkan di sekolah..

Teknologi komputer telah digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang di Malaysia sejak
awal tahun 80-an. Namun begitu, potensi teknologi ini tidak digunakan sepenuhnya di sekolah kerana
ia hanya digunakan sebagai alat pandang dengar sahaja. Komputer biasanya diletakkan di bilik khas
dan hanya digunakan untuk mengajar literasi komputer. Namun, kini masyarakat Malaysia khasnya
telah terdedah kepada kecanggihan teknologi yang tidak pernah difikirkan generasi dahulu.
Kemudahan dari segi penggunaan Internet juga membantu para guru untuk menyediakan sumber
maklumat yang begitu luas dan tanpa batas selain digunakan oleh pelajar untuk meneroka, mencari
bahan pengajaran atau rujukan dan penyelidikan. Jika dahulu, komputer hanya digunakan oleh guru
untuk mendapatkan maklumat dan disampaikan kepada pelajar, namun pada hari ini, penggunaan
komputer tidak terhad kepada fungsi untuk mendapatkan maklumat semata-mata, tetapi telah dijadikan
satu medium kepada guru dalam menyediakan bahan kepada pelajar melalui portal-portal pendidikan.
Peranan portal pendidikan adalah dapat memberi kefahaman kepada pelajar dalam suatu mata
pelajaran. Tambahan pula setiap bahan dalam portal sentiasa dikemaskini oleh guru dari semasa ke
semasa dan pelajar akan memperoleh banyak bahan baru berbanding penggunaan buku teks .

Selain itu Teknologi ICT juga berfungsi dalam meningkatkan mutu dan mempelbagaikan
penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan
pengajaran yang sedia ada Antara kemudahan teknologi lain yang digunakan sebagai bahan
pengajaran di sekolah pada hari ini adalah seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software,
aplikasi dan sebagainya. Pada hari ini, penghantaran data, suara dan video boleh dilakukan serta merta
dan serentak ke seluruh dunia. Kemunculan teknologi maklumat merupakan cetusan revolusi yang
kedua. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan bahan visual grafik,
teks, muzik, powerpoint, flash, visual video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi
kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Melalui penggunaan komunikasi elektronik, net meeting,
chatroom dan sebagainya, guru dan murid dapat bertukar-tukar idea semasa sendiri atau dengan guru
dan pelajar dari sekolah lain. . Rajah 1 menunjukkan peralatan-peralatan teknologi ICT yang
digunakan dalam pengajaran di sekolah hari ini.

komputer

Overhead
CD/DVD
projector (OHP)

LCD LCD slaid

USB flash drive Kamera digital

Rajah 1 : peralatan-peralatan teknologi ICT


PERANAN TEKNOLOGI ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT dalam Mata Pelajaran Pendidikan
Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Penggunaan
ICT mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atauTeknologi
Pengajaran yang berkesan. Penggunaan ICT juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai
tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat
untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan Seni Visual.

Terdapat beberapa peranan ICT yang dapat dijelaskan kegunaannya khususnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi Pendidikan Seni Visual iaitu Teknologi ICT sebagai kaedah
tutorial. Melalui kaedah ini ,ICT digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran
berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran
ekspositori (menyampaikan maklumat kepada pelajar, demonstrasi sesuatu fenomena , latihan atau
latih tubi yang dikawal oleh sistem. Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini
mengandungi persembahan maklumat, membimbing,. memberi latihan dan menilai pencapaian.
Antara perisian yang digunakan oleh guru pada masa kini melalui kaedah tutorial ialah dengan
menggunakan beberapa penggunaan komunikasi elektronik untuk menyampaikan pengajaran iaitu
sebagai contoh net meeting, chatroom, Skor A, Kahoot , Quizlet.com dan sebagainya. Guru dan murid
dapat bertukar-tukar idea semasa sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah lain. Rajah 2
menunjukkan antara perisian yang digunakan dalam kaedah tutorial. Setiap perisian ini berfungsi
untuk menyampaikan bahan pengajaran dan soal jawab antara guru dan murid dan sesuai digunakan
untuk setiap sub-sub topik dalam pendidikan Seni Visual .

Rajah 2 : Antara logo-logo perisian yang digunakan untuk kaedah tutorial iaitu ‘chatroom’ dan’
netmeeting’, Skor A, Kahoot , Quizlet.com.
Seterusnya ialah peranan ICT sebagai kaedah penerokaan. Kaedah ini akan berlaku apabila ICT
digunakan sebagai medium untuk mengakses atau mencari maklumat daripada CD atau internet,
mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang boleh
dikawal. Melalui  kaedah ini, pelajar mampu mengawal dan menentukan maklumat yang diterima.
Kaedah penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan dan
penyelesaian masalah dalam kehidupan sebenar. Pelajar berpeluang menimba pengalaman melalui
kaedah meneroka sesuatu yang baru. Contohnya melalui aktiviti menghasilkan produk atau poster.
Oleh itu, pelajar akan mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan melalui penggunaan ICT iaitu
menerusi laman sesawang.

Selain itu, ICT juga berperanan sebagai alat aplikasi. Dalam kaedah ini, ICT digunakan bagi
membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti embina graf/jadual, melakar gambar dan
sebagainya. Selain itu, ICT juga dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.
Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid melalui
penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor
grafik, Computer Aided Design (CAD) , Adobe Photoshop, Adobe Ilustrator, Aplikasi ‘Paperone:
Paint Draw And Sketch Book’ untuk lukisan dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi
yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran. Rajah 3
menunjukkan beberapa aplikasi yang digunakan dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Adobe
Designer menggunakan Photoshop adalah program
illustrator untuk aplikasi reka bentuk yang
menghasilkan logo, icon, berguna untuk mendesain
dan bentuk kompleks yang gambar, mengedit imej
lain. Setting tulisan untuk grafik, dan mengolah foto
majalah, flayers dan bisnes digital. Kebiasaannya
kard juga turut di guna pelajar menggunakan untuk
pakai oleh grafik designer menghasilkan poster.
yang terdapat pada
illustrator.

Aplikasi ini sesuai digunakan dalam sukatan mata


pelajaran Pendidikan Seni visual pada topik lukisan
kerana lebih memudahkan guru-guru untuk mengajar
topik tersebut tanpa mengarahkan pelajar menggunakan
cara konvensional iaitu menggunakan kertas lukisan
untuk menghasilkan sebuah karya lukisan.
Aplikasi ini boleh
Pengguna menghasilkan lukisan
aplikasi ini juga menggunakan pensil
boleh
menggunakan
warna lilin
untuk

Rajah 3 : Aplikasi-aplikasi dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual

Seterusnya, teknologi ICT sebagai alat pemudah komunikasi. Dalam kaedah ini, ICT digunakan untuk
membolehkan guru dan pelajar berkomunikasi daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dengan pelbagai bentuk seperti Teks, Grafik, Audio, Video dan
kombinasi pelbagai mod. Kaedah ini boleh digunakan bagi melaksanakan pembelajaran seperti
pembelajaran kolaboratif, meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran serta
melibatkan pakar dalam dan luar negara dalam proses P&P.

KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian ini maka dapat disimpulkan teknologi ICT sesuai digunakan sebagai bahan
bantu mengajar bagi pendidikan seni visual setaraf dengan mata pelajaran yang lain. guru-guru pelatih
ini dapat mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kementerian
pelajaran Malaysia berusaha menyediakan program latihan ICT berkonsepkan bestari secara
berterusan kepada bakal-bakal guru. Tujuaan utama adalah supayaNamun, keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak hanya bergantung kepada penggunaan teknologi semata-mata.
Peranan guru menjadi lebih penting dalam menentukan tahap keupayaan dan penerimaan pelajar
menerusi kaedah pengajaran yang digunakan.
RUJUKAN

BUKU

Rozinah Jamaludin (2005) Multimedia dalam pendidikan .Kuala Lumpur

LAMAN SESAWANG

Hassan Mohd Ghazali (2006). Modul ICT dalam Pendidikan Seni Visual Dicapai pada 24 Julai 2006,
daripada https://www.scribd.com/document/17641445/ict-pnp-PSV

Ahamad Tarmizi b. Azizan Zoolcaphly b. Sahib (Allahyarham) (2009). Komputer Dan Seni Di Era
Globalisasi :Peranan Dan Cabaran. http://umkeprints.umk.edu.my/318/1/Paper%204.pdf

Anon283239(2008).Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran dicapai pada 10 November


2008 daripada https://www.scribd.com/document/7857770/Penggunaan-Ict-Dalam-Pengajaran-Dan-
Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai